Nuffnang saya

Tuesday, August 25, 2009

Shicida methods ~ jadikan anak pandai


Entah mana dapat artikelni.. tapi okler..boleh praktik mana yang rasa ok.. namun rasanya ikut kemampuan jugakkan, kerana tak semua anak ni sama. Pernah dengar tak shicida methods?? rasanyanya ada tadika yang menggunakan kaedah ini.. Layanjerlah..

BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak .Ada menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak.Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia ialah SHICIDA METHODS , iaitu kaedah mendidikanak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar oleh orang Jepun.Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya.

Disini disertakan serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.Kaedah ini boleh Nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :

1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia,dia budak baik,dia anak soleh,dia budak kuat,dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur.Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi.Kalau mereka sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi.Insya-Allah menjadi.

2) Mula guna kad untuk ajar anak anda.Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja,lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a.....b....c. ...d . Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk.Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .

3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan,jadi cuba ajar anak anda main tanah liat,main cat air ( water colour ) ,melukis,gunting kertas,origami dan sebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas semula,tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit.Satu lagi cuba lukis gambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit.Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.

4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri.Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka,kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.

5) Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut.Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .

6) Main teka-teki dengan mereka.Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna,bunyi dan sebagainya.Lama- kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit.Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan.Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari.Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.

Sebelum lakukan semua kaedah ini,pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup.Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut .Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya - " Tolong senyap Along " berbanding " Along Jangan bising " .
Anak-anak permata yang berharga..

Friday, August 21, 2009

Ramadhan datang lagi

Subhanallah .. sedar tak sedar dah menghampiri Ramadhan kita. Begitulah masa berlalu tanpa disedari dan kedatangan Ramadhan memang mengujakan kerana satu bulan ini keadaannya begitu berbeza dari waktu yang lain. Namun masihkah kita ingat lafaz niat puasa Ramadhan supaya perjalanan puasa kita akan diberkati dan diterima oleh Allah s.w.t. Oleh itu diperturunkan lafaz niat puasa boleh juga menjadi catatan buat anak2 akak suatu hari nanti, mak ooi!!
Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan: نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
"Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Taala"

Lafaz Niat Puasa: نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْض شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ"Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala".

Akakni memang dah jadi tabiat gamaknya setiap kali puasa nak jugak bukak buku nak baca niat puasa sebulan Ramadhan sebab macam tak confident dengan diri sendiri maalumler setahun hanya sekali.. tapi niat tiap-tiap hari tu ok. Jadi dikesempatan ini akak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan & semoga ibadah kita akan diterima olehNya...




Puasa jangan tak puasa tau... kerana banyak manfaat yang diperolehi dan antaranya ialah:-

♥ Puasa membuang racun :- Berpuasa selama 30 hari dapat membuang racun pada tubuh melalui kolon, ginjal, paru-paru, kelenjar dan kulit. Sepanjang masa makanan tidak masuk ke dalam tubuh, lemak akan bertukar menjadi tenaga akan melepaskan zat kimia yang berasal dari asid lemak ke dalam sistem dan keluar melalui organ pembuangan.
♥ Puasa menurunkan Berat Badan ~ ini nak dengarnikan... Tubuh secara automatik mencari sumber tenaga yang semakin berkurangan selama kita berpuasa iaitu lemak . Wow ini sudah baguihkan tak perlulah kita menghabiskan duit kita ke pusat perlangsingan namun beringatler pulak masa berbuka tu janganlah terlebih sudah!! dahler pahalapun kurang berat badan bertambah lagi adalah...

Ada lagi macam2 manfaatnya cukuplah yang duatu sebab rasanya itupun memadai rasanya. Namun jangan lupa bersahur yer.. jangan malas-malas tau ini penting sekali..

Dari 'Amru bin Al-'As r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w "Perbezaan di
antara puasa kita (Muslim) dengan puasa ahli kitab ialah makan sahur". (Riwayat
Muslim).

