Nuffnang saya

Wednesday, February 29, 2012

Wordless Wednesday ~ Guangzhou 3

Jauh perjalanan luas pandangan.. Semoga kita dapat menikmati kehidupan ini dengan aman dan sejahtera...





Wordless Wednesday ~ Guangzhou 2

Jom cuci mata gambar suami akak di Guangzhou, nasib bukan akak yang pergi kot idak entah berapa entry kisah di sini sahaja.


Wordless Wednesday ~ Guangzhou 1

Hanya gambar lawatan suami akak ke Guangzhou tempohari, maaf tidak tahu apa bendanya.......

Tuesday, February 28, 2012

Dinner OSK (4)

Entry terakhir Annual Dinner OSK tahun 2012 adalah gambar kenangan staf OSK. Sebelum akak pindah ke Puchong akak di SS2, PJ jadinya gambar yang ada ini kebanyakan adalah dengan staf dari SS2. Lagipun segala urusan berkaitan kami adalah dengan staf SS2 jadinya inilah masanya berjumpa setelah kadang-kadang bertekak... Ini sebahagian staf Operation dan CCSD. Ok dari kiri adalah Phyllis yang merupakan orang penting untuk kami sebabnya segala yang berkaitan cuti dan claim adalah dibawah dia, sebelahnya Mr Cheng adalah head of SS2 Branch, Ms Yau bos branch kami Bandar Puchong Jaya dan Endi, Afiq dan Mey.. Akak bersama dengan Miss Chan Operation juga Mey.. Ini pulak dealer SS2 dan kalau akak masih di sana kawan makan tengahari akak esp yang bersari dan bertudung biru itu..

Antara sebabnya akak tidak suka dinner OSK ialah disediakan benda itu seperti yang boleh dilihat dari gambar. Harap next year tiada lagi sebab ura-ura RHB akan mengambil alih OSK mungkin akan menjadi kenyataan.

Dinner OSK (3)

Masih lagi gambar Annual dinner tempohari. Kali ini gambar suasana semasa dinner tersebut hanya untuk kenangan. Dinner di sini tidak boleh sesuka hati nak duduk dengan kengkawan. Peraturan kena pilih hanya 5 orang untuk duduk bersama dan akan digandingkan dengan 5 orang dari kumpulan berlainan. Nasib baik meja kami yang semesti 4 dari 5 adalah melayu dan 3 dari 5 kumpulan yang lain juga melayu.. so selamatler meja kami dari cawan yang ada air haram itu... Makanan memang out.. tahun lepas pun tak sedap tahun ini lagi teruk. Afiq tak kuasa nak snap semua makanan yang datang course by coursetukan... hanya satujer... Meja kami idakler jauh dari pentas yang bukanlah ada penyanyi jemputan yang terkenal hanya persembahan dari staf sahaja... bosan..Mey yang datang dari branch yang sama.. Meja kami, kerusi yang kosongtu mungkin tidak selesa nak meneguk benda haramtu kat situkan.. so tak tercemarler meja kami haritu..

Akak sebenarnya dah lama tak pergi annual dinner company sebab masalah beginilah. Tapi semenjak berpindah ke Puchongni selalunya ikut diaorang di sini. Lagipun ada orang nak melayan bawak pergi dan balik ke dinnertu yang paling utama. Tapi yang paling best pergi dinnerni dapat jumpa kawan-kawan dari cawangan yang lain yang mungkin hanya selalu berhubung melalui telefon..

Monday, February 27, 2012

Dinner OSK (2)

Gambar seterusnya di sini semasa dinner sebab nak tayang bendani tak tahu apaker namanya... Kami datang lambat sebenarnya maalumler dinner seperti biasa dibuat pada hari jumaat. Habis kerja sebenarnya 5.45pm tapi kami lebih Bursapun tutup dah bersiap sedia nak pergi. Tapi masalahnya kalau dah waktutu dan menuju ke KLCC pastilah jalan jem.. tersekat dalam terowong SMART punya lama buat akak fobia, digelak dengan Hisham ngan Afiq. Kalau next year masih ada lagi di OSK ini mungkinkah dinnernya masih di sini.. entahler.. Tahun depan ada lagiker budak-budakni yang nak bawak akak pergi ke sini entahler..

