Nuffnang saya

Sunday, August 28, 2011

Surah Penawar ~ Surah Al-Kautsar

Salah satu email yang akak dapat suatu masa dahulu hanya untuk rujukan di masa hadapan..

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Pengasih.
Surah Al-Kautsar (Surah 108)
108:1. Sesungguhnya Kami memberikan kamu berlimpah-limpah,
108:2. Maka sembahlah Pemelihara kamu, dan berkorbanlah.
108:3. Sesungguhnya orang yang membenci kamu, dialah yang terputus.

Kesimpulan Surah Al-Kautsar:-

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya ' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Semoga menjadi amalan kita hendaknya...

Saturday, August 27, 2011

SeLaMaT HaRi RaYa AidiL FiTrI

Rasanya ramai yang sudah mempunyai mood untuk berhari raya. Sekiranya balik ke kampung, hati-hati dalam perjalanan dan

ingat keluarga yang tersayang. Jangan abaikan keselamatan sepanjang kita bergembira kerana malang memang tidak berbaukan. Ingatan untuk akak juga sebenarnya sebab akakni kata suami akak kalau dah gembira tak berapa sedar sangat..

Oklah akak nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua adik-adik dan kawan-kawan cyber sekaliannya. Terima kasih sudi singgah blog akakni, semoga hubungan kita akan kekal abadi selamanya..


♥ SeLaMaT HaRi RaYa AiDiL FiTrI ~ MaAfKaN SaLaH & SiLaP ♥

Friday, August 26, 2011

Cheese Macaroni Oven

Sebenarnya resipi nan satuni akak dah cuba sekali tapi tak berapa nak menjadi sebab ada berlaku kesilapan teknik. Lagipun kalau first time try memang kalut sikit. kuang.. kuang alasan orang tak pandai macam-macam.

Terus kepada ceritalerkan nak bagi alasan banyak-banyakpun tak guna, gini akak kali pertama makan cheese macaroni oven ni masa pergi kerumah Ida ibu sikembar atas urusan Takaful pada 14/11/2009, lama dahkan. Tadi terjumpa gambar lamani teringat rasanya resipini belum lagi masuk dalam blogni. So resipini gak akak ambik dari fotopages Ida ibu sikembar yang memang mudah dan menyelerakan boleh gak menjadi hidangan hari raya atau masa nak buat rumah terbuka.

CHEESE MACARONI OVEN
sumber -MYRESIPI-HAMZAN(adaptasi dr RACHELRAY-NTV7)

Bahan-bahan ( 6 orang. )
1 bungkus makaroni yang macam kerang atau straw
Cheddar cheese(guna slice cheese aje)
1 biji bawang kuning yang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu butter
3 sudu besar tepong gandum
3 cawan susu uht(guna dutch lady low fat).
2 cawan air
1 kiub ayam knorr
2 biji cili capsicum atau asparagus
Udang atau ayam, guna burger ayampun boleh
3 atau 4 sudu besar sos chili
Serbuk lada hitam(pepper) dan garam

Cara-cara :-

>Rebus makaroni kedalam air yang mendidih selama 6 minit. Bubuh sedikit garam.
>Dalam periuk atau kuali besar yang lain goreng bawang kuning dan putih dengan butter. Biarkan sampai layu kekuningan.
>Masukan tepong kacau seketika dan masukan 2 cawan air, kacau lagi ia akan jadi pekat dan masukan kiub ayam. Pastikan kiub itu larut.
>Masukan udang atau ayam, secubit garam dan serbuk lada hitam.
>Kemudian masukan susu dan sos chili.
>Kemudian masukan cili capsicum yang dihiris-hiris atau asparagus yang telah dicelur. Celur dengan air rebusan makaroni tadi.
>Akhirnya masukan makaroni yang telah ditoskan terlebih dahulu kedalam dan gaul mesra.
>Masukan parut cheese kedalam sebanyak mana anda suka. Lagi banyak lagi sedap. Gaul sekejap sehingga semua menjadi melekit2 macam chewing gum.
>Masukan kesemuanya kedalam bekas pembakar, tabur cheese yang diparut diatas ebanyak anda suka. Bakar dalam oven sehingga bahagian atas keperang2an.

