Nuffnang saya

Friday, July 29, 2011

Ramadhan yang dinantikan


Lafaz niat untuk puasa sebulan Ramadhan :
Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala

Lafaz niat Puasa Ramadhan setiap malam :
Sahaja aku puasa hari esok bagi menunaikan fardhu bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz niat untuk berbuka puasa :


RAMADHAN

Doa supaya dapat membayar hutang



Maksudnya:
Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain.

Maksudnya:
Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang.

Wednesday, July 27, 2011

Apa sajalah....



Gambar apa sajalah hanya untuk kenangan...

Situasi 1 : Budak dua orang nak simpan duit tabung
Haritu akak cuti jadi ada masa nak hantar tabung budak dua orangni yang dah penuh ke bank. Yang peliknya kenapa tabung Azalia lebih banyak dari tabung Atikah!! tak pelikpun sebab dik Ya memang suka sangat nak masuk duit dalam tabung berbanding dengan akak yang buat tak kisah kalau kita bagi duit... so lepasni percayalah akakpun akan jadi excited nak menabung sebab haritu dia dah dapat pengajaran...

Situasi 2 : Gambar Azalia yang terlentuk tidur dalam kereta.


Cer cuba ambik gambar kita tengah tidur mesti buruk bebenoler rupanyakan, tapikan kalau budak kecik comeljer, anak sendiri lagiler comel... kuang.. kuang... kuang...

Tak SaBaR nAk SaMbUt RaMadHaN

Monday, July 25, 2011

Flaming Steamboat Buffet, Bandar Sunway

Rilex... rilex tanpa ada rasa bersalah walaupun sekian lama tidak menjenguk ke blog sendiri apatah lagi blog kawan-kawanku. Terasa sekejap sahaja Julai berlalu dan yang penting minggu depan kita akan berpuasa. Tak sabar nak tunggu Ramadhan, semoga dengan kedatangan bulan mulia ini kita akan beroleh kebahagiaan dan kesejahteraan yang hakiki....

Hanya sekadar gambar kenangan semasa sambutan hari jadi bos dua minggu lepas di ofis dan juga di Flaming Steamboat Buffet, Bandar Sunway bersama dengan staff Bandar Puchong Jaya semuanya...





Bos belanja minum... ok sedap dan memuaskan....Kek harijadi tersebut kongsilah dengan sorang lagi staff yang lahir bulan Jun lepas...


Inilah gambar yang sempat diambil sebab makan tak hengat, gelak tak hengat, gosip tak hengat. Tengoklah perut Shamtu dah nak meletup tu, dia standard makan paling banyak siap tak lunch lagi.... tapi keseluruhannya okler berbaloi gak pergi kesini daripada sambut birthday akak kat Chicken Hartz last month...

Harga buffettu.... okkan...
Banyak gak pilihankan, sebenarnya memang banyak lagipun....
Ni istimewa untuk bulan Julai....

No. 123 & 124, Jalan PJS11/2, Spectrum Shops
Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor
03-5633-6820

"Tingkatkan Prestasi,Kurangkan Kontroversi@ Gossip Jimbit"

Tuesday, July 12, 2011

Percaya Pada Diri....

MoTiVaSi DiRi SeNdIrI.. Jadilah yang TERBAIK..


"I Believe I Can Fly"

I used to think that I could not go on
And life was nothing but an awful song
But now I know the meaning of true love
I'm leaning on the everlasting arms

If I can see it, then I can do it
If I just believe it, there's nothing to it

[Chorus:]
I believe I can fly
I believe I can touch the sky
I think about it every night and day
Spread my wings and fly away
I believe I can soar
I see me running through that open door
I believe I can fly
I believe I can fly
I believe I can fly

See I was on the verge of breaking down
Sometimes silence can seem so loud
There are miracles in life I must achieve
But first I know it starts inside of me, oh

If I can see it, then I can be it
If I just believe it, there's nothing to it

[Chorus]

Hey, cause I believe in me, oh

If I can see it, then I can be it
If I just believe it, there's nothing to it

[Chorus]

Hey, if I just spread my wings
I can fly
I can fly
I can fly, hey
If I just spread my wings
I can fly



"KaLaULaH AkU BoLeH TeRbAnG"

Thursday, July 7, 2011

Makanan Hospital

Sambungan kisah Dik Ya lagi, oleh kerana sakit dik Ya berpanjangan seminggu kami mengambil keputusan untuk membawa Dik Ya ke Hospital Putrajaya untuk rawatan selanjutnya. Maka pada hari selasa lepas (5/7) kami bawa Dik Ya ke Unit Kecemasan dan terpaksa dibuat ujian X-Ray, ambil darah dan sampel air kencing. Macam kes di Sime Darby Medical Centre dulu Dik Ya kantoi masa nak ambil air kencing memang dia tak boleh nak terkencing punya. Dari pukul 10.30 malam hingga 2.00 pagitu langsung tanda-tanda dia nak membuang, akhirnya Dik Ya dimasukkan wad 2C katil nombor 24.

