Nuffnang saya

Tuesday, January 31, 2012

Restoran Seri Garuda Emas Kampung Baru

Tarikh : 22/1/2012
Tempat : Restoran Sri Garuda Emas, Kampung Baru
Xtvt : Jalan-jalan cari makan

Oleh kerana kami duduk di hotel Regency yang terletak di Jalan Raja Alangtu maka kamipun makan nasi padang di restoran Sri Garuda Emas. Siapa yang ingin merasa nasi padang yang asli bolehlah mencuba di Restoran ini, tak payahlah nak terbang ke Indonesia semata-mata nak menikmati selera nasi padang. Macam restoran Nasi Padang yang lain, Restoran ini menyediakan pelbagai menu seperti Ayam Goreng Pop, Daging Dendeng, Tempe Goreng, Rendang Minang dan lain-lain. Kena pergi baru tahukan...

Masa kami pergitu walaupun dah pukul 3.00 petang masih ramai orang yang datang makan tapi kebanyakan datang makan satay padang dialah taklah makan nasi macam akak anak beranak. Maalumler kami belum lagi makan tengahari dan Azalia memang kena makan nasi putih juga tak boleh makan benda lain sebab dia kata dia orang kampung...
Satay Padang yang tak kena dengan tekak akakni ha... Jus avocado yang tidak pekat sesangat tapi bolehler layan, dua gelas gak akak minum.. Inilah makanan akak dengan anak-anak, suami akak hanya makan satay dan soto. Kakak yang dah tak nakal sangat sekarang, cuma nak makan soto sebab giginya sakit.Angry bird dah letih menunggu hujan yang tidak reda. Mulalah macam-macam perangai yang dibuatnya tapi dibiarkan sahaja. Ini gambar restoran Garuda yang akak ambil masa makan malam kat Restoran Ros didepannya.

Alamat Restoran Sri Garuda Emas ialah :-
No 36, Jalan Raja Alang
Kampung Baru, Kuala Lumpur

Terbaca di blog ini
Nasi Padang Sari Garuda Emas Gombak yang Restoran ini ada di Gombak juga, kalau gitu dekatlah dengan rumah nenek suami akakni, macamana boleh akak tak tahu yerk...

Terasa seperti akak bercuti di Indonesia pulak aih, dahlah sepanjang Jalan Raja Alang itu kebanyakan restoran adalah restoran nasi padang dan orang yang kita jumpapun kebanyakan adalah orang Indonesia. Tak payah terbang jauh-jauh di sinipun dah terasa seperti berada di sana...

CNY tidur Hotel KLjer

Tarikh : 22-23hb Januari 2012
Tempat : Jalan Raja Alang, KL
Xtvt : Rest & Relax

Kenangan CNY tahun lepas yang mana kami sekeluarga tidak jadi balik kampung disebabkan jem teruk maka tahun ini kami ingin berCNY hanya di Kuala Lumpur. Selepas menghantar mak mertuaku di rumah nenek di Gombak kami terus mencari hotel bersesuaian hanya untuk berehat dan bermalasan. Akak mintak suami akak tinggal di hotel Jalan Tunku Abdul Rahman tapi suami akak singgah di The Regency Hotel, Jalan Raja Alang dekat dengan Chow Kit.

Hantam sajalah, anak-anak paling suka. Jadi jomler layan kisah kami hari itu..
Tangan orang tak berseni amek gambar jangan marah yerk.. Balik dari makan malam di Restoran Ros, budak-budak kalau nampak KLCC memang sukalerkan.. isyh lama pulak tak pergi KLCC Dua beradik dengan baju tidurnya berposing depan hotel. Depan hoteltu macam-macam gerai buah-buahan ada best sesangat sebab buah dia amat segar. Hiasan untuk CNY yang sangat sederhana di hotel itu. Malas nak pergi sarapan diluar sarapan di sini sahajalah tapi makanan dia tak banyak pilihan, bolehlah untuk alas perutkan. Kat sini yang best mandi kat bath tub budak2 suka, akak dah tak ambik tau lagi ada tak swimming pool kat sini... ada ker yerk.. Aksi budak pakai towel. Budak-budaktu nak gak makan maggi in cup yang akak beli hanya untuk kecemasan takut lapar tapi malas nak keluar. Akak tau tak baik makan maggikan tapi nak buat camner budak-budakni memang suka sangat makan maggi tapi akak kawaller jugak jangan melampaukan..