Dinner OSK (1)

Tarikh : 17hb Februari 2012
Tempat : KL Convention Centre
Xtvt : Annual Dinner 2012

Gambar semasa Annual Dinner 2012 di KL Convention Centre yang akak hadiri minggu sudah. Tengok gambar terasa macam alahai semakin rasa tidak selesa sesangat melihat badan yang semakin bertambah lebarnya. Namun sebab untuk abadikan kenangan akak bergambar juga kalau ada anak-anak tidaklah perlu akak bergambar... Layan gambar akak ngan dua orang staff OSK yang banyak berjasa kepada akak kerana sudi ambik dan hantar akak pada malam itu. Sudah tiga tahun berturut-turut dinner OSK di KL Convention Centre. Ini adalah dinner untuk HQ dan Selangor Region sahaja. Kalau OSK csatu Malaysia memang tak cukuplah KL Convention Centre ini. Mungkin kena sewa stadium Putra, Bukit Jaliller.. Akak bersama dengan spek ala nenek kebayan... Annual Dinner 2012 Akak ngan Hisham dan Afiq, Rozi tidak dapat bersama disebabkan dia kemalangan 3 hari sebelum dinner. Sehingga hari ini dia masih tidak dapat bekerja

Me & My Musolla Trip

Trip Atikah dan Azalia ke Masjid Bandar Kinrara adalah pada hari ini. Adik dah ingatkan banyak kali nak duit seringgit nak masuk dalam tabung masjid. Sepatutnya setelah dididik dengan baik oleh Genius Aulad, sebagai ibu bapa kita juga harus selalu bawa mereka berkunjung ke masjidkan. Harap akak akan melakukannya secepat mungkin.


Aktiviti ke masjid ini tahun lepaspun ada tapi tuler akak tak ikut so takderler gambar budak dua orangtu.. tapi cerita tentang me and my musolla trip ada diblog genius aulad.



Sunday, February 26, 2012

JUGRA ~ bila nak sampaini

Akak suka gambar yang suami akak ambil di Jugra ini. Akak sebenarnya teringin nak pergi sini masa tengok gambar kawan fotopages dulu lagi. Tapi belum ada kesempatan nak pergi. Kalau muda lagi nak gak cuba main paraglidingtukan.. sekarangni tak beraniler pulak. Gambar yang ada tulisan JUGRAtu ambil hari berlainan sebabtu warna awannya tak sama ok... Tengok rancanagan sarapan haritupun macam bestjer tempatnikan...

Bulan Februarini memang rekodler sebabnya setiap minggu kami suami isteri sangat sibuk. Anak akak sampai cakap carilah kerja lain ibu sebabnya selama ini kerja akak memang teramat relax sekali sekarang sibuk pulak. Ingatkan minggu ini nak juga bawa diaorang tengok cerita "Beauty and the Beast" tapi suami akak pulak kena pergi kursus 3 hari mulai hari ini di Quality Hotel. Kalau ada dua keretakan senang!!!!

Saturday, February 25, 2012

Parents Sharing Day

Hari ini akak akan ke Genius Aulad untuk "Parents Sharing Day". Waktu untuk Azalia ialah pukul 12.30pm dan Atikah 12.15pm jadi sekali jalan sahajalahkan. Tak sabar nak berkenalan dengan cikgu Atikah dan Azalia untuk tahun 2012 ini.

Akak tengah berfikir apa yang akak nak sharekan hari ini yerk...

Friday, February 24, 2012

Makam Sa'ad bin Abi Waqas di Guangzhou

Kenangan suami akak melawat makam Sa'ad bin Abi Waqas di Guangzhou. Hanya gambar sebab akak tidak berada di tempat kejadian.. jadi biarkan gambar menceritakan semua. Masjid Abi Waqas.
Di kota Guangzhou, ibu kota wilayah Guangdong berdiri masjid tertua di China, iaitu Masjid Abi Waqqas. Sebuah masjid dengan gaya senibina khas China berdiri dengan anggun. Namun, yang menjadi pusat perhatian di tempat ini adalah makam Saad bin Abi Waqqas, yang diyakini sebagai bapa saudara Nabi Muhammad SAW. Abi Waqqas sendiri adalah penyebar Islam pertama di China.
Baca seterusnya di sini :- iltizamPintu Gerbang Menuju Makam Sa'ad bin Abi Waqqas r.a.
Di sinilah terletaknya makam Sa'ad bin Abi Waqqas.
Telaga yang digali oleh Saad bin Abi Waqqas dan masih boleh lagi digunakan hingga ke hari ini.Makam Saad Bin Abi Waqqas di Guangzhou

Untuk mendapat maklumat lanjut boleh juga melawat blog :- ustazamin .

Thursday, February 23, 2012

A trip for "Children At Work" @ Kidzania

Balik dari kerja semalam budak dua orangni terlalu excited nak tunjukkan buku mesej diaorang. Rupanya ada mesej pasal nak buat trip ke KidZania yang akan dibuka secara rasminya pada 28hb Februari ini.