Memang cabaran betul masa Dik Ya kat dalam bilik kecemasan itu maalumler dia mungkin terkejut kena masukkan air kat tangan dan begitu ramai doktor datang melawat dia.. Perangai Dik Ya pulak memang susah nak dipujuk kalau sesuatu bendatu memang tidak kena dengan kehendak dia. Dik Ya memang ada karisma untuk menjadi pemimpin, kiranya dia mempunyai pendirian dan keras hatiler jugak kalau kategori sifat buruk... Tapi dah anak kita mestiler kita kata kategori sifat baik... kuang.. kuang... isyh ok akak nak cerita pasal makanan hospital sebenarnya...

Ok untuk "flash back" akak ngan makanan hospitalni memang dah amat biasa maalumler masa mengandungkan Azalia akak duduk di wad Pusat Perubatan Universiti Malaya selama 2 bulan setengah sudah pasti akak menikmati makanan hidangan Besta selama itu. Dan selama duduk di situ setiap petang kami (geng yang juga terpaksa tinggal lama di wad) akan memilih menu sampai kami dah boleh hafal jenis-jenis menu itu.. Dan kalau bulan puasatu menu tengahari kalau kebetulan sedap sikit kami akan simpan untuk berbuka... isyh itulah memori yang TERINDAH untuk akak ini, (ramai yang kata giler ker apa terindah orang semua tak tahan duduk di wad).. kenapa terindah sebab tak payah pergi kerja, stress hari-hari kena bawak kereta jalan jem sampai di ofis terpaksa berhadapan dengan orang-orang yang menyakitkan hati... duduk di sini akak boleh berehat, boleh khatam Quran lebih dari 5 kali, baca yassin hari-hari, sembahyang on time... Dan layanan dari kakitangan wad bersalin PPUM memang hebat, akak memang menghargainya. Mungkin orang trauma kalau sebut hospital Kerajaan tapi bagi akak belum ada masalah yang teruk-teruk akak alami malah sepanjang akak duduk Hospital Putrajaya ini akak amat berpuas hati dengan servis yang diberikan....

Ini hidangan Dik Ya...
Ini hidangan akak.. duk kat wad kanak-kanak ini dapat dua hidangan...
Dik Ya makan.... wah selera nampak....tapi tengoklah muka Dik Ya yang nampak sangat tidak bermaya.

Sebenarnya sakit dik Ya dah semakin kurang tapi masih ada sedikit lagi dan akak mengharapkan kesembuhan kepada Dik Ya sepenuhnya.. AMIN.. AMIN.... AMIN..

Dik Ya sembuhlah sepenuhnya

Monday, July 4, 2011

Cerita Azalia lagi

Kalini nak cerita yang tak best sesangat sebab Azalia sekarangni kurang sihat dan akak memang rasa tak bersemangat langsung hari ini. Oleh kerana sudah bercuti untuk menjaga dia pada hari khamis dan jumaat yang lepas maka hari ini terpaksalah juga akak merajinkan diri untuk berkerja walaupun jiwa akak langsung tiada di sini... Mengingatkan Azalia di rumah membuatkan air mata akak akan tumpah juga...

Bayangkan Azalia yang kalau kita bertanya sepatah akan menjawab sepuluh patah perkataan tapi la ni kalau dia rasa sakit sangat langsung tak menjawab. Ibu rindu sesangat dengan suara dia, jelingan mata dia, gelak dia ish segalanya.. yang pasti kakak Ika pun lagilah sekarangni bosan main sorang-sorang dan tak ada lagi kawan bergaduh....

Ini keadaan Azalia semasa di Sime Darby Medical Centre, Subang Jaya.. memang kasihan kalau masa dia sakit peruttu.. Sakittu datang kus-kus, kalau oktu okler tapi kalau datang sakitnya memang kasihan dah macam orang sakit nak bersalin pulak....

Ini hari ahad lepas, dia macam tak sakit masa naik skuterni tapi lepas turun dari skutertu terus menangis "sakit perut"....

Dik Ya, semoga cepat-cepat sembuh sepenuhnya.. Boleh pergi sekolah, ni dah 4 hari adik tak sekolahkan...

SeMbUhLah SaYaNgKu

Nuffnang oh Nuffnang