Diari Slim aka aku nak kurus

Akak secara tak sengaja terbaca balik akaknyer entry yang lepasa pasal nak slim diari-slim-cara-atilia-280708. Kelakar lihat tarikhnya iaitu 28/07/2008, dah dua tahun setengah berlalu namun hasilnya badan akak semasa tarikh itu adalah lebih slim dari sekarang rasanya. Gitulah adanya... Hangat-hangat si taik ayam, ker taik ayamtu lagi "HOT" dari apa yang akak tuliskan hari itu.

Oleh itu akak ingin menyatakan di sini akak kena bersungguh-sungguh untuk memastikan mulai hari ini akak kena teruskan untuk tidak terus GEMUK dan MONTEL ini. Akak telah memulakan dari hari selasa yang lepas dengan langkah pertama NO NASI, berjaya untuk tiga hari, syukur Alhamdulillah. Juga langkah yang kedua iaitu NO DINNER after 7.00pm dan juga berjaya. Syukur sekali lagi...

Langkah seterusnya yang memang dalam perancangan ialah EXERCISE, namun dalam masa tiga hari ini nampaknya akak cuma mampu melakukan exercise yang ringan-ringan setimpal dengan masa yang amat terbatas dan akan dicuba untuk memaksimakannya. Kasut jogging dah beli lebih kurang 3 bulan tapi serasanya hanya dipakai sebanyak 5 ke 6 kali sahaja. Oleh itu kena lakukan mulai dari SEKARANG, tiada alasan lagi hendaknya wahai Nor Zila. Aku BOLEH!!


Comments

  1. punye ler lama ko extend azam ko yu ye? hehe...
    kalo ko nak tau... aku pun dah gumuks sket! so.. tgh wat exercise pagi2 but... not consistent! kwn2 kata lagi bahaya... lagi cepat gumeks! ishh... tgh susah ati nie..

    ops lupa! semoga berjaya...

    ReplyDelete
  2. mummy irish mau kurus jgkkkk!!! gumok sgt ni..alahaiiiiiiii...blh kew??? erkk!!!

    ReplyDelete
  3. relex ar kak, gumuks itu seksi

    ReplyDelete
  4. salamssss :)

    petua arwah nnenek akak dulu, jgn makan ayam.....sesekali boleh, tp jgn selalu:):)

    so, kesan dari kata2nya akak pon terikut2 tak suka makan daging ayam:):)

    ReplyDelete
  5. aka nak kurus jugak. ;) Tp semua mknn nmpk shedap. Camne ni.

    ReplyDelete
  6. sama la nak kurus tp ada jer halangan!! blk kg abis la program diet!

    Meh singgah: Konsert Hore-hore Aznil!!

    ReplyDelete
  7. wa pun dah lama tak bersenam kak..badan dan naik ni...

    ReplyDelete
  8. pagi td.. masa tgu abgnakkal siap... dok berteleku (sambil tido)... dlm otak fikir.. "arini aku pakai tshirt dgn suar trek... boleh la g jog ke men sukan lain ke kt opis"
    siap je abgnakkal mandi..
    "ok der wa g dulu.." sambil terbang sekali niat2 suci td.. hahahahahah

    nk kurus?? in ur dream pidah...

    oooo k.zila kite dh ade blog.. senang skit nk singgah.. heheeh

    ReplyDelete
  9. seronoknya dah kurus coco. mesti diet habis ni, congrats........

    ReplyDelete
  10. nak memulakan tu jer yg bercinta..bila dah start..mesti ok jer kan? :D

    ReplyDelete
  11. Premium Beautiful and lactolite untuk sihat+kurus+cantik especially dipagi raya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts