Majlis Pernikahan Baiti-Raduan

Tarikh : 23/12/2011
Tempat : Rumah kampung kami
Xtvt : Majlis akad nikah adik bongsuku

Pada 23hb Disember yang lepas telah berlangsunglah majlis yang dinantikan dalam keluarga kami iaitu majlis akad nikah adik bongsu akak. Setelah bertungkus lumus selama berbulan-bulan maka majlis itu berlangsung dengan selamat dan jayanya dikelilingi sanak saudara.

Adik akak memakai baju kurung moden berwarna kelabu yang kainnya dihadiahkan oleh adik ipar akak bertahun yang sudah. Akhirnya tertunailah hajat dipakai untuk majlis pernikahan ini. Kelihatan berlainan sekali adik akak hari itu sebab wajahnya disolekkan dengan baik oleh mak andam Azie yang buat bisnes di hujung simpang kampung akak.

Akak doakan semoga kebahagiaan akan sentiasa mengiringi kehidupan Nor Baiti dan Raduan selama-lamanya dan dikurniakan cahayamata yang mampu menceriakan rumah tangga. Jom kita tengok gambar dihari kejadian.

Anak-anak saudara sibuk main games sebelum majlis bermula. Dulu rumah akakni adalah beranda tapi disebabkan bapa akak buat bilik air atas maka berandani dah jadi bilik air dan bilik tv untuk rumah atas. Bilik tvni hanya digunakan kalau cucu balik sahaja itupun hanya nak main games, sekali-sekali adalah buka tv nak tengok berita.
Dik Ya dan ibu dia masa majlis akad nikah dijalankan, posing tak habis-habis.Rombongan pengantin lelaki dah sampai dari Taiping disambut oleh adik ipar akaktu ha...
Dengan sekali lafaz adik ipar baru akak telah sah menjadi suami kepada adik bongsu akak. Semoga rumahtangga dibina akan kekal abadi bahagia selamanya.
Saat bahagia pasangan yang disatukan... lihatlah kebahagiaan mereka pada hari itu... Acara bergambar dibilik pengantin pulak ok...
Atikah dan sepupunya bergaya di hadapan hantaran yang dibuat oleh kawan adik akak...

Itulah serba sedikit gambar yang ada sebabnya akak memang rasa tak berapa rajin nak ambil gambar pada hari itu...Akak nak tunggu gambar dari photographerjer benonya...


Comments

  1. bestnya.. xtaula bila adik bongsu Queen tu nak kawin.. adik ipar bongsu pun blm ada tanda2 nak kawin... :)

    ReplyDelete
  2. cantek baju pengantin..kena dengan pemakainye.. cantek~

    ReplyDelete
  3. tahniah buat pasangan pengantin...
    smoga berbahgia hingga akhir hayat...

    ReplyDelete
  4. Wah! Sy suke tema grey. Ms kawen dulu pun amik warna grey. Hiks!

    ReplyDelete
  5. selamat pengantin baru. sy suka baju pengantin warna kelabu. lawa!

    ReplyDelete
  6. Tahniah & Selamat pengantin baru buat mereka berdua :)

    ReplyDelete
  7. tahniah buat kedua duanya..semoga bahagia ke akhir hayat...

    salam kenal..saya follow sini...

    ReplyDelete
  8. canteknyer pengantin pompuan tuh :)

    ReplyDelete
  9. warna kelabu lawa eik./.
    ramai jugak yang pilih warna ni..
    rasanya tahun 2011 warna ni la paling popular.>:)

    ReplyDelete
  10. canteknye penganten perempuan...moga bahagia ke akhir hayat...

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. seronoklah tgk org kahwin ni...tp semua kawan2 dh kahwin dah...huhu

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah...
    selamat pgntin baru..
    comel nju pgntin tu

    ReplyDelete
  14. bestnyer kawen... masa buat persiapan kawen tu wp penat tapi seronok sgt. tahniah utk baiti dan raduan.

    ReplyDelete
  15. semoga ikatan perkahwinan adik berkekalan hingga akhirhayat...

    ReplyDelete
  16. comelnya panten perempuan...

    ReplyDelete
  17. tahniah buat pengantin n keluarga
    dh lama x mkn nasik kenduri ni ngeee

    ReplyDelete
  18. cantiknye baju pengantin...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts