Nuffnang saya

Tuesday, December 22, 2009

CUTI-CUTI KUALA LUMPUR

Akak dapat dari satu perbincangan di yahoo group suatu masa dulu.. kalau masih terfikir dengan bajet yang rendah kemana nak dibawa anak2, bacalah coretan ini.. hanya cuti-cuti KL sahaja.
Salam

Anak2 kalau duduk rumah memang tak boleh duduk diam. Kalau berjalan semua baik-baik, tapi kalau kat rumah haru biru. Asal cuti je waima sabtu ahad, siap tanya "hari ni kita nak gi mana maa...?? "

Bagi yang budget ciput macam kami ini disamping sibuk memanjang, tapi jalan tetap jalan. Panjanglah akal cari tempat yang menarik tapi murah, janji anak2 seronok & kita pun boleh tenangkan fikiran..

ok..cadangan. .satu hari boleh habis beberapa tempat menarik di KL, jimat minyak lagi sebab tempat2 ini berdekatan. Boleh jalan kaki je kalau larat la..

1. Taman Tasik Perdana

Pergi pagi-pagi selepas Subuh bawa bekal sarapan sekali, boleh jogging & anak main kat taman mainan yg besar & menarik di sini, sambung2 macam wonderland gitu.

2. Taman Burung, Taman Rusa, Taman Rama2, Taman Bunga/Orkid

Lepas main2 kat Tmn Tasik Perdana, sarapan, sambung jalan2 di taman2 yg ada di sekitar Tmn Tasik ini seperti Taman Burung, Taman Rusa, Taman Rama2, Taman Bunga/Orkid

3. Masjid Negara, Muzium Negara, Muzium Kesenian Islam, stesen KTM

Lepas jalan2 tengok rusa, rama2, burung dan sebagainya boleh lepak balik kat Taman Tasik Perdana & makan tengah hari..bawa bekal lagi jimat. Kemudian boleh mandi, salin baju (maklumlah berpeluh2 mestinya jalan kt taman2 tu..) dan solat Zohor di Masjid Negara. Teruskan perjalanan ke Muzium Negara & Muzium Kesenian Islam yg berdekatan.B0leh juga bawa anak kenal2 stesen keretapi lama yang stesen KTM tu. Tempat2 sesuai untuk perkenalkan anak tentang sejarah..

4. Tugu Negara, Planetarium

Lepas solat Asar, sambung lagi jalan kt Tugu Negara & ada taman di situ dekat Planetarium, bolehlah lepak2. Kemudian terus ke Planetarium, di sini ada masanya buka sampai malam. Ada malam2 tertentu yang dibuka percuma utk melihat / mencerap bulan & planet...seronok wooo..budak2 memang seronok melihat & merasai pelbagai pengalaman membabitkan sains..lebih2 lagi dapat meneropong bulan.. di sini ada studio yang skrinnya di atas syiling..kita baring seperti melihat langit. Di atas menaranya ada teropong yang boleh meneropong sekitar Kuala Lumpur dengan amat jelas..

macam mana? dah penat kan dari pagi sampai malam, jalan2 di tempat2 berdekatan. Rasanya tak sampai RM100 pun habis..

5. Pusat Sains Negara

Pusat Sains Negara pun hebat juga..perlukan setengah hari juga nak mengembara ke segenap ceruk pusat sains ini..banyak yang boleh dilihat. Yuran masuk pun murah..
6. Taman Mainan & Taman Tema, Reklah & Riadah

Taman2 mainan yang menarik selain Tmn Tasik Perdana, ada Taman Tasik Titiwangsa. Ada satu taman yg besar selepas Selayang nak ke Kepong, tapi tak tau nama apa. Selalu bawa anak2 berehat sambil main layang2 kt sini. Ramai yg main layang2..kalau dr jalan raya nampak beribu2 layang-layang bertebaran di udara, meriah & menarik.

Kalau nak melihat keindahan alam semulajadi & mandi-manda, boleh ke Taman FRIM Kepong, ada pelbagai pohon & tasik yg dijaga rapi. Biasa orang buat penggambaran di sini...cantik & tenang pemandangannya atau boleh juga ke Templer Park dan Lata Kancing (kalau tak silap) dekat Rawang. Sesekali boleh juga bawa anak2 ke pusat permainan yg sesuai utk satu keluarga.

7. Perpustakaan & Kedai buku

Jangan lupa..cuti, cuti juga tapi buku jangan ketepikan. Setelah anak2 belajar daripada ilmu kehidupan & pengalaman melancong..boleh bawa anak2 utk menimba pelbagai ilmu di perpustakaan. Ada banyak perpustakaan awam di KL..antaranya Perpustakaan Negara, Perpustakaan P.Ramlee, Wisma Sejarah dll.

Atau boleh juga shopping2 di mana-mana pusat membeli-belah sambil singgah ke kedai buku yang besar, yang membenarkan pelanggan membaca buku dengan bebas malah menyediakan tempat membaca @ ada menyediakan pelbagai aktiviti khas untuk pembaca. Antaranya..kedai buku POPULAR @ MPH di Ikano Damasara, KINOKUNIYA di Suria KLCC...

KATA AKAK :::: Emmm...siapa kata kita perlu melancong jauh2 dgn budget yg tinggi & masa yang panjang? Di sekitar tempat tinggal kita pun banyak tempat yg menarik, yg hanya boleh dihabiskan dalam masa sehari dua. Jom jalan2 bawa anak2 anda kenali alam, kerana setelah mengenali alam mereka akan kenal diri sendiri & Penciptanya & dapat menjiwai apa yg dilihat. Jangan lupa ingatkan anak2 tentang kebesaran Ilahi dan kehebatan ciptaannya.

Jalan2 tu..untuk tenangkan fikiran & luaskan pengalaman & dalamkan ilmu pengetahuan. Jadikan perjalanan keluarga anda sesuatu yg menyeronokkan, jangan marah2 tau. Kalau penat, berhentilah rehat, kalau tak cukup budget, melawatlah tepat2 yg murah & bersesuaian dengan kemampuan..

Selamat bercuti..

