Nuffnang saya

Friday, September 30, 2011

Shogun, Sunway Pyramid

Lunch semalam 29/09 akak ngan adik pejabat Hisyam bergegas pergi ke Sunway Pyramid untuk makan di Restoran Shogun kerana kupon diskaun 50% hanya laku sah sehingga 30hb September. Harga untuk lunch di Shogun pada hari biasa adalah RM53.80++ so kalau harganya separuh kira berbaloi-baloiler sebabnya mana cukup masa nak makan banyak.

Ini makanan kami berdua round yang pertama sahaja. Ada lagi yang tak nampaktu, memang berbaloi kami menahan perut semasa pagi untuk memastikan kami boleh makan sebanyak yang mungkin, tak senonoh. Lepastu dua-dua dah tak larat nak bangun rasa cam nak tidur kat situjer.


Sebetulnya akak malu nak ambik gambar sebabnya cuma pakai kamera handphonejer(terlupa lak nak bawak kamera)dan memang selalu macamtu malu walaupun teringin sangat nak ambik gambar banyak-banyak untuk kenangan.



Gambar dan cerita ni akak ambik di blog denslee jom layan :-http://denslee.com/2009/03/20/shogun-at-sunway-pyramid/


Kalau nak cerita yang perasaan dia sama dengan yang aku rasa boleh layan blog kawan akak di sini :-niza @ shogun sunway pyramid especially tang service dia memang tuntas dan pantas, cayalah. Dan dari segi pilihan makanan yang ada boleh tahan banyak yang membuatkan kita rambang mata dan dari segi rasa oklah tapi mungkin tekak akakni tekak orang melayu payahler nak cerita banyak.. Keseluruhan boleh layan tapi kalau harganya bukan diskaun 50% rasanya susah gak akak nak gi kot kecuali memang pergi dan lepak lama-lama tak per tapi kalau rushing macam semalam idakler teman.

alamat yang Sunway Pyramid punya :-
SHOGUN RESTAURANT
LG2.119-120, Sunway Pyramid Shopping Mall,
No 3 Jalan PJS 11/15,
Bandar Sunway, Petaling Jaya
46150 Selangor

Tel : 03-56221831

Business Hours
•Lunch (12.00 noon - 3.30pm) and Dinner (6.30pm - 10.00pm)

Thursday, September 29, 2011

Persiapan untuk birthday Azalia

Teruja untuk menyambut birthday Azalia bulan Oktober ini. Sebenarnya setiap kali anak birthday memang ada celebrate sikit-sikit tapi selalunya semuapun last minute tapi kali ini harapnya akak dapat prepare awal sikit.

Sebenarnya birthday Azalia adalah 8hb Oktober tapi kami cuma akan celebrate pada 22hb Oktober atas sebab-sebab yang tertentu. Harap semuanya berjalan dengan lancar dan menjadi kenangan untuk Azalia bila besar nanti.

Kenangan harijadi Azalia yang lepas. Semasa setahun tak buat tak ingat sebab apa cuma potong kek di rumah sahaja..

Sambutan harijadi semasa berumur 2 tahun.

Sambutan harijadi semasa berumur 3 tahun.

Semuanya harijadi tergesa-gesa namun cukup untuk menjadi ingatan yang berkekalan untuk akak sekeluarga.

Tuesday, September 27, 2011

Cuti-cuti Genting Highland 2011

Hari jumaat lepas 23hb September akak anak beranak naik Genting Highland dengan mencuba naik bas dari Stesen Putra Gombak. Mulanya cuak juga memikirkan sebab nak mengendung haversack yang berattu dan melayan kerenah budak dua orangtu tapi memikirkan mungkin ini memberikan pengalaman yang baru untuk diaorang juga akak yang tak pernah naik bas gi genting so teruskan juga.