Teringat kecik-kecik dulu emak memang penatlah nak menyuruh kami bersahur dan kalau boleh nak makan sambil tidurjer... tapi mak akak memang memberatkan soal bersahurni. Rasa2nya bersahurni akak hanya menyediakan nasi goreng dengan lauk samada telur dadar, ayam goreng, ikan masin @ nugget. Sekali-sekali makan roti arab dan bubuh di dalamnya salad, tomato, karot, timun dan juga ayam (dicarik-carik)atau sardin atau tuna... best pulakni, tak sabar nak puasa...

Oklah rasanya semuapun dah tak sabar nak menyambut Ramadhan dan semoga kita akan memanfaatkan Ramadhan kali ini dengan beribadat sebanyak mungkin dan semoga Ramadhan ini akan menjadi permulaan baru kepada kebahagiaan dan kesejahteraan kita semua....


Takaful Gaya Terkini
CHO ZILA 019- 210 4240


Wednesday, August 19, 2009

Embun terbakar.. apa sudah jadi...

Tak ingat bila tertengok cerita Embun Terbakar kalau tak silapler yang mengisahkan tentang anak yang derhaka kepada ibunya dan sukar untuk melahirkan anaknya sehinggalah ibunya datang memaafkan apa juga kesalahan anaknya itu... Sedih sebab anak derhaka itu meninggal dunia selepas dapat melahirkan anaknya yang comel sangat (anak sapaler tu... ) tapi nasibler ibu dia cakap ain tak der salah apapun dengan ibu. Ya Allah moga akak dapat menjadi anak yang baik dan dapat membalas jasa mereka yang tidak terhingga...
Teringat pulak kisah2 masa nak melahirkan 2A dulu, memang sebelum nak beranak tu dah mintak maaf berkali2 pada suami dan emak/apak juga kedua2 mertua.. Takut jugak sebab selalu jugak mendengar cerita perihal kesukaran untuk melahirkan sekiranya ada kesilapan dan keselahan yang dilakukan sebelum ini. Bila masuk bulan Ogos kenangan semasa mengandungkan Azalia bertandang lagi, teringat-ingat saat2 doktor cakap " masuk wad yerk".. Akak ingatkan okler sebabnyer dua minggu sebelum itu dah dimasukkan wad selama 3 hari dan kalini mungkin selepas keadaan kembali stabil akan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.. Rupanya tekaan akak meleset sama sekali, rupa-rupanya akak menjadi penghuni wad selama 2 setengah bulan. Ini adalah disebabkan aku mengalami placenta previa (uri di bawah) dan ada sejarah tumpah darah sebelum itu.
Hari pertama di masukkan di wad akak menangis jugak mengenangkan Atikah yang semasa itu baru berusia 1 tahun 4 bulan yang terpaksa ditinggalkan dan terasa masa terlalu lambat berlalu. Namun akak bernasib baik disebabkan terdapat 2 orang lagi rakan senasib yang juga terpaksa menghuni wad sehingga bulan Oktober. Hanim dan Wani.. bulan Ogos datang lagi... Kenangan di PPUM ini sebenarnya menjadi kenangan yang tak mungkin dilupakan sepanjang hayat kerana tak semua orang dapat pengalaman berpuasa di hospital. Disebabkan tidak terdapat masalah yang kritikal akak cuba juga berpuasa walaupun terdapat doktor yang bukan Islam merasakan perbuatan akak memudaratkan kandungan. Namun rasanya masalah uri di bawah tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti berpuasa dan syukur Alhamdulillah akak dapat berpuasa sepenuhnya sehingga hari pembedahan.
Azalia memang istimewa bagi akak kerana semasa mengandungkan dia akak dapat menamatkan bacaan quran lebih dari 5 kali dan juga dapat membaca surah2 yang digalakkan dibaca semasa mengandung. Semasa mengandungkan diapun terasa ketenangan disebabkan tak perlu untuk menghadapi masalah kesesakan lalulintas pagi dan petang untuk bekerja dapat cuti tapi masih bergaji. Waktu sembahyangpun terjaga kerana tak banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan membuatka kita peka dengan waktu sembahyang... itulah kenangan terbaik semasa di hospital suatu ketika dahulu.. Budak2kat opisni tak faham sebab akak cakap akak suka dok hospital. Sebabnya diaorang cakap duk sepital selepas melahirkan anak selama seharipun rasa rimas. Entahlah, mungkin kalau dah kena hadapinya kita memang terpaksa jugak melaluinya kot!!...
Jadi anak2ku.. harapan ibu jadilah insan cemerlang.. janganlah hendaknya ibu ini lalai dalam menunaikan tanggungjawab. Walaupun sukar namun ya Allah, Engkau berikan aku kekuatan untuk jadi ibu yang TERBAIK untuk mereka... Janganlah hendaknya aku dan anak2ku nanti jadi anak yang derhaka.

