Nuffnang saya

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tinggal 2011

SeLaMaT TiNgGaL KeNaNgAn 2011 yang tak tau indah ke idak yang penting sudah habispun tahun ini.. semoga yang baik jadikan teladan dan yang baik jadikan sempadan. Permulaan yang baik untuk tahun ini berpindah ke cawangan Bandar Puchong Jaya, banyak pengalaman yang akak dapat dengan keputusan ini. Atikah dan Azalia mula bersekolah di Genius Aulad untuk tahun ini.... Di majlis perkahwinan adik sepupu suami bulan Februari 2011.Dinner OSK di KL Convention Centre, selalu mengelak dari pergi dinner OSK tapi tahunni pergilah juga sebab semangat berpasukan branch ini.. Majlis harijadi Atikah yang digabungkan bersama dengan Miqhta, along Nadia dan Nek Su. Dua orang budak mengedik di Sunway dengan kereta untuk promosi filem the CARS. Masa pergi tidur di Marina Resort, Lumut cuti sekolah bulan Jun. Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2011 dengan Naufal dan nenek Senah (ibu mertuaku) Happy birthday Dik Ya, birthday Dik Ya tahun ini dibuat di Umai Cafe, Putrajaya .. Bulan Oktober

SeLaMaT TinGGaL 2011
SeLaMaT DaTaNg 2012

Friday, December 30, 2011

Azam Tahun 2012

" Taking Action will turn your DREAM into REALITY "

Azam itu umpama DREAM gak kalau tiada Action yang dilakukan.. itulah hakikatnya. Namun kalau dah namanya tahun baru maka mestilah kita rasa perlu juga untuk kita mempunyai azam. Hakikatnya azam tahun 2012 ini adalah kesinambungan dari azam tahun yang sudah-sudah juga sebenarnya.

Oklah untuk azam tahun 2012 akan datang ini :-

1) Ingin mempertingkatkan kecemerlangan dalam kerjaya. Mesti sentiasa fokus kepada pekerjaan dan sentiasa bersedia untuk mencapai target yang diberikan.

2) Ingin mengubah tabiat dari suka boros kepada suka berjimat cermat demi untuk memastikan tabungan yang ada dipertingkatkan buat bekalan hari tua.

3) Ingin memastikan blog yang ada ini akan punya cerita baru setiap hari dan kalau boleh dapat menjana sedikit $$$ dari sini..

4) Yang penting adalah ingin menjadi seorang muslimah yang berjaya bukan sahaja dari segi pekerjaan, malah dari segi ibadah kepada Allah dan sesama manusia dan dapat menjadi seorang muslimah yang dapat menjaga rumahtangganya dan menjadi seorang ibu yang dapat mendidik anak-anaknya kejalan kebaikan dan diredhai oleh Allah s.w.t.

Sekian azam akak secara umum ok namun sebenarnya azam memerlukan sesuatu yang lebih details dengan cara yang SMART untuk memastikan GOAL.. Apa itu SMART?

Sebelum cerita pasal SMART kita kena tahu apa GOAL kita dahulu, bukan penjaga gol si Apektu tau, ini adalah apa yang kita idamkan, akak bagi contoh giniler :-
GOAL = Akak nak beli kereta Alza tahun 2012

S = Specific .. kena specific kita punya azam
♥ Nak beli kereta Perodua Alza 1.5 ZH (A) Special Metallic - RM64,190
M= Measureable .. boleh dikira
♥ Kalau nak beli kereta mesti bayar 10% down payment so kena ada RM6419.00
A = Achieveable.. boleh dicapai
♥ Boleh dicapai kalau mampu simpan RM535 sebulan selama 12 bulan.
R = Realistic... kena realistic
♥ RM535 sebulan?? Bolehtak?? kalau tak boleh tak usah berangan
T = Time Bound... ada jangka masa
♥ Kena ada D/P sebanyak RM6420 pada bulan Disember 2012.

Ha!!!! akhirnya kita kena VISUALIZE...Inikah Alza yang ku inginkan.. hanya contoh ok..

SMARTni boleh apply juga untuk Azam kita.. akakpun kena buat cam ginikan baruler azam akak ini akan dapat direalisasikan. sekian terimakasih..

"Success is the progressive realization of predetermined goal" - Earl Nightingale.