SELAMAT MENCUBA !!.. akak dah cuba..

Gambarni juga akak ambil dari fotopages Ida ibu sikembar sebagai kenangan... Masa pergi rumah Ida kali kedua akak datang dengan anak-anak tapituler tengok anak akak yang malu-malu berbanding dengan anak kembar Ida yang amat peramah.

Dia Bukan Maryam TV9

Kesian akakkan sebab ceritani rasanya dah ditayangkan pada awal tahun lagi tapi akak hanya berkesempatan menontonnya sebab disiarkan pada pukul 5.00 - 6.00 pagi setiap hari dibulan puasa ini. Waktu itu adalah time bersahur kami..

Masa mula tengoktu tak paham gak sebab flash back dia tu macam terlampau sangat jadi kurang berminat tapi sejak nak habisni rasanya semakin menarik. Bagus juga ceritatu kerana dapat membuatkan akak beremosi tidak tahu nak sokong imah atau nak sokong Sarah. Sebab keduanya punyai alasan tersendiri untuk mempertahankan pendirian mereka. Hakikatnya kedua-duanya juga keras hati satu sifat yang tidak baik.

Akak sebenarnya hanya ingin berkongsi kisah yang akak dapat dari drama tersebut yang berkaitan dengan hidup akak suatu masa dahulu. Semasa akak belum dikurniakan anak (akak dapat anak selepas 5 tahun berkahwin) selalu juga orang memberikan pendapat untuk akak mengambil anak angkat dengan alasan kot-kot nanti lekat. Akak memang tidak pernah berhajat langsung untuk mendapatkan anak angkat disebabkan tidak ingin terjadi seperti drama "Dia bukan Maryam"tulah..

Akak tidak sanggup sekiranya anak yang akak asuh dan didik dari kecil itu tiba-tiba ingin diambil kembali oleh ibu sebenarnya. Sudah pastilah berlaku konflik kerana akak juga tidak sanggup untuk memisahkan kasih sayang antara seorang ibu dan anak. Tapi hakikatnya hati kita juga akan terluka dan itulah alasan yang paling kuat akak menolak walaupun hati meronta inginkan kebahagiaan dengan kehadiran anak kecil dalam rumah tangga. Kami pernah menolak permintaan dari sepasang suami isteri orang Indonesia yang ingin memberikan anak yang semasa itu masih dalam perut untuk kami sebab dia ingin pulang ke Indonesia.

Entah mengapa hati akak kuat untuk mengatakan yang akak akan dapat juga zuriat sendiri suatu hari nanti. Syukur Allah kabulkan permintaan akak dengan mengurniakan dua orang cahaya mata yang amat membahagiakan hati kami sekeluarga. Sekarang ramai gak yang bertanya tidak teringinkah akak menambahkan bilangan anak sementelah kedua-dua anak akak adalah perempuan. Bagi akak dua orang anak perempuan inipun sudah mencukupi kerana kehadiran mereka melengkapkan kehidupan akak.
Gambar lama budak dua orang yang sekarang sedikit nakal tapi menghiburkan...
Atikah vs Azalia

Thursday, August 25, 2011

Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya

Hari sabtu lepas bertarikh 20hb Ogos suami akak nak ambil kad pengenalan dia yang baru di Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya. Nasibler haritu bawak kamera bolehler anak-anak akak berposing sakan hanya untuk kenangan.

Posing dulu sebelum pergi berurusan, lagipun kami tiba seawal pagi pejabatpun belum buka. Pejabat hanya dibuka pada pukul 9.00 pagi sedangkan kami sudah sampai seawal 8.15pagi.

Dik Ya dibawah rimbunan pokok apa tah macam pokok kurma entahler tapi suka gambarni.

Dekorasi hari raya JPN gamaknya ataupun memang sentiasa ada akakpun tak tahu, tapi Dik Ya cakap rumah kebayan mungkin nenek kebayan kot!!

Sementara menunggu pejabat dibuka budak dua orang ini berlari gembira ke sana ke sini.