Gambar Azalia semasa dia kecik2 dulu... sayang anak ibu... semoga anak ibu akan menjadi anak yang pintar dan membahagiakan hati.

Takaful Kegemaran Terkini...
CHO ZILA (019-210 4240)

Monday, August 17, 2009

Ramadhan semakin menghampiri....

Just copy & paste from ummikusayang... ummikusayang :-
RAMADHAN - the most blessed month of the year, is approaching us soon. Are we ready for it? This is the time to get ourselves prepared (and our children too), so we can benefit most from the blessings that Allah has promised for those who strive for it.

At UmmikuSayang.com we have new titles on RAMADHAN for you to select.
Here are the titles:

Welcome Ramadan! RM10.90


Ramadan is the ninth month of the Islamic calendar. It is in Ramadan that Muslims are required to fast. Children will be curious to know why we fast during Ramadan. This book shows in an interesting manner about Ramadan and what Muslims do during that month. Full colour illustration and rhyming words make this a perfect introduction to the holy month of Ramadan.
BUY NOW

Hamza's First Fast (RM29.90)


Hamza learns about Ramadan and what fasting is all about in the book Hamza's First Fast. Although he is much to young to start fasting, Hamza does attempt to complete his first fast and learns about the meaning of Ramadan and why fasting is important.
BUY NOW

Syoknya...Berpuasa (Parent's Guide) RM16.00


Syoknya... Berpuasa bercerita mengenai puasa dalam bahasa penuh kasih-sayang. Ia memujuk, menenangkan dan mengajak kita berfikir. Berfikir berkenaan puasa. Daripada pertanyaan seorang anak kepada ibu bapanya, persoalan mengenai puasa dijelaskan dalam bahasa paling mudah dan santai. Tiada ulangan tulisan membosankan. Tiada khutbah kosong tidak berfakta. Tiada kata tanpa makna.
BUY NOW

Ramadhan: Tetamu Yang Dirindui (RM12.00)


Mengupas misteri bulan Ramadan dan amalan puasa yang menjadi salah satu daripada rukun Islam. Huraian penulis merangkumi sejarah Ramadan, puasa dan hikmahnya daripada pelbagai perspektif. Penulis juga menerangkan isu-isu yang signifikan berkaitan tatacara dan amalan berpuasa puasa yang sebenar. Diolah menggunakan bahasa yang mudah dan santai. Buku ini sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat yang ingin mendapatkan impak puasa yang optimum.
BUY NOW

Bingkisan Ramadhan (RM20.00)


BINGKISAN RAMADAN- buku ini mengandungi 29 bingkisan sebagai buahtangan untuk dijadikan panduan menghidupkan budaya ilmu di bulan Ramadan khususnya. Ia turut mengandungi peringatan-peringatan yang boleh menginsafkan tentang kelebihan bulan Ramadan dan amalan-amalan yang elok dilakukan sepanjang bulan ramadan. Buku ini boleh menjadi panduan tazkirah untuk seisi keluarga dan juga amat sesuai digunakan oleh para pendakwah sebagai panduan di dalam menyampaikan mesej dakwah kepada orang ramai.
BUY NOW


Thursday, August 13, 2009

Al-Fatihah untuk Tuan Haji Kamaruddin


Tarikh 08/08/09 adalah tarikh yang akan akak ingati kerana tarikhtu pada haritu akak mempunyai pelbagai xtvt untuk dipenuhi namun kita hanya mampu merancang namun Allah juga yang menentukan. Atuk akak yang sebelumni akak menulis cerita harijadinya yang ke 100 dimasukkan ke wad kerana cirit birit. Memang rasa tak sedap hati walaupun emak cakap takler teruk sangat tapi entahlah rasa cam kena jugak balik kampung walaupun dah berangan lama nak menghadiri reunion ngan budak2 SERATA kat UPM dan lepaihtu cadangnyer nak ke Putrajaya ada perjumpaan ngan geng HOT LOVELY MOM (HLM) yang selama ini berjumpa di fotopages sahaja... Nampaknya memang tak der rezeki akakler..

