Nuffnang saya

Friday, April 30, 2010

Adamaya slot Akasia TV3

Sekarang ini ternanti-nanti setiap hari isnin hingga khamis pukul 6.30petang untuk menyaksikan rancangan Adamaya dalam slot Akasia TV3. Pernah tengok tak? Dari tengok telenovela Indonesia yang lebih kurang sama kisahnya, cerita Adamaya ni 10 kali ganda lebih baik lagipun Mayatu memang comel sangat. Tapi hari khamistu geram gak ngan Maya sebabnya dah dapat suami yang boleh menerima seadanya, baik pulaktu masih nak melayan si Dani yang tak berapa nak senonohtu... grrrrrrrr!!!!!


Jomler kita sama-sama memberikan sokongan kepada drama melayu yang tidak kurang hebatnya kerana kalau tak kenal maka tak cintakan...

Sebenarnya akak paling terharu dengan cerita Adamaya ini kerana mengangkat kisah ejen Insuran yang begitu komited untuk mendidik orang ramai dalam persediaan menghadapi waktu-waktu musibah. Rasa bangga juga kerana selama ini terdapat pandangan skeptikal masyarakat yang menggangkap kerjaya ejen insuran ini seperti jurujual produk padahal kerjaya ini begitu berbeza sekali. Sebagai ejen Takaful misalnya ia bertindak sebagai tabligh yang menyampaikan perkara baik yang seharusnya tidak dilepaskan oleh kebanyakan orang. Semoga semangat saya memperjuangkan Takaful untuk Kesejahteraan umat ini akan terus membara...

Wednesday, April 28, 2010

Sunyiler fotopages sekarangni!!!

Terasa sunyi tatakala akak melayari fotopages sekarangni ramai yang dah beralih kepada blog dan jugak facebook semestinya. Akakni ikutkan nak juga sentiasa ada cerita baru di blog ini tapi seperti biasaler banyak sangat masalahnya. Manakan tidak terasa kawan-kawan yang rajin tinggalkan komen kat fotopagespun semakin menyusut dan tinggallah entah berapa kerat. Apapun tujuan kita berada dialam cyberni tetap sama menjalinkan silaturrahim, mencari maklumat dan yang baik-baik belaka. Tapi cerita kali ini sebenarnya tentang gambar anak-anak akak dua minggu sudah.
Ini hanya gambar semasa kami di rumah nenek mertua (adaker istilah ini~hantam) semasa Atikah ngan Azalia hanya menjadi pemerhati sepupu dan dua pupu dia bermain layang-layang. Ingat diaorang tak terujapun nak main layang-layang sebab tak nampak reaksi terlampau pada petangtu tapi yang kelakarnya semasa bangun tidur keesokan harinya Atikah cakap jom kita beli layang-layang ibu. Tang Azalia akak fahamler sebab dia selalu tengok ayah Ghani (panggilan untuk suami pengasuh Azalia) setiap masa lapang main layang-layang depan rumah dia dan dikelilingi oleh budak-budak kecik kat taman kitaorang.






Sunday, April 18, 2010

HaPpY BiRtHdAy Nurul Atikah

Salam sejahtera..
Wah2 lama tak bersiaran nampaknyer akakni. Blog terbiar sepi tapi akakni sebenarnya sentiasa aktif dialam cyberni tapi duk menyibuk kat http://ikhlas-atilia.fotopages.com/ ngan facebookler apa lagi. Boleh gitukan!! Teringat jugak nak buat cerita baru hari-hari di sini tapi ada masalah jugak, isyh!! akakni banyak masalah rupanya. Tapi tak kisahler dik ooooiiiii blog akakni bukannyer ada orang kesahpun cuma akak ingin mengabadikan kenangan-kenangan terpilih yang mungkin tak boleh mencelah di http://ikhlas-atilia.fotopages.com/.

Tapi cerita majlis harijadi Atikah memang tak boleh terlepas untuk disiarkan kerana ini merupakan saat-saat penting kehidupan anak sulung yang amat dicintai. (bila pulak guna bahasa akakni!! tapi cam sedap pulak.. lantakler labu)... Olah kerana tahuni akak memang berhajat sangat nak buat tiup lilin kat tadika Atikah maka inilah sedikit sebanyak kejadian yang berlaku pada 14hb April yang lepas.



Tahniah untuk anak ibu tercinta NURUL ATIKAH BINTI MOHD RAFI yang kini berumur 4 tahun dengan jayanya. Semoga Atikah menjadi pencinta ibu dan ayah selamanya, menjadi anak yang solehah berjaya dunia dan akhirat. Semoga dipermudahkan perjalanan hidup Atikah dan dilindungi dari syaitan dan iblis yang menyesatkan. Amin... Amin.. Amin...



Terimakasih sekali lagi untuk http://aishahahmad.blogspot.com yang menrealisasikan impian Atikah pada hari istimewanya iaitu kek Barbie tree musketeers. Tapi tuler akakni ha! rasa cam tak puas tengok kek tu maalumler lepas ambik dari http://aishahahmad.blogspot.com (1st time jumpa walaupun dah dua kali orderni- terimakasih bagi diskaun) terus jer hantar ke tadika. Nasib baik http://aishahahmad.blogspot.com ni der tayang kek ni kat blog dia, cantikkan....


Happy Birthday to You.. Happy Birthday to You.. Happy Birthday to Nurul Atikah... Happy Birthday to You.... Camnerler perasaan dia gamaknya masa kawan-kawan dia menyanyikan lagu Happy Birthday nikan, tapi masa balik kita tanya Ika nyanyi tak lagu Happpy Birthday tadi.. Dia jawab Ika sorangjer tak nyanyi semua orang nyanyi. Betul gakkan sebabnya orang nyanyikan untuk diakan, diakan birthday girl


Ini pulak acara pemberian cenderahati dari kami sekeluarga untuk kawan-kawan Atikah seramai 65 orang. Anak akak dah macam YB nak bagi sumbangan pulak rupanya dan terharu bila dengar budak-budakni kata " Thank You Atikah".


Acara tengok wayangni sebenarnya dirancang "last minute" disebabkan alang-alang akak ngan suami bercuti apa salahnya kami tengok cerita "How to train a dragon" kat IOI Mall Puchong. Ceritanya boleh tahan dan yang penting gambar dia memang membuatkan kita rasa teruja tapi adalah sikit insiden budak beduani buat perangai dalam panggung tapi abaikan saja diaorangkan budak-budak. Sori ambik gambar kat Toy Story yang nampak lebih "happening".

Nuffnang oh Nuffnang