Ok Atikah menunjukkan lesung pipitnya selepas urusan selesai tapi sayang nak buat bentuk love tak jadi.

Selepas selesai semua urusan kami anak beranak menuju ke Jusco Equine untuk membeli kasut Atikah dan Azalia. Memang tak jumpapun tu sebabnya esoknya kami pergi Sunway pula. Rasanya urusan baju dan kasut raya untuk budak-budak dah selesai tapi ibunya langsung tak bersedia untuk berhari raya.

Wednesday, August 24, 2011

Oh kedai mamak

Sekadar ingin berkongsi cerita dan rasa hati yang rasanya ramai orang tahu tapi buat tahu. Begini masa bulan puasani kalau rasanya akak tak tinggalkan makanan yang kena dengan tekak anak-anak,akak akan singgah ke kedai mamak kawasan perumahan akaktu untuk membeli roti canai dan capati.

Sampai dikedaitu macam biasa kita akan orderler apa yang kita kehendaki dan tiba-tiba akak terpandangkan seorang pekerja dia sedang makan. oooo dalam hati akak sah kalau dah mencekik pagi-pagi terang-terang pulaktu mestilah diani bukan Islam. Sekali lagi akak pergi ke kedai mamak yang lain pula, kejadian yang serupa juga berlaku. Kesimpulannya "Lu fikirlah sendiri".
Gambar ambil dari :- http://mohdhalimkadri.blogspot.com/

Pada akak dalam kita selalu marahkan kopitiam yang tiada tanda halaltu kita kena peka juga dengan sebahagian kedai mamak yang mengambil kesempatan dari rasa selamat kita orang Islam.

Tuesday, August 23, 2011

Posing tidur baik punya

Ini posing TERBAIK tidur anak-anak aku yang tercinta, memang kelakar. Kalau budak-budak yang buat apapun comel ajerkan. Atikah memang kalau tidur tak boleh nak cium dia sebabnya "acham" sikit air liur basi sentiasa ada, kalau dik Ya tidur memang selalu posing semacam geram rasa nak gigit...


Tengokler bantal Ben 10 yang amat disukai oleh Dik Ya.. sebenarnya masa nak tidur bergaduh pasal bantal sebab sorang-sorang nak bantal banyak padahal dah tidur sebiji bantalpun tak payah.. suka hati korangler, asalkan bahagiakan.

Lagi seminggu kita raya

1901 tak peduli orang puasa

Hari ahad lepas bersamaan 21 kita berpuasa kami sekeluarga pergi ke Sunway Pyramid untuk mencari kasut hari raya untuk budak dua orangtu. Memang cakap kalau tak jumpa juga idaman kalbu belilah apapun sebab rasanya budakni kalau pakai apapun cantikkan.. tapi sebenarnya bukan sebab cantik sahaja kita beli kasutkan yang penting selesa. Tambahan untuk Atikah kena kasut dibeli kena lasak gak sebab kasut dia kebiasaannya akan cepat rosak berbanding kasut adik dia.

Alkisahnya Sunwaytu sekarang boleh tahan gak besarnyakan dengan nak melayan kerenah dik Ya yang kalau dah penat nak berdukung memang rasa tak upaya nak tawaf habis. Sesudah berpuashati mendapat kasut idaman masing-masing agaknya baru terasa perut diaorang lapar, maalumler pergi Sunway tadi hanya sempat minum susu sebotol sahaja.

Kita singgah makan di 1901 sebab budak dua orangni memang suka sosej.
Cawan kertas 1901..
Atikah teguk air minum, uhm sedap betoi rasanya.
Sedapnya habis ibu dia punya nak bawak balikpun diaorang rembat sekali, kena beli lagi yang lain. Tapi takper janji makan..

Makan dikhalayak ramai, ada aku kesah.. tapi rasanya orangpun paham budak kecik lagikan,...

Tak datang lagi mood raya

Kad Selamat Hari Raya

Kad Selamat Hari Raya ciptaan sendiri dua anak tercinta dibantu oleh mak mertuaku untuk akak dan suami.
Kad raya gambar bunga khas untuk seorang wanita untuk akaklertu..