Monday, December 26, 2011

Taiping hari ini

Rindu amat nak menulis blog ini dan berkunjung ke blog adik dan rakan maya namun faham sahajalah dengan kesibukan urusan majlis perkahwinan ini juga internet di kampung kurang memuaskan tak dapatlah akak buat semua itu. Hari ini akak dan keluarga akan bertandang ke rumah adik ipar barau di Taiping, semoga majlis hari ini akan berjalan dengan lancar.

Friday, December 23, 2011

Hari Pernikahan adik bongsu tersayang

Hari ini 23-12-2011 adalah hari yang paling bersejarah dalam kehidupan adik bongsu akak yang tersayang kerana bakal menamatkan zaman bujang dan bergelar isteri. Tahniah untuk Nor Baiti binti Zakaria Ansari dengan pasangannya Raduan bin Razali.. Semoga majlis berjalan dengan lancar dan sempurna..

Gambar yang akak ambil dari facebook adik akak...


Sunday, December 18, 2011

Makan-makan di opis

Acara makan-makan di opis sebelum berakhir 2011 sebab minggu depan ramai yang mula bercuti maka Pizza Domino dan KFC sahaja disebabkan kesuntukan masa untuk pergi makan di luar. Sebab apa kena ada KFC juga? Sebab budak yang nama Hishamtu tak reti makan Pizza dan hanya suka makan ayam, sebab dia yang paling kuat makan terpaksalah dilayan.. jangan marah Hisham...

Pilihan kami adalah Domino's Pizza yang sekarang ini menjadi pilihan berbanding Pizza Hut lagipun masih ada lagi kupon Domino's Pizza yang tidak digunakan...


JuMpA LaGi TaHuN DePaN... moga tahun depan branch kita akan dapat menjana keuntungan yang berganda-ganda dan yang penting semagat berpasukan kita akan lebih baik lagi....



Sup dan Satay Restoran UK

Mungkin sudah ramai yang tahu tentang keenakan Sup Urat Keting dan Satay di Restoran UK, Bandar Baru Bangi. Akak dah pergi dua kali jugalah ke sini dan tidak dapat akak sangkalkan kesedapannya lagi-lagi tang Sataynya walaupun harga dia 70sen satu. Akak singgah sini selepas balik dari Nilai 3 haritu dan hanya makan di kedai sataynya sahaja. Kalau makan di Restoran UK memang lagi best sebenarnya sebab banyak lauk pauk yang dihidangkan membuatkan akak rambang mata masa pergi kali pertam hari itu.

Tapi disebabkan akak dah kenyang maka singgah cuma nak merasa makan satay dan sup urat keting sahaja. Memang sedap dan puas hati sekali...

Satay dia besar gak sebabtu harganya 70sen dan yang best dia punya lontongtu sangatlah comel, Atikah cakap yang macam hari raya punya...
Sup Urat Keting dia yang menjadi rebutan Atikah dan Azalia menjadikan suami yang mengorderpun dapat makan sikitjer..
Seperti biasa model tidak berbayar menggayakan cara-cara hirup sup ok.. ehm sedapnyer...


Saturday, December 17, 2011

Didik anak cara Sayidina Ali R.A.

Sumber : Mingguan Wanita
Penulis : Nurul Asiah Fasehah Muhammad


(Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia)

Anak adalah anugerah Allah yang amat indah tiada tolok bandingannya. Jadi, tidak hairanlah jika setiap perkara berkaitannya amat diberikan perhatian. Didikan awal yang sempurna akan memastikan kehidupan depannya yang cemerlang dan indah menurut aturan Islam.

Justeru, dihalaman ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai tip yang diberikan oleh Saidina Ali R.A. mengenai didikan anak-anak mengikut peringkat usianya.

Pesanan Saidina Ali R.A. : “Didiklah anak kamu dengan cara yang berbeza setiap 7 tahun.

♡ 7 tahun pertama, beri dan ajarkan mereka tentang kasih sayang. Manjakan mereke dengan kelembutan dan rasa cinta.
♡ 7 tahun kedua, berlaku tegas dengan mereka, didik mereka dan perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan.
♡ 7 tahun ketiga, berkawanlah dengan mereka, disaat ini mereka memerlukan teman untuk berbicara dan mengemukakan pendapat. Mereka sudah boleh berfikir, bersahabatlah dengan mereka sebelum mereka mempunyai sahabat lain yang boleh merosakkan akhlak.”

Fasa 1 – perlu dimanja

Melalui kalam Saidina Ali ini, dapat dirungkaikan tiga peringkat penting dalam kehidupan anak-anak. Peringkat pertama pada usia 0-6 teahun iaitu 7 tahun pertama pendekatan yang terbaik untuk mendidik anak-anak ialah dengan memanjakan dirinya. Berikan kasih saying yang melimpah ruah kepadanya. Ini kerana, anak-anak pada usia ini amat memerlukan kebergantungan dari sudut fizikal.

