Puasa hari yang kedua..

Selamat sudah sehari berpuasa, kini masuk hari yang kedua. Harini Atikah sempat bersahur dengan jayanya walaupun hanya makan roti separuh dengan nuttella, ais krim dan susu sebotol. Tak tau apa kesudahan puasanya hari ini, Azalia memang buat tak kisahpun orang cerita pasal puasa yang dia tau puasa tak boleh korek hidung..

Semenjak dua menjakni gemo beno ambik gambar bunga sebabnya model kenit dua orangtu kalau bergambar sekarang takder yang senonoh..

Semalam masa berbuka akak beli Mi bandung ngan ayam masak beriani dari JM Beriani kat Boulevard, Puchongni belakang ofis akakjer. Suami akaklak beli daging salai masak lemak, bubur lambuk dan bahulu kemboja. Balik rumah akak masak ikan masak sinchuan ngan terung sambal dan buat air cincau. Yang istimewanya jiran akak Kak Ida yang memang selalu sangat hantar makanan kat rumah akak bagi sepinggan kuih sagu (kuih feberet akak laktu).. so jadinya penuh satu meja petang semalam, isyh harap petangni berhemah sikit.

Rasanya petangni akak nak beli kuih yang manisjer kot dan nak masak sup ayam, tempe dan ikan bilis bersambal dan masak sayur. Air harini kalau pergi pasar Ramadhan nak belijer air yang banyak pilihantu. Tunggu....

Dua malam bersahur kami hanya makan nasi goreng dengan lauk seperti telur dadar, nugget, kentang goreng, ikan masin dan lain-lain. Malamni gamaknyer nak masak apalah bersahur nanti yerk!! Pikir.. pikir.. pikir..
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Comments

Popular Posts