Friday, November 20, 2009

Cheese Macaroni Oven

Salam semua,

Masih ada lagi satu peristiwa penting yang berlaku pada 14/11 yang belum diceritakan di sini iaitu tentang pergi ke rumah IDA untuk mengambil borang permohonan takaful yang telah di tandatangani oleh suaminya. Sebenarnya terlupa gak nak bercerita yang kami telah berjumpa pada 7/11 yang lepas untuk kali pertamanya setelah berhubung hanya menerusi email, sms, telefon dan jugak fb sejak dari bulan puasa lagi. Ida merupakan kenalan alam maya yang memang teramat rajin memasak dan mempunyai sepasang anak kembar yang comel.

Setelah sekian lama kami merancang untuk berjumpa pada 7/11tu saya nekad untuk pergi ke Cheras dengan menaiki LRT dari stesen Sri Petaling. Kebetulan hari itu adalah perlawanan akhir bola sepak antara N9 dengan Kelantan, maka apabila melalui stesen Bukit Jalil kelihatan selautan manusia sudah berada di sana seawal pagi lagi. Maka saya berharap pertemuan saya dengan Ida tidak akan masa yang lama takut-takut saya akan bersesak di dalam LRT semasa balik nanti. Pada mulanya saya ingin membawa Atikah seorang namun disebabkan oleh kedua-dua mereka demam, saya pergi seorang sahaja.

Ida berpesan kepada saya "akak turun kat LRT Maluri tau, tunggujer kat tempat tunggu bastu". Tak lama menunggu Ida sampai ngan kereta Pesona dia dengan kembar yang memang comel sangat dan Idapun memang tak macam yang saya tengok dalam fp. Idatu orang Trengganu dan sudah pastiler putih melepak dan amat lemah lembut orangnya. Setelah berbincang lebih kurang kerana sebelum ini saya ada menerangkan dalam blog takaful saya dan juga menerusi telefon maka Ida mengeluarkan makanan yang sedap-sedap belaka. Yang bestnyer dia siap tapaukan untuk 2A, suami dan mertua saya.. terima kasih Ida.. Ni saya copy & pastekan resipi makaroni keju oven yang ditapaukan kepada saya & ada lagi satu brownies yang memang best sangat.

CHEESE MACARONI OVEN
sumber -MYRESIPI-HAMZAN(adaptasi dr RACHELRAY-NTV7)

Bahan-bahan ( 6 orang. )
1 bungkus makaroni yang macam kerang atau
straw tu.
Cheddar cheese.(ibu guna slice cheese aje)
1 biji bawang
kuning yang besar, 3 ulas bawang putih.
2 sudu butter.
3 sudu besar
tepong gandum.
3 cawan susu uht.(ibu guna dutch lady low fat).
2 cawan
air.
1 kiub ayam knorr.
2 biji chili cameron atau asparagus.(tak letak
pun takde stok)
Udang atau ayam.(kuantiti sukahati, lagi banyak lagi
best).ibu guna burger ayam aje
3 atau 4 sudu sos chili.(kimball sedap).
Serbuk lada hitam(pepper) dan garam.
Cara-cara
Rebus makaroni
kedalam air yang mendidih selama 6 minit. Bubuh sedikit garam.
Dalam periuk
atau kuali besar yang lain goreng bawang kuning dan putih dengan butter. Biarkan
sampai layu kekuningan.
Masukan tepong kacau seketika dan masukan 2 cawan
air, kacau lagi ia akan jadi pekat dan masukan kiub ayam. Pastikan kiub itu
larut.
Masukan udang atau ayam, secubit garam dan serbuk lada hitam.
Kemudian masukan susu dan sos chili.
Kemudian masukan cili cameron yang
dihiris2 atau asparagus yang telah dicelor. Celor dengan air rebusan makaroni
tadi.
Akhirnya masukan makaroni yang telah ditoskan terlebih dahulu kedalam
dan gaul mesra(bob). Eh lupa lak....parut cheese kedalam sebanyak mana anda
suka. Lagi banyak lagi sedap. Gaul sekejap sehingga semua menjadi melekit2 macam
chewing gum...perghhh sedap.
Ops...jangan hidang dulu..sabar, sile tengok
name resepi ada perkataan oven...so masukan kesemuanya kedalam bekas pembakar,
tabur cheese yang diparut diatas sebanyak anda suka. Bakar dalam oven sehingga
bahagian atas keperang2an.
Haaa...sekarang baru bolih dihidangkan. Makan
semasa masih berasap sebab kalau dah sejuk tak best dah.....


Ni gambar diambik mak si kembar pada kali pertama pertemuan kami.. comelkan..

Alamak berbalik cerita pada 14/11 yang lepas, disebabkan selepas majlis harijadi Nek Jang hujan renyai maka banyakler kereta yang tak keluar dari halaman maka kereta cik Mira (sepupu husband saya) yang terletak di garaj tidak boleh keluar. Oleh itu saya terlewat sedikit pergi kerumah Ida pada hari tersebut dan nasiblah cik Mira memang "expert" jalan tersebut kot idak dahler lambat dengan sesat larat lagi pastilah makin lambatler saya sampai. Kali ini saya membawa 2A bersama sebab Ida teringin nak jumpa dengan bintang kecil saya yang selalu 'enteprem' kat fp sayatu.

Kami memohon kepada Ida untuk solat maghrib terlebih dahulu barulah Ida meminta saya menerangkan kepada suaminya serba sedikit tentang permohon takaful tersebut. Syukurlah suami dia memang mengetahui sedikit sebanyak cuma dia berharap kali ini akan lebih sejahteralah lagi hendaknya. Kiranya haritu 3 borang dikembalikan kepada saya, Ikhlas Saving Takaful untuk suami Ida (En Baseri) dan IKHLAS Education Takaful Classic untuk 2 orang kembar dia. Ida kata nanti kalau ada rezeki dia nak ambil untuk diri sendiri pulak, dan itulah yang sepatutnya kerana sekurang-kurangnya kita ada melakukan sesuatu untuk yang tersayang.. Sebenarnya inilah keseronokan saya sejak berjinak-jinak dengan blog, fp dan sebagainya di samping dapat menambahkan kenalan (yang kadang-kadang lebih rapat dari kawan sekolah @ ofisni) dapat juga saya membantu kawan-kawan dalam mengenali dunia takaful. Syukur atas nikmat Allah berikan kepada saya kerana mengizinkan saya untuk menjadi seorang "tabligh" yang menyampaikan amanah yang terpikul dibahu ini...
Comel tak si kembarni.. anak saya pulak "peghak" sikit malamtu, tak reti nak berkawan..