Monday, January 30, 2012

Mood CNY di Festival City

Masa pergi Festival City Setapak masa CNY yang lepastu masih ada lagiler deko untuk CNY. Maka anak akak mengambil kesempatan berposing dengan jayanya disitu.. layan sahajalah gambar-gambar yang ada..

Akak tak kasi diaorang amek gambar atas pentas sebab masa pergi sebelum ini guard ada halau orang yang naik kat situ. Jadinyer masa nak ambik gambar haritu ada mak guard di situ jadi akak kata amek gambar kat bawahjer. Tapi masa akak lalu balik di situ selepas ronda-rondatu ada pulak orang amek gambar atas pentas, dik Ya cakap "kenapa diaorang dapat amek gambar kat atas". Akak cakapalah "Biarkanlah dik Ya, kita amek gambar kat bawahpun cantik gak", nak sedapkan hati sendiri gak.

Azalia berposing sakan

Hanya gambar Azalia yang berposing sakan dengan cermin mata ibu dia yang tak pernah pakaipun... Mana nak pakai baru ibu dia nak pakai berebut dua orang nak pakai juga tapi selalunya kakak dia memang kena beralahler dengan adik dia ini. Padahal akak dah belikan diaorang satu sorang cermin mata hitam langsung tak dipandangpun oleh mereka berdua..
Masani dia tengah menyanyi apa tah dah tak ingat, tu yang tangan dah macam Ramli MS jer... Tengok dah rupa bintang rockjer tangan dia, entah mana dia belajar tak tahu...

Sunday, January 29, 2012

Ka Fei Dian, Festival City

Tarikh : 24hb Januari 2012
Tempat : Ka Fei Dian, Festival City
Xtvt : Jalan-jalan Cari Makan

Semasa nak mengambil mertua di rumah nenek di Taman Melati sudah pasti kami mengambil kesempatan singgah sebentar di Festival City yang baru bukatu. Sebenarnya hanya nak ambil angin sahaja tapi seperti biasa kalau dah singgahtu kenalah keluarkan duit. Mula Atikah dan Azalia nak main di tempat permainantu. Lepastu suami akak pula kata jom kita minum-minum kat kedaitu... Ka Fei Dian cam pelikjer nama kedainikan tapi sebenarnya konsep kopitiam.
Gambar ambik dari laman web festival city.
Ka Fei Dian
Ground Floor

Picture a place to gather together with family or friends over simple, home-style good food and great coffee, that is us. At Ka Fei Dian, there is absolutely no compromise in quality. We handpick our own coffee beans and developed our own method of coffee roasting and you can taste the difference. It is fine for you not to know everything about coffee. We make that our job, whilst yours is to enjoy it. Other specialty food includes the Hainanese toast with melted real butter and homemade kaya, the savoury nasi lemak with special sambal, the rich laksa known for its curry and the famous Hainanese chicken rice. All the recipes are passed down for generations in the family to ensure the food tastes as good today as they were in yesteryears. Muka budak yang dapat makan roti sandwich bapanya yang punya.. mula macam tak suka lepastu habis disebatnya sampai habis... Saya hanya nak roti bakar saja tau... Boleh dicuba kepada yang ingin mencuba....

Rahsia Jimat Tanpa Sedar

Sumber : Majalah Lisa (15 Disember 2011)
Tulisan : Faizal Saharuni
Kadangkala, memaksa diri sendiri untuk berjimat agak payah kerana kamu terpaksa menghadkan perbelanjaan seharian. Begitupun, terdapat aneka cara untuk berjimat tanpa kamu sedar. Benar, nilainya tidaklah seberapa. Namun, jika amalan ini dilakukan sedikit demi sedikit, ia akan menjadi banyak. Mari, ikuti tip untuk menjimatkan wang kamu!

PENJIMATAN MINYAK KERETA
Kamu tentu sedar bahawa 1/3 daripada gaji dihabiskan untuk membayar ansuran kereta, petrol, tol dan perbelanjaan berkaitan. Dalam erti kata lain, kudrat diperah di pejabat setiap hari sekadar untuk membayar kepada pengeluar kereta dan stesen minyak. Begitupun, dalam soal ini, kamu masih boleh berjimat. Apa caranya? Kurangkan perjalanan kereta kamu. Apa kata, selepas ini, elak makan tengah hari di luar semasa waktu pejabat. Jarak pergi dan balik ke kedai makan birapun dekat menelan banyak minyak apatah lagi berada dalam kesesekan jalan raya. Oleh itu, beli makanan terlebih dulu sebelum memulakan kerja. Kemudian, tiba waktu tengah hari, kamu boleh makan di pejabat. Sudahlah jimat, perut juga kenyang. Cuma, janganlah sampai setiap hari. Nanti bosan pula!

