Tetapkan impian kejayaan digapai

SUMBER : Majalah NUR (Januari 2012)
OLEH : Noraznina Ismail
Setiap individu pasti memiliki impian sama ada besar ataupun kecil, dan adakah ia sudah terlaksana ataupun belum terlaksana. Impian menjadikan seseorang itu berjiwa besar dan boleh mempengaruhi pemikiran dan tindakan untuk mengapainya.

Contohnya ada orang yang berimpian ingin memiliki rumah yang besar, kereta yang hebat, wang yang banyak, keluarga yang bahagia, dan kerjaya yang menakjubkan. Pun begitu apa-apa sahaja yang anda impikan, ia akan dimulai dengan impian disertai dengan semangat dan kesungguhan dalam tindakan.

Tetapi adakah anda tahu bahawa impian tidak akan terlaksana sekiranya perkara yang anda lakukan semalam adalah sam hasilnya pada hari ini? Apakah yang anda lakukan sepuluh tahun yang lepas adalah sama hasilnya pada tahun ini?

Jadi pastinya mustahil untuk mencapai impian sekiranya kita mengetahui bahawa apa yang kita lakukan hari ini tidak dapat mengubah apa-apa untuk mencapai impian tersebut bahkan ia berkemungkinan berisiko pula.

Sebagai contoh, kita berimpian untuk menyelesaikan hutang dan hidup dalam keadaan bahagia bersama keluarga tanpa masalah semasa usia tua atau sesudah pencen. Tetapi anda tidak berbuat apa-apa untuk menyelesaikannya pada hari ini walhal kita mengetahui bahawa masa tidak akan menunggu kita.

Dalam menetapkan impian, perkara yang perlu ada ialah pastikan di dalam fikiran sudah mula mencongak-congak untuk merealisasikan impian anda itu. Bertindak bijak dan mempunyai perancangan yang baik disusuli oleh tekad tindakan yang konsisten dan bersungguh-sungguh. Ubah cara kita berfikir dan bertindak.

SPESIFIK

Impian yang hendak dicapai mestilah spesifik. Anda perlu melengkapkan impian tersebut dengan jelas. Contohnya anda mempunyai impian untuk mempunyai kerjaya yang hebat, gaji lima angka, ingin memiliki aset, keluarga yang bahagia, sehinggalah simpanan hari tua. Impian kita haruslah lebih spesifik seperti contoh di atas barulah kita boleh tetapkan strategi dan matlamat untuk mencapainya.

BOLEH DIUKUR

Impian anda perlulah boleh diukur. Impian yang tidak boleh diukur adalah angan-anagan bukan impian. Impian sebegini perlu lebih realistik supaya anda tahu di mana anda, di mana kemampuan anda, sasarannya adalah tepat. Bukan sekadar angan-angan kosong yang mana akhirnya anda tidak mampu menggapainya.

BOLEH DICAPAI

Pastikan setiap impian tersebut boleh dicapai. Janganlah kita meletakkan impian yang tidak boleh dicapai atau 'mengarut' seperti anda ingin menjadi bukan diri anda, dan impian yang melampau batas. Justeru impian tersebut haruslah sesuatu yang anda yakin anda mampu mencapainya.

REALISTIK

Impian anda perlulah realistik. Anda perlu yakin boleh mencapainya tetapi ia perlulah realistik. Jangan membuat impian yang tidak perlu atau wajar seperti ingin membuat simpanan berjuta ringgit dalam masa setahu, situ sudah tentu tidak masuk di akal.

'DEADLINE'

Buat perancangan dari sekarang dan tetapkan jangka masa untuk mencapainya. Sebagai contoh, anda ingin membuat rumah banglo dalam masa 10tahun laig. Bila jangka masa impian anda ini akan dicapai? Justeru cuba mencapainya secara berperingkat-peringkat. Sekiranya anda tidak dapat melakukannya mengikut perancangan dalam jangka masa yang ditetapkan, sudah pasti anda dapat mencari jalan lain mengatasi sebarang masalah atau cuba mencari kaedah baru untuk melaksanakan impian tersebut dan bertindak mengikut keadaan. Di sini pentingnya perancangan waktu yang bijak mengikut 'deadline'.

RISIKO

Setiap impian terselit risiko. Justeru anda harus sedar akan hakikat perlaksanaan setiap impian yang diimpikan terselit risiko. Maka anda harus bersedia dengan risiko yang bakal menimpa. Jadikanlah risiko yang dihadapi sebagai satu pemangkin untuk anda terus menggapai impian yang diinginkan.

BUKTIKAN

Setelah segala impian menjelma di minda, langkah yang perlu anda lakukan adalah membuktikan kesungguhan anda untuk menyempurnakan setiap impian tersebut. Jadikan ia sebagai satu realiti dan bukannya sekadar omongan kosong. Jika anda berjaya membuktikan impian tersebut, sudah pasti anda akan menjadi orang yang disegani dan mempunyai matlamat hidup.

JADI DIRI SENDIRI

Tidak perlu untuk mengikut cara hidup orang lain. Jadilah diri sendiri supaya anda berpijak dibumi yang nyata. Anda tahu sejauh mana kemampuan, layaknya di mana, dan tahap anda di mana. Elakkan mengikut cara hidup orang lain, perkara yang penting ialah mengetahui kemampuan anda dan mampu melakukannya untuk merealisasikannya. Jangan taksub untuk menggapai impian sehingga anda tersasar dan melebihi kemampuan anda sendiri.

Bukan mudah untuk menjadi orang yang sempurna, justeru ikutilah langkah tersebut untuk memastikan impian dan cita-cita mampu terlaksana. Anda mampu mengubah detik perjalanan hidup jika anda mampu mengikuti langkah-langkah di atas. Pastikan hari ini lebih baik dari hari semalam, esok pula adalah untuk melihat kejayaan anda untuk hari ini!

Akak pernah tulis pasal konsep SMART yang akak ada tulis sebelum inikan.. azam-tahun-2012
Konsep yang mesti diketahui oleh semua kerana inilah konsep asas untuk mengapai kejayaan.. Sebarang target yang ingin dimiliki sudah pasti memerlukan perancangan yang banyak..

Comments

  1. impian yg dipasang kena berteraskan matlamat dan usaha yg gigih...

    ReplyDelete
  2. nice info..boleh dipraktikkan ..thanks :)

    ReplyDelete
  3. SMART will get my goal! GOAL!!!! wee~

    ReplyDelete
  4. nak dapat yang terbaik kena usah pun terbaik....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts