Uri di bawah @ Placenta Previa

Kenapa tajuk di atas? Sebab bila tarikh hari jadi Nurul Azalia semakin hampir akak akan sentiasa ingat dengan placenta previa. Terlalu banyak kenangan yang akak perolehi semasa mengandungkan Nurul Azalia banyak disebabkan oleh placenta previani.

Apakah placenta previa? Akak amek dari artikel ini :- placenta praevia boleh ragut nyawa/. Pakar Ginekologi dan Obstetrik, Hospital Pantai Ampang, Dr. Sudha Kumari memberitahu, terdapat empat jenis placenta praevia iaitu lateral, marginal, partial dan central.

Tambah Sudha, keadaan tersebut berlaku selepas tempoh 24 minggu kehamilan dan ia disebabkan beberapa perkara iaitu parut ketika proses kelahiran atau pembedahan, kekerapan bersalin dan infeksi.

Keadaan ini akan menjadi punca plasenta akan terus melekat di situ dan tidak bergerak. Pada awal tempoh kehamilan, plasenta berada di mana-mana dalam rahim kerana pada masa itu saiz bayi terlalu kecil, namun apabila tempoh kehamilan bertambah ia (plasenta) berubah tempat ke bahagian atas rahim.

Kedudukan plasenta yang tidak berubah dipanggil placenta praevia. Sebenarnya, plasenta tidak bergerak tetapi uterus membesar dan mengembang, oleh itu ia secara automatik akan naik ke atas, ujarnya.

Siapa yang berisiko mendapat placenta praevia?Mereka yang berisiko tinggi mendapat placenta praevia adalah dalam kalangan wanita yang pernah mengalami placenta praevia pada kehamilan sebelumnya.

Selain itu katanya, kekerapan bersalin setiap tahun, kelahiran anak kembar, pernah menjalani pembedahan caesarean dan fibroid, malah ada yang berpendapat wanita yang mengambil kokain dan merokok juga mempunyai risiko yang sama.

Apabila umur meningkat risiko juga akan meningkat. Umur yang berisiko ialah wanita berusia bawah 20 tahun dan melebihi 35 tahun. Umur yang paling selamat ialah 20 hingga 30 tahun. Risiko wanita untuk mendapat placenta praevia adalah satu dalam 200 kehamilan.

KOMEN akak : - Inilah yang berlaku kepada akak iaitu bersalin pada usia yang melebihi 35 tahun.. oleh itu aduyai adik-adik akak kalau yang belum berkahwintu kahwinlah cepat supaya masalah ini dapat dielakkan. Kebetulan juga sebelum kelahiran Atikah (kakak Azalia ) akak telah mengalami kematian bayi semasa 8 bulan dalam kandungan, dan juga dua kali keguguran mungkin menyebabkan semasa mengandungkan Azalia akak di dapati mengalami placenta praevia.

Seseorang yang didiagnos mengalami placenta praevia apabila berlaku pendarahan pada minggu ke-24 kehamilan. Oleh itu, doktor perlu buat ujian ultra bunyi bagi memastikan kedudukan plasenta, jelasnya.
KOMEN akak :- semasa minggu 24 akak mengalami sedikit pendarahan masatu kat opis, akak bawak sendiri kereta pergi ke PPUM kebetulan pula masatu akak kerja di SS2 sahaja. Tapi doktor terkejut juga dia cakap kenapa tak suruh orang hantar ke hospital, akak cakap dekatjer, doktor geleng kepala... salahker isyh akakni memang tak terfikir langsung. Masani akak ditahan selama 2 hari dan diberikan cuti MC selama seminggu.

Wanita yang dikesan mengalami placenta praevia dinasihatkan untuk berehat, tidak membuat kerja-kerja berat, tidak bersenam, tidak mengadakan pemeriksaan vagina dan tidak melakukan hubungan seks sepanjang tempoh kehamilan kerana ia boleh menyebabkan pendarahan.

KOMEN akak :- Selepas dua minggu akak pergi lagi ke PPUM dan doktor mengesahkan akak memang mengalami placenta praevia dan dikehendaki tinggal dihospital. Masatu dah terfikir matilah aku kena duk sepitalni tapi syukur Alhamdulillah akak dapat berkenalan dengan kawan yang senasib yang juga terpaksa di tahan di hospital atas sebab yang sama. Masa ini keadaan yang paling payah akak hadapi ialah berjauhan dengan Atikah yang pada masa itu baru berumur 1 tahun 3 bulan. Terasa rindu sangat pada dia, terasa rugi tidak melihat perkembangan dirinya setiap detik dan ketika dan suami akak hanya bawak dia datang melawat 2 atau 3 minggu sekali.

Sudha memberitahu, wanita yang mengalami placenta praevia central dalam minggu ke-34 kehamilan akan dimasukkan ke hospital bagi tujuan pemantauan.Jika berlaku pendarahan yang banyak, jantung bayi akan jatuh dan bayi perlu dikeluarkan segera jika tidak, bayi akan mati di dalam kandungan.

KOMEN akak :- Masa minggu ke 28 kehamilan akak mengalami satu saat yang menakutkan kerana semasa lebih kurang pukul 4.30 pagi akak terasa nak buang air kecil. Sebelum sempat akak turun dari katil lagi, keluarlah darah yang banyak sangat. Akak panggil nurse (katil akak dekat dengan tempat nurse) dan doktor pelatihpun yang ada teruslah akak disorong ke bilik bersalin dan doktor cakap kalau pendarahan berterusan memang terpaksalah akak dibedah. Nasiblah doktor dan nurse PPUM baik-baik belaka memberikan semangat pada akak tanpa henti. Akak ditahan di bilik bersalin tanpa diberikan makan dan minum lebih dari 12 jam atas tujuan akak boleh bersedia bila-bila masa untuk dibedah. Semasa doktor menerangkan sekiranya anak akak lahir pada usia 28 minggu bermakna anak akak lahir tidak cukup bulan dan proses untuk menjaga dia agak sukar sedikit dan kebetulan inkubator untuk anak yang lahir tidak cukup bulan sudah penuh di PPUM anak akak akan dihantar ke HKL. Masatu akak dah membayangkan kepayahan yang akan berlaku, dan hanya doa yang mampu dipanjatkan agar pendarahan tersebut akan dapat dihentikan. Doktor dan ibu akak juga menyuruh akak banyak membaca "Tabbad yada" dan doa nabi Yunus. Syukur semua itu akak dapat tempuhi dan akak dipindahkan ke wad kembali, tapi di wad memang dalam keadaan penjagaan yang rapi. Semua urusan nurse yang buat termasuk kena buang air kecil dan buang air besar.
Ibu yang mengalami placenta praevia tidak boleh melahirkan bayi secara normal dan perlu menjalani pembedahan caesarean. Bukan itu sahaja, ia memerlukan doktor yang berpengalaman luas mengendalikan kes placenta praevia serta kakitangan hospital yang terlatih. Jika tidak keadaan itu mengundang risiko kematian, jelasnya.
KOMEN AKAK ~ Semasa akak melahirkan Azalia secara caesarean memang dikendalikan oleh doktor pakar. Masa duk kat wadkan macam-macam ceritalah kita dengar ada sorangtu yang sebelum inipun dia mengandung uri dibawah dan masa ceasertu dia tumpah darah yang banyak dan memang mengerikan masa dia ceritatu. Kalau bukan doktor pakar yang mengendalikan kes itu dia kata mesti dia dah tak ada lagi..

Ujar beliau, dalam keadaan pendarahan yang banyak, seboleh-bolehnya, doktor mahu menyelamatkan nyawa kedua-dua ibu dan bayi tetapi keutamaan diberikan kepada ibu.
Azalia masih di PPUM, ibu dah tak sabar nak keluar dari wad masa ini sebab entah kenapa susu susah sangat nak keluar masa ini.
di Zoo Negara. Pandai posing dah masa ni....

Itulah catatan kehamilan Azalia yang akak simpan sampai bila-bila, walaupun sukar untuk akak tinggal diwad selama 2 bulan lebihtu akak sentiasa ingat kenangan itu sebagai kenangan terindah. Teringat kata-kata Mak Anjang budak dalam perutni keluar nanti dah dapat master sebab duk kat Universiti lama sangat (Hospital Universitikan). Azalia memang anak yang pintar berkata-kata sebab semua soalan yang kita tanya memang ada jawapan. Contoh satu malam dia merungut sebab akakni tak habis-habis bekerja dari basuh kain, lipat kain, gosok kain, sidai kain dia cakap "ibuni kain.. kain.. kain".. Akak kata "kita takder bibik dik, takper nanti adik dah besar boleh tolong ibu takler lama sangat ibu bekerja". Dia cakap balik "kalau adik dah besar kakak yang buat dulu sebab kakak yang besar lebih dulu dari adik". Memang dasar budak malas sebab dia memang suka mengelat, kalau suruh kemaskan barang mainan memang kakak dialer yang sorang buat nasibler kakak...

Comments

  1. hi. kak, saya nak tanya, kakak mengalami placenta previa ni yg tahap ke berapa?
    lateral, marginal, partial atau central?
    saya mungkin mengalami marginal atau partial.saya risau sgt. :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts