Nuffnang saya

Friday, December 26, 2008

Salam Maal Hijrah..

Apa azam anda??
 
Teman macam biasaler nak lakukan yang TERBAIK terutamanya sebagai umat ISLAM.. Teman berharap juga teman boleh menjadi ibu dan isteri yang TERBAIK. Dan azam yang sekian lamanya nak KURUS.. bukan apa2 risau ngan citer2 orang sekarangni senang dapat penyakit....

Glitter Photos

SELAMAT BERJAYA DUNIA AKHIRAT...

Muka anak aku ada tak rupa selebriti???

Layanjer lah entryku ini disebabkan teringin ngat nak tengok muka anak aku ada iras siapa ler gamaknyer.. inilah hasilnyer yang tak tau betoiker idak??


Ini Atikah.. ramainyer selebriti Jepun yerk.. myheritageni pun satu idakler ada selebriti Malaysia, tak femesker??


Ini ler kononnyer.. gelaknyer ramai kata muka Azalia cam lelaki. Betoiker ni??? okler tu.. tapi Azalia tetap cantik kat mata ibu...

Yang pastinyer muka oprah memang ada dikedua2 anak aku. Harap2 anak aku leh femes & berpengaruh cam Oprah tapi dengan cara yang islamikler kan...

LAYANJER LER...

From Kinrara with Love
♥ ATIKAH DAN AZALIA ♥

Wednesday, December 24, 2008

Kuih susu

Sempena nak bercutini yang dah nak hampir sampaini rasanya elok gak dikeluarkan resipi kuih kesukaan suami tersayang dan anak-anak saudaranya. Rasanya macam kuih bangkit aka kuih bakar cumanya kuih bangkit tu kembang semacam ini bulat2 jer. Cara membuatnya senang sekali dan rasanya cuti krismasni sempat sangat-sangat nak keluarkan oven. Jom buat kuih susu.



Mertua akak sedang menurunkan resipi kegemaran keluarga dua orang cucu perempuannya. Ini kuih susu yang di buat untuk Hari Raya Aidil Fitri yang lepas. Dua beradik yang excited nak tolong ibu dengan neneknya.


BISKUT/KUIH SUSU

1 tin tepung jagung
( tin warna oren gambar rama-rama tu)
1 tin kecil susu pekat manis
( kalau tin besar tu guna 1/2 -3/4 jer)
Butter
(sehingga adunan lembut, kalau buttercup nak separuh gakler)
esen vanila
soda bikarbonat
pewarna merah

CARA-CARA MEMBUAT:-
-Uli2kan tepung jagung dan susu pekat tu..
-Titiskan esen vanila & sedikit soda bikarbonat..
-Masukkan butter sedikit demi sedikit sehinggaler adunan lembut.
-Bahagi 2 adunan tersebut tapi lebihkan untuk adunan warna asal.
-Adunan yang satu lagi titiskan sedikit pewarna merah.
-Bulat2 kan adunan campuran antara warna asal & warna merah.
-Letakkan kat loyang pembakar & boleh lah dibakar selama lebih kurang 10- 15minit (agak-agak)

Kisahnya masa membeli barang terbelikan susu pekat yang tin besar tu (F&N bervitamin tu). So adunan pertama tu terlebih susu ler pulak, jadinya mengembang ler semekut akak. Tergelak tengok dan terpaksalah ditambahkan lagi tepung jagung. Senang jer membuatnya. SELAMAT MENCUBA..

Inilah hasilnya :--


From Kinrara with Love
♥ ATIKAH & AZALIA ♥

Thursday, December 18, 2008

Keluarga sebelah Suami ...



Ini family suami teman, bukanlah semuanya.. merekani memang hepijer...

Funny Pictures. Male Gaze

Gambar ini adalah gambar teman dengan sepupu suami teman yang perempuan sahaja.. Ada lagi 4 orang lagi sebenarnya, teman sorangjer yang sepupu ipar (bolehker), menyibuk jer teman kan...

Tuesday, December 16, 2008

Makaroni...makarona...

Oh makarona.. opps.. makaroni!! teman persembahkan masakan menggunakan makaroni tapi citarasa dan tekak orang Malaysia. Cuba jangan tak cuba sebabnyer teman ambik merata2 resipi2ni ..tapi tak tulis nama tuan punya resipi, sebab dulu2 hanya untuk suka2...


(1) MAKARONI GORENG
♥ Tumiskan:-
- 1 labu bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- cili mesin kalau nak pedas
♥ Masukkan pula:-
- 1 cawan daging cincang "Ramly" @ ayam cincang
- 1 tin cendawan butang(potong 2 dan hiris)
- 1 biji lada benggala hijau dan merah (dadu)
- 1 biji karot dan tomato (dadu)
- 3 sudu sos tomato
- garam
♥ Masukkan:-
- makaroni (telah direbus terlebih dahulu)
(gaul rata-rata)
###Wink.. wink.. tak ingat resipi ni dicilok dari mana tapi memang menarik sangat.. cubalah..
-------------------------------------------------------------
(2) MAKARONI GORENG - Majalah Dara
♥Tumiskan :-
- 4 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
♥ Masukkan :- 3 sudu besar cili kering kisar
( tunggu sehingga cili garing)
♥ Masukkan:-
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap
- 2 sudu besar sos tomato
♥ Masukkan :-
- 1 mangkuk kobis (potong kecil2)
- sedikit garam dan perasa
♥Masukkan :- 1/2 bungkus makaroni (yang telah direbus)
####.. Ni resipi yang telah dibuat beberapa kali.. tapi tak boh sos tiram sebab mak mertua teman tidak menggemarinya...
----------------------------------------------------------------------
(3) MAKARONI GORENG
♥ Tumiskan :-
- 1 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
♥ Masukkan :-
- 2 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan kicap
(kacau rata)
♥ Masukkan :-
- 100 gm makaroni (telah direbus dan toskan)
♥ Masukkan:-
- 1/2 biji lada benggala (potong kiub)
- 1/2 biji bawang besar(hiris)
♥ Akhirnya, masukkan :-
- 5 ekor udang
-----------------------------------------------------------------------------------
(4) MAKARONI SARDIN- Asma Shafikah
♥ Gunakan makaroni buitonni- rebuskan selama 3 min..apabila nampak kembang dan lembut, angkat dan toskan
♥ Tumiskan:-
- bawang merah (cincang)
♥ Masukkan :-
- cili kering kisar
(gaul sebati sehingga cili nampak pekat)
♥ Masukkan :-
- 2 keping asam keping
- 2 sudu besar sos cili
♥ Masukkan :-
- 2 tin sardin (Ayam Brand's)
(cincang terlebih dahulu dengan sosnya sehingga hancur)
♥ Apabila sebati, masukkan :-
- makaroni
(gaul sebati semuanya, bla dah siap bolehlah lah diangkat)
###p.s.: - tak payah letak garam, gula dan perasa sebab sos cili dah ada segalanya.. jika nak bubuh juga suka hati.. ( ni kata-kata tuan punya resipi)
-----------------------------------------------------------------
(5) MAKRONI BERSOS CENDAWAN
♥ Sepeket makaroni (rebus sehingga lembut lebih kurang 20 minit. Angkat dan tos)
♥ Panaskan 2 camca mentega, tumiskan :-
- 3 biji bawang besar (cincang halus)
(sehingga kekuningan)
♥ Masukkan :-
- 1 tin cendawan ( hiris )
- 3 helai daun bay
- 2 camca lada hitam
- 2 camca tomato puri
♥ Masukkan :-
- 5 gelas air
- stok ayam
(kacau sehingga mendidih)
♥ Masukkan :-
- 1 camca kicap pekat
- sedikit bancuhan tepung gandum
(sehingga masak)
[ apabila menghidang tuangkan sos atas makaroni]
----------------------------------------------------------------------
(6) MAKARONI BAKAR OATS
♥ 70 gm makaroni (rebus sehingga empuk, bilas dengan air sejuk dan toskan)
♥ Panaskan mentega, masukkan (bahan2 A):-
- 100 gm quaker oats
- makaroni
- 50gm bawang besar
- 100gm cendawan butang
- 100gm ayam
- 120gm sayuran campur sejuk beku
- 1 camca teh sos pati ayam
(kacau sebati)
♥ Lepastu, masukkan (bahan2 B) :-
- 1camca teh garam
- 1/4 camca teh lada serbuk
- 1 cawan keju cheddar (diparut)
- 2 biji telur
- 1 cawan susu UHT
(kacau sebati, tuangkan dalam dulang @ piring pembakar berukuran 7 X 7 X3 inci dan bakar dalam ketuhar selama 30 minit pada suhu 190'C ).
[alih dan hidangkan]
-------------------------------------------------------------------
(7) MAKARONI UDANG BERKEJU
♥ Tumiskan :-- 3 ulas bawang putih
(sehingga garing)
♥ Masukkan :- 4 ekor udang
♥ Masukkan :-
- 20 gm cendawan butang
- 1/2 biji lada benggala
♥Masukkan :- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam dan garam
♥ Tuangkan :- 50 ml krim masakan
♥ Masukkan :- 100 gm makaroni
(gaul rata-rata)
♥ Taburkan :- 30gm keju romano
(rata-rata dan angkat)
HIASAN :- daun parsli..

sedapnya budakni makan ..