Apa yang diterjemahkan oleh ibu bapanya dalam bentuk ini akan lebih terkesan dalam dirinya. Contohnya, jika kita sentiasa senyum kepadanya, dia dapat merasakan limpahan kasih sayang yang sedang dicurahkan kepadanya. Anak pada usia ini banyak belajar melalui bermain justeru keberadaan dan penglibatan kita bermain bersamanya dapat menterjemahkan kasih sayang kita kepadanya.

Anak-anak yang banyak dirangsang dengan kasih saying pada usia ini akan membina keyakinan terhadap dirinya dan orang lain. Sebaliknya jika mereka tidak mendapat keperluan ini, mereka akan membesar sebagai individu yang kurang berkeyakinan dan sentiasa dalam keadaan cemas terhadap keselamatan diri (trust versus mistrust).

Fasa 2 – terapkan disiplin

Fasa kedua kehidupan iaitu 7-13 tahun. Fasa ini dipanggil fasa kanak-kanak di mana anak-anak wajar diterapkan dengan disiplin yang tinggi. Mereka berhak diberitahu mana yang wajar dilakukan dan mana yang tidak wajar dibuat.
Disiplin bukan bermaksud garang. Ibu bapa wajar menetapkan peraturan untuk anak-anak dan tegas dalam menguatkuasakan peraturan yang telah dibuat. Anak pada waktu ini memerlukan kebergantungan kognitif. Mereka memerlukan rasional pada satu-satu peraturan yang ditetapkan.

Jelaskan kepada mereka dengan baik dan boleh menjatuhkan hukuman untuk tujuan mendidik jika masih mengulanginya. Marhalah atau tahap ini amat penting untuk membentuk disiplin dan akhlak anak-anak.

Bertepatan dengan hadis Nabi S.A.W. tentang suruhan memukul anak jika dia tidak menunaikan solat ketika usianya 10 tahun kerana perkembangan minda anak-anak di waktu ini sudah boleh memahami dan bergantung kepada apa yang berlaku sekarang dan di sini (here and now). Galakan dalam bentuk pujian dan hukuman (reward and punishment) dapat membentuk dan memberikan panduan kepada mereka apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak.

Fasa 3 – bersahabat dengan anak

Seterusnya, pada fasa 7 tahun ketiga iaitu 14-20 tahun berkawanlah dengan mereka. Jadilah kawan anak yang paling akrab sehingga mereka boleh menceritakan semuanya dengan kita. Berilah pandangan dan pendapat anda sebagaimana seorang rakan, pandu anak anda dengan nasihat yang baik kerana kekerasan pada ketika ini hanya meretakkan hubungan anda berdua.

Pada usia ini anak amat memerlukan pengiktirafan daripada kedua ibu bapanya. Kebergantungannya sekarang tertumpu kepada kebergantungan emosi. Jadi, beri ruang untuknya berkongsi dengan kita dan jadilah pendengar yang setia. Sering adakan perbincangan santai dengannya dan tegurlah kesilapannya dengan cara yang baik.

Akhirnya, setelah anak mencapai umur dewasa iaitu 21 tahun ke atas, layanilah mereka seperti orang dewasa. Usah diherdik atau dimarahi persis budak malah santuni mereka dengan baik.

Walaupun telah dewasa, anak-anak memerlukan dorongan dan sokongan daripada ibu bapanya. Kita tetap menjadi rujukan untuk dia melakukan atau membuat sesuatu keputusan. Jadi, kongsi pendapat kita dengannya namun jangan pula memaksa dia mengikutinya cukuplah sekadar panduan dan berilah peluang untuk dia memutuskan pillihannya.


Menjadi ibu dan ayah tidak semudah yang disangka bukan hanya memberikan mereka keperluan fizikal sahaja memeritkan malah memenuhi keperluan rohani adalah cabaran sebenarnya... Mungkin sedikit panduan dari artikel yang akak taip semula dari majalah mingguan wanita ini dapat memberikan sedikit buah fikiran.. Bila membacanya terasa akak banyak juga melanggar apa yang digariskan dan harap dapat melakukannya dengan lebih baik lagi nanti...