Ini pulak khas untuk ayah mereka. Dik Ya kata dia buatni sebab dia tak suka bunga dia suka kereta sebab boy suka kereta, perangai dik Ya sekarang semuanya nak jadi lelaki. Sekarangnni tak nak pakai gaun bagai jadi buat masa sekarang kami selaluler marah dia kalau dia cakap nak jadi boy. Masa dia cakapni akak kata "dik Ya tak boleh jadi boy" .. dia ubah cakap " Dik Ya bukan nak jadi boy tapi kad ni untuk boy (ayah dialer)"...
Terima kasih wahai anak tersayang semoga anak-anak ibu akan menjadi insan yang sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t. di dalam apa juga pekerjaan yang dilakukan.

SeLaMaT MeNyAmBuT HaRi RaYa AiDiL FiTrI

Monday, August 22, 2011

Anakku kreatif

Beginilah kalau dapat anak-anak yang kreatif tapi tidak bertempat, dah lah nak dekat rayani rasa geram sesangat. Habis "tobek"(bahasa orang Perak) rambut Atikah ngan Azalia.

Balik dari kerja tengok budak dua orangtu tengah tidur, akak kalau tengok diaorang tidur memang rasa sangat sayu sebabnya kalau diaorang jagatu mulut akak asyik nak membebeljer sebab macam-macam yang diaorang kerjakan. Mak mertua akak cakap harini ada orang buat salah ingatkan Azalia buat hal lagi bergaduh dengan kawan kelas dia lagi, rupanya Atikah ngan Azalia memandai gunting rambut sendiri dengan jayanya apa nak dikata terima seadanya rambut hari raya terbaik punya..
Azalia banyak gunting rambut depan, kalau tengok betoi-betoi memang tak cantik...
Atikah pulak banyak potong rambut belakang, rambut dia memang nipis maka bertambah nipislah... OMG

Lepas dengartu rasa macam nak marah sangat tapi lastnya akak gelakkan aja. Sekarangni jadi idea nak menyakat budak dua orangtu nak botakkan kepala kat kedai mamak kalau ada perangai mereka yang tak senonoh. Lagipun fikir banyak kali kalau budak-budakni tak kreatif risau gak kot mana tau anak-anak kita masuk kategori tidak mahu berfikir.. Lantakler asal bahagiakan.

Sunday, August 21, 2011

conteng..conteng muka face painting

Conteng-conteng muka aka face painting ini menjadi kegemaran Cik Nadia (sepupu suami) kalau ada majlis hari jadi.
Bergambar beramai-ramai sepupu sepapat (dua pupu dan sepupu) selepas masing-masing diconteng muka
Atikah dan Azalia dengan Naufal satu-satunya sepupu kecik yang ada.
Besday girl, dik Nuha.
Ini Nuha dengan kakaknya Hani.
Gambar kenangan Dik Ya dengan Naufal masa birthday dik Ya yang ke-2. Ok, kalau ada yang berminat dengan gaun dik Ya tu sila sms akak sebab dik Ya memang dah tak muatpun bajutu.. Saiz baju 3 tahun, bajutu masih elok lagi sayang rasanya.

Cik Nadiani dulu memang selalu buat kerja conteng conteng muka orangni untuk majlis-majlis kat taman perumahan dia, sekarangni dia buat gak tapi masa terhad sikit sebab dia dah bekerja sambiltu dia buat out campus gak..
Jom Conteng.. Conteng

Saturday, August 20, 2011

Cerita sebelum puasa

Inilah kisah yang berlaku sebelum puasa yang lepas, alkisahnya branch kami OSK Bandar Puchong Jaya di belanja KFC dari USJ Taipan branch atas sebab yang tertentu. Malu nak sebut pasal apa tapi adalah!!! Layan saja gambar yang ada....




Akak tak ambik gambarpun ini ambil dari kengkawan yang lain aja untuk kenangan sebabnya akak tau ngat OSKni esok lusa dah resign tak sempat nak bergambar kenangan..