Syukur jugalah haritu dipermudahkan oleh Allah perjalanan akak anak beranak dan gabra kedua berlaku masa nak naik skyway(cable car)tu sebab kena cepat-cepat. Tapi syukurlah budak-budak dengan pantas masuk dan inilah pengalaman pertama mereka menaiki cable car. Masalah ketiga pula nak berjalan dari stesen skyway ke First World Hotel lak tapi nasib juga diaorang tak meragam cuma dah tak sabar-sabar nak main padahal kena chek in dulukan.

Oleh kerana akakni tidaklah pandai menulis panjang lebar dan selalunya akak merujuk kepada gambar maka entry akak kalini yang sepatutnya meriah menjadi tidak berseri... Kenapa?? sebab segala posing kami anak beranak telah musnah akibat kesilapan teknikal yang dilakukan oleh suami akak(nasib bukan akak yang buat kot idak!!!).. So gambar di bawah adalah dari kamera handphone akak yang dapat diselamatkan. Adakah ini tanda-tanda akak kena pergi sekali lagi untuk bergambar puas-puas?? mungkinkan..


Keseluruhannya kami gembira dan puas hati dengan percutian kali ini walaupun ada sedikit perkara yang menyedihkan berlaku namun kalau anak-anak suka ibupun mesti sukakan....

Genting Highland

Monday, September 26, 2011

Takziah untuk keluarga Rozi Hani

AL-Fatihah untuk ibu kepada Rozi Hani yang meninggal dunia malam semalam. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Al-Fatihah....

Pergi Tak Kembali

Thursday, September 22, 2011

Famous Thai dan McDonald

Gambar terawal dari kamera baru di McDonald Subang Parade dan berbuka puasa di Famous Thai, Carre4 Subang Jaya. Hanya untuk kenangan :-

Habiskan masa di McDonald Subang Parade, kalau pergi Subang Parade memang singgah sini sebab budak-budaktu suka dapat main disitu dan lepastu baru boleh shopping dengan aman...

Gambar budak yang suka makan sos... dah kena marahpun curi-curi makan belakang ibu dia yang sesuai untuk sembunyi...


Atikah yang tak berapa nak makan asyik nak mainjer...


Ini adalah pertama kali akak makan di sini Famous Thai, Subang Jaya sebabnya masa akak duduk Subang Jaya tempatni tak ada lagi. Tak banyak gambarpun walaupun kedaitu memang cantik gak untuk bergambar dan gambar makananpun terlupa nak snap maalumler berbuka puasakan nak layan budak dua orangtu lagi dengan masa yang agak terhad langsung tak teringat nak ambik gambar...


Secara keseluruhannya makanan dia ok sahajalah dan dalam kepala duk teringat gak restoran de' Chiang Mai kat Sungai Bulohtu.. Entahler mungkin selera orang puasani tak sama kot.. entahler...

J.CO donuts di IOI Mall, Puchong

Inilah pertama kali makan J.CO donuts kerana selalunya beli donut di Big Apple. Kalau tanya mana yang sedap entahler kedua-duanya sedap dan ada tarikan tersendiri. Haritu akak dapat jalan berdua jer ngan husband so tak tau nak makan apa, cuba-cubalah masuk kat J.COtu nak tau rasa donut dia..



Pilihan donut kami yang akan menambahkan kolesterol, lemak dan apa yang patutler dalam badan, ada hati nak kurus makan benda gitu... isyh diet kelautler lagi...


Kotak donut dia yang konon ala-ala nak bawak balik yerler 6 ketul tu plus dia bagi free satu tapi kita pekena kat situ sampai habis.. kuang.. kuang...


Sebab budak dua orang tak ada maka akak terpaksa menjadi model kali ini..


Harap akak akan megurangkan makanan yang tidak sihat seperti ini...

Wednesday, September 21, 2011

Alam ria anak di Giant Kinrara

Tempat yang paling disukai oleh dua orang budakni kalau pergi ke Giant Bandar Kinrara dan juga tempat pilihan akak kalau tak tahu nak kemana. Sebabnya tempat permainanni memang luas dan selalunya tidaklah terlalu ramai budak main dan yang penting anak akak boleh berlari, memanjat, menjerit sesuka hatinya. Ayah diaorangpun suka sekarang sebab kerusi urut Rest & Relaxker apa ke namanyatu pun dah ada di situ..

Akak suka budakni bermain di sini dari di taman permainan depan rumah akaktu sebabnya di sini lebih aman dan cuacapun tidak menjadi masalahkan. Kalau korang tinggal berhampiran marilah bawak-bawak anak-anak ke sini..






Latar belakang yang teramatler ceria sesuai untuk kanak-kanak riang.
Kalau nak main bendanipun tak perlu bayar hanya perlu tekan sahaja.

Moh minum dulu

Moh kita.. moh kita minum dulu... Inilah mug baru akak di ofis, budak2 kata akakni dulu kecik2 tak merasa sekarangni semua nak barang yang cute. Kat opisni akakler yang paling kertu, head of branchpun muda lagi dari akakni ha!! tak kisahlerkan...

Harini di opisni hanya ada akak, Hisyam dan juga Kenee sahaja sebabnya Mey cuti dua minggu dan head of Branchni pun der meeting di SS2. Yang ada cuma kami dealer dan Rozi operation lak emergency leave dari minggu lepas sebab emak dia sakit di Hospital Serdang, doakan kesejahteraan untuk emak dia yang masih di ICU. Sebelum Hospital Serdang emak dia sudah diwadkan di HUKM terlebih dahulu dan masa itu kesihatan dia boleh dikatakan stabil dari sekarang.

Harini SS2 tidak menghantar siapa-siapapun untuk menggantikan Rozi maka kami semua bertindak sebagai staff operation memang sedikit kelam kabut tapi syukur semuanya buat masa ini selamat lagi.. So sekarang moh kita minum dulu...

Harapnya semuanya berjalan lancar sampai petang ini...

Cepat Sembuh Makcik

Tuesday, September 20, 2011

Hospital Changkat Melintang di Kosmo

Segera bina hospital baru
Gambar kredit untuk :- panoramio.com. Gambar hadapan Hospital Changkat Melintang.

Hari ini di surat khabar kosmo ada cerita pasal Hospital Changkat Melintang yang terletak di daerah Perak Tengah. Entah kenapa terasa sayu mengenangkan kampung halaman yang nun jauh di sana... Bertambah terharu mengenangkan hospital ini yang kemudahannya memang yang ado saja, sebab bapak akakpun sekarangni berurusan dengan Hospital Seri Manjung dan. Sudah sepatutnya Hospital ini digantikan dengan hospital yang lebih baik untuk kemudahan penduduk setempat.

Antara petikan di akhbar Kosmo :-
Kerajaan Pusat khususnya Kementerian Kesihatan dirayu menyegerakan perlaksanaan projek pembinaan Hospital Daerah Perak Tengah yang tertangguh sejak tiga tahun lalu bagi memberikan kemudahan kepada lebih 80000 penduduk sekitar.

Ahli Parlimen Parit, Mohamad Nizar Zakaria berkata, ramai dalam kalangan penduduk tempatan terutama masyarakat kampung mula tertanya-tanya status projek yang diluluskan peruntukan serta telah diumumkan secara rasmi pada Februari 2008..

Hospital berkenaan hanya mempunyai sebanyak 50 katil pesakit menyebabkan hospital tersebut sentiasa dalam keadaan sesak. Selain pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM), daerah Perak Tengah juga mempunyai beberapa sekolah berasrama penuh dan pusat latihan belia. Ekoran kesesakan HCM, banyak pesakit terpaksa dirujuk kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Hospital Seri Manjung dan Hospital Teluk Intan yang agak jauh sehingga membebankan pesakit dan waris mereka.
Ala kesiannya akak baca, kalau ada hospital baru alangkah bagusnyakan.

Monday, September 19, 2011

Somalia.. Cry for help!