From Kinrara with Love
♥ ATIKAH DAN AZALIA♥

Monday, December 15, 2008

Resipi Nasi Daging

Pernah makan.. tapi tak pernah cuba.. resipini dah lama dalam buku.. sementelah daging korban ada sikit2 dalam fridgetu rasanya elok dicuba hujung mingguni.. Marilah berkongsi bersama2 resipi dari Sheril Aida dan Nassier Wahab( dua2pun penyanyi tahun 80-an @ 90-an).. Dua2pun berasal dari utara, jadi teman buat kesimpulan orang utara suka nasi dagingni, sebabnya teman pernah makanpun sebab adik ipar teman orang Kedahtuler yang masak... Mana yang salah kat resipini tolong bagi komen, teman nak cuba hujung mingguni...

(1) RESIPI SHERIL AIDA
Panaskan minyak sapi
♢ Tumiskan :- (bahan-bahan hiris)*
-bawang putih*
-bawang besar*
-halia*
-kulit kayu manis
-bunga lawang
-buah pala
(sehingga bawang kekuningan)
♢ Masukkan:-
-Bancuhan - rempah kurma dan air
-daging (dipotong kiub)
-air
(biarkan sehingga daging empuk)
♢ Masukkan :-
-beras basmathi (telah di cuci dan ditoskan)
♢ Masukkan :-
-susu cair
-tomato puree
-garam secukup rasa
(tanak sehingga masak).....
-----------------------------------------------------------
(2) RESIPI NASSIER WAHAB
Campurkan 125ml minyak + 2 sudu makan minyak sapi
♢ Tumiskan :-
-1 labu bawang besar(kisar)
-4 ulas bawang putih(kisar)
- 2 cm halia (kisar)
- sedikit bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih
-1 tangkai daun kari
(goreng sehingga kekuningan)
♢ Masukkan:-
- 4 sudu makan rempah kurma
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
♢ Masukkan :-
- air rebusan daging
- 250ml susu cair
- 250ml tomato sup
- sedikit garam/gula
- daun pandan (simpulkan)
(biarkan mendidih)
♢ Masukkan :-
- 500gm daging
(potong kiub dan rebus dahulu dengan sedikit garam)
- 960gm beras basmathi
(basuh bersih2 dan toskan dahulu)
(tunggu sehingga masak)
♢ Masukkan:-
- sedikit gajus dan kismis
(gaul2kan)....
---------------------------------------------------------------
Macam resipi Nassier Wahab tu lebih sedap sebab gunakan air rebusan daging, lagipun dianyer resipi ada sukatan senang sikit nak ikut. Tapi teman mungkin guna tomato freshjer dan tak nak bubuh serbuk lada hitam. Tu dia teman dah mula nak memandai2..Dia bagi juga resipi dalca sayuran.. teman bagi gak resipi ni...

DALCA SAYURAN (NASIER WAHAB)
♥ BAHAN A:-
- 1 bungkus kecil rempah daging
- 120gm kacang dhal
- 1 labu bawang besar (kisar)
- 2 cm halia(kisar)
- 4 ulas bawang putih(kisar)
- sedikit bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- garam dan gula secukup rasa
♢ Masukkan :-
- semua bahanA dalam periuk dan masak sehingga kacang lembut.
♢ Masukkan :-
- 1 biji kentang (potong)
- 250ml santan
♢ Masukkan :- (potong ikut kegemaran)
- 1 batang kecil lobak merah
- 1 biji terung
- sedikit kacang panjang
- 1 biji buah tomato
- 2 biji cili hijau)
(tunggu sehingga mendidih, angkat periuk dan ketepikan)..
♥ Panaskan kuali lain...
♢ Tumiskan (Bahan C):-
- 5 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- 1 tangkai daun kari
( tumis sehingga garing.. angkat dan tuangkan dalam periuk tadi dan kacau sebati)

Marilah kita cuba bersama-sama

From Kinrara with Love
♥ ATIKAH DAN AZALIA ♥
Hubungi :-
CHO ZILA (019 - 210 4240)
(Wakil Takaful IKHLAS)
"Takaful Untuk Kesejahteraan"

Friday, December 12, 2008

Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal

Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my
Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot
,br> Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh," katanya.

Dr Fatimah meneliti kertas bacaan ujian yang keluar dari alat analisis penyepadanan bio.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah," katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain," katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif," katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat," katanya.


Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal," katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Tuesday, December 9, 2008

Keluarga tercinta

Ini adalah keluarga teman.. teman anak sulung tapi adik2 teman kawin dulu jadinyer anak2 deme dah beso2 belaka.. adik teman yang lelaki nombor 3 kawin dulu anaknyer yang sulung dah darjah 5 tahun depan.. gambarni spesel sebab ada tuk teman Tuan Haji Kamaruddin yang bulan Februari tahun depan berumur 100 tahun.. tukni boleh bawak motor lagi dari kampung teman (bota) ke Ipoh. Mata dia ok lagi cuma telinga dia kurang sikit.. tapi bab baca quran memang tak leh nak ikutler, bulan pose tah berapa kali khatam.. malu teman..

Gambarni kiranya semua adaler tapi 2 orang menantu lelaki tak der( suami teman dan adik teman nyer suami).. cucu opah dan tok seramai 10 orang (5 lelaki dan 5 perempuan).. kitaorangni tak selalu berjumpa serentak gini jadinyer gambarni spesel sangat untuk teman..



Gambarnilak sebelah family suami teman.. masa besday mak jang.. keluarga diani selalu berkumpul sebab kebanyakkan nyer berada di sini (Gombak, Shah Alam, Putrajaya, ).. Gambarni adalah gambar emak sedara dan sepupu suami teman dan dua pupu anak2 teman.. sepupu anak teman yang pakai baju hijau yang ceriatu..

Friday, November 28, 2008

Elak bayi daripada lemas susu



diambil dari Utusan Malaysia 28/11/2008.. hanya untuk ingatan diri sendiri yang selalu juga mengambil mudah sesuatu perkara. Jadinya sedarlah wahai insan...

Elak bayi daripada lemas susu
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL


DALAM setahun pasti ada empat atau lima kes membabitkan kematian bayi akibat lemas atau tersedak susu.

Terbaru melibatkan bayi berusia empat bulan yang meninggal dunia akibat lemas susu ketika dalam jagaan di pusat asuhan.

Walaupun bilangannya agak kecil dan mungkin boleh dianggap kes terpencil, ibu bapa tidak harus memandang ringan kejadian-kejadian tidak diduga ini.

Adalah suatu yang cukup malang apabila bayi yang baru hendak melalui alam barunya tidak dapat meneruskan kehidupan dek kerana kelalaian ibu bapa atau penjaganya sendiri.

Belum lagi dengan emosi si ibu dan bapa yang terpaksa menerima hakikat kehilangan anak akibat kecuaian. Walau apa pun, setiap daripada kita pasti tidak inginkan ia menjadi kisah sedih yang berulang.

Pertemuan dengan Pakar Pediatrik dari Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Syed Nazir MS Kadir, berjaya memberi penerangan lebih jelas tentang bagaimana insiden lemas susu boleh berlaku.

"Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu tersebut akan terus mengalir membuatkan bayi akan tersedak dan susu tersebut akan masuk ke saluran pernafasan.

"Sebagai pengasuh atau ibu bapa, amalan meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu adalah sangat tidak baik kerana ia boleh meningkatkan risiko insiden yang tidak diingini," katanya.

Kebiasaannya apabila susu termasuk ke dalam paru-paru, seorang bayi akan tersedak atau batuk. Tindakan refleks itu sebenarnya adalah satu mekanisme perlindungan untuk bayi tersebut.