BIJAK ~ Isi Semula Air
Alasan : Air penting dalam kehidupan seharian manusia apatah lagi dengan Malaysia yang beriklim khatulistiwa. Oleh itu, apa kata isi semula air di dalam botol bagi mengelakkan kamu membeli minuman mineral lain. Nampak penjimatan itu?

BIJAK ~ Beli Kala Kesuntukan Masa
Alasan : Jika membli barang keperluan dalam kesuntukan masa, kamu tidak punya ekstra waktu untuk melihat dan membelek produk bukan kepentingan. Dengan ini, kamu akan beli apa diperlukan saja sekaligus mengurangkan perbelanjaan. Tetapi, jangan pula sampai tidak sempat hendak dapatkan barang yang kamu mahukan!

BIJAK ~ Keluar Wang di Bank Sama
Alasan : Saat kamu mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) lain, bank tersebut akan mengenakan caj servis sebanyak RM1. Walaupun nilainya kelihatan kecil, cuba bayangkan jika 10 kali kamu lakukan perkara yang sama? Jumlahnya akan bertambah dari semasa ke semasa. Oleh itu, elakkan keluarkan wang di ATM yang berbeza.

BIJAK ~ Beli Secara Pukal
Alasan : Biarpun harga nampak mahal, cuba kamu bahagikan dengan kuantitinya. Sudah pasti, ia jauh lebih murah jika dibeli secara pukal. Barang yang boleh dibeli dalam bilangan banyak adalah produk dipakai sentiasa. Contohnya, ubat gigi, kapas muka, makanan dalam tin dan lain-lain.

BIJAK ~ Tonton Wayang Waktu Pagi
Alasan : Pengemar wayang sudah tentu sedar menonton filem pada waktu pagi jauh lebih murah berbanding malam. Oleh itu, pergilah ketika siang hari untuk menjimatkan duit. Selain keselesaan tidak perlu berebut dengan pengunjung lain, kamu juga dapat melatih diri untuk bangun pagi. Bukankah itu pembuka rezeki.

Benar, membelanjakan wang waima seringgit untuk hal remeh setiap hari bukanlah masalah besar buat kamu. Namun, jika dicongak, banyak jumlahnya dalam sebualan!

Saturday, January 28, 2012

Multi-functions easy scale

Multi-functions easy scale atau mesin penimbang pelbagai fungsini akak beli di kedai Activo, Jusco Equine. Sudah lama kami suami isteri nak beli benda yang satuni mesin penimbang digital untuk menimbang berat badan kami yang dah makin bertambah dari sehari ke sehari. Kononnya kalau dah ada mesin penimbang digitalni maka kami akan berusaha untuk kuruslahkan, adakah? Kotak dia...
Mesin ini nipis sangat dan ringan dan teramat senang untuk dipakai dan memang banyak fungsinya boleh kira macam2 tapi tak belajar lagi ok... kalau tak kurus lagi entahler...

Restoran Baser Bandar Puteri Puchong

Tarikh : 21/1/2012
Tempat : Restoran Baseer
Xtvt : Jalan-jalan cari makan

Akak dapat kisah Restoran Basernipun melalui blog semasa mencari kedai makan di Puchong, maalumler dah tinggal di Puchong kenalah cari mana restoran yang sedapkan. Yang paling nak pergitu sebabnya akak dapat tahu yang Restoran Baserni ada mi bandung yang sedap. Akak dah pergi sebelum ini tapi langsung tidak ambik gambar jadinya kunjungan kali ketiga ini barulah akak berkesempatan mengambil gambar tapi tak banyakpun ada 2 sahaja..

Nasi Ayam, ayam bersambal kot.. suami yang punya... Mi bandung dia stail Johorlah.. sedap ler dan berbeza ngan mi bandung kedai yang biasa2tu.. sebenarnya ada beli nasi beriani tapi bungkus untuk mak mertua lupa pulaler nak snap..

