Nuffnang saya

Followers

Wednesday, June 7, 2017

11 tahun sudah umurmu

Cerita lama bulan April lepas.. Harijadi Nurul Atikah anak sulung bertuah yang tersayang. Tiada sambutan besar-besaran cuma majlis makan-makan untuk kawan dia. Paling istimewa kawan dia ini semua sebaya dengan dia dan lahir pada bulan April.. Kira buat majlis sekali harung untuk 4 orang budak yang berumur sebelas tahun...

Moga anak ibu dan juga kawan-kawan dia akan menjadi anak yang hebat dimasa depan.. Moga Allah sentiasa memelihara kamu semua... 
Majlis untuk tiga orang anak yang berkongsi bulan kelahiran..
Beli kek kecil sahaja hanya untuk ambil gambar..
Hati kitapun ceria sekali tengok mereka tersenyum
Sengaja mencipta kenangan...
10.04.2006
14.04.2006
18.04.2006

Inilah majlis ringkas untuk harijadi kamu Atikah...
Moga menjadi anak yang solehah ...


Aktiviti pecah belon...
Gambar semasa 14.04. tarikh lahir Atikah...
Ayahnya belanja makan di Mio's Western Food...
Belanja kek comel yang menjadi kegemaran dik Ya...

Wednesday, April 19, 2017

Gambar bercampur aduk

Semua gambar dalam folder yang hendak dibuang...Sengaja di kongsikan di sini untuk kenangan maalumlah kurang dah berblog. Semoga gambar ini akan menyerikan lagi blog ini... 
Kami jarang makan nasi malam-malam kecuali Azalia..
Dia dan nasi tidak dapat di pisahkan...
Sarapan pagi dengan pasta yang menjadi kegemaran dik Ya juga...
Akak dengan kopi tidak dapat dipisahkan...
Ingatan dari google images, sudah 2 tahun kenangan terindah ini berlalu...
Kenangan berada di bumi Palestin yang tidak dapat dilupakan... 
Kenangan sepanjang harijadi Atikah...
Sambutan kecil-kecilan hanya untuk ingatan...
Kenangan hadir ke mesyuarat PIBG dan penyampaian kecemerlangan UPKK...
Semoga tahun depan adalah Atikah berjubah begitu... Ameeen... Ameen.. Ameen...
Papan tanda macam ginipun ada yer...
Mungkin kawasan inipun jarang orang melintas...

Tuesday, April 18, 2017

Stesen LRT Bandar Kinrara

Penduduk Kinrara kini sudahpun mempunyai pilihan yang lebih baik untuk pengangkutan awam... Kini terdapat satu stesen LRT iaitu Kinrara BK5 yang terletak di kawasan berdekatan Giant Kinrara... Kini perjalanan untuk ke Bandaraya Kuala Lumpur menjadi semakin mudah. Jom kita tengok kemudahan ini yang menjadi tanda majunya kawasan Kinrara berbanding sepuluh tahun sudah masa mula akak tinggal di sini.
Kinrara BK5
Stesen luas dan selesa
Mesin Tunai untuk membeli tiket...
Waktu malam agak sunyi tapi masih selamat...
Jangan risau ada kemudahan escalator dan lif... 
Akak suka tengok lampu ada bungatu...
Ada kemudahan jejantas pejalan kaki di situ...
Kemudahan untuk meletakkan kenderaan motor juga selesa..
Suasana cerah di tempat letak kereta...
Stesen LRT dari tempat letak kereta di Giant Bandar Kinrara
Pemandangan tempat letak kereta yang luas dari stesen LRT..
Pemandangan Stesen LRT semasa menghantar anak ke sekolah..


Kalau dahulu akak akan pergi stesen LRT di Sri Petaling atau juga di Taman Jaya, Petaling Jaya untuk pergi ke Ampang Park kalau ada kursus di OSK. Kini kalau kami hendak ke Jalan TAR hanya perlu naik LRT, tidak perlu memandu kereta mengharungi jalan jem.. Seronok.. seronok walaupun kalau ingin ke KLCC terpaksa transit di Masjid Jamek. Tapi tetap memudahkan... 

Nuffnang oh Nuffnang