"Apabila tersedak dalam jumlah sedikit berpotensi menyebabkan pneumonia. Ada bayi yang muntah selepas minum susu, jika ini berlaku, cepat-cepatlah angkat bayi tersebut dan pastikan bayi tersebut sedawa setiap kali selepas minum susu," kata beliau lagi.

Begitupun bagi Dr. Syed Nazir, cara terbaik untuk mengelak bayi tersedak atau lemas susu ialah dengan memberi susu badan.

Ini kerana apabila menyusu badan, susu hanya akan keluar apabila bayi menyedut sahaja.

"Jadi apabila bayi tertidur ketika menyusu badan, susu tidak akan mengalir dan mengurangkan risiko tercekik susu," jelas beliau.

Begitupun beliau mengakui, adalah sukar untuk ibu berkerja memberi susu badan sepenuhnya dan tidak mempunyai pilihan selain menghantar anak mereka ke pusat asuhan kanak-kanak.

"Ibu bapa yang bekerja pula, seharusnya mendapatkan pengasuh untuk mengasuh anak mereka secara intensif.

"Kalau di pusat jagaan anak-anak pula, pastikan jumlah bayi di situ tidak begitu ramai. Lagi sedikit jumlahnya lagi baik kerana pengasuh boleh memberi tumpuan kepada anak asuhannya.

"Ini amat penting bagi memastikan tumpuan maksimum dapat diberikan kepada bayi tersebut terutama ketika mereka sedang minum susu dari botol," ujar beliau.

:>Jadi hargailah kurniaan Allah yang sangat berharga.. Aku juga sebenarnya bila dah rasa penat sangat suka mengabaikan perkara2 remeh & apabila aku tersedar aku bersyukur sangat pada Allah kerana sesungguhnya sesaat kita terlalai, seumur hiduplah kita merana. Jadikanlah iktibar ini wahai semua ibu bapa, pengasuh dan siapa juga kerana anak itu baru mengenal dunia..
 
From Kinrara with Love
 
♥ Atikah & Azalia ♥


Thursday, November 27, 2008

PERAK - Proud to be Perakian....

Ini teman dapat dari yahoo grup... nanti teman tambah2kan untuk suka2222....

NGELER'WO = Ngelewor, Nge Ley Wo –
Terumbang ambing kekiri ke kanan [Macam ular kena palu]
BULOR =, Bulo, Bu Lo –
Lapar tak makan ATAU Ingin, Hendak [biasanya dengan pangkal negatif -
Tak]
BOLEN = Bertelanjang Bulat
MERABAN TEBEN = [Reyben Teyben] –
Tak Tentu Arah, Perbuatan yang Pening
NYELAP SADOR = seseorang yg seperti dirasuk @ di luar kawalan di
tahap sederhana... .
NGELE'NYOR = Mengedik atau pun ngada²/ gatal
BIOT = Degil
PEROK = jakun / tak pernah tengok benda..
MUNCOH = dah kaya banyak duit atau berharta
TOBEN = tua Bangka
MERAMBU = joli sana sini
KEMIN = kemas
NYEGHOGIN = tersenyum sorang diri
REBEN TEYBEN = seluin jer – selekeh
TAK AJAP = TAK layan/ tak jadi hal
MENTEKEDAGHOH = menterchiker – makan
MEROLOH = Tidor.
GHODI/KODI = repair/belek
MENTONG = makan sampai due kali atau tambah 2 kali
PAKA@ PAKEI = pakai atau guna
YA'NGAT = minuman panas (tea, kopi, melo, neskepe dll)
CIK CIBOR = pepatung
KALA LIPIT = kala jengkin (scorpions)
CENCOGHOT = tikuih ketughi
JELEBOR = labi²
LABUN = cakap
SEMUT GATEY = semut api
MENGKIOK = besar sikit dari anai2 selalunya menjadi kalkatu..
BEDAGHOH = berdarah
CENANGOR = serangga yg berbau busuk selalu dijumpai berhampiran dgn lampu
LECAH = Lumpur
NGETIT = ngokak / gigit ketip
CONONGGENG = b***** ayam-
sample ayat:"cube bak sini cenonggeng goren tu"
ENCONOT =..... .. atau tongken ayam
LIBANG LIBU = perasaan resah gelisah....
MEGHEDANG-GHEDANG = (meredang-redang) maksud dia membuta-tuli
SENTEN = menarik kaki seluar ke atas.....ataupun singkat dlm bahasa pekan nya
SIUT = cucuh / menyalakan
NYARIGH = mujor
BENGKIN = garang
GETAK =jatuh / luruh
GEGHOTOK/GEROTOK = jambatan
MENTELUN = seluar panjang (pantaloon)
KAYU ROL = kayu pembaris
PORES = pekerja jabatan hutan tu, forest
PUIH OPES = pejabat pos
GOMEN = kerajaan
MENTOKA = Kereta
SELAIT = lampu suluh / torch light
SEPEROH = alas / lapik meja
JEGHOLONG = tempat buang sampah kat tepi hutan
PIOR = tulin asli
ACEKEME = macamana kalau
PENGGE = lontar, baling
HAMBAT = kejar
GHULU GHELO = hulu hilir
NGELAT = menipu
SELE'WIN = kira buat asal siap, comot
HINCIT = Ketepi, ngeysot
GETIK = nyampoh (menyampah)
GANJEI = terkena / naya / terkejut
REBER = sesak, beriya, gedik, poyo..
SA-NGEIYR atau SANGEI = tudung saji
SI-YAR* (sengorkan bunyi..yar.. tu..) = mangguk tingkat
MENYENGKET - mengintai, mengendap
GILA SEPEREGHE = separuh gile
BEBEY = degil tahap batu gajah
NIN = jernih...
'nin bebenor ayor sungei tu...terhinggin benor nak terojun..'
GENYII = geli geleman
MENYELEBIUR= terjuih bibir
NYADIN = buat derk aje
MELENGKO = membelit
'ater komer lekas nengok ulor beso melengko ataih pago rumoh pak bako.'
MENEBEN MUKE = melangok kat kedai kopi
TAK SIOR = tak ingin
BERDANO = kotor sangat
NYENDIN = tumpang sekaki
SEMBAI = pasir halus yang basah...(pasir sungai)
cher miker pegi kaup sembai kat sungei tu, elok bebeno mbuat bancuh simen
LIMBAH = air kotor/Lumpur
MENGEROGHNYOT = berdenyut-denyut
MEMBANGAO BAU = busuk baunya
BERDA'AH = bohong/menipu/kelentong
TERPEROGHONGO = berlubang besar
PETIA = memang sudah direnung/ memang yakin
NYIOR KUTEY = kelapa yang dah kering kat atas pokok kelapa
BERONGGOK = berkumpul
TAWO LEYSYUR = masakan terlalu tawar
JENUH = lama sangat..
BONYEH = berlendir/berlendior
MELANTUNG KOHONG = busuk sesangat
BENGKEN - Garang, cengih
TENEHOK - Terkilan
TAKHSYIOR - Risau sebab ragu2
JELEPEK - Keadaan badan yg lemah longlai, tak terdaya buat apa2
GOBOK - Almari
PEJOH - Hal keadaan tidur yg terlalu lena sampai tak sedar apa (tido mampus)
NYOGHOGAT - Perasaan menyampah terhadap sesuatu + sikit tak suka
GETIK - Tak suka / Benci
LANGGAT - Susun; biasa guna pada pinggan eg: "Ce langgat pinggan tu Man..."
CE - Cuba / Try
Menghente-Merempat
Gostan-Undur belakang.
Nohen-No hint Buat tak ambil peduli
Hempah pior-Bertungkus lumus,bersungguh2.
Nyegholang-Terang bernderang,bercahaya2.
Berghanso-Mintak diri,nak balik.
Taboh,Naboh-Belasah,sedang membelasah.

Tuesday, November 11, 2008

BLOG AKU DAH JADI SARANG SPIDERMAN

Orang nak ada blog akupun teringin tapi tak reti2ker nak update..Bukan aku malas tapi masalah komputer kat ofisni.. kat tempat akutu dah kena block dianyer blogger tah camner akupun tak tau.. jadinyer aku kena cari komputer lain.. payahler sikit..

Namun aku berjanji dalam masa terdekatni takder istilah payah lagi.. aku kena mengupdate blog aku ni semaunyer supaya hati aku senang.. Aku mesti boleh melakukannya.. PASTI BOLEH..

Tunggu kemunculannya dengan identiti yang lebih PANAZZZZZZ.. bukan zzzz terus tido.. alahai....

Friday, October 24, 2008

APER NAK CERITENI???