Akak bercuti panjangggggg

Mungkin waktu entryni keluar akak dalam perjalan balik ke kampung... Bestnyer tidak terkata akak akan mula bercuti dari 19hb Disember 2011 hingga 2hb Januari 2012, kerja separuh bulan dan dapat gaji sebulan, wau ini sudah baguskan. Cuti ini bukanlah nak melancong keluar negeriker apa tapi cuma nak balik kampung sebab adik akak yang paling bongsu akan menjadi isteri orang pada 23hb Disember yang akan datang. Sudah pasti sebagai kakak yang paling sulung akak kenalah membantu mana yang patut seminggu sebelum majlis berlangsung..
Siap-siap potong gitu sejak dari awal Disember.. memang dah tak sabar nak cutini walaupun tidak ke manapun, yang penting tidak perlu pergi kerja.

Jadi dikesempatan ini akak memohon banyak maaf kalau lambat berkunjung ke blog adik-adik dan kawan-kawan semua. Maalumlah kalau kat kampung line broadbandpun pastilah lembap dan kalau dah banyak kerja mestiler susah nak berblog.. tapi ada kesempatan akak akan berkunjung juga....

Friday, December 16, 2011

Nilai 3 cari baju besar

Suami akak merungut pasal baju kerja dia dah makin kurang... maka kami bergegas ke Nilai 3 yang ada satu kedai bernama Chardon tak silap menjual baju untuk yang bersaiz besar.

Kedai Chardonni sebenarnya adajer kat Sunway Pyramid tapi entahler kenapa suami akakni gemar lagi pergi ke Nilai 3 ini. Namun menurut budak yang jaga kedai tersebut kedai yang Nilai 3 inipun akan ditutup dan akan berpindah ke The Mines. Dekat jer The Mines dengan rumah tapi jarang sangat pergi situ. Kedai kegemaran untuk lelaki yang berbadan besar seperti suami akak juga sebenar ada di butik BOS(Big Of Size), Tesco Shah Alam tapi harga dia lebih mahal sedikit dari kedai Chardon.

Untuk kenangan hari itu bukanlah gambar kedai atau baju yang nak dipertontonkan tapi hanya gambar budak dua orangni yang dah buat kedaitu macam kedai sendiri. Sementara menunggu ayahnya mencari baju bersesuaian lihatlah aksi Atikah dan Azalia:-

Dengan baju Smurfnyer nampak nakal pulak budak dua orangni...

Thursday, December 15, 2011

Xtvt melukis semasa cuti sekolah

Permintaan Atikah dan Azalia nak water colour untuk melukis semasa cuti sekolah telah dipenuhi, maka telah berlangsunglah xtvt mereka diperhatikan oleh mertua akak. Sementelah mak mertua akak dulu adalah guru tadika KEMAS sudah pasti xtvt ini adalah kerja biasa dia.

Mak mertua akak kata beli water colour jenis Buncho tau sebab warna dia cantik... Nanti akak tunjukkan hasil lukisan mereka...

Wednesday, December 14, 2011

Perempuan Berkalung Sorban

Akak tertengok cerita ini di saluran Indopek 142 tak silapnya dan tiba-tiba terasa nak tengoknya sampai habis. Rupanya punyalah ketinggalan akakni ceritani agak femes dan banyak dapat anugerah kat Indonesia dalam tahun 2009 patutlah sedap gak jalan ceritanya.

Latarbelakang kisah ini adalah pada tahun 80-an tentang Anissa yang merupakan anak kepada pengasas pesantren (sekolah pondok)Kyai Hanan yang tradisional dan konservatif di timur Jawa. Semasa Anissa kecil dia selalu ingin menjadi seperti abang-abangnya yang dapat belajar menunggang kuda namun dia dilarang hanya kerana dia perempuan.

Anissa dapat juga belajar menungang kuda secara senyap-senyap oleh saudara lelaki sebelah ibunya iaitu Khudori. Namun Khudori yang selalu melindungi dan berfikiran terbuka itu juga telah meninggalkan Anissa kerana menyambung pelajarannya ke Al-Azhar, Kairo. Maka setelah Anissa dewasa semakin kuat rasa hati dia ingin keluar dai pesantren tersebut dan mendapat tawaran belajar di Jogjakarta. Namun lain kisahnya dia akhirnya dijodohkan dengan anak seorang lagi pengasas pensantren dengan harapan Anissa akan jadi lebih "perempuan".