Thursday, November 19, 2009

Besday Nek Jang yang macam-macam cerita

Salam...
Kejadian inipun berlaku pada hari sabtu jugak, banyak pulak kejadian berlaku pada hari ini tanpaku sedari. Nek Jang adalah nenek saudara kepada 2A iaitu adik kepada ibu mertuaku yang tinggal bersebelahan dengan rumah nenek mertuaku di Jalan Melati, Gombak. Dia mengadakan majlis sambutan harijadi untuk dirinya juga majlis tahlil dan merangkap majlis jamuan hari raya (kiranya 3 dalam 1 kan senang).

Majlis bermula pada pukul 2.40petang dengan dimulakan dengan bacaan marhaban dari grup marhaban yang juga dianggotai oleh Nek Jang. Yang paling seronok ialah hari ini kumpulan marhaban dibenarkan untuk menonjolkan diri dengan pakaian bergemelapan kerana ada 5 hadiah untuk ahli yang bertuah. Juri-juri telah bersedia di luar rumah sambil memerhatikan setiap ahli yang masuk kedalam dan macam-macam komen yang diberikan ala-ala Rizalman. Ulasan juri bertikam lidah ini boleh di dapati dalam blog adik ipar saya http://najidfamily.blogspot.com/
.
Grup marhaban yang sporting dan juga penyampaian hadiah untuk pemenang pakaian paling vogue. Lagu panjang umurmu dinyanyikan bersama grup marhaban tersebut memang kelakar sangat rasanya.
 
Makanan pada hari tersebut juga macam-macam ada dengan kuetiaw goreng, pulut kuning, roti jala kuah kari, bubur kacang durian, puding roti,satay dan lain-lain. Lepas kekenyangan acara membuka hadiah adalah acara wajib setiap kali sambutan hari jadi. Seronoknye nek jang dapat banyak hadiah dari grup marhaban dan juga saudara mara. Kami orang kinrara hanya menghadiahkan kain sepasang yang dibeli di kedai kain di SS2 ini sahaja, tak sempat nak pergi ke shopping complex. Tapi puas hati jugak sebab nek Jang suka, syukur Alhamdulillah.
Upacara bukak hadiah yang gamat dihadiri oleh ahli keluarga sahaja dan itulah hadiah2yang nek Jang dapat pada hari tersebut. Gambar cik Aty ngan hadiah yang diberikan kepada nek Jang.

Tuesday, November 17, 2009

Cerita hari ahad lepas...

salam semuanya..
Saya cuma ingin bercerita kisah kami anak beranak pada hari ahad yang lepas, kisah masam-masam manis kami yang ingat nak tergelakpun ada. Gini saya memang berhajat nak membeli satu baju baru yang boleh dikatakan "work attire"(betoiker ejaanni) kat Jusco sebab harganya murah dan yang penting ada saiz.. bukan senang sekarangni saiz memang dah kemain susah nak dapat.
Jadi suamipun bersetuju untuk bawak kami anak beranak ke Jusco Wangsa Maju sebab kami kat Gombak hari ahadtu. Hati saya dah berbunga-bunga kot2 boleh dapat satu baju ngan handbag yang dah memang takder sekarangni. Sebelum masuk parking Atikah cakap ni kita gi ngan cik Yakan(cik mira sepupu husband saya) padahal kami selalu bawak dia kesini.. Dah siap parking, adik dia cakap kakak tidurler ibu, eee elah tidur lak. Bukak pintu kereta sedar lak siap cakap ibu dukung yerk!! Saya layankanjerlah tapi adik lak dengki nak ibujer dukung dia, ayah dia memang takkan dukung atikah punya.
Jadinya dah kelam kabut kat situ jer tapi reda lepas Atikah berjaya dipujuk. Saya lega kembali dan sempat kami masuk ke kedai FOS untuk membeli baju harian 2A. Azalia pulak buat perangai, dia nak jugak seluar jeans yang memang bukan saiz dia ataupun kakak dia. Ibu bayar, saya mintak ayah dia tolong pujukkan. Tapi mun dah perangai Azalia memang tak makan pujuk, dia menjerit satu kedai dah berpandangan mencari manalah emak bapak budakni. Saya masatu tengah membayar dan ayah dia memang buat tak retijer malas nak layan kalau perangai bebudakni lain macamjer.
Bila habis bayar, ayah dia kata jom balik.. mak oooi punahler impian saya untuk bershopping @ sekadar window shopping pada hari itu. Memang tak berbaloi betoi rasanya dan balik Gombak, moyang, nenek dan nenek2 saudara dia bertanya kenapa cepat sangat, Azalia buat perangai, rupanya nak tidur... keh! keh!.. mertua saya cakap suami saya dulu masa kecik2 ada gak tragedinya kalau dia nak sesuatu benda jangan dibantah memang dia melenting. Ada pada suatu haritu mertua saya cakap dia baling kasut yang direkemen oleh mertua saya masuk dalam longkang lastnya kena bayar harga 2 pasang kasut. OKler tu like father like daughter..
Sekian...

Inilah baju yang kami dapat sambar pada hari kejadian...