Friday, August 19, 2011

Berpuasa hari yang ke 19

Hari jumaat yang sejahtera ini diharapkan memberikan kesejahteraan kepada yang berpuasa. Seronok sebab esok bercuti dan bolehler merancang nak kemas rumahker, nak memasak spesel sikitker, pergi shoppingker dan macam-macam yang boleh dibuatkan..

Ingat nak cari kasut raya untuk puteri kesayanganku sebab rasanya kelengkapan lain untuk berhari raya sudah settle semuanya. Lagi satu nak tukar langsir, kemaskan bilik stortu seadanya, kemaskan dapurtu sepatutnya dan lain-lain lagi.
Suka gambarni ambil dimanapun tak ingat, nak suruh budak berduatu lukis untuk xtvt hari minggu ini.. Boleh buat kad raya untuk teacher kot..

SyOkNyA HaRi JuMaAt

Thursday, August 18, 2011

Iftar satu famili

Tarikh : 13/8/2011
Tempat : Rumah Mak Lang, Ulu Klang
Xtvt : Majlis Iftar

Sabtu lepas famili Fatimah Gombak (keluarga mertuaku) mengadakan majlis iftar( sekarang orang duk guna iftar akakpun nak gak gunakan itu) di rumah mak saudara suamiku di Ulu Klang. Oleh kerana konsepnya port luck maka akak bawalah agar-agar merah dan nenek Fatimah suka sangat sebab diapun teringat nak makan agar-agartu tapi belum ada kesempatan nak buat.
Tak payah cerita ceriti jom kita tengok apa berlaku hari tu :-
Pencuci mulut yang menggiurkan, akak cuma bawak agar-agar merah sedangkan orang lain bawak macam-macam. Ada pavlova(order),triffle, sagu gula melaka (famili diaorang panggil seloncos), kek sandwich, kek batik, kurma...

Makanan untuk dijamah yang penuh semeja, macam tak habiskan tapi sebab boleh bawak balik rumah dapat gak buat bersahur. Ada sambal kerang, sambal sotong, kari ayam, sambal tempe, ikan goreng, pecel lele(betoiker ejanyani), satay, mi goreng, murtabak dan air bandung sedap..

HB Nabil yang jatuh pada bulan Ramadhan disambut bersama dengan keluarga tercinta. Semoga jadi insan yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara...

Bersyukur dengan nikmat yang diberi, sembahyang maghrib bersama-sama.

Acara kemuncak main bunga api, bukan budak sahaja yang happy tapi yang dah besarpun sama..

Gambar budak-budak yang bergembira sebab dapat berkumpul bersama....

♥ Berkumpul Bersama ♥

Wednesday, August 17, 2011

Hari Nuzul Quran 2011

Selalunya 17 Ramadhan maka kita umat Islam akan memperingatinya sebagai hari Nuzul Quran. Peristiwa Nuzul Al-Quran pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Nuzul bermakana turun atau berpindah dari atas ke bawah.Untuk maklumat seterusnya klik disini :- sejarah-nuzul-al-quran/

Semoga kita akan dapat pengajaran dari peristiwa yang amat penting itu...

Harini Selangor cuti tapi akak kena kerja gak sebabnya walaupun tempat kerja akak di negeri Selangor namun kena ikut Wilayah Persekutuan sebab Bursa Malaysia terletak di sana. Oleh itu kalau Bursa tak tutup bermakna akak kena kerja juga....

Life

LIFE.... We look at it not from where we stand BUT from where you are going
Salah satu banner Prudential BSN Takaful....

Kehidupan memang begitu begini.. namun kitalah penentunya.

Monday, August 15, 2011

Skuterku rosak

Kisah ramadhan ini.. Skuter kesayanganku secara tiba-tiba terbehenti dan terus terbayang duit untuk berhari raya melayang-layang. Skuterni memang mencabar keimanan akak dahler nak cepat balik bersiap untuk berbuka puasa dia pulak buat hal. Sabar Zila, sabar... Yang paling bagusnya ialah kalau skutertu rosak akak boleh call sahaja mekanik dia mesti datang punya. Yang tak bestnya akak haritu pakai pulak skirt dahlah nak menumpang motor mekaniktu terpaksaler menayang betistu.