Tarikh : 26 March 2012
Tempat : KidZania Kuala Lumpur, Mutiara Damansara
Yuran : RM 70 (termasuk pengangkutan, sarapan, yuran masuk, snack lunch dan souvenir)
What is KidZania –The City of Kids?

lt is an educational & entertainment centre for kids. It is also the first centre of its kind to offer kids from all over the world activities based on the oldest known game: Playing grown-ups
Yuran kemasukan ke KidZania untuk kanak-kanak umur 4-17 tahun adalah RM55 so RM70 adalah berbaloi-baloi. Jadi akak memang bersetuju untuk membenarkan Atikah dan Azalia pergi nanti. Kalaulah ibu dapat ikut sekali alangkah bestnya sebab dapat ambil gambar sebanyaknya.
Masa membaca KidZania akan dibuka di surat khabar tahun lepas dah berangan nak bawa budak dua orangni ke sini dan syukurlah diaorang dapat pergi dengan guru dan kawan-kawan. Semoga mereka mendapat ilmu yang baru di sini...

Azalia dan Adif

Inilah dua orang bersaudara, Azalia dan Adif yang sama sebaya. Kenangan semasa bulan Disember yang lepas.
Tengoklah cara duduk Azaliatu. Macam cerita Maria Mariana, Awie ngan Era beraksi.

Wednesday, February 22, 2012

One Thousand Million Smiles

Pagi tadi tengok MHI TV3, yang mana isu khas hari ini tentang Sudirman. Hari inikan telah 20 tahun Sudirman meninggal dunia. Akak sentiasa ingat Sudirman kerana tarikh lahir dia sama dengan akak 25hb Mei. Tarikh lahir dia 25-05-1954 dan meninggal dunia pada 22-02-1992, mudah nak ingat. Masa akak sekolah rendah akak bercita-cita nak jadi peguam sebab tarikh lahir samakan tentulah akak boleh berjaya macam diakan. Sekolah menengah keluar cita-cita lain pulak, itu rahsia malu nak cerita.

Tadi ada seorang yang dijemput menyanyikan lagu ini "One Thousand Million Smiles" teringat masa dulu-dulu. Kebanyakan lagu dia adalah kegemaran akak sebenarnya hatta lagu basikal tua sekalipun sebab apa yang dia nyanyikan itu terlalu ikhlas. Macam lagu punch cardtu walaupun masatu akak tak berkerja lagi tapi akak dapat membayangkan jalan ceritanya. Lagu dia amat dekat dihati, tapi selalunya kalau penyanyi lain yang nyanyi lagu dia suara sesedap manapun tidak sama dengan masa Allahyarham menyanyikan.

Jom melawat blog yang memang tribute to Allahyarham ada bercerita pasal :- genap 20 tahun pemergian Sudirman.

Monday, February 20, 2012

Kenangan 2 hari di Suruhanjaya Sekuriti

Sebelum bercerita kisah dinner akak haritu nak bercerita terlebih dahalu kisah di Suruhanjaya Sekuriti(SC) pada 11hb dan 12hb Februari yang lepas. Banyak kenangan sepanjang dua hari berada di sana. Yang paling seronok dapat jumpa kawan-kawan lama yang telah berpindah tempat kerja tapi masih dibidang yang sama.

Akak mengikuti program "Dual Licensing Fast-Track". Kenapa Fast-Track? Jawab SIDC

The Dual Licensing Programme was introduced to recognise the experience and potential contribution of dealer representatives into the futures market. This was also in line with Prime Minister’s announcement during Invest Malaysia 2011 on 12 April 2011 where experienced Dealer’s Representatives (DR) will be given the opportunity to trade in derivatives.
Jadinya ini adalah peluang terbaik akak untuk mempunyai lesen futures tanpa perlu untuk mengambil peperiksaan. Ini umpama mimpi menjadi kenyataan sebabnya akak dah banyak kali teringin mendaftar tetapi selalunya tidak menjadi. Akak mengakulah kalau kena ambil periksa sudah tentulah akak tidak lulus, kiranya kalah belum bertandinglah akak inikan. Jadinya untuk DR yang berpengalaman(pengalamanker?) lebih 10 tahun dalam industri layak untuk memohon.

Oppps terpanjang lak cerita pasal program yang akak ikuti. Kalau pergi mana-mana program sekalipun rasanya yang paling seronok ialah dapat makan 4 kali sehari. Selalunya kalau di SCni makanan dia boleh tahan sedapnya dan kalau dah makan beramai-ramaitu lagiler bestkan. Tapi pergi kali ini yang paling best ialah makan tengaharinya yang ada menyediakan nasi dan juga mi rebus/kari, memang bahagia sekali.