Monday, November 16, 2009

Untukmu Adam Lutfi

First time saya sampai ke Great Eastern Mall di Jalan Ampang pada hari sabtu yang lepas bersamaan 14/11/2009 semata-mata untuk mencari sesuatu yang istimewa buat Adam Lutfi anak sulung kepada Zaki dan Huda yang selalu menitipkan souveniar kepada 2A setiap kali pergi ke mana-mana. Kemungkinan kerana mereka telah berkahwin pada tahun 2003 dan tidak mempunyai anak lagi 2A pasti akan dapat pelbagai hadiah dari Zaki dan Huda seperti teddy bear, baju, coklat dan macam-macam lagi.
Jadi suami saya seperti ingin menunaikan hajat dia yang telah disuarakan kepada saya semenjak Huda belum mengandung lagi ingin menempah sarung bantal untuk anak mereka. Syukurlah setelah beberapa tahun mencuba untuk mempunyai anak sendiri kehadiran Adam Lutfi pastilah sesuatu yang istimewa kerana Adam juga merupakan cucu sulung untuk kedua-dua belah pihak keluarga. Mengikut perancangan 21/11 ini nanti akan berjalan majlis aqiqah dan cukur jambul untuk Adam Lutfi.
Berbalik kepada cerita ke Great Eastern Mall tersebut kami tiba lebih kurang pukul 11.00 pagi namun kedai yang ingin ditujui itu masih lagi belum dibuka. Kami terus singgah ke kedai MPH yang sudah pasti meriangkan 2A disebabkan Atikah memang suka dengan buku-buku dan Azalia selalunya mengikut sahaja perbuatan kakak dia. Lebih kurang 11.30 kami keluar dari MPH dan kedai tersebut masih lagi bertutup, hati dah cuak semacam rasanya. Nasiblah selepas saya keluar dari tandas kedai tersebut telah dibuka kalau tidak rasa macam sia-sia rasa teruja saya untuk pergi ke kedai tersebut.
Kenapa kami memilih hadiah sebegini sedangkan banyak lagi hadiah untuk bayi baru lahir terdapat dimana-manapun baik di internet @ pusat membeli belah? Apabila mendapat hadiah bantal dari adik ipar saya SUZANA untuk Atikah, kami begitu mengemari bantal tersebut. Bukan sahaja kami bahkan kebanyakan ahli keluarga suami saya memiliki bantal yang ditempah dari kedai ini kerana selalu dijadikan hadiah harijadi.
Inilah kedai yang kami cari-cari itu :-

Cotton Picking Craft & Design, Lot 10, Level 2 Great Eastern Mall, No. 303 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Namun dalam seronok dapat menempah bantal untuk Adam Lutfi ada perasaan terbuku di hati dengan sikap tidak profesional staf yang bertugas. Entahlah mungkin kami hanya insan yang biasa-biasa tak gaya orang kaya maka layanannya memang kalau tak berkehendak sangat pasti tak jadi urusan hari itu. Sudahlah masuk tak bersambut, lepastu dah tercegat lama disitu langsung tak ditegur, sekurang-kurangnya bertanya "apa yang boleh saya bantuker". Puan Jamilah tolonglah tengok-tengokkan masalah ini, kedai bukak lambat sedangkan kedai lain dah boleh menjana untung beribu pagitu dan layanan yang memang tak mesratu memang mengecewakan.
Namun demimu Adam Lutfi kami gagahi jugak untuk mengambilnya kembali dalam jangkamasa 3 minggu dan tak dapatler kami menyerahkannya pada majlis cukur jambulmu nanti (salah kami lambat membuat tempahan). Dan yang pasti Atikah jugak akan dapat sarung bantal yang baharu kerana sarung yang adatu dah rupa balut belacan. Dalam rasa geram itu tempah sampai dua pulak, kalau layan lebih sikit mesti rasa cam nak tempah bantal untuk diri sendiri. Fikir-fikirkanlah usahawan bumiputera.

Wednesday, November 11, 2009

Sukaler tu!!

Sajalah nak berkongsi satu link yang bermanfaat untuk kita dan anak-anak kecil di masa lapang http://pbskids.org/... jomler ramai-ramai.. Bolehler kita mewarna, baca cerita dan bermain dengan barney & friends, sesame street, Thomas & Friends, Bob The Builder dan lain-lain.


Features games, stories, coloring pages, music, and show information.

Macam-macam yang boleh dijelajahi oleh anak-anak kita dan bukan sahaja anak suka ibupun suka. Tak perlu kita menghabiskan RM untuk membelikan buku untuk mewarna kerana di sini terdapat pelbagai karakter yang sedia untuk diwarnakan.Terdapat juga terdapat pelbagai cerita yang boleh kita cetak untuk kita ceritakan kepada anak-anak dan kalau kita mencetaknya sudah pasti boleh dibuat seperti sebuah buku cerita. Seronok memang seronok.. apa lagi mohler kita bersama-sama menjimatkan sedikit duit kita untuk keseronokan anak-anak kita juga.

Tuesday, November 3, 2009

Dari blog friendster

Semalam bukak friendster yang dah lama ditinggalkan dan ternampak blog ini yang saya tulis tahun sudah cam bestjer jadi just copy & pastejerler..

"Besar periuk, besarlah keraknya" .. macam biasa dengarkan. Besar pendapatan maka makin besarlah perbelanjaannya. Jadi selalunya orang akan mengeluh tak cukup ajer tiap2 bulan walaupun pendapatan meningkat, masa sikitpun macamtu dah banyakpun macamtu jugak.

Bagaimana hal ini terjadi?? Inilah pentingnya kita merancang kewangan kita supaya kita masih dapat menyimpan walaupun dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar. Percayalah semakin banyak cabarannya semakin kita perlu memberi perlindungan kewangan kita untuk kebahagiaan yang tersayang. Sekiranya kita hanya bekerja tanpa memikirkan tentang perlindungan sudah pastilah sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kita akan menyalahkan diri sendiri kerana tidak bersedia.

Kita tidak perlu menyimpan untuk perlindungan 50% dari pendapatan kita, nak mampuih!! cukuplah sekiranya kita dapat menyimpan sekurang2nya 5% dari pendapatan kita. Bersusah-sudah dahulu kerana hasilnya kita tidak tau apa bentuknya, sekiranya menabung dalam takaful misalnya untuk melindungi kewangan kita sudah pastilah sebarang bentuk musibah seperti perjanjian akan dapat kita terima. Tak perlulah kita mengeluarkan simpanan kita yang banyak (sekiranya menyimpan) untuk menampung kehidupan sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini.