Masani kesian tengok Anissa diperlakukan bukan seperti isteri tapi lebih kepada hamba seks dan ini dibenarkan atas dasar wanita mesti melayan suami dengan baik walau apapun keadaan. Yang penting ceritani memang bestler jugak, boleh layan macam cerita Ketika Cinta Bertasbih. Kalau cerita Ketika Cinta Bertasbih tidak memerlukan adengan ranjang hatta berpegang tangan sekalipun kenapalah cerita Ombak Rindu perlu adengan yang agak hot! hot! yang membuatkan akak tak ingin bawak anak pergi tengok wayang, oppps lari tajuk....
Terbaca ulasan dari Dr Mohd Asri Dr Mohd Asri tentang Perempuan Berkalung Sorban dan kritik sosial..

Sebenarnya akak teringat zaman 80-an dulu walaupun tidaklah seteruk cerita Perempuan berkalung sorbanni tapi begitulah. Anak perempuan selalu dipinggirkan maka ayat "anak perempuan kalau belajar tinggi-tinggipun nanti duduk ceruk dapur gak" memang jadi ayat power. Nasiblah bapa akak tidak berfikiran sedemikian tapi orang kampung memang berfikiran begitu. Kalau anak lelaki buat salah tak apa tapi cuba anak perempuan buat salah walaupun kecil tapi macam dah nak kiamat dunia.

Apa juga yang akak dapat dari sini ialah sebagai orang tua kita kena memikirkan pendapat anak-anak supaya perkembangan anak dapat dilihat. Ibu bapa mesti ada rasa hormat dengan kemahuan anak-anak, tidak semua yang orang tua fikirkan adalah yang TERBAIK untuk masa depan anak-anak...

Lagu yang menjadi OST Filem Perempuan Berkalong Sorban oleh Siti Nurhaliza :-sedap gak laguni yerk....

Wordless Wednesday ~ 14122011

Akak memang gemar sesangat beli buku nota yang kecil dan comel kalau pergi kedai RM2 dan kedai yang seangkatan dengannya. Hobi yang satuni memang membuatkan husband akak selalu geleng kepala dan ini antara buku yang ada kat dalam handbag akak.

L.O.V.E. ~ I will see the best picture in my eyes on the world. Kat sini akak tulisler no phone client yang tidak dapat nak disumbatkan ke dalam handphone semuanya...Ini buku untuk akak tulis macam-macam, kadang-kadang kalau ada idea nak tulis blog misalnya akak terus conteng kat buku yang ini..Ini macam kalau nak tulis kalau tiba-tiba kalau nak koyakkan maalumler kadang-kadang kalau kita jumpa ngan kawan lama tak payahler meng"gagau" mencari kertaskan..Beg kecik kat belakangtu jugak akak akan simpan segala mak nenek cam thumb drive, beg recyle, business card, ubat sakit kepala, pen, isyh banyakler pulakkan... gituler adik akak selalu cakap gini "Choni dalam beg ada beg"...

Tuesday, December 13, 2011

Disiplin diri langsaikan hutang

Setiap tahun rasanya azam untuk melunaskan hutang kad kredit yang membebankan adalah antara yang terlaris disebut-sebut orang. Namun berapa ramai yang mampu mendisiplinkan diri untuk memastikan azam yang satu ini terlaksana...

Oleh itu diperturunkan antara rancangan yang mampu membantu si pemegang azam melangsaikan hutangnya :-

1) TULIS dan TAMPAL didinding amaun keseluruhan hutang yang perlu dibayar. Tampal juga di cermin meja solek dan jangan diturunkan selagi hutang belum selesai. (tapi rasanya tak payahler letak kat meja solektu buat stressjerkan cukuplah kat dinding)

2) Ikut BAJET yang telah ditetapkan, jangan keluar dari bajet.. Kena sediakan bajet terlebih dahulu, lepastu disiplinkan diri untuk mengikut bajet yang ditetapkan.

3) Potong semua transaksi yang tidak penting seperti makan diluar terlalu kerap, tukar pakej astro dan lain-lain lagi. Semua transaksi hendaklah dilakukan secara tunai dan tiada lagi penggunaaan kad kredit.

4) Gabungkan semua hutang kepada institusi kewangan yang boleh memberikan kadar faedah yang paling rendah. Bandingkan antara institusi kewangan dan pilih yang terbaik.


5) DOA dan terus berdoa kepada yang maha kuasa, kerana Allah maha pemberi segala sesuatu. Hanya kepadaNya kita memohon antara doa yang boleh diamalkan ialah :-

Doa Mudah Membayar Hutang (Surah Al-Imran, ayat 26-27)
Baca mulai dari “Allahumma malikal mulki”, tidak perlu sebut “qulillah”

[26] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

[27] Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.