Paling gembira ialah akak dapat jumpa dengan kawan lama yang memang teringin nak sangat jumpa. Memang tidak sangka dapat berjumpa dengan mereka semua hari itu walaupun diaorang tidak mengikuti program yang sama. Nesh, kawan akak yang masuk hari yang sama di OSK tapi dia meninggalkan OSK setahun selepas itu. Memang seronok berkawan dengan dia, walaupun tengah bersedih hati ini tidak terasa kesedihan itu. Nesh sentiasa menghiburkan, sentiasa buat akak ketawa, memang dia istimewa sebab walaupun kenal dalam masa yang singkat sebabnya dia berpindah OSK cawangan yang lain selepas dua bulan kenal tapi dia antara kawan yang akak ingat dan gembira kerana kenal dengan dia.

Hari itu juga akak berjumpa dengan Hezri ex-OSK cawangan lain. Sehingga kini kami masih berhubungan melalui telefon dan selalunya isu dibincangkan adalah isu semasa dan gosip terkini. Akak juga berjumpa dengan Maamor yang akak kenal semasa bekerja di Ipoh dahulu. Dia tidak kenal akak dan akak tidak kenal dia padahal kami berada di dalam program yang sama, maalumlah dah 12 tahun tidak berjumpa. Dia cakap anak dia yang selalu ikut dia masatu tadika sekarang dahpun ambil perubatan di Universiti Malaya. Begitulah masa yang meninggalkan kita.

Yang paling best hari itu ialah pengisian ilmu yang padat dan sempoi disampaikan oleh Encik Shahjahan yang amat berpengalaman dalam bidang derivative. Walaupun akak tidak tahu sangat tapi mendengarkan dia bercerita terasa teruja sekali untuk mendalami bidang ini. Terasa kagum mendengarkan pengalaman beliau sendiri menjadi seorang trader membuatkan kita rasa beliau lain dari yang lain. Selalunya speaker bercerita dari buku dan nota tapi beliau bercerita dari pengalaman sendiri.

Inilah kenangan yang terjadi selama dua hari di sini dan kenangan di Bursa tidak banyak hanya sedikit kesusahan almaalumler naik LRT dan nak memanjat Bukit kewangantu alamak letih gakkan....
Ambil gambar dari laman web sidc.. boleh belajar macam-macam pasal kewangan di sini :- http://www.min.com.my/

Belum ada masa nak berkunjung ke blog kawan-kawan. Selepas 3 hari tiada di ofis banyak benda nak diuruskan sebelum ada orang yang bising-bising... ish...

Saturday, February 18, 2012

Hari ini Bursa Malaysia

Hari ini akak akan berada di Bursa Malaysia untuk menyambung kembali " Dual Licensing Programme". Harap semua ilmu yang dapat ini nanti dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.
Akak kena berada di sinilah, dua minggu yang betul-betul sibuk... sabar tau anak-anak.

Friday, February 17, 2012

Annual Dinner 2012

Harap maaf kawan-kawan sebab akak tidak dapat berBW keblog anda semua. Sebabnya akak berada di SS2 Branch untuk mem"familiar"kan diri akak dengan sistem yang digunakan untuk trading Futures. Oleh kerana di sana maka tidaklah dapat akak update blog mahupun BW. Next week harap dapat kembali seperti sedia kala. Esok sehari suntuk dan hari selasa 6.30pm - 9.30pm akak akan berada di Bursa Malaysia.. wow sibuknyer akak dua minggu ini..

Nak cerita kisah malam ini, acara tahunan yang dinantikan oleh kakitangan :-
ANNUAL DINNER
Date : Friday, 17 February 2012
Time : 7.00pm - 11.30pm
Venue : Grand Ballroom, Level 3, East Wing, Kuala Lumpur Convention Centre
Dress Code : Office Wear/ Semi Formal

Malam ini akak akan pergi Annual Dinner di Kuala Lumpur Convention Centre. Tujuannya adalah untuk Lucky Draw, makan-makan dan jumpa dengan kawan-kawan dari branch yang lain. Dinner company akakni biasa-biasa sahaja jadi tiadalah perlu risau kerana tiada tema atau konsepnya. Tapi syiok gak tengok staff yang melaram...
Sudah bersedia... Harap nombor ini 0102 yang akan naik untuk hadiah utama hendaknya, ada tour package, ipad2, tv, duk hotel, macam2 lagiler.... Akak akan berada di sini malam ini...

Nuffnang oh Nuffnang