Kesimpulan.. kalau berada disekitar Puchong boleh dicuba masakan di sini kerana sebenarnya banyak lagi menu yang ada di sini yang belum akak cuba.. sebab akak datang sini hanya nak makan mi bandung jadi tiada keinginan nak mencuba yang lain...

 Alamat :-

Restoran Baser
32, Jalan 5/1
Bandar Puteri Puchong
47100 Puchong




Friday, January 27, 2012

Pengangkutan baru ke Genius Aulad

Tahun ini Atikah dan Azalia mengunakan pengangkutan van untuk pergi dan balik dari Genius Aulad. Ini adalah kerana anak Puan Linda yang selalu mereka tumpang pada tahun lepas sudah tidak bersekolah lagi di Genius Aulad. Pada mulanya akak rasa hendaknya hantar sendiri tapi tang baliktu payahler sikit sebabnya kelas diaorang habis pukul 11.30pagi akak hanya boleh keluar 12.30tengahari.

Setelah difikir banyak kali terpaksalah menggunakan pengangkutan van ini walaupun bayaran untuk pengangkutan ini boleh tahan jugalah. Namun memikirkan baik dan buruk tak kisahlah janji anak-anak selamat dan hati ibu tenang memikirkan mereka.Yang paling penting budak dua orangtu memang dari tahun sudah memujuk akak hendak naik van sebab katanya best ramai kawan dan vantu besar, luas, ada aircond (sebab kereta cik Linda dia selalu ada masalah aircond)..


Ingatkan masalah aircondni teringat akak kisah tahun sudah Azalia bergaduh dengan seorang lagi budak yang menumpang cik Linda bernama Qaisara. Akak memang almaalum Azalia memang tak boleh tahan panas kalau duduk dibelakang dalam kereta mesti dia nak duduk kat tengah dan badan dia duduk betul-betul kat antara dua kerusi depan. Alasan di situ aircond dapat kuat. Jadinya bila kereta tak ada aircond budak-budak berebut nak duduk dekat pintu, Azalia geram dicakarnya muka budak nama Qaisaratu. Ehm ada lagi kisah lepastu tapi biarlah kenangan itu berlalu... budak-budak memang begitu hari ini bergaduh esok baik balikkan.
Hari pertama pergi ke Genius Aulad dengan menaiki van yang dipandu oleh Uncle Sam. Punya semangat anak ibu idakler dipandangnyer ibunya kat belakang. Ini gambar hari kedua pulak sebab semalam ibu dia kelam kabut tak sempat nak ambil gambar. Akak tak pergipun tengok Atikah dan Azalia di Genius Aulad pada hari pertama persekolahan mereka, akak tahu diaorang memang boleh berdikari padahal akak ambil cuti haritu. Semoga dua orang puteri kesayangan ibu akan berjaya menjadi insan yang berakhlak mulia dan membahagiakan ibu dan ayah selamanya...

Sambutan harijadi Mikhael dan Harries

Tarikh : 22/12/2011
Tempat : rumah Opah
Xtvt : Makan-makan dan sambut besday Mikhael dan Harries

Kejadian sampingan berlaku sebelum majlis perkahwinan adik bongsu akak adalah makan-makan anak beranak sambil sambut harijadi Mikhael dan Harries bersepupu.. Beli kek di Bandar Sri Iskandar gitu... nasib Sri Iskandar sekarang dah macam-macam ada best... Suka gambar ini, 10 orang cucu dari 11 orang cucu opah dan atuk... sangat suka kemesraan begini.. Walaupun jarang dapat berkumpul sekali tapi mereka tetap sangat rapat antara satu sama lain.. Masing-masing dah tak sabar nak makan kek dan makan-makan.. Budak-budak memang suka makan kek coklatkan... Hidangan kami yang simple untuk malam itu dan tiada dalam gambar seperti biasa lauk orang kampung seperti gulai tempoyak, ulam-ulam, sambal tempoyak dan lain-lain.. ehm kumpul ramai-ramai adik beradik adalah saat terbaik dalam hidup..

Thursday, January 26, 2012

Tempat Permainan Jusco Equine Park

Hanya gambar kenangan anak-anak yang mengajak untuk bermain di sini. Masuk sini sebab bayar RM3 boleh main sampai tak larat tapi budak dah besarkan mana naknyer.. Kalau Atikah sekarang nak main game yang budak-budak besar maintu tapi tak terer lastnyer RM1 sekejapjer dah habis.
Azalia buat slide terbalik punya.. Dik Ya kalau main memang ganas sikit.