Monday, December 12, 2011

Jatuh Cinta dengan Ombak Rindu

Tarikh : 9-12-2011
Tempat : GSC, IOI Mall Puchong
Xtvt : Tengok Wayang Ombak Rindu

Hari jumaat lepas terlepas jugak hajat dihati akak untuk menonton wayang Ombak Rindu seperti yang dihajatkan dengan memaksakan diri mengambil cuti separuh hari. Alkisahnya disebabkan akak rasa tak seronok nak bawak Atikah dan Azalia menonton Ombak Rindu maka akak pergi menonton Ombak Rindu bersendirian.

Kalau tanya akak rasanya lepas menonton Ombak Rindu akak rasa macam baru jatuh cinta. Terasa macam bersemangat untuk melakukan banyak perkara maalumler kalau orang dalam alam percintaan memang mempunyai semangat yang tinggikan.. Alangkah indahnya kalau perasaan jatuh cinta ini kekal dalam diri ini, namun bila dah sampai rumah bukan ombak rindu yang menunggu tapi ombak badai ribut tengok rumah yang kelam kabut.. kuang.. kuang...

Akak tak payahler nak ceritakan sinopsisker apa tapi kalau tanya akakler memang akak sanggup kot tengok wayangni berkali-kali kalau berkesempatan. Maknanya filemni memang BEST pada akakni mungkin yang TERBAIK untuk akak selama tengok filem melayu. Akak bukan benci filem melayu tapi hakikatnya kalau drama melayu memang akak suka tapi tang filem jarang-jarang akak sanggup pergi.
Rasanya tidak rugi kalau kita menonton filem ini.. Jomler kita tengok keindahan bumi Malaysia dan bahasa malaysia yang digunakan, memang bestler tengok anak-anak bermain layang-layang ditepi sawah.. ah memukau beb.
Teringin nak amek gambar kat celah Hariz ngan Izzah tapi mun dah nengok sorang-sorang amekjer gambo poster boleh...

Alasan masih memilih Genius Aulad

Tahun depan Atikah dan Azalia masih bersekolah di tadika Genius Aulad, Bandar Kinrara walaupun Puan Linda(2A menumpang keretanya) memutuskan tidak menghantar Shukri ke Genius Aulad lagi. Sudah pasti tahun depan Atikah dan Azalia akan belajar benda yang baru lagi iaitu menggunakan pengangkutan Genius Aulad dan kosnya tentulah lebih besar dari menumpang kereta Puan Linda (jiran akak).

Akak dan Puan Linda sudah tentu mempunyai alasan yang tersendiri atas segala keputusan yang dibuat. Setiap apa yang dipilih sebenarnya mempunyai pro dan kontranya, oleh itu setelah difikirkan semasaknya banyak yang pro tentang Genius Aulad akak rasa Atikah dan Azalia akan terus belajar di sini.

Alasan 1: Mereka tidak perlu mengadaptasi sesuatu yang baru, terpaksa belajar dalam sistem pendikan yang baru, guru yang baru, kawan yang secara totalnya baru, buku yang baru dan segalanya yang baru. Kalau di sini mereka sudah biasa, tahu nak pergi ke toilet dimana, kenal dengan ramai guru di situ, sistem pendidikan yang sama dan semuanya mudah.

Alasan 2 : Guru mereka sudah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan mereka oleh itu sudah pasti mudah untuk guru-guru untuk memberikan yang TERBAIK kepada mereka.

Alasan 3 : Akak paling suka benda ini "Lessons Beyond Classroom!" ~ Pembelajaran melebihi bilik darjah tak sedapnyer nak dengarkan tapi pada akak benda ini paling best. Tak tau macamana nak cerita tapi yang akak paham tapi kena paham Gernius Aulad adalah pusat perkembangan minda jadinya bukan nak stress anak-anak dalam pelajaran sahaja tapi lebih kepada menggunakan minda..

Alasan 4 : Yang akak suka gak ialah Atikah dan Azalia akan meneruskan pembelajaran mereka dalam Iqra' dan reading. Sekarang Atikah dah masuk Iqra' 4 dan Azalia masih Iqra' 2 jadi teruskan saja dan nanti dicarikan ustaz

Alasan 5 : Akak nak akak pandai berbahasa Inggerisler kan Genius Aulad bahasa perantaraannya bahasa omputih, sekarang Azaliapun dah apply tau cakap bahasa omputih..

