Nuffnang saya

Sunday, March 21, 2010

Kenangan Semalam... ah! dah 9 tahun berlalu...




Dah lama tak update blog ini, sepi sesepinya.. janji untuk memastikan blog ini bernyawa macam blog orang lain juga tidak dapat dipenuhi walaupun itulah tujuan yang paling utama untuk memasang broadband secepat mungkin. Itu janji manusia bernama Nor Zila. Entry ini cuma untuk memastikan blog ini tidak terus menjadi rumah berhantu maka disiarkanlah gambar yang di"tag" oleh nani di dalam facebook yang mana gambar kejadian berlaku pada tahun 2001, tanpa disedari sudah 9 tahun berlalu. Masing-masing kini membawa arah sendiri, dan saya berdoa semoga semuanya berbahagia dengan apa juga bidang yang diceburi. Ini adalah kenagan terindah semasa menjadi staf kontrak di KWSP bahagian Pengeluaran Ipoh, Perak.

Monday, March 1, 2010

Alahai... kenapa ini yang terjadi

Saya begitu emosional sekali ketika mendengar berita tentang kematian insan secomel Syafiah Humairah yang dikatakan ditendang dan dipijak oleh kekasih ibunya. Maka terbayangkanlah anak saya Atikah yang umurnya lebih kurang sebaya dengan Syafiah. Tak dapat saya gambarkan dengan kata-kata kesakitan dan penderitaan yang di alami oleh anak kecil itu dan sukar untuk saya hamburkan kata-kata yang sesuai untuk pelakunya itu. Tidak adakah rasa belas kasihan di hatinya dan sudah hilangkan pertimbangannya kerana memperlakukan perbuatan itu dihadapan orang ramai. Agaknya sebelum ini apalah yang telah dilakukan olehnya terhadap mangsa... Ya Allah lindungilah keluarga kami dari bala bencanaMu ya Allah.

Paling menggerunkan apabila kita ketahui ibunya yang sepatutnya melindungi anaknya juga telah melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku kepada orang yang mengaku beragama Islam. Sudah pastilah semakin sedih mengenangkan nasib Syafiah selama ini dan mungkin pemergiaannya ada HIKMAH yang tersembunyi dan semoga roh anak kecil ini akan bersemadi dengan aman. Saya masih rasa tidak puas hati kalau tak dapat menyatakan di sini sebagai ibu rasanya kita pasti akan dapat melihat walaupun hanya sedikit calar atau lebam kerana kitalah yang mandikan dia, kita yang bedakkan dia, pakaikan baju dia. Isyh!! tak puas hati sungguh rasanya...

Tidak juga saya ingin memanjangkan cerita ini yang telah diketahui serba sedikit dari akhbar yang memang memalukan kita sebagai umat Islam yang terpaksa juga menjawab pertanyaan rakan sepejabat yang bukan beragama Islam. Semoga kita semua mengambil iktibar dari kejadian dan sentiasalah ber"busy body" untuk kebaikan demi memelihara kesejahteraan sesama kita.

Air mata darah sekalipun tidak akan mengembalikan Syafiah. Semoga saya akan dapat menjadi ibu yang berguna dan berharga untuk kedua permata hati saya. Tengoklah buku mewarna Syafiahtu, kalauler dia yang mewarna upin dan ipin itu ternya dia anak yang ada masa depan kerana anak saya yang ke tadika itupun sering diingatkan "lukis dalam kawasan".

Nuffnang oh Nuffnang