Nuffnang saya

Monday, January 31, 2011

Kami Sepupu...

Ini gambar Atikah dan Azalia dengan sepupu mereka iaitu anak kepada adik akak. Gambar ini diambil semasa kenduri perkahwinan anak kepada sepupu akak di Changkat Chermin, Perak. Sepupu akakni sebenarnya tua dua tahun sahaja dengan akak tapi dia dahpun menerima menantu memandangkan dia mendapat anak yang sulungtu ketika dia berumur 18 tahun. Oh tidak nanti kalau dia dapat cucu tahun ini bermakna anak akak dan cucu dia tidak jauh berbeza umurnyakan...

Atikah dan Azalia bersama dengan Marcela.. Serupa tak?

Tuesday, January 25, 2011

Basikal dari Opah dan Tok

Main basikal memang kegemaran Atikah dan Azalia. Nasib baiklah rumah akak berhampiran dengan taman permainan namun akak tetap tidak membenarkan mereka keluar bermain dengan kawan-kawan lain tanpa ada akak menemani mereka. Sebagai budak kecil mereka juga memprotes keputusan ibunya ini, antara ayatnya "ibuni, Nellytu main kat taman tak adapun ibu dia, ibu dia tak marahpun".. Kadang-kadangtu kasihan tapi memikirkan keselamatan mereka akak keraskan juga hati ini biarlah tidak gembira seketika jangan merana berpanjangan..

Sekiranya ada kelapangan akak akan menemani mereka bermain basikal di taman sambil itu bolehlah akak berjogging. Kalau boleh setiap haripun akak ingin melakukannya namun apakan daya masa dan tenaga tidak mengizinkan. Anak-anak ibu sayang fahamilah sesungguhnya ibu melakukan semua ini untuk kebaikan korang juga...


Ini basikal Atikah yang terbaru dibeli oleh Tok dan Opah di Pekan Ayer Tawar.


Ini juga sebenarnya basikal Atikah yang juga dibeli oleh Tok dan Opah di Pekan Ayer Tawar. Tengoklah warnanya hijau tapi basikal ini memang elok dari segi buatannya dan berbaloi amat dengan harganya yang murah.

Tuesday, January 18, 2011

Pilih-Pilih Kasih

Pilih Kasih ini tiada kena mengena dengan rancangan tv yang sedang ditayangkan tapi ini hanyalah kisah sebenar kehidupan yang akak perhatikan. Hanya kisah masyarakat sekeliling yang menjadi sempadan dan batasan dalam kehidupan ini supaya akak sendiri dapat menjadikan ianya sebagai iktibar.

Dalam pemerhatian akak inilah sekiranya wujud pilih kasih di dalam keluarga sudah pasti akan berlaku kepincangan dalam keluarga kelak. Semasa akak kecil dahulu akak melihat sendiri jiran akakni teramat menyayangi anak sulung dan anak bongsunya yang terlebih-lebih. Kalau anak kesayangan dia melakukan kesalahan sekalipun dia tidak pernah meninggikan suara apatah lagi ingin menegur perbuatan anaknya itu. Namun ada seorang anak dia yang tidak diketahui kenapa dia amat membencinya(ikut pemerhatian akak) kalau tidak melakukan kesalahanpun dia akan mencari kesalahan anaknya itu. Kadang-kadang kami merasakan tidak adil sesangat...

Begitulah kisahnya namun tidak sanggup akak ceritakan secara keseluruhan kerana ibu merekapun sudah meninggal dunia dan anak-anaknya juga sudah mempunyai keluarga sendiri. Namun sekarang kami dapat melihat kepincangan dalam keluarga tersebut kerana ikatan kekeluargaan antara mereka yang tidak rapat dan masalah harta pusaka juga menjadi pertikaian.