Ah! malas bebenoler teman nak menulis blogni lagipun bukannyer ada orang nak bacapun... buat penat nak memerah otak yang dah karat maratni. Tapi harini entah kenapa teman kata nak tulis gak nanti lama2 bersawanglak. nak citer apa yek????
Nak citer pasal tempat kerojer teman yang tak seberapani. Teman kerojer kat OSK INVESTMENT BANK BERHAD. HQ dia gah kat Jalan Ampang tu, tapi teman kat SS2 branch. Teman kerojer sebagai Dealer's Representative, kena ada lesen ngan Bursa Malaysia.

Temanni kerojeni jerlaah seumur hidup gamaknyer sebabnyer lepas terjerumus after grad dulu payah beno nak cari kerojer lainnyer. Mintak berlambak haram satupun tak panggil. Letih!!!!

Temanni umpama benci tapi rindu ngan OSK ni sebabnyer kan apa kadang2 geram jer ngan management lepaih tu sayang balik. Nak kata kena jampi tak kuasaler deme nak menjampi akuni... Entahler aku yang syok sendiri kot. Lepas appraisal aku keluo, rasa nak jer aku mintak kerojer lain tapi lepaih head branch aku kasi up sikit dari head department aku tu balik sejuk hati.. Habis camno...

Kepada kawan2 yang membaca especially yang muda2 tu nak bagi tau ler kalau masa muda2tu cariler keroje yang memang kita minat & paling penting keroje yang BERKAT supaya hidup tak terumbang-ambing... Kepada yang belum mempunyai Takaful untuk diri sendiri dan anak2 tersayang calling2 ler teman yang hina ni.... 019-2104240.. Teman nak berenti keroje letih ngan dunia saham yang turun naikni, tapi berat badan teman asyik naik jer.. kena mengena tak??? Lu Phikir ler sendiri.. chow chi chow....

Luahan rasa... Cho Zila with Love..Love.. Love... Wink..




Tuesday, September 23, 2008

SUP MAKARONI (HANIELIZA)

Kalau nak resipi yang best22 silalah pergi ker hanieliza.fotopages

Hari ni puasa yang ke 23 dah, diam tak diam nak raya pun.. teringin lak nak makan sup, belek punya belek suka kat resipi kak liza ni... Petangni nak cuba tapi nak tukar tambah sikit sayur nyer kebetulan banyak sayur dalam fridgeni...


SUP MAKARONI

Bahan
200 gm macaroni [rebus sehingga lembut dan toskan]
500 gm ayam [potong kecil]
3 biji kentang [potong dadu]
1 batang carrot [potong kecil]
sedikit kobis [potong kecil]
1 pokok daun sup [racikkan]
1 pokok daun bawang [racikkan]
1 s/b lada hitam [tumbukkan]
bawang goreng
air secukupnnya
minyak
garam

Bahan tumis
2 ulas bawang putih [hiris]
3 ulass bawang merah [hiris]
2 cm halia [hiris]
1 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

hirisan ciliapi + jus limau

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan ladahitam. Kacau sehingga naik bau.
3. Masukkan air, garam kentang dan carrot. Biarkan mendideh.
4. Bila sudah masak hidangkan dengan macaroni dan daun sup, daun bawang dan juga bawang goreng.
5. Jika nak pedas tambahkan cili hiris dan perahan limau.

Ni yang dicopy dari Kak Liza....

Wednesday, August 27, 2008

RESIPI SPAGETI

Semua ini adalah koleksi reseipi spageti yang telah akak kumpulkan sekian lama. Akak dapat dari pelbagai sumber, ada yang pernah cuba tapi akak buat sesuka hati jer. Mun dah tekak orang Malaysia tu payah sikit, tu ler pasal kalau makan pasta2 ni kat kedai yang mengikut selera orang putih tu selamat ler akak kata tak sedap.

Mula-mula akak citer cara asas merebus spageti ni...

contoh : 1 liter air
300gm spagetti
sedikit minyak ( 1 steh )

- Didihkan air dan masukkan minyak. Masukkan spageti itu dan biarkan masak selama 20 minit.
- Angkat dan lalukan dibawah air yang mengalir (air paip) untuk seketika..
- Gaulkan dengan sedikit minyak bagi mengelakkan dari melekat. Ketepikan.

ATAU : Didihkan air, masukkan minyak dan garam. Masukkan spageti.. biarkan lembut.. Angkat dan toskan...

Ha!!! dah siapkan kita nyer spagetinya sekarang macamana nak masak sosnya, cubalah mana berkenan di hati...

(1) SPAGETTI BOLOGNAISE (HANIELIZA)

Tumiskan :-
- 2 biji bawang besar (dadu)
- 1 ulas bawang putih (cincang halus)

Masukkan :-
- 4 sudu besar cili mesin
(kacaukan sehingga wangi & naik minyak)

Masukkan
- 400gm daging cincang
(kacau rata dan biarkan naik minyak lagi)

Masukkan :-
- 1/2 cawan sos tomato
- 1 tin cendawan butang ( potong kecil)
- 1 batang karot ( potong dadu)
- 2 batang putik jagung ( potong kecil)
- 2 biji tomato (potong dadu)

Masukkan :-
- garam
- 1/2 cawan air
- 1 sudu besar lada hitam

Angkat dan tuangkan atas spagetti ( yang telah direbus) dan taburkan oregano dan hirisan daun sup...

Akak memang suka resipi Hanieliza ni sebabnya memang tekak orang melayu sikit. Lagipun senang nak buat.. Thanks to Hanieliza yang semakin glamer tu....

(2) SPAGETI DAGING (JASMIN HAMID)
Ni resipi Jasmin Hamid.. ala pelakon tu..

Tumiskan :-
- 2 ulas bawang putih (ketuk)

Masukkan :-
- 150gm daging cincang
- 1 tin rempah spageti bolognaise

Campurkan :-
- sedikit air (supaya daging cepat empuk)

Seterusnya :-
- 1 botol sos tomato
- 1/2 botol sos cili

Akhirnya:-
- 100gm cendawan butang(kacau sehingga sebati)....
mudahkan pakai jer rempah yang sedia ada..

(3) SPAGETI CARA AMIDA

Rebus spageti - Masukkan spageti dalam periuk.. masukkan air kasi sampai tenggelam dan letakkan garam sedikit. Rebuskan sehingga betul2 kembang pastu angkat dan toskan... Letakkan marjerin atau butter so spageti tidak akan melekat.

SOS :-
Gunakan instant sos spageti (Amida gunakan brand PREGO perasa mushroom).

Campurkan dengan seanekanyer :-
tomato puri, bawang merah dan bawang putih (blend), ayam, sotong/udang, cili boh, cili besor( capsicum ), brokoli, karot.. aper2 ajer... Tumisler cam biasa yek.. bukanler main campur jer.. ok...

Friday, August 15, 2008

Besar Periuk Maka Besarlah keraknya


"Besar Periuk maka Besarlah Keraknya"... Peribahasa melayu yang mengambarkan jika seseorang yang berpendapatan besar maka lebih besarlah perbelanjaannya. Ini memang terjadi, maka tidak hairanlah jika selalunya kita tidak penah berasa cukup dengan pendapatan yang sedia ada. Memang dunia hari ini kepada yang hidup dibandar sememangnya mencabar & memerlukan kekuatan dari segi kewangan dan mental untuk memastikan kehidupan dapat diteruskan. Namun kita juga tidak boleh menafikan ada keluarga yang berpendapatan yang kurang dan memiliki tanggungan yang lebih besar mempunyai kehidupan yang lebih teratur.

Kunci rahsianya... setiap dari kita mesti merancang perbelanjaan masing-masing secara berhemah & mematuhi setiap peraturannya. Akak masih ingat kehidupan akak dahulu, bapak akak hanya seorang guru dan emak pula hanyalah seorang guru KAFA. Semasa kami bersekolah, emak pasti membekalkan makanan kepada kami bertiga (akak dan dua adik lelaki) dan duit untuk belanja sekolah hanya sedikit. Jarang sekali kami sekeluarga dapat makan diluar kecuali semasa apak dapat gaji @ menjual koko( kami ada kebun koko, apak usahakan sendiri). Itupun makan hanya di kedai mamak pekan Ayer Tawar, namun seronoknya masatu Tuhan aje yang tahu. Apak jarang-jarang sekali bertukar baju dan selalunya dia akan memakainya sehingga lusuh. Apak hanya merasa menggunakan kereta baru (Iswara Aerobik)bukan kereta 2nd hand sebab anak-anak yang membelikan untuk dia.