Dah tak sesuailer dik Ya main bendanikan... terasa dah besar pulak dulu kita kena pegang bagaikan..
Seronok sebab dapat main bendani dan kebetulan dapat kawan baru terlupa lak ambik gambar..
Main masak-masak padahal kat rumahpun punya banyak mainan mangkuk-mangkuk.. mak mertua akak cakap dah boleh ajak orang datang kenduri makan.

Muka boring sebab kena paksa maalumler tokennyer 2 kalau Azalia sorang yang naik rugikan.. konon dah besarlerkan nak main yang tembak-tembak..

LaNgSiNg HaNyA di RuMaH

Sumber : Majalah Lisa (keluaran 15 Disember 2011)
Cover majalah ini adalah Shila Amzah, anak ND Lala...
Indah rasa di hati jika dapat beriadah di luar rumah. Tetapi, kadangkala, ada saja halangan mendatang tanpa disangka. Cuaca kurang elok, kekangan masa atau berada di tempat tidak sesuai, ia tidak langsung membataskan pergerakan kamu. Usah risau, masih boleh kelihatan menawan dengan mengamal gaya hidup sihat walaupun berada di rumah. Ingin tahu, ikuti panduan ini!

YOGA ~ Ia bukan sekadar meregangkan tubuh kamu. Senaman ini adalah langkah terbaik yang memfokus dan mengawal otot. Kini, terdapat deretan video yoga atau kardio dan senaman yang dijual di pasaran. Kekuatan komponen latihan ini yang terhasil menerusi gerakan statik dan digabung dengan berat badan kamu sebenarnya lebih sukar berbanding mengangkat berat.

MENARI ~ Sambil mendengar lagu rancak, apa kata kamu menari sekali mengikut alunan muzik selama 45 minit. Kenapa tidak? Asalkan kadar denyutan jantung bergerak cepat, ia tetap dianggap sebagai senaman. Dan perkara menarik tentang tarian adalah variasi. Jika kamu sering terlibat dalam olahraga atau berbasikal dan ingin merehatkan otot, tiada salah sesekali berdansa di rumah!

LATIHAN MAYA ~ Kamu boleh melakukan senaman berat dalam waktu lebih pendek. Ia menekankan dua bahagian - kardio atau latihan kekuatan dalam satu senaman. Kini, banyak syarikat yang menghasilkan siri DVD senaman ringkas. Namun, jika ingin lakukan sendiri, kamu boleh melompat atau tekan tubi secara berturut-turut. Ia kebiasaan dilakukan dalam bilik. Sungguh mudah, bukan?

PILATES ~ Seperti yoga, pilates memfokus lebih pada perjalanan dan pengawalan otot menerusi rintangan dan fleksibiliti badan. Namun, ia memberi tumpuan terhadap otot teras badan. Sekali lagi, ibarat yoga, terdapat beberapa versi kardio dalam pilates yang berfungsi sebagai senaman seimbang. Semakin kuat otot teras kamu, ia akan menjadikan prestasi kecergasan lebih baik.

KERJA RUMAH ~ Pernahkah kamu mengemop lantai dan rasa seperti berlari maraton? Ibarat menari, membuat kerja rumah mampu meningkatkan tahap degupan jantung. Begitupun, membuang habuk atau membersih pinggan mangkuk tidak dikira dalam hal ini. Tetapi, kerja berat seperti mengemas almari pakaian atau mengubah kedudukan perabot boleh menyebabkan kamu berpeluh.

JOM JALAN KAKI ~ Selama ini, kamu terbiasa memandu kereta atau berbasikal jika ke pasr raya berdekatan. Sedangkan jaraknya tidak sampai 100 meter dari rumah. Apa kata ubah tabiat itu. Kini, mulakan dengan berjalan kaki. Kenapa? Ia salah satu senaman mudah kerana kamu boleh menentukan tahap diinginkan. Sebagai permulaan, lakukan selama tiga kali seminggu. Kemudian, tingkatkan masa itu apabila kamu sudah boleh membiasakan diri. Lihatlah hasilnya kelak.
Kenapa akak beli majalah muda-mudi ini? Sebab akak memang suka beli majalah yang baru bersiaran.. itu aja... yang ini edisi 3.

Nuffnang oh Nuffnang