Alasan 6 : Tidak dibebani dengan kerja rumah yang banyak. Mungkin ramai ibu bapa yang tidak setuju tapi akak suka sebab rasanya tadika bukanlah tempatnya untuk dibebankan anak-anak dengan kerja rumah yang berlambak-lambak. Yang penting mereka paham dan dapat menggunakan ilmu didapati dalam kehidupan seharian.

Alasan 7 : Yurannya masih dalam lingkungan kemampuan akak rasanya dengan RM238 sebulan rasanya masih boleh lagi untuk akak ini.

Sebenarnya banyak lagi alasan tapi rasanya kita semua inginkan anak yang bukan sahaja mahir dan bijak dalam pelajaran tapi mereka mendapat persekitaran pembelajaran yang boleh membentuk peribadi yang mulia sebagai muslim dan muslimah..

Sumber :- geniusaulad.com yang menjadi inspirasi buat akak ...


GENIUS AULAD is created with the belief that by helping our young Muslims to connect with their inner truth as a Khalifah of Allah and helping them to really understand who they are, we can enrich their lives and the lives of their families, and in turn this will make a positive impact on our society and the world in which we live.
Tapi ada juga kekurangan yang akak kurang gemar iaitu :-

1) Tiada konsert untuk budak-budak umur 4 tahun dan 5 tahun. Mungkin ini hanya berlaku di Genius Aulad Bandar Kinrara. Tapi memang sangat frust sebab kalau ada konsert hujung tahun kita boleh nampak kegembiraan anak-anak. Kita juga rasa puas hati selepas hantar anak setahun mungkin kita rasa inilah hasilnya. Harap sangat tahun depan adalah hendaknya majlis Intifaltu untuk anak yang berumur 5 tahun macam dik Ya... Berharap sangatni..

2) Yang inipun tak best tapi masih ok lagi takder Sport Day.. alahai teringin nak tengok anak-anak kita bersukan dan dapat memupuk semangat untuk menang dan berpasukan.. tapi inipun akak tak kisah sangat. Tapi fikir balikkan mungkin kalau ada sport daykan mesti masa banyak terbuang untuk melatih mereka ..

3) Ada gak kekurangan yang akak dengar dari kawan-kawan tapi bagi akak semua itu tidak mematahkan semangat akak untuk terus menghantar mereka ke Genius Aulad tahun depan..

Walau apapun pilihan kita sebenarnya tiada yang salah ataupun yang benar kerana mereka hanya anak kecil yang mempunyai naluri yang sama memerlukan pendidikan namun masih memerlukan keriangan dan keceriaan. Untuk tahun 2013 Azalia akan berumur 6 tahun tak tau lagi masih di sini atau akan berpindah ke tadika yang lain sebab Azalia masatu dah 2 tahun di sini kot dah jemukan so apapun pilihan kita semuanya untuk kebaikan merekakan....

Gambar kenangan masa "induction day" tahun lepas...


Sunday, December 11, 2011

Small Letter dengan Capital Letter

Dik Ya yang pandai beginilah jadinya.. al kisah anak akak yang bernama Azalia yang sangatlah bijaksana budaknya masa menulis. Masatu kita tengok dia tulis cam gini katakan AzAliA, kita cakap "dik Ya kenapa A tu huruf besar buat A huruf kecil, dik Ya macamana A kecil" diapun tulisler cam giniler jadinya...
Ini adalah A besarnya tadi :-
A
Inilah a kecil yang diperbaharui
A
Inilah dik Ya semua soalan ada jawapannya walau tak betul ataupun betul janji dia nak jawab, bukan dia tak belajar tapi mungkin kadang-kadang terlupa.. sweetjerkan tapi dah besar nanti jadi loyar buruklerni...

Saturday, December 10, 2011

Hari sabtu yang kena kerja

Roadshow lagi dan kali ini hanya hari sabtu dan separuh hari kira sangatlah ok.. Kali ini kami masih memilih Puteri Mart sebagai tempat untuk kami mempromosikan yang OSK kini telah dibuka dengan jayanya di Bandar Puchong Jaya.. Kalau datang sini mohler jumpa ngan akak.. di sini macam-macam ada pasar basah dan juga barang seperti kasut, baju, kelengkapan dapur dan sebagainya.
Harapannya petang ini dapat buat xtvt sekeluarga.. teringin nak tengok OMBAK RINDU tapi kesian pulak sebab kalau tengok OMBAK RINDU tak boleh bawak Atikah ngan Azalia.. Fikir lagi..