Dan lihatlah kehidupan anak muda harini, baru sebulan bekerja dah berkeinginan untuk membeli kereta yang baru dan sentiasa menukar telefon untuk sama standard dengan orang lain. Belum lagi tengok baju dan kasut yang mesti berjenama dan silih berganti. Inilah yang selalu apak bebelkan pada kami kalau dia datang ke rumah atau kami balik ke kampung. Kesimpulan yang akak dapat, apak insan istimewa yang sentiasa berpegang kepada " Ukur baju dibadan sendiri" supaya tidak merana dikemudian hari

Oleh itu walau sebanyak manapun pendapatan dan semakin banyak cabaran yang perlu kita hadapi hari ini, kita masih perlu merancang kewangan dan kita masih perlu melindungi pendapatan kita kerana kehidupan ini penuh dengan ketidak tentuan. Sebenarnya setiap orang mampu memiliki Takaful tanpa berdolak-dalih lagi sekiranya tahu kepentingannya dan kelemahan dari sudut ekonomi dan sosial sekiranya tidak memilliki Takaful dan ditakdirkan ditimpa musibah. Pengalaman hidup kita sebenarnya telah memberitahu kehidupan ini tidak menentu, kita hanya mampu merancang, Tuhan sahaja yang menentukan.

Which one is YOU????
Orang yang GAGAL adalah orang yang tidak membuat perancangan masa depan.
Orang yang BAKAL berjaya adalah orang yang telah memikirkan perancangan masa depan
Orang yang BERJAYA adalah orang yang telah melaksanakan perancangan masa depan.

Sudah semestinya kita ingin menjadi orang BERJAYA!! Oleh itu walau semakin besar periuknya maka semakin besar cabaran yang perlu dihadapi dan ini memerlukan kita melaksanakan semua perancangan kewangan yang baik. Ini semua akan dapat memastikan kerak besar yang terhasil itu mempunyai banyak manfaatnya.
Glitter Words

2A bersama Barnie & Friends

04/04/08 - Pergi ke KLCC nak cari baju raya, sebabnya nanti bulan puasa memang tak kuasa ler aku.. Dapat ler sikit tapi kena gak pegi Sogo nak cari yang lain2 lagi.. Hari Raya tahunni pun tak best sebab bapak mertuapun baru meningggal & masih terasa macam dia masih ada lagi...For sure harapan nak beraya di Perak tahunni tak menjadi lagi. Ada sahaja halangannya... Last year baru 5 hari dalam pantang... Lagipun pada 04/04 ni jugak adik aku yang kat Shah Alam tu accident teruk gak sampai kena operate sebab tulang belakang dia dah 'rosak'(tak tau camner nak explain)... kena rehat kat rumah 3 bulan, for sure gak dia tak balik kampung.. so, harap2 tahun depan dapatler beraya kesemuanya dirumah Zakaria Ansari di Kampung Serikaya, Bota Kiri...
 
Aku ambik cuti dari 18/08 sehingga 22/08 macamler ada anak yang dah sekolah.. Sebabnya aku nak balik kampung dan dapat bercuti dengan adik-adik aku yang anak-anak mereka dah bersekolah.. Dan bolehlah Atikah dan Azalia berkenalan dengan sepupu dia sebelah aku. Tak sabar dah ni nak balik kampung, tapi geramnya esok kena gi kursus ITI kat HQ, buang masa betul sebabnya ikut point aku dah cukuppun 20... tak per lah buang-buangkan masa dari kena bayar kalau tak pergi...

Tuesday, August 12, 2008

AL FATIHAH UNTUKMU

Father's Day Myspace Comments

AL FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM MOHAMED KASIM BIN SIRAT...

Pada 31/07/2008 yang lepas, bapa mertua saya pulang kerahmatullah kerana serangan strok & juga masalah kencing manis & darah tinggi.. Dia tinggal bersama saya selama 2 tahun selepas kelahiran anak pertama saya Nurul Atikah. Ibu & bapa mertua saya berpindah kerumah baru kami kerana Nurul Atikah semasa kecil nya menghadapi masalah nafas berbunyi. Pada saya mertua saya kedua-duanya terlalu baik dan senang sekali bersama mereka.. Walaupun ada cerita tentang kehidupan yang tidak baik sekiranya tinggal sebumbung dengan mertua, alhamdullillah ini tidak terjadi kepada saya.
 
Kenangan yang terindah bersama bapa mertua saya ialah pada awal perkahwinan saya iaitu semasa makan tengahari di sebuah kedai. Saya membeli kuih untuk kunyah-kunyah dalam kereta semasa balik, semasa melintas jalan entah macamana saya tercampakkan kuih tu... maka musnahlah harapan saya nak makan ni.. tapi saya tak kisah sangatpun, bapa mertua saya boleh menyeberang balik untuk membelikan kuih itu kepada saya.. masa tu saya rasa terharu sangat sebabnya suami sayapun tidak memperdulikan keadaan itu.. Dan saya tahu bapa mertua saya menyayangi menantu dia sama dengan anak-anak dia, kalau dia memberi duit dia akan bagi sama rata.. Semoga Allah menempatkan dia bersama-sama orang2 yang soleh.. Al-Fatihah...

Thursday, July 31, 2008

DIARI SLIM CARA ATILIA - 28/07/08


Get Well Myspace Comments

Hari ni bermula ler program realiti aku.. Jadinya aku kena mengelak dari makan nasi (paling penting) & semoga aku kuat menghadapi harini...
Untuk Sarapan :- -Aku makan bihun goreng yang dijual kat pasar pagi SS2ni.. Ala kat kereta wira tu.. Bihun dia ok sebab tak berminyak sangat & 2 karipap (* karipap dia memang best tapi aku nyer pemakanan ler yang hancur). - Pukul 10.30 pagi aku minum semug nescafe..
Untuk makan tengahari :- - Aku beli roti bun jer & minum nescafe lagi ( aku nak mintak horlicks takder)
Untuk makan malam lak :- - Aku makan mi bandung 6-8 sudu ( cilok husband aku nyer).. & kopi SM ( perasa Capuchino).. boleh ker aku bertahan sampai esokni.. Aku rasa kopi ni macam kopi Cafe 21 yang biasa tu jer.. betoi ker boleh kurus & cantik ni.... Berdoajer jangan jadi yang lebih tak sihat dah ler ( kan sekarangni ramai usahawan gini claim macam2, rupanya ingredient yang digunakan menjahanamkan)... aku baru tengok rancangan Oprah episod hari bumi tu.. menakutkan gak...
Jadinya, harini aku berjaya tak makan nasi, tak minum ais, tak makan merapu2, lagipun tak lerh ler nak teruk2 sangat nanti aku cepat fed up. Slow & steady ler kan...
Info untuk hari ini :- Aku dapat dari yahoo group - Mahligai-
Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar g elas ini. Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini.
Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air. Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esofagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity). Apabila s eseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus.
Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain. Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.
Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah. Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu. Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih tajuk yang berkaitan bagi Pr ojek Tahun Akhir beliau.
Saya banyak membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya. Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba Allah saya namakan Mr Y. Mr Y berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan yang tabiaatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr Y sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas). Mr Y juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuca agak panas bagi saya. Namun yang paling menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, siisteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr Y tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr Y tidur bersendirian tanpa buka kipas. Bagi makluman pembaca sekelian, Mr Y sudah kena simptom ?kalah sejuk? iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya. Berikut pula adalah penjelasan bagi kes mandi malam. Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair. Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan. Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm. Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastik transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke?? Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi.
Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair. Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kepada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair. Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan sekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan ?Sipolan, engkau selalu mandi malam ke? ?. Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah ?Dia memang selalu mandi malam. Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya ?. Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata ?badan dah panas, nak buat apa!?. Begitulah kata-kata orang yang degil. Dari penjelasan ringkas saya di sini boleh dirumuskan bahawa: MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru. Wallahuallam, aku selalu gak dengar tentang teori ini.. tapi masa aku jumpa doktor sebab masalah jerawat dia suruh aku minum ais tak ingat apa sebab tapi macam logik jer sebab tu aku selalu marah kat suami aku sebab tak reti nak minum air kosong atau air suam jer...
Aku percaya jugak ngan teori ni. tak tau reason dia tapi macam logik ajekan..Hari isnin yang lepas secara kesimpulannya saya berjaya lah juga kerana dapat menghalang diri saya dari makan nasi.. syukurlah...
Get Well Myspace Comments

Wednesday, July 30, 2008

Realiti Blog - Penurunan Berat Badan

Kalau ada rancangan realiti TV, apa salah nya aku buat realiti blog pulak... pesertanya adalah aku. Aku kena kuruskan badan disebabkan memang banyak sangat kesukaran kini mencari baju yang sesuai. Hari raya dah nak dekat ni lagiler, nak ukur badan buat baju kurung pun maluni. Diharapkan rancangan ini memberikan aku semangat maalumler nak pergi Slim World macam Wardina @ Norjuma tu manalah aku mampu...