Perancang kewangan selalu menyarankan supaya kita menyimpan 10% dari pendapatan kita setiap bulan tapi ramaiker yang menyimpan 10% ni sebabnya simpan kalau keluar selalu pun dah jadi tak kena.. Jadi simpanlah di Takaful Ikhlas kerana saya sekarang ini merupakan Perunding Takaful IKHLAS yang menyediakan banyak pelan untuk kesesuaian semua. Selain dapat menanam sifat menyimpan malah dapat juga menyediakan perlindungan dan kemungkinan sedikit pelaburan.. Jangan tungggu kerana kehidupan penuh dengan ketidaktentuan… Hubungi Cho Zila : 019 2104240


Monday, November 2, 2009

bahagia rasa di hati...

kalauler boleh menaip dari komputer buruk ini dan boleh post blog ini sayalah insan gembira disebabkan inilah nyawa saya...

Children's storybooks Online

Moh kita cari cerita untuk anak-anak kita secara talian sahaja hanya untuk keseronokan dan memudahkan kerja kita seharian. Jadi pergilah kelaman web ini yang memang menyeronokkan bukan hanya kepada anak-anak kecil malah anak yang lebih dewasa, kiranya macam-macam ada... Moh kita cuba :-Children's storybook online Children's storybooks Online ~ Stories for Kids of All Ages.




Okler dulu sekian untuk kali ini.. cuma nak bagi tau diari dietku musnah belaka di hari sabtu lepas selepas dapat makan masakan emak tersayang, tak ingat dunia. Ada aku kesah makan sampai 3 kali (pertama pulut durian, nasi minyak dan nasi kerabu.. mak oooi 3 kalau you!!). Takper hari ini kembali kepada asal no nasi sehingga hari ahad depan boleh...

Friday, October 30, 2009

Sharing is Caring

Entah mana saya dapat ceritani sebabnyer dah terlalu lama di dalam simpanan tapi sebab peristiwa malam semalam saya jadi teringat isi kandung email ini. Pagini terasa sebal sangat hati kerana sikap saya semalam yang tidak harus berlaku kepada ibu-ibu yang kononnya terlalu menyayangi anaknya.. ampunkan ibu wahai anakku. Akak tak dapat menahan perasaan marah kepada Atikah hanya kerana akak yang letih sebenarnya dan yang menjadi mangsa anak kecil itu yang hanya melakukan kesalahan biasa-biasa. Bila nampak tanda 5 jari kat peha kesan dari saya memukul yang kononnya untuk mengajar itu akak tersentak.. oh tidak, kenapalah akak tergamak melakukannya.... cerita di bawah tak kena mengena dengan cerita saya semalam tapi cuma sharing is caringkan, moto HLM...

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak
perasan"
Katanya "Maafkan saya juga,Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar muzik,
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali, Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu, Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu, Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali, Airmatakumencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut dikatil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu, ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini, Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa, Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu, dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat
pengganti, dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja, melebihi
keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah
anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE
(Y)OU


" HARGAILAH KELUARGA ANDA "
Pagi tadi terjumpa email yang syahdu jugak tapi terlupa nak save jadinya jiwa saya hari ini memang sayu dan begitu teringat-ingat muka Atikah semasa tidur semalam. Oh Tuhan berikan aku kesabaran yang tinggi untuk mendidik anak-anak tersayang dan semoga Engkau peliharakan mereka dari dugaan dan bisikan syaitan yang direjam...

Nak cerita diari diet saya pulak terimakasih jugak kerana saya telah dapat menunaikan hajat untuk tidak makan nasi selama 3 hari berturut-turut dan makan malam sebelum pukul 7.00 malam dengan makanan yang tidak terlalu berat. Namun malam semalam saya tidak dapat keluarkan peluh kerana sibuk menggosok baju memandangkan hujung minggu ini saya akan tidur di rumah adik saya di Bukit Jelutong kerana emak dan apak akan datang ke sini. Yang pasti diari makan saya pasti hancur dah tau dah.
Aduhai anak maafkan ibu ini tau. Pagi tadi dia tak mengeluhpun kena pukul tapi ibunya ini yang tak tahan tengok mata dia yang dahler sepet cam sayujer...

Thursday, October 29, 2009

Jawab tag masak memasak

Tag masak memasak dari najidfamily

1. Suka memasak?
Soalan yang susah sangat nak jawab sebab memang kurang sikit bab masak memasakni. Dulu sebelum kawen memang liat bab memasakni sanggup lagi mengemas rumah atau menjahit janganlah suruh memasak, kalau ada kat dapurtu setakat tolong kupas bawang, tumbuk sambal, jerang air dan memang takat tolong kacau rendang (kan lama kalau rendang tok)

2. Masakan istimewa anda untuk yang tersayang adalah ..(2 jenis)

Lagi susah nak jawabnyer aper yerk!! Cam takderler pulak. Rasanya nasi minyak (resipi mak dan apak) dan jugak cucur udang (ikut cam nenek mertua saya punya cara). Tanya cam gini terasa sangat kekurangan diri, takperlah mungkin selepas ini saya akan lebih berusaha keras ke arah membaiki diri...

3. Makanan istimewa yang anda suka diwaktu Raya? Kenapa? (2 jenis)
♥ Mesti rendang tok buatan arwah opah dan lemang buatan sendiri.. Kini tinggal kenangan belaka sebabnya mak saya tak berapa gemar masak rendang tok yang memang meletihkan dan lemangpun kini dah upah orang buatjer. Teringat raya masa kecil2 dulu dahler nak raya kena tunggu pengisytiharan dan kalau esoknya raya kelam kabut malamtu memasak lemang dan rendang di rumah opah. Boleh dikatakan semua sepupupun ada dan kemeriahan seperti ini telah hilang semenjak opah saya meninggal dunia. Rendang tok yang dijual kini langsung tak sama macam rendang tok opah saya, mak saya boleh buat tapi dia kata tak berbaloi langsung. Walau macamanapun rendang hitam makpun sedap jugak!!

4. Kuih raya kegemaran anda dan si dia

♥ Suami saya tentulah biskut susu dia, sekarang saya dah pandai buat sendiri atas pertolongan ibu mertua saya. Dulu sebelum kawen tak pernahler tengok biskutni tapi rasa dia boleh tahan dan jiran2 saya juga tau dah ni mesti kuih saya (saya bagi kat pengasuh Azalia, diaorang bertandang rumah pengasuhtu, jumpa kuih tu cakap ni kuih zilani!!).
♥ Saya lak macam-macam sukanya tapi selalunya biskut nostalgia belakaler, yang paling suka putu kacang dan biskut makmur.Dulu buat sendiri sekarang tidak lagi semuapun main orderjer dari orang, cam nak buat sendiri lak raya aidiladhani..

5. Tayang sikit masakan dari anda
Takderler pulak dalam simpanan yang ada hanya gambarni, apaker namanya puding koktail kot!! Ikut resipi mak mertua sayani memang mudah sangat. Sebenarnya mak mertua sayani juara memasak tapi dapat menantu yang ado macam sayani memang kesian. Sekarangni dia tinggal dengan kami dan oleh kerana dia menghadapi masalah mata dan kesihatan yang kurang baik saya akan memasak untuk dia sebelum pergi kerja. Nasibler mak mertua saya seorang yang tak cerewet dan dia menerima seadanya semua masakan saya dan sekiranya menegurpun memang secara berhemah sekali. Syukurlah...

6. Tag 10 orang rakan anda
Tak kisahler sesiapa yang sudi jawabler tag ini.

Wednesday, October 28, 2009

Birthday Azalia dua tahun

Harini merajinkan diri untuk menulis di blog saya yang kelam kabut menurut kata suami saya, memangpun..Tak kisahler janji orang ada blog sayapun ada, keh! keh! tuler saya dan saya amat tau inilah kelemahan saya janji semua asalkan ada. Janganlah hendaknya berjangkit dengan anak2 saya nanti..

Kisah sambutan hari jadi untuk Azaliani sebenar terjadi pada hari deepavali yang lepas tapi telah dipublishkan kat ikhlas-atilia.fotopages.. Terimakasih kepada kawan2 yang datang memberikan komen dan juga ucapan untuk anakanda tersayang saya itu. Oleh itu di sini saya cuma ingin menayang 2 gambar yang rasanya penting iaitu kek harijadi Azalia dan juga muka besday girl. Layan...

Nilah Azalia yang telah genap 2 tahun pada 8/10 yang lepas dan majlis sambutan harijadinya dibuat pada 17/10. Muka Azalia yang berconteng2tu telah dibuat oleh sepupu husband saya Nadia yang memang selalu melukis muka berbagai corak untuk majlis harijadi @ juga sambutan perayaan seperti hari merdeka...

Ini kek yang telah di order dari aisyahkinrara/serikembangan yang merealisasikan impian saya untuk kek princess buat anak kesayangan saya Azalia. Terima kasih tak terhingga kerana sudi walaupun saya hanya memberitahu Aisyah tak sampai seminggu dari tarikh jamuan..

Oklah tinggalkan kisah birthday bash Azalia yang serba sederhana itu dan saya ingin bercerita tentang diari diet saya yang kini telah berjalan agak baik. Semalam saya sudah berjanji tidak akan makan nasi sehingga 2/11, maka saya berbangga dengan diri sendiri kerana berjaya untuk misi tersebut semalam. Oleh itu saya harap pencapaian membanggakan itu dapat diteruskan NO nasi, dinner BEFORE 7.00(hanya sedikit), air bergula MAX 2 kali, EXERCISE paling utama.. semalam kami anak beranak (saya dan 2A jer)bergoyang-goyang hanya untuk mengeluarkan peluh. Semoga saya akan terus berusaha kearah kebaikan, jangan ada dusta...

Tuesday, October 27, 2009

Punyaler rajin mengupdate!!!

Kelakarler tengok blog sendiri yang memang tak ada cerita-cerita terkini. Sebenarnya saya selalu berada di sini cerita ATIkahazaLIa disebabkan kemesraan yang telah terjalin antara kami di fotopages itu. Kalau rajin raya kali ini saya boleh berjumpa dengan ramai kawan fotopages disebabkan jemputan open house mereka yang boleh dikatakan dihadiri oleh kawan-kawan alam maya belaka. Terimakasih atas jemputan namun saya tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab tertentu walaupun hati ini ingin sangat berjumpa kawan2 semua(semuapun adik saya) kerana selama ini kita sering berbalas kunjungan hanya di fotopages.

Oleh sebab saya juga ingin mendapat seramai mungkin kawan-kawan diblog ini saya jadikan entry kali ini sebagai pembakar semangat untuk teruskan kerajinan saya di dunia blog ini walaupun rintangannya saya rasakan lebih sedikit. Edisi kali ini saya ingin memaparkan gambar kenangan kami di KLCC sehari selepas kami berpoya-poya di Genting Highlands. Hajat hati ingin singgah di Aquaria terpaksa dibatalkan disebabkan pada hari tersebut Azalia sedikit meragam berkemungkinan keletihan @ memang dah perangai dia cam gitu.
Ini adalah kereta kesukaan Atikah sebab dapat menunjukkan bakat untuk mengambil order dan paling syiok masuk RM1 dah boleh masuk 2 orang sekaligus. Punyaler tunggu anak mat sallehtu yang punyaler lama duk dalam kereta hot dog ini...
Ini sahaja kenangan kami pada hari itu, dan yang paling tak lupa ialah ada satu famili dari India kot(cam orang berada) beria2 nak ambik gambar Azalia pada hari itu. Comel jugak anak saya pada pandangan mereka gamaknyer..