Kemungkinan ibu atau bapa tidak perasan yang mereka telah membezakan kasih sayang antara anak-anak mereka namun orang yang sekeliling sudah pasti dapat melihatnya. Sebagai ibu bapa seharusnya kita tidak mengamalkan sikap pilih kasih antara anak-anak kita. Syukurlah akak mempunyai ibu bapa yang tidak membezakan kasih sayang antara kami adik beradik. Walaupun begitu akak tahu sebagai ibu bapa sudah pasti mereka lebih menyayangi anak yang lebih pandai menjaga hati dan perasaan mereka....


Akak berharap dapat memberikan kasih sayang yang sama rata antara dua puteri akak ini dan memberikan yang TERBAIK untuk mereka sedaya mungkin....

Saturday, January 15, 2011

Aku merinduimu....

Bukan merindui siapapun cuma kedai makan ini yang telah berjasa semenjak akak bekerja pada tahun 2003. Ini adalah kerana akak telah berpindah ke tempat kerja yang baru di Puchong Jaya bermula pada 3hb Januari 2011. Kepada siapa yang bekerja di sekitar kawasan SS2, Petaling Jaya tentu sekali tahu kedudukan kedai inikan... Jom gi kedai bawah pokok gelaran kami di pejabat.


Inilah keistimewaan kedai ini boleh makan di bawah
pokok-pokok yang rendang maka tidaklah terasa panas


Setiap kali balik dari restoran sebelah pejabat ini maka terciumlah bau makanan di tudung ini maka bertambah rindu pada kedai bawah pokok ini... Tadi komen gambar Nik Ali kawan sepejabat yang telah berhenti dari OSK bertambah rindu dengan kedai ini....

Friday, January 14, 2011

Ibu.... Ibu.. Engkaulah ???

Tidak difahami kenapalah begini yang terjadi!! Moga di jauhkan oleh Allah akak berkelakuan diluar batasan sebegini... Kemanakah perginya nilai kemanusiaan perempuan ini? Geram betoiler akak memikirkan ini...

Bayi pengsan ditumbuk ibu
Oleh Suraya Roslan

KAJANG: Seorang
kanak-kanak lelaki berusia setahun lebam di seluruh muka dan berkemungkinan buta
mata kanan akibat ditumbuk ibu kandungnya yang di Bandar Sungai Long, di sini,
kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa dihantar ke
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan selepas
tidak sedarkan diri.


Pemangku Ketua Polis Kajang, Superintendan
Azman Ayob berkata, mangsa, Yong Kar Sheng turut cedera di kepala serta patah
tulang pelipis sebelah kanan akibat dibelasah ibunya.

“Mangsa dihantar
ke PPUKM oleh bapanya yang berusia awal 40-an selepas mendapati kanak-kanakitu
tidak sedarkan diri. Doktor yang memeriksa mangsa kemudian membuat laporan di
pondok polis hospital berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari.



Siasatan awal polis mendapati kanak-kanak itu dipercayai
ditumbuk berdasarkan kecederaan teruk pada mata kanannya dan difahamkan doktor
yang merawatnya menyatakan kemungkinan mangsa buta akibat kejadian itu.


Azman berkata, mangsa anak bongsu daripada dua beradik dan ibunya,
warga China berusia 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Polis
membawa ibu mangsa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sama ada mengalami
masalah mental atau tidak,” katanya.

Menurutnya, wanita itu direman
selama empat hari sehingga 16 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31
(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bayipengsanditumbukibu/Article/index_html

Tapikan baca tak kisah dalam minggu ini juga yang anak berusia 3 tahun tu meninggal dunia dengan 73 kesan dera. Rasa simpati sesangat dengan emak dia yang mencari anak itu selama 3 bulan dan hanya dapat melihat anak dia selepas anak itu meninggal.. Tolonglah hargailah anak-anak kecil itu.....

Sunday, January 9, 2011

Genius Aulad pilihan kami

Tahun ini Azalia mula masuk tadika maka akak memutuskan Atikah dan Azalia akan memulakan pembelajaran di Genius Aulad yang kebetulan dibuka di Bandar Kinrara pada tahun ini. Sungguh seronok rasa dihati dapat menghantar anak ke Genius Aulad sebab selama ini memikirkan kalau hendak menghantar ke Genius Aulad terpaksa pergi ke Bandar Puteri tentulah payah sesangat rasanya.