Realiti Blog

Nama Program :- Slim Cara Atilia
Peserta :- Cho Zila
Biodata peserta :- berumur 38 tahun, ibu kepada 2 orang anak yang masih kecil (satu masih menyusu badan dan beranak secara caesarean Oktober tahun lepas).
Berat badan pada 27/08 :- 80 kg (mak oooiiiiiii !!!!!)
Ukur lilit pinggang :- 36.5 cm ( ukur lilit punggung model pun kurang dari ni)
Slogan :- " Diet doesn't have to be 'die' with a 't' "
Lagu Tema : - KAU BOLEH

Usaha yang difikirkan pelu dilakukan untuk seminggu ini :-
(28/07-03/08)
1. Katakan TIDAK pada NASI... Cuba makan benda yang selain daripada ini macam roti ker, nestum, tosei, sup sayur, bihun sup, krim kraker, sandwich, salad dan yang kurang sikit lemak.
2. Katakan yang Breakfast itu penting - Raja - & makan tengahari tu - permaisuri - dan dinner tu hanya - askar jer- jadinya jangan nak berlebih2 makan malam pulak.. Dan fikirkan makan malam hanya sebelum pukul 7.00 malam.
 
3. Stop thinking .... snek adalah chips, aiskrim dan kuih yang lemak2.. snek yang baik adalah buah2an, sayuran, 'cereal % cornflakes', biskut kraker, popia basah & seumpamanya...
 
4. TIDAK............... Durian, Junk food, Fast food (KFC, McD dan seumpamanya), air bikarbonat, kek, kuih bergoreng terendam, yang masin2 & yang manis2, minuman berais dan nanti fikirkan..
 
5. CUBA.. Untuk ber'exercise' secara kemampuan. Buat masa ni mungkin boleh pasang VCD "Khathy Smith- step aerobik" yang dah berhabuk tu & step yang dah jadi tempat mainan Atikah tu.. Tunggu Azalia tido dulu kot tidak baikler bersenam dengan dia jer..
 
Buat masani ni sahaja .. cuba patuhi...
"ALAH BISA, TEGAL BIASA"
" NO PAIN, NO GAIN"


Monday, July 28, 2008

rindu semua

myspace graphic


RINDu... sangat2 rindukan emak, apak, adik2 aku, anak2 buah aku semuanya.. lama betoi aku tak balik kampung, teruk betoi. Bukan sengaja tapi ada jer alasan yang menghalang langkah kaki ku ini.. Aku janji cuti sekolah ni aku akan balik selama seminggu.. Insyaallah...

Monday, July 21, 2008

SERULING SAKTI

Pada zaman dahulu terdapat sebuah pekan kecil yang sangat cantik terletak di kaki bukit. Pekan tersebut di kenali Hamelyn. Penduduk di pekan tersebut hidup dengan aman damai, tetapi sikap mereka tidak perihatin terhadap kebersihan. Pekan tersebut penuh dengan sampah sarap. Mereka membuang sampah di merata-rata menyebabkan pekan tersebut menjadi tempat pembiakan tikus. Semakin hari semakin banyak tikus membiak menyebabkan pekan tersebut dipebuhi oleh tikus-tikus.

Tikus-tikus berkeliaran dengan banyaknya dipekan tersebut. Setiap rumah tikus-tikus bergerak bebas tanpa perasaan takut kepada manusia. Penduduk di pekan ini cuba membela kucing untuk menghalau tikus dan ada diantara mereka memasang perangkap tetapi tidak berkesan kerana tikus terlampau banyak. Mereka sungguh susah hati dan mati akal bagaimana untuk menghapuskan tikus-tikus tersebut.

Musibah yang menimpa pekan tersebut telah tersebar luas ke pekan-pekan lain sehinggalah pada suatu hari seorang pemuda yang tidak dikenali datang ke pekan tersebut dan menawarkan khidmatnya untuk menghalau semua tikus dengan syarat penduduk pekan tersebut membayar upah atas kadar dua keping wang mas setiap orang. Penduduk di pekan tersebut berbincang sesama mereka diatas tawaran pemuda tadi. Ada diatara mereka tidak bersetuju oleh kerana mereka tidak sanggup untuk membayar upah yang sangat mahal. Setelah berbincang dengan panjang lebar akhirnya mereka bersetuju untuk membayar upah seperti yang diminta oleh pemuda itu kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain.

Keputusan tersebut dimaklumkan kepada pemuda tadi, lalu dia mengeluarkan seruling sakti dan meniupnya. Bunyi yang keluar dari seruling itu sangat merdu dan mengasik sesiapa yang mendengarnya. Tikus-tikus yang berada dimerata tempat didalam pekan tersebut mula keluar dan berkumpul mengelilinginya. Pemuda tadi berjalan perlahan-lahan sambil meniup seruling sakti dan menuju ke sebatang sungai yang jauh dari pekan tersebut. Apabila sampai ditepi sungai pemuda tadi terus masuk kedalamnya dan diikuti oleh semua tikus.Tikus-tikus tadi tidak dapat berenang didalam sungai dan semuanya mati lemas.

Kini pekan Hamelyn telah bebas daripada serangan tikus dan penduduk bersorak dengan gembiranya. Apabila pemuda tadi menuntut janjinya, penduduk tersebut enggan membayar upah yang telah dijanjikan kerana mereka mengangap kerja yang dibuat oleh pemuda tadi tidak sepadan dengan upah yang diminta kerana hanya dengan meniupkan seruling sahaja. Pemuda tadi sangat marah lalu dia menuipkan seruling saktinya sekali lagi. Irama yang keluar dari seruling itu sangat memikat hati kanak-kanak menyebabkan semua kanak-kanak berkumpul di sekelilingnya. Satelah semua kanak-kanak berkumpul pemuda tadi berjalan sambil meniupkan seruling dan diikuti oleh semua kanak-kanak. Pemuda itu membawa kanak-kanak tersebut keluar dari pekan Hamelyn. Setelah Ibu Bapa menyedari bahawa mereka akan kehilangan anak-anak, mereka mulai merasa cemas kerana kanak-kanak telah meninggalkan mereka dan mengikuti pemuda tadi. Mereka mengejar pemuda tadi dan merayu supaya menghentikan daripada meniup seruling dan memulangkan kembali anak-anak mereka. Merka sanggup memberi semua harta benda yamg ada asalkan pemuda tersebut mengembalikan anak-anak mereka.

Rayuan penduduk tidak diendahkan oleh pemuda tadi lalu mereka membawa kanak-kanak tersebut menuju kesuatu tempat dan apabila mereka sampai disitu muncul sebuah gua dengan tiba-tiba. Pemuda tadi mesuk ke dalam gua itu dan diikuti oleh kanak-kanak. Setelah semuanya masuk tiba-tiba gua tersebut gaib dan hilang daripada pandangan penduduk pekan tersebut. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa oleh kerana mereka telah memungkiri janji yang mereka buat. Merka menyesal diatas perbuatan mereka tetapi sudah terlambat. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Sehingga hari ini penduduk pekan Hamelyn tidak melupakan kesilapan yang dilalukan oleh nenek moyang mereka. Menepati janji adalah pegangan yang kuat diamalkan oleh penduduk pekan Hamelyn sehingga hari ini.

BURUNG BANGAU DENGAN SEEKOR KETAM

Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Airnya sungguh jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai yang berbunga sepanjang masa. Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah. Pokok-pokok yang tumbuh di sekitarnya hidup dengan subur. Banyak burung yang tinggal di kawasan sekitar tasik tersebut. Salah seekornya adalah burung bangau. Manakala di dalam tasih hidup bermacam-macam ikan dan haiwan lain. Ada ikan telapia sepat, kelah, keli, haruan dan bermacam-macam ikan lagi. Selain daripada ikan,terdapat juga ketam dan katak yang turut menghuni tasih tersebut.

Burung bangau sangat suka tinggal di kawasan tasik tersebut kerana ia senang mencari makan. Ikan-ikan kecil di tasik tersebut sangat jinak dan mudah ditangkap. Setiap hari burung bangau sentiasa menunggu di tepi tasik untuk menagkap ikan yang datang berhampiran dengannya.

Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Ia tidak lagi sekuat dulu untuk menangkap ikan. Kadang- kadang ia tidak memperolehi ikan untuk dimakan menyebabkan ia berlapar seharian. Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata "Kalau beginilah keadaanya, aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi berdaya untuk menangkap ikan. Aku mesti mencari jalan supaya aku dapat memperolehi makanan dengan mudah".

Burung bangau mendapat idea dan berpura-pura duduk termenung dengan perasan sedih di tebing tasik. Seekor katak yang kebetulan berada di situ ternampak bangau yang sangat murung dan sedih lalu bertanya "Kenapakah aku lihat akhir-akhir ini kamu asik termenung dan bersedih sahaja wahai bangau?". Bangau menjawab " Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita dan semua penghuni tasih ini." "Apa yang merunsingkan kamu, sedangkan kita hidup di sini sudah sekian lama tidak menghadapi sebarang masalah." Jawab katak. "Awak manalah tahu, aku sering terbang ke sana ke mari dan mendengar manusia sedang berbincang tentang bencana kemarau yang akan menimpa kawasan ini dalam beberapa bulan lagi. Kau lihat sajalah sejak akhir-akhir ini hari panas semacam aje, hujan pun sudah lama tidak turun". Bangau menyambung lagi "Aku khuatir tasik ini akan kering dan semua penghuni di tasik ini akan mati." Katak mengangguk- ngangukkan kepalanya sebagai tanda bersetuju dengan hujah bangau tadi. Tanpa membuang masa katak terus melompat ke dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain.

Berita bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasih begitu cepat dan semua penghuni tasik berkumpul ditebing sungai dimana bangau berada. Masing-masing riuh rendah menanyakan bangau akan berita tersebut. Seekor ikan haruan bertanya kepada bangau "Apakah cadangan engkau untuk membantu kami semua?" Burung bangau berkata "Aku ada satu cadangan, tetapi aku khuatir kamu semua tidak bersetuju." "Apakah cadangan tersebut" kata haruan seolah-olah tidak sabar lagi mendengarnya. Bangau berkata " Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar dan airnya dalam, aku percaya tasik tersebut tidak akan kering walaupun berlaku kemarau yang panjang." "Bolehkah engkau membawa kami ke sana" sampuk ketam yang berada di situ. "Aku boleh membawa kamu seekor demi seekor kerana aku sudah tua dan tidak berdaya membawa kamu lebih daripada itu" kata burung bangau lagi.. Mereka pun bersetuju dengan cadangan burung bangau.

Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikan daripada tasik tersebut, tetapi ikan- ikan tersebut tidak dipindahkan ke tasik yang dikatakannya.Malahan ia membawa ikan-ikan tersebut ke batu besar yang berhampiran dengan tasik dan dimakannya dengan lahap sekali kerana ia sudah tidak makan selama beberapa hari. Setelah ikan yang dibawanya dimakan habis, ia terbang lagi untuk mengangkut ikan yang lain. Begitulah perbuatanya sehingga sampai kepada giliran ketam. Oleh kerana ketam mempunyai sepit ia hanya bergantung pada leher burung bangau dengan menggunakan sepitnya. Apabila hampir sampai ke kawasan batu besar tersebut,ketam memandang ke bawah dan melihat tulang-tulang ikan bersepah di atas batu besar. Melihat keadaan tersebut ketam berasa cemas dan berfikir di dalam hatinya "Matilah aku kali ini dimakan oleh bangau." Lalu ia memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya daripada ratahan bangau yang rakus. Setelah tiba di atas batu besar ketam masih lagi berpegang pada leher bangau sambil berkata "Dimanakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapa engakau membawa aku di sini?" Bangau pun tergelak dengan terbahak-bahak lalu berkata "Kali ini telah tiba masanya engkau menjadi rezeki aku." Dengan perasaan marah ketam menyepit leher bangau dengan lebih kuat lagi menyebabkan bangau sukar untuk bernafas, sambil merayu minta di lepaskan, ia berjanji akan menghantar ketam kembali ke tasik tersebut. Ketam tidak mempedulikan rayuan bangau malah ia menyepit lebih kuat lagi sehingga leher bangau terputus dua dan bangau mati di situ jua.

Dengan perasaan gembira kerana terselamat daripada menjadi makanan bangau ia bergerak perlahan-lahan menuju ke tasik sambil membawa kepala bangau. Apabila tiba di tasik, kawan-kawannya masih lagi setia menunggu giliran masing-masing. Setelah melihat ketam sudah kembali dengan membawa kepala bangau mereka kehairanan dan ketam menceritakan kisah yang berlaku. Semua binatang di tasik tersebut berasa gembira kerana mereka terselamat daripada menjadi makanan burung bangau yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Mereka mengucakpan terima kasih kepada ketam kerana telah menyelamatkan mereka semua.

SANG KANCIL DENGAN BUAYA

Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.

Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.

Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.

Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".

Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".

Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".

Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.

Tuesday, July 1, 2008

aku, internet & teknologi maklumat

Aku sebenarnya memang buta IT... Dulu-dulu aku hanya tau sikit2 tentang teknologi maklumat & internet ni... Aku cukup bengang kalau kawan2 aku sibuk tanya alamat email aku & aku anggap betapa hebatnya mereka kerana telah mempunyai email sendiri. Ah! akuni tak tau pun macamana caranya nak membuka akaun email. Selalunya aku akan memberikan alamat email suami sekiranya mereka ingin juga alamat email aku.. kesiannya aku...
Apa yang membuatkan aku berkobar-kobar untuk memiliki akaun sendiri?? Salah satu sebabnya ialah aku mabuk ngan forum http://eforum.cari.com.my. Semasa itu banyak gosip yang hangat2 terdapat dalam forum tersebut & lagi hangat gosip itu kita mesti memiliki kredit tertentu... Dan kadang-kadang rasa geram sebab tak boleh nak luahkan pendapat kita terutamanya tentang kekeluargaan & semasa itu aku juga sedang mengandung yang memerlukan kita menanya masalah yang dihadapi. Jadinya aku berhempas pulas dengan bertanya sedikit sebanyak pada adik aku dan terhasillah akaun yahoo aku yang pertama & boleh lah bergembira melayari forum yang aku minati itu.
Semasa diforum tersebut banyak yang aku pelajari & aku tersangkut pulak dengan foto blog yang dikenali sebagai fotopages. Aku suka sekali fotopages hanieliza sebab banyak sangat resipi & dulu msdnoraini sebab banyak jahitan manik di hujung baju... Geram datang lagi dan aku berangan-angan ingin memiliki fotopages sendiri. Selalunya aku hanya menjadi juru komen pada fotopages yang aku lawati.
Semua itu adalah pengalaman aku yang malu bertanya. Kepada sahabat-sahabat seangkatan aku berharap semoga ringan-ringankan mulut bertanya kepada yang muda supaya kita tidak ketinggalan jauh daripada dunia IT sekarang. Kini aku telah memilliki http://ikhlas-atilia.fotopages.com, http://www.friendster.com/ikhlasatilia dan blog yang tak seberapa namun besar ertinya buat seorang yang telah berumur seperti aku. Sekiranya ada sahabat-sahabat diluar sana yang tahu bagaimana aku boleh memeriahkan lagi blog ini sudi-sudilah contact aku...

Thursday, June 19, 2008

Jogging- semoga berterusan

Mingggu ni saya start jogging.. mula2tu was2 gak nak ajak suami tersayang pergi Taman Bukit Jalil tu. Sebabnyer kita tahu sangat dia memang tak suka tempat panas & ramai orang.. tapi kasiler dia semangat sikit kata "Abang tak payah jogging kalau tak suka, tunggu dalam kereta ngan adik. Lepastu kita singgah makan satay kajang kat R&R Awan Besar"(kita ler belanja). Dia kalau dengar satay mesti jadi punya... tapi dia kata "Ok tapi jangan jogging lama sangat tau..."
 
Hasrat nak berjogging ni sememangnyer tersemat kukuh disanubari namun pelbagai alasan yang direka sendiri maka hampir nak berkubur impian tu.. Tapi disebabkan semakin hari semakin terasa badan ini dah tak sekuat dulu, naik tangga kat ofispun dah semput kuatkan semangat.. mesti mulakan jugak tak kira...
 