Inilah skuter aku tersadai ditengah jalan...

  SkUtEr KeSaYaNgAnKu

Thursday, August 11, 2011

Layan Atikah dan Azalia ~ tak puasa yerk

Puasa hari ini dah 11 hari, syukur Alhamdulillah. Harini bersahur lauk pauk habis langsai bermakna Atikah dan Azalia kena puasa gak. Sebenarnya budak dua orangni belum lagi mula berpuasa, entah apa silapnya susah betul nak ajar berpuasa. Atikah ada gak bangun sahur dua kali lepastu akak malas nak gerakkan lagi sebab dia memang tak makanpun masa bersahur dan bangun dari tidurjer dah minta susu. Azalia memang dah cakap adik tak boleh puasa sebab kecik lagi.

Bila baca atau dengar kisah anak orang yang umur 4 tahun dah mula berpuasa memang akak kagumler. Isyh terasa gak hatini sebab tak dapat melihat diaorang memulakan ibadah ini dari usia yang muda. Seingat akakpun dulu masa umur 7 tahun baru mula berpuasa.. kuang.. kuang.. dapat RM1 sehari dari tuk (zaman akak nilaitu besar tau kalau 30hari puasa dapat RM30)

Atikah dan Azalia bukannya tidak belajar di sekolah sebab diaorang tahu niat puasa, niat buka puasa, apa yang batalkan puasa tapi bila suruh puasa liat. Bak kata Atikah dah puasalah ni, gamaknya lepas makan puasa balik sebab tak makan dah!! Di sekolah kalau waktu rehat memang dia tak pernah makan sebab dia cakap kat teacher dia puasa.. kuang.. kuang....

Ok layan cerita harini pulak, oleh kerana dah tak ada makanan maka akak rasa elok gak akak balik sekejap tengahari dan bawak makan kat Food Court Giant Bandar Kinrara. Budak dua orangtu order kueteow sup akak terlupa pi order kueteow kantonis dah tak habis. Lepas makan budak dua orang main gelungsur (best sesangat takder orang) tanpa minum sebab nak beli air tapi tak dapat beli sebab akak hanya ada duit RM50 dan kedaitu tak ada duit balance... nasibler anak akaktu selambajer.

Seronok sakan budak dua orangtu main sebab harini akulah raja di sini kot idak ramai orang.. Nak habaq mai kalau korang berada berhampiran Giant Bandar Kinrara datanglah ke tingkat 2 (atas sekali) untuk bawa anak bermain sebabnya tempat permainantu amat besar berbanding dengan Giant yang lain. Dan mainan yang kena masuk syiling nak bagi bergeraktu free, boleh tekan banyak mana sekalipun.

Sebenarnya budak dua orangni minta nak main motor yang boleh pusing bawak sendiri tapi alasan sama gak dia tanya "akak takder duit kecikker"?. Harini semua orang kaya-kaya gamaknya pakat pakai duit besar ajer. Gaji dah masukker? konpius.. konpius.. tapi yang bestnyer Dik Ya cakap "ala, kalau main kat atastu bukan kena bayarpun lagi banyak mainan". Kelakar betul tengok muka bengang dia masa dia berletertu.
Bergambar dengan artis pilihannya.. Johan dan isteri...


Akak singgah ke Secret Recipe beli dua potong Chocolate Indulgence sebab teringin sangat. Tapi budak dua orangni sibuk nak bergambar ngan poster artis yang menjayakan rancangan "Dapur Selebriti" dan artis pilihan mereka Johan Raja Lawak dan AC Mizal. Akak sempat ambik gambar Atikah dan Azalia dengan Johan sahaja sebab akak tengok orang tengok semacam ajer, malu wei!!!

Last but not least, akak beli pulak durian D24 yang dah siap bungkustu sebab nak buat cucur doyan untuk berbuka. Bestnyer berbuka harini gamaknya...

Atikah Azalia Atikah Azalia Atikah Azalia

Nuffnang oh Nuffnang