SAVE YOUR LUNCH FOR ME

Dear families,
It's about teaching our children the joy of giving and care for those in need.. Our children's friends in Somalia are dire need of food. We'd like to make an appeal if every family could at least save a lunch of RM10 and feed the dying children. It means a lot to them and the teaching goes a long way for our children. Let our children know that it is for their dying friends in Somalia. May Allah bless our small deeds with barakah for our family and children.
May Allah bless your kindness.


Inilah mesej yang anak akak bawak dari Genius Aulad khamis lepas dan tentulah kita yang ada sedikit ini haruslah memberi. Akak ceritakan sedikit tentang kesusahan anak Somalia berbanding dengan diaorang walaupun tidak hidup semewah anak orang kaya tapi tetap ada membazir. Pagi tadi beli roti dan kebiasaannya Atikah dan Azalia mesti nak "mengecek" duit ibu dia untuk beli jajan, kena syarahler sikit tengok orang Somaliatu nak makanpun susah ni nak beli makanan tak elok untuk kesihatan lagi.. Tapi mun dah biasa "ada aku kesah" gamaknya dalam hati budak dua orangtu. Oleh itu dengan azam dan tekad akak harap dapat mendidik anak untuk tidak berlebihan dan sentiasa ingat untuk insan yang memerlukan... Cry for help!!!! Bagus sekali Genius Aulad ini sentiasa peka dengan keadaan semasa.

Sunday, September 18, 2011

13 Syawal baru berhari Raya

Lokasi : Rumah keluarga arwah bapa mertua, Teluk Menegun, Klang
Tarikh : 10/9/2011
Xtvt : Berkunjung ke rumah saudara berhari raya
Rumah abang kepada arwah abah. Budak-budakni dapat bermain dengan kira pangkat dua pupu seronok sesangat sampai nak suruh balikpun susah.

Rumah Man Cop(agaknya Paman Usop kot)ni memang banyak benda-benda yang ganjil,kalau dulu dia masih sihat mesti dia nak tunjukkan barang ganjil yang baru. Sekarang dia dah tak sihat dia nak buka almaritu tapi tak diberilah sebabnya dia nak bagi semua barang yang ada kat dalamtu pada siapa sahaja yang datang melawat dia.

Rumah kakak kepada arwah abah yang juga tidak berapa sihat. Atikah dan Azalia bermain di luar rumah yang angin yang sepoi-sepoi bahasa memang tak payah pasang kipas best...

YaNg TuA JaNgAn diLuPa

Saturday, September 17, 2011

Budak Serbu Rumah Berhari Raya

Lokasi : Rumah sendiri
Tarikh : 10/9/2011
Xtvt : Budak kecik berhari raya

Hari sabtu lepas anak-anak jiran yang juga rakan sepermainan Atikah dan Azalia datang rumah untuk berhari raya. Sebenarnya diaorang tengah main kat depan rumah bersama-sama kebetulan jiran akaktu buat makan-makan untuk kawan anaknya maka budak-budakni terberhenti main sebab banyak sangat motor kat luartu. So akak suruh Atikah ajak kawan-kawannya masuk rumah berhari raya sekali senang, selesai satu perkara..

Dah lama teringin nak ambil gambar mereka beramai-ramai dan inilah kesempatannya untuk mengabadikan gambar mereka untuk kenangan...


Orang lain bergambar okjer tapi tengokler dik Ya jenuh nak suruh buat elok-elok.

AnAk KeCiL PaLiNg SeRoNoK BeRhArI RaYa

Friday, September 16, 2011

Depan Istana Negara di hari Raya

Lokasi: Pintu Istana Negara
Tarikh : 05/09/2011
Xtvt : Bergambar

Tujuan kami sebenarnya adalah untuk makan Ikan Bakar di Jalan Bellamytu tapi sebab masih tutup cuti hari raya maka kamipun singgahlah di depan Istana negara untuk berposing. Sebenarnya kami pernah singgah sini dua atau tiga bulan yang sudah tapi sayang kudanya tiada walaupun masatu pelancong ramai yang datang untuk bergambar. Untuk memenuhi impian akakni suami akak dengan rela hatinya singgah sini tapi dia tunggu dalam kereta, tak kisahlah janji bergambarkan..