Sebagai permulaan, pakai baju jogging dari ofisni, sampai taman kat rumahatu aku pun terusler beriadah. Dapat keluarkan peluh pun kira satu perkembangan yang baik. Tak boleh nak lama sangat sebab adik yang tinggal kat rumah Mama Maya, nanti dia tertunggu ibunyani... namun aku puas hatiler jugak walaupun dapat lebih kurang 20 minit, boleh ler asalkan ada... Mungkin selepasni aku nak rancang bawak adik & kakak, tapi boleh jalan laju sahaja. Adik masukkan dalam stroler & kakak boleh ajak jalan2 sambil singgah ke taman permainan kanak-kanak boleh main buaian (kesukaan Atikahni).

Selalu jadi macamni, kalau aku mula rajin nak beriadah jer hujan pun mula turun tiap-tiap petang. Tolongler ibu, jangan cari alasan lagi. Suami aku mesti ingat kat step aerobik yang dibelinyer sempena harijadi aku yang keberapa tak ingat , mesti nak kata " Orangnya tak kuruspun step tu jer dah makin slim..". Perli tahap gaban ler tu... Cari balikler VCD Khaty Smith yang dah berabuktu, tunggu aku balikni... Beli VCD aerobik ni tak henggat, yang ado hangat-hangat taik ayam.

Alamak, dah kena balik ni. Oklah.. semoga usaha akuni tak terbehenti dengan alasan-alasan yang tak boleh diterima lagi....

Friday, June 13, 2008

ATIKAH & HARIS (SEPUPU)



Ini adalah Atikah ngan sepupu dia Haris.. Haris adalah anak sedara teman(anak adik). Harisni kalau bercakap mengalahkan orang tua....

Wednesday, June 11, 2008

Bayi mati dalam kandungan

Dapatkah anda bayangkan perasaan seorang ibu yang mengandung 33 minggu yang tidak dapat mendengar tangisan bayinya semasa melahirkan. Itulah yang terjadi kepada akak walaupun kenangan itu telah berlalu 5 tahun yang sudah namun tidak pernah akak lupakan walau sedetik.

Akakni kategori yang kahwin lambatler jugak (pst: anak-anak dara sekelian kahwinler cepat kalau dah ada orang yang suka, jangan tunggu lama-lama) dan ditakdirkan nak lekat pun agak lambat gak. Dah setahun setengah gitu baruler dapat khabar gembira yang akak mengandung. Syukur banyak kerana hanya Allah yang tau betapa happynyer aku dan suami masatu, maalumler dua-duapun kira dah berumur. Lagipun tak larat telinga nak dengar orang bertanya bila nak mengandung, tak nak mengandungker, dan macam-macam soalan menyakitkan hati.

Semasa mengandungkan dia ni memang tak banyakpun alahan, malah dalam hatini berkata gak betoiker dalam tv tu kalau orang mengandung alah bagai nak rak, morning sickness lagi isshhh tak baik betoi ler akak boleh kata orangni mengada2 jer kot.. rupanyer dia tak nak menyusahkan akak, sehingga ler ke minggu 26 @ 28 gitu akak pi check kat SMC macam biasa, tiba2 doktor kata kena tahan kat wad sebab nak monitor BP (kes darah tinggi ler ni).

Masa tu rasa macam pelik jer, sebab tak ler rasa pening ker apa cuma macam penat jer. Kenalah akak tahan semalam dan bil untuk semalam itu ialah RM600++ untuk monitor BP plus ubat darah tinggi yang mahal ler tu.. Selepas berfikir panjang kalau selalu dimasukkan ke wad hanya kerana untuk monitor BP tentulah tidak berbaloi sama sekali.

Setelelah perbincangan dibuat kami ambil keputusan untuk pergi ke PPUM sahaja memandangkan suami akak kakitangan kerajaan yang tentulah bil rawatan percuma. Darah tinggi semasa mengandungni memang spesel sebab tu doktor memang sedikit mengambil berat permasalahan ini. Dan untuk ibu2 yang mengandung tu akak nasihatkan sangat tolong ler berhati-hati kalau dapat darah tinggi semasa mengandung. Akak katakan spesel kerana pi PPUM selepas keluar dari SMC tu akaknyer tekanan darah kembali normal dan doktorpun cuma menyuruh akak berehat di rumah.

Akak menjalani kehidupan seperti biasa, tak makan benda masin-masin, tak makan makanan segera dan pantang larang yang biasa untuk orang darah tinggi juga tak buat kerja rumah yang berat-berat.. Pada 13/2/2003 akak ada satu check up biasa di PPUM, perasaan pada masa tu macam biasa dan sementara menunggu tu bersembang ngan ibu2 lain tu bercerita pasal baby dalam perut menendang. Saat itu akak mula rasa tidak sedap hati kerana kebetulan selepas hari raya aidil adha tu ada gak cakap kat suami baby ni tak aktif sangat. Oleh kerana pengalaman pertama mengandung akak tidak dapat bezakan apa cuma akak boleh kata babytu letih kot, ikut logik dia letih sebab apa yek!! alasan nak menyedapkan hati sendiri jer ni.

Semasa doktor suruh masuk dalam bilik, dia suruh baring dan dia tekan2 perut dan pakai alat yang letak kat perut dan kita boleh dengar jantung babytu (kat PPUM tak scan setiap kali jumpa). Doktor tu mula buat muka yang buat kan akak rasa cuak sangat. Dia kata mungkin alat tu tak leh nak cari jantung dia kat mana, so dia suruh akak pergi ke bilik scan. Kat sini memang kita dah rasa sesuatu yang tak elok berlaku, dia kata dia nak panggil doktor yang lagi pakar. Masatu jantung dah berdebar-debar tapi dalam hati cuba menidakkan dan akak dah mula menangis. Doktor suruh panggil husband..

Apabila doktor pakar tu datang dan dia genggam tanggan akak dan cakap " baby awak dah meninggal dalam kandungan, harap awak bersabar ". Doktor tu bagi semangat tapi akak dah tidak mendengar apa pun melainkan akak menangis dan rasa kecewa yang amat.Perasaan masa itu terasa kosong dan tiba-tiba akak rasa amat sunyi. Memang sukar nak dibayangkan dengan kata-kata. Selama 33 minggu kami bersama, akak dah berkomunikasi dengan dia dan akak dapat rasakan kehadiran dia dan tiba-tiba dia meninggalkan kita.

14/02/2003, aku memang ingat sampai bila2. Hari Kekasih mungkin bagi orang lain tapi hari tu adalah Hari Kasih Sayang buat akak kerana pada hari tu anak akak dilahirkan dan akak dapat melihat wajah nyer yang comel dan hari itu juga anak akak meninggalkan akak selamanya. Bayangkan di wad bersalin tu akak mendengar setiap tangisan bayi setiap kali ibu melahirkan anak. Sedangkan akak terbaring disitu setelah di inducekan pada waktu pagi dan hanya bersalin pada pukul 4.00 petang dan ketika melahirkan tiada tangisan yang dapat akak dengar. Ya Allah berikan kekuatan kepada ibu2 seluruhnya jika mereka juga mengalami saat-saat seperti ini.

Ini adalah kenangan yang paling mendalam dalam kehidupan akak dan akak tidak pernah mengalami perasaan seperti ini sehingga ke hari ini. Akak masih menginggati saat2 akak cium dahinya dan juga pelukan pertama dan terakhir akak pada anak ibu tersayang Mohamad Najmi bin Mohamed Rafi.
Inilah kubur anak akak di Danau Kota.

Wednesday, April 16, 2008

percubaan yang pertama

harini aku seikhlas mungkin ingin mempunyai blog sendiri... macamler aku nak jadi YB lak kena ada blog sendiri... jadi aku main cuba jer, nasib ler boleh.. harap2 aku boleh memanfaatkan blog ni... kerana hobi aku ialah menulis.. naik habis kertas dah... sekarang ni tak main ler,, nak tulis dalam blog... best tak gamaknyer.. entah ler...

Sunday, February 3, 2008

Dr.Fadhilah Kamsah menulis ……..

Assalammualaikum.. .....

Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...


Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri @ akan dihabiskan oleh adik beradik lain .samada kami perasan atau tidak . satu hari itu tergerak tanya pasal isu ini kat mak.

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya ......makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu...

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak...

samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ....

dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib .kalau ada lebih dari sorang anak, suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat.ini yang kami sekeluarga amalkan sampai kini...

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ....solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam...

From Kinrara with Love
♥ ATIKAH & AZALIA ♥
Pls contact:-
CHO ZILA (019-210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS
"Takaful Untuk Kesejahteraan"

Nuffnang oh Nuffnang