Saya juga ingin menjadikan entry kali ini sebagai perkhabaran diari diet saya yang belum lagi bermula. Dikesempatan ini saya ingin berjanji pada diri saya sendiri memastikan saya tidak makan nasi selama seminggu (isnin depan). Ini adalah langkah yang paling besar yang boleh saya ambil disamping juga exercise ringan dengan 2A telah dimulakan sejak dari minggu sudah. Saya telah mula berjogging selepas waktu kerja dan juga pada hari minggu, terimakasih atas kekuatan yang Engkau berikan ya Allah.. semoga usaha akan diteruskan dan semoga impian saya untuk mengurangkan sedikit sebanyak bila kilogram yang ada ini menjadi satu kenyataan....

Thursday, October 15, 2009

Kegembiraan kami berada di Genting Highlands.

Pada 10/10 yang lepaih kami anak beranak telah pergi ke Genting Highland dengan jayanya.
 Ini adalah antara aksi2 kami di sana.
Tapi sayangnya kami tak tidur di sana jadi letih dengan kerenah budak2 kecik ini namun membahagiakan hati sebab tengok diaorang hepi...

MamaTisya Duit Raya Giveaway

STICKY MODE
(normal entry sila scroll ke bwh ye)

Saya menyeronokkan diri dengan:-
bermula 6 oktober hingga 14 oktober 2009
tepat pukul 5.00 ptg


syarat-syarat sgt senang & mudah :

1. Terbuka kepada smua blogger ~mestilah nikan blog saya
2. Buat 1 entry & pastikan STICKY MODE smp 14 oktober 2009 ~dah buat
3. MamaTisya Duit Raya Giveaway (hanya tajuk ini yg diterima)~rasanya sama
4. Add banner di atas di sidebar blog anda ~dah buat
5. Pastikan ada link MamaTisya (no link back will be disqualified)~rasanya ok
6. Seramai 5 org blogger bertuah akan dipilih melalui RANDOM ORG ~harap2ler
7. Sila tinggalkn nama & email anda di blog mamatisya ~ dah buat gak
8. hanya yang memenuhi syarat-syarat ini sahaja yg akan layak ~harap2 memuaskan
9. Keputusan akan diumumkan secepat yg mungkin ~ tak jadi masalah
10.Duit raya tersebut akan di bank-in trus ke akaun bank anda nanti ~kutunggu...

Selalu teringin nak sertai contest22 yang ada di blogni tapi tak pernah sempat nak buat. kiranya inilah kali pertama saya melakukankannya dan tak kisahler dapat ataupun tidak kerana sesungguhnya pengalaman pertama ini memberikan erti yang mendalam kepada saya sebenarnya. Terima kasih untuk mama Tisya yang menyediakan contest ini, moga dimurahkan rezeki dan dilindungi oleh Allah sentiasa... Kalau ada salah dan silap ngan entry ni mohon tunjuk ajar dari kalian semua yang memang hebat2 belaka...

Monday, October 12, 2009

Keseronokan berbling222...

Mari bersama2 mem'bling2kan gambar yang kita sukai...


Jomler,,, aper lagi.. diet saya hampir musnah dihujung minggu disebabkan saya berjumpa dengan lemang yang memang menjadi idaman kalbu sepanjang hari raya.. Disebabkan emak saya dah tak larat nak buat lemang sendiri maka dia mengupah orang lain untuk membuatnya dan malang sekali lemangnya jauh dari piawai kesedapan tekak saya. Memang tak puas sangat makan lemang tahunni, jadi apabila terjumpa lemang saya umpama dapat emas sebakul (kaya makcik)..Tapi tak kisahler sebabnya hujung mingguni kami sekeluarga aktif dengan perlbagai xtvt yang memerlukan tenaga.. Tunggu gambar dari suami saya jadi tak boleh nak cerita kisah apa...

Friday, October 9, 2009

Perjuangan yang tak sudah-sudah

Inilah satu-satunya perjuangan saya yang tak pernah mencapai matlamat, nak tulispun malu tapi demi masa depan saya bagi tauler jugak perjuangan untuk mengurangkan berat badan. Dulu masa berat badan biasa-biasa ajer saya mengimpikan untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik @ kata lain kalau pakai baju kebayatu sedapler mata memandang. Namun apabila bentuk badan memang bertukar tapi kepada yang lebih hodoh saya mengharapkan hanya dapat mengurangkan sedikit lemak-lemak yang semakin kelihatan @ dengan kata lain dapat badan yang sedang-sedang ajer.

Namun seperti yang diketahui seiring dengan pertambahan usia dan juga perubahan bentuk badan kerana melahirkan anak sudah pasti usaha semakin menghampiri jalan mati. Kadar metabolisma yang semakin menurun dan kurangnya masa disebabkan oleh kesibukan melayan karenah Atikah dan Azalia (2A)maka semakin tinggilah cabaran yang terpaksa saya tempuhi. Apakan daya saya terpaksa juga berjuang bukan untuk kecantikan tetapi untuk kesihatan kerana saya sekarang sudah dalam kategori "overweight".

Bayangkan semasa dalam gambar ini saya dah sedia gemuk dan sekarangni lebih dan lebih lagi dari itu... saya 2 dari kiri

Paling mengecewakan saya ialah selepas berpuasa sebulan, saya masih tidak dapat mengurangkan walaupun sedikit berat badan walhal saya telah mengawal pemakanan saya. Malah baju "sandaran" (baju yang dijadikan batu sempadan samada saya sudah dapat kurangkan sedikit lemak diperut) saya juga memperlihatkan tiada sebarang perubahan. Ada jugak yang bertanya samada saya sedang mengandung kerana lemak yang berada diperut saya begitu ketara sekali. Rasanya semua orang sedia maklum tentang kepayahan untuk mengempiskan perut berbanding dengan anggota yang lain.