Lagipun rasanya Istana Negara ini akan berpindah ketempat barukan tak silap di jalan Duta so inilah kesempatan yang tidak harus dilepaskan untuk kita bergambar. Ini semua untuk kenangan Atikah dan Azalia di masa yang datangkan..

Seperti biasa layan diri tengok xtvt bergambar kami pada hari itu...
Bergambar dengan pengawal pintu istana Negara tersebut..
Punyalah jauh bergambar sebab Azalia yang penakut sesangat nak dekat dengan kuda.
Atikah ok tiada masalah untuk bergambar dekat dengan kuda. Kudani dik Ya cakap kuda tambi, akakpun pelik mana dia dapat gelaran tersebut. Dik Ya kata gini " Dahi kudatu ada putih (sambil pegang dahi dia) sebabtu nama dia tambi, isyh mana lak dia belajarni..
Oleh kerana Dik Ya takut bergambar dekat dengan kudatu terpaksalah ibunya berposing walaupun akak sekarang memang tak nak bergambar sebab tak sanggup nak tengok bodyku yang slimtu.... kui.. kuii....Kami dah nak balik.. Bye... bye kuda tambi dan semua...

IsTaNa NeGaRa

Thursday, September 15, 2011

Satu Malaysia berhari raya

Lokasi : Summit, USJ dan IOI Mall, Puchong
Tarikh : 04/09 dan 05/09 2011

Oleh kerana kamera barukan so gambar untuk satu harini memang banyak sesangat so layan sahaja xtvt kami pada 04/09 yang lepas. Selepas habis tawaf IOI Mall, Puchong kami pergi ke Summit, USJ untuk menghabiskan masa berhari raya di shopping complex. Teruk sungguhler...

Kebetulan di sini der poster Upin dan Ipin untuk promosi puasa dan hari raya yang lepas, seronokler budak dua orangtu berposing. Dan oleh kerana pesta tanglungpun dah dekat gamaknyer maka banyakler tanglung bergantungan.. so layan..



Ini xtvt hari isnin pulak, patutler baju raya tak habis pakai rupanya akak tak pakaikan budak2tu baju raya sebab tak beraya tapi melanggut kat shopping complexjer.. harini pergi IOI sekali lagi sebab nak tempah sarung kusyen di kedai kain Tewah (kalau tak silap namanya).. so layan gak gambar budak dua orang di sini.. Satu Malaysia berhari rayaler katakan...

MaLaYsIa Oh TaNaHaIrKu

Wednesday, September 14, 2011

Wendy's IOI Mall di hari raya

Lokasi : Restoran Wendy's, IOI Mall, Puchong
Tarikh : 04/09/2011

Selepas tengok wayang Cars 2 kami anak beranak pergi beraya dengan Wendy pulak. Kiranya Wendy'sni sebahagian dari kegemaran suami akak, maka si sinilah kami makan tengahari.

Tengok sahaja aksi dua beradik yang dapat makan Wendy's hari itu.




Menu yang best di Wendy:
Paling istimewa di Wendy's adalah benda yang bernama chillini tapi tak pedas langsung kadang2 akak rasa cam kacang pool jer.. entahler...
Chili~Our Chili’s got award-winning taste. Belly up to a pot of rich and meaty Chili that’s low in fat and high in fiber. Good taste and good for you, too.

Jom tengok menu dia ...
Akak amek gambar ini dari satu blog dan korang bacalah review pasal Wendy's di blog dia memang best, jom :-adik-beradik-burger-challenge-wendys-burger-review/

JoM MaKaN

Nuffnang oh Nuffnang