Kebetulan haritu keluarga mertua akak mengadakan kenduri tahlil sempena nak menyambut ramadhan, jadinya akak bercadang selepas majlistu akak akan bertolak balik ke Perak.. lagipun tak der apa yang nak dirisaukan. Akak memang dah tak lalu nak makan rasanya walaupun menunya memang kena dengan tekak iaitu gulai tempoyak ikan patin, sambal tempoyak, perut masak lemak, dan banyak lagiler.. Hati akak teringat2 dengan atuk akak yang tercinta itu.

Selepas sembahyang zohor kami bertolak balik tapi disebabkan suami akak kurang sihat haritu dia bawak kereta takler selaju yang akak harapkan. Tapi akak kata dalam hati takder benda yang nak dikejarkan.. takperlah lepastu telefon adik dia kata diaorang di Pekan Air Tawar lagiler akak kata okler tu. Sampai di Batu Gajah adik akak telefon lagi dia kata tok sesak nafas, akakpun dah gabra semacamni rasa cam nak terbangjer.. Sampai di Tronoh gitu adik akak call lagi tapi talian tak berapa elok akak dah redhajer tapi Atikah leh kata cam gini "jom kita gi kubur".. Macam tau2jer. Tiba di Hospital Changkat Melintang akak tengok adik akak dengan sepupu tengah mencari2 sesuatu, dia kata tok baru meninggal lebih kurang 5 minit jer.. Tak sempatler akak menatap wajah terakhirnya. Tapi akak rasa lega sekurang-kurangnya akak balik mendahulukan dia walaupun hati tergedik2 nak jumpa kawan-kawan. Semoga Allahyarham Tuan Haji Kamaruddin ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh..

Klik link ini untuk melihat kisah sambutan harijadi ke 100 beliau haritu:-
http://ikhlas-atilia.blogspot.com/2009/02/selamat-hari-jadi-tuan-haji-kamarudin.html Sebelum ini beliau tidak pernahpun menyambut harijadi, rupanya inilah sambutan yang pertama dan terakhir.. Akan datang akak akan cuba ceritakan kisah kehidupan dia... Antaranya ialah dia pernah ditarik balik jawatan Naib Kadhi kerana menentang keputusan Sultan Idris (sultan Perak sebelum ini) yang mengisytiharkan hari raya sedangkan Majlis raja-raja mengatakan tidak kelihatan anak bulan.. Kecoh masa tu... Kami akan sentiasa merindui tok

Wednesday, August 5, 2009

Lama tak cerita pasal Atikah



Sekarangni Atikah memang suka sangat dengan watak2 dari Princess disney tu.. semuanya princess.. suka hatiler layanjer jangan lebih2 dahler tak termampu ibu ini wahai anakku...
Atikah sekarang dah semakin banyak mulut dan yang paling tak tahan ialah dia belum lagi pandai untuk ke tandas secara sukarela maksudnya masih lagi memakai diapers. Padahal umur dia dah 3 tahun 3bulan dan kawan yang seusia dia kebanyakannya sudah tidak memerlukan diapers lagi.. Tension jugak ler sebabnya sekarangni dia memakai diaper XXL dan harganya juga semakin bertambah. Dapat ajar dia cuma hujung minggu sahaja dan masalahnya waktu ini juga selalunya kami tidak dapat duduk dirumah sepanjang hari.. Tak tau sampai bila Atikah boleh hidup tanpa diapers, jangan2 adik dia dulu. OH TIDAK.. Atikah oh! Atikah....

Takaful Gaya Terkini
CHO ZILA (019-210 4240)

Nuffnang oh Nuffnang