Oleh yang demikian usah meratap pilu, saya mesti lakukan sesuatu supaya perjuangan saya yang satu ini akan mendatangkan hasil. Ingat kata sepupu saya yang dapat mengurangkan berat badan sebanyak lebih kurang 20kg, "ini usaha 5 tahun". Jadi tak perlu kecewa sangat, teruskan sahaja usaha yang mana yang telah dilakukan dan tambahkan mana-mana yang patut. Antara tindakan yang perlu dilakukan ialah :-

> Mesti BERSENAM walaupun hanya 15 minit sehari @ sekurang-kurangnya lakukan 'sit-up' sebanyak yang upaya. Berjogging selepas mengambil Azalia dari rumah pengasuh (sekarang hanya melakukan regangan sambil menemankan 2A bermain di taman) dan manfaatkan bangun awal setiap pagi dengan melakukan riadah seperti aerobik mengikut VCD (rasanya bekas vcd dan 'steprobik' hadiah suamitu dah berabuk!!). Yang paling penting hujung minggu mesti digunakan sebaik mungkin untuk mengeluarkan peluh.

>Rajin berpuasa sunat (isnin dan khamis) dan jugak membawa bekal supaya tidak perlu keluar makan dalam strategi kurangkan makan nasi.

>kena buat diari makanan dan exercise supaya dapat membuat penilaian secara lebih berkesan.

>BERDOA semoga Allah memberkati segala usaha dan memberikan semangat untuk meneruskan usaha menjadi lebih sihat ini. Semoga usaha kali ini tidak menjadi seperti "hangat-hangat tahi ayam"...keh! keh! busuknya..

Sekian dahulu untuk kali ini, lain kali jumpa lagi mungkin dengan cerita yang lebih ceria. Semoga semangat juang saya tidak luntur, biar apapun anggaplah ia dugaan...

Thursday, October 8, 2009

SeLaMaT HaRi Jadi NuRuL AzaLia

Teman ingin mengucapkan selamat hari jadi untuk anakanda tercinta .. semoga panjang umur dan dibanyakkan rezeki dan menjadi anak yang membahagiakan hati kedua ibu bapa dan saudara mara. Rasa macam baru lagi tarikh 08/10/2007, kini Azalia sudah berumur 2 tahun.
Cerita hari jadi Azalia ada di fotopages kami
ikhlas-atiliafotopages .
Masih tak boleh meninggalkan fotopages disebabkan ramai rakan-rakan berada di sana oleh itu blog ini memang kelihatan sedikit sepi....

Monday, September 28, 2009

Masih Mood Hari Raya

Pagi tadi malas betul nak pergi kerja setelah 9 hari tidak menjejakkan kaki ke pejabat ini dan yang paling tak best ramai staff melayu di pejabat ini masih bercuti sehingga esok. Ishh! nak puasa tak leh lak, kot idak tak payah fikir2 nak pergi lunch sorang2ni. Paling kesian Atikahler sebabnya dia cakap kat saya pagi tadi "ibu tak payah pergi tak bolehker?", saya jawab "tunggulah ayah kaya, ibu tak yah gi kerja".. tapi bila entahler kerjaler sampai orang suruh berenti..

Ini ada sedikit gambar hari raya tempohari untuk kenangan disebabkan gambar ini paling seronok untuk saya kerana dapat berkumpul beramai-ramai namun tak bestnya suami saya tiada di dalam gambar.
Inilah keluarga saya yang tercinta.. semoga kegembiraan dan kasih sayang diantara kami akan terus berkekalan hingga ke akhirnya...

Tuesday, September 15, 2009

Nasib Baik da!

Alkisah sambungan cerita semalam.. tarik nafas lega saya pagi tadi setelah mendengar kata-kata adik cashier bank tu "akak saya silapler, nanti akak ambik duit tu". Sebenarnya saya sudah menyatakan sekiranya tidak dapat kembali saya redha kerana kemungkinan inilah balasan atas salah dan silap saya.
Saya merasakan kebelakangan ini jiwa dan hati saya sedikit tidak tenteram dengan perbuatan saya sendiri. "Ya Allah ampunilah aku kerana selalu berfikiran yang tidak-tidak. Semoga aku mendapat rahmat dan nur kebaikan dari Mu selalu. Amin"

Monday, September 14, 2009

Duit Raya

Salam Sejahtera semua sahabat2 tercinta.. dah nak berakhir dah Ramadhan dan tentunya kehidupan kita seminggu ini tak habis2 nak memikirkan pasal persiapan hari raya. Saya juga tidak terkecuali, rasanya semuanya dah hampir selesai terutamanya baju anak-anak. Cerita saya kali ini sebenarnya berkenaan dengan dengan menukar duit raya yang baru untuk diberikan sebagai 'angpow' untuk saudara-mara dan kanak-kanak.
Begini ceritanya, saya pergi menukarkan duit di bank yang berwarna oren pada hari jumaat yang lepas, dan terjadilah satu tragedi yang bagi saya mendukacitakan. Saya ingin menukarkan duit RM5 sebanyak RM300 dan sepatutnya saya mendapat duit RM5 sebanyak 60 keping. Oleh kerana setiap tahunpun saya menukarkan wang baru ini tidak terfikirpun oleh saya untuk mengira jumlah wang tersebut. Apabila pulang kerumah terasa ingin mengira wang tersebut sementelah kertas angpow dari takaful IKHLAS baru saya dapat menerusi kiriman pos laju pagi tadi.
Pada mulanya saya merasakan kemungkinan duit tersebut melekat antara satu sama lain tapi terasakan tidak mungkin duit itu terselit sehingga 20 keping (bersamaan dengan RM100). Rasa macam nak marah dengan diri sendiri disebabkan tidak mengiranya semasa di pejabat supaya senang untuk pergi ke bank tersebut semula. Nak tak nak terpaksa tunggu sehingga hari ini dan jawapan dari kaunter 4 yang saya berurusan hari jumaat dahulu ialah lebih kurang tiada harapan disebabkan tiada wang berlebihan semasa dia menutup kaunter (maksudnya balanceler). Namun dia berjanji untuk menyiasat dan dia meminta saya meninggalkan nombor untuk dihubungi. Jadi tunggu sajalah kalau ada rezeki saya adalah kalau tak dapat balik apakah tindakan yang boleh saya buat!!ada apa2 idea dari kawan2 semua tak? Sedih jugak rasanyani walaupun RM100 tapi rasanya tidak berbaloi saya terkantoi hanya disebabkan oleh kesilapan bank berwarna oren itu.


Nuffnang oh Nuffnang