Friday, December 9, 2011

Berhenti di R&R untuk alas perut

Ramai betoiler orang masa kami singgah makan di R&R Seremban dalam perjalanan pergi ke JB haritu. Walau hanya singgah sini akak masih nak gak ambik gambar untuk kenangan...
Muka budak yang bangun tidur... tanya nak makan apa pun tak nak...Muka dik Ya yang cuak disakat dek Hisyam... Bergambar berdua yang sangatler susah sekarang.. kalau adik ok kakaknya tak ok... gituler dapat gambar berdua memang saat dinantikan.... Kan baru cakap, giniler dik Ya tak nak pandang kamera hanya peace yo!!!Akak tersenyum ...Dik Ya dapat gak main kat sinikan...Johor Bahru akak datang ok... dah berbelas tahun tak sampai JB akhirnya sampai gak ke sini tahun ini.

Ini pula di R&R Machap dalam perjalanan balik pulak..
Dik Ya yang kesedapan makan laksa yang menjadi kegemarannya...Akak Ikapun suka laksa nak buat camner dah keturunan suka laksakan....Alkisahnyer masa kami pergi basuh tangan kebetulan meja kamitu kosongler tapi meja sebelah ada Rozie sekeluarga,, jadinya cleaner tu amek kesempatan tuangkan air cincau kami dalam air kosong si Hisyam dan amek tintu. Kalau dia rasa orang dah bangun takperlah ni tidak dia tak angkatpun pinggan laksa yang licintu dan botol air yang plastik.. apakah tujuannnya dia nak tin.. sampai gitu sekalikan... tapi ingat cam nak marah gakler tapi ingat balik dia cari rezeki nak buat camner...

Thursday, December 8, 2011

McDonald's : Beef Prosperity

I'm lovin' it! Share the Joy of Prosperity inilah yang kutunggu.. semalam dah pergi makan ngan dak Hisham ngan Rozie juga Najha datang join sekali.. memang rasa masih sama tak payah cerita ramai yang tau rasa dia... untuk bukti akak dah makan so tengoklah gambar di bawah ;-Inilah yang ku tunggu..Yummy setahun sekali tau... Kata nak kurus yerk tapi ya Allah makan tak hengat... kuang.. kuang...

Jusco J Card Members' Day

Tempat : Jusco IOI Mall Puchong
Tarikh : 8/12/2011
Xtvt : Shopping dan cuci mata

Semalam masa pergi makan McDonald kat IOI dah terperasan dah ada J Card members' esok maka dah simpan dalam hati kena pergi gak esokni. Jadi persetujuan bersama Rozi dan Hisyam maka kami memanfaatkan waktu makan tengahari untuk pergi kesana.

Sebenarnya teringat pesanan anak akak pagi tadi, belikan water color untuk dia sebab semalam anak jiran sebelah main guna water color tapi diaorang tak kasi dia main.. sedihnya sebab Atikah cakap cam gini " diaorang tak nak bagi Ika sebab kata Ika busuk, adik Ya jer diaorang layan." Sedihjer dengarkan tapi biasalah budak-budak, takper ada salekan.. Ini ditulis sebelum pergi ke Jusco.. Ok...

Yang di bawah ini ditulis selepas pergi Jusco.. Sebenarnya hujan masa kami nak keluar tapi dek kerana semangat yang kuat maka kami bertiga meneruskan hajat. Tempat pertama akak tuju ialah bahagian wanita wow akak dapatlah dua helai baju yang amat berpuas hati sangat. Memang kalau gi shopping mesti punya teringat nak belikan untuk budak dua orangtu so dapatlah gak akak belikan seluar jeans untuk Atikah yang memang dah teramat kurangnya disebabkan dia sangatlah cepat tinggi. Tengok sahajalah hasil rembatan dalam masa yang terhad itu dan batasan masa menyebabkan akak tidak sempat nak belikan water color untuk Atikah....
Inilah semuanya tapi dah tak sempat sebenarnya dengan masa yang cuma ada satu jam memang payah sikitkan tapi okler kalau lagi lama mungkin lagi banyak sebab nampak kasut untuk budak-budak yang 70% macam nak pergi belijer.
Ini pulak 3 helai baju untuk Azalia sahaja. Lepas dah jalan balik baru teringat yang akak terlupa nak belikan Atikah walaupun sehelai sebab memang dalam kepala duk teringat Azalia punya tshirt dah kurang.
Ini seluar jeans yang akak dapat rembat, 1 untuk Azalia dan 2 untuk Atikah jenama Seed..

Nuffnang oh Nuffnang