Sebenarnya hati ini telah terdetik untuk menukar dari tadika Permata Riang ke tadika yang pengusahanya adalah orang kita. Pada mulanya ingin menghantar Atikah dan Azalia ke Little Caliph Puncak Jalil tanpa mengetahui yang Little Caliph juga telah terdapat di Bandar Kinrara. Setelah mendaftar di Genius Aulad baru terperasan yang Little Caliph Bandar Kinrara terletak satu baris dengan tadika Permata Riang (selama ini Atikah telah dihantar oleh jiran akak Puan Linda. Namun kedua tadika ini berada dalam pemikiran akak sejak sekian lama..



Inilah Tadika Genius Aulad Bandar Kinrara yang berhadapan dengan Pasaraya Giant... Tugas menghantar dan mengambil Atikah dan Azalia masih diserahkan kepada Puan Linda sebab anaknya Shukri(sebaya Atikah) yang juga bersekolah di Tadika Permata Riang sebelum ini telah bertukar kesini..



Gambar dua beradik sebelum hari pertama....



Atikah berposing



Azalia pula...

Tapi akak terlupa sesangat nak bawa kamera ataupun handphone masa pergi menghantar mereka ke Tadika pada hari pertama... Memang frust sesangat sebab tengok ibu bapa semuanya sibuk dengan kamera. Tapi budak berdua ini memang tidak mempunyai masalah langsung malah gembira terutama Azalia cuma Atikah masih teringat-ingat tadika lamanya...

Tuesday, January 4, 2011

Hijrah membawa kesejahteraan

Salam sejahtera.. "Selamat Tahun Baru 2011" Sekejap rasanya setahun berlalu ini bermakna umurpun bertambah setahun lagi oh TIDAK!!! Isyh azam tak usah ceritalah tidak bertambah-tambah disebabkan masih lagi dengan azam berapa yang hanya di bawa kehadapan setiap kali menjelang tahun baru. Tapi untuk akakni yang pasti tahun 2011 ini membawa seribu makna kepada diri akak kerana akan berpindah tempat kerja walaupun masih di syarikat yang sama.

Kalau selama ini akak begitu selesa sekali di cawangan SS2 namun mulai 3/1/2011 akak akan mula berpindah ke Bandar Puchong Jaya. Bermakna semakin dekat dengan rumah akak namun kerjanya tidak sama dengan tempat yang lama dan tiada lagi istilah goyang kaki nampaknya. Semoga hijrah yang akak pilih ini akan membawa kesejahteraan kepada kehidupan akak dan moga Allah akan memberikan petunjuk dan kebenaran arah tujuan sebenar kehidupan akak. Ikutkan hati hendak sangat berhenti kerja tapi rasanya ini tidak mungkin berlaku kerana akak perlu mempunyai pendapatan untuk masa depan anak-anak tersayang.

Di sini juga akak ingin menyatakan kepada adik-adik dan kawan-kawan semua sekiranya berminat untuk belajar bermain saham di Bursa Malaysia jomlah hubungi akak 019- 210 4240. Pada 15hb Januari nanti juga akan diadakan satu seminar secara percuma bertajuk "Market Chat" yang akan berlangsung di Crystal Crown, Petaling Jaya. Jomlah mungkin ada peluang di situ untuk kita sama-sama manfaatkan dan mungkin salah satu azam tahun baru kita akan boleh di capai menerusi seminar tersebut... Jumpa di sana....


Inilah staf yang akan bersama-sama akak bermula dari semalam, yang berada dihadapan sekali adalah ketua cawangan OSK INVESTMENT BANK BERHAD Bandar Puchong Jaya. Selamat Berjaya.......

Nuffnang oh Nuffnang