Korang Layan tak Akademi Fantasia 8

Pandangan akak secara peribadi mengatakan AF 8 kurang menyengat berbanding Akademi Fantasia yang sudah-sudah kerana perasaan tertunggu menanti malam konsert tiada lagi kini. Sebenarnya fenomena ini berlaku semenjak AF 6 lagi, oleh itu AF 8 ini mendapat tempias dan kebetulan pelajar kali ini tiada seorangpun yang mempunyai kelebihan tersendiri. Semasa AF 6 misalnya ada Stacy yang kita lihat lincah menari dan AF7 pula ada Aril dan Akem yang jadi kegilaan remaja namun kali ini tidak tahu nak mengharapkan kepada siapa. Tapi biarkanlah yer, apa yang akak merepekni...

Sebenarnya akak nak cerita pasal Azalia yang suka sangat ngan Ain AF8 tu, ingatkan dia main sebutjer nama Ain tu rupanya dia betul-betul kenal Ain. Dia selalu cakap "Ya suka Ain", cuba tutup kalau Ain tengah menyanyi kena dengarler dia menjerit macam nak tercabut anak tekak. Jenuh memikir apalah sebabnya Azaliani minat sangat ngan budak gedik semacamni tapi Azaliani memang pelik sebenarnya. Dia minat lagu Hafiz bertajuk "Masih Jelas" yang rasanya macam tak sesuai dengan umur dia.

Alang-alang dah bercerita pasal AFni akak paling suka AF2 dan AF5 dan Aizat adalah bintang AF yang paling akak gemari. Rasanya masatu tak sabar-sabar nak tunggu Aizat buat persembahan, kita lak yang berdebar-debar takut-takut Aizat buat salah masa menyanyitu.. isyh kelakarler pulak. Kalau masatu Aizat tak gemuk mesti dia boleh jadi juara, masa AF5tupun akak suka gak kat Dafi. Tapi jangan bagitau orang tau akak tak pernah mengundipun untuk AF tapi Astro tetap untung kerana disebabkan AF akak masukkan Astro di rumah.

Berbalik pada AF 8ni akak tak kisahpun siapa yang menjadi juara jadi juara belum tentu mendapat tempat dalam industri macam Faizal AF4 yang dah lama akak tak mendengar cerita(nak bagi tau gak kalau banding AF 4ni, AF 8 jauh lebih baik dan seronok rasanya). Tak jadi juarapun tak menjadi apa yang penting usaha bersungguh-sungguh dan bersikap tidak pernah mengenal kalah dalam perjuangan.


Comments

  1. itulah kty layan gak af8 nie .tp tgk takde sapa yg feveret kty lagi .nie ..

    ReplyDelete
  2. mmg x best af kali ni...dulu2 kalau ketinggalan konsert atau diari rasa ralat je...skrg x heran pun..anak2 saya dulu minat mawi,adam,hakim,hafiz...skrg langsung diorg x kenal..erkk x tau nak jangka juara kali ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts