Nuffnang saya

Thursday, March 29, 2012

Bowling di The Mines

Tarikh : 24/3/2012
Tempat : Bowling di The Mines
Xtvt : Main bowling..



Peristiwa berlaku pada hari sabtu lepas main bowling untuk xtvt sukan branch kami bulan Mac. Mulanya nak pergi Endah Parade tapi disebabkan malam minggutu penuh sebab ada kejohanan maka kami terus terfikir nak pergi The Mines pulak..



Alkisah akakni dah lama sesangat tak pergi sini, tak ingat berapa tahunler. Tapi masa adik akak belajar di UPM selalunya the Minesni ler tempat kami keluar. Rupanya the Minesni pun dah besar dari dahulu, boleh tahan jugak yerk.. Nanti akan datang lagi harapnya...



Layan jer gambar anak-anak akak macam biasa... tapi gambar sedikit terang sebabnya akak tersilap setting kamerani. Opps sori...
Kalau dik Ya memang pemalu kalau jumpa ngan orang yang baru berjumpa.. tak kiralah kalau balik kampungpun mula-mula dengan opahnyerpun dia buat dekjer... gituler payahnya... akakni main bowling memang tak reti jadinya markah akakler paling rendah sekali... jangan tak menghabiskan tenagajerkan...

Wednesday, March 28, 2012

Aero-Fitness Damai Utama Puchong

Semalam akak pergi ke Aero-Fitness Studio yang terletak di Taman Damai Utama untuk mendaftarkan diri menjadi ahli. Sampai di situ akak disambut oleh tuan punya studio Nurul Ain dan mencadangkan akak join grup yang tengah aerobik..

Dengan penuh semangat akak menghabiskan masa sejam untuk beraerobik di situ. Akak dapat maklumat kewujudan studio ini masa pergi beli makanan di food court BK4 dan rasanya sebelum ini pernah tengok tapi tak sempat nak ambil nombor untuk dihubungi. Sudah sekian lama akak mencari studio sebegini dan akhirnya akak berjumpa dan rasa sangat gembira sangat semalam.

Kepada yang berada di Bandar Kinrara, Puncak Jalil dan sekitarnya bolehlah datang kestudio yang dikhaskan hanya untuk wanita ini.
Ini gambar yang dikirimkan oleh Nurul Ain semasa xtvt aerobik semalam. Akaklah yang paling besar disitu... kuang.. kuang...

Aero-Fitness Studio
No 4-2, Jalan DU2,
Taman Damai Utama,
47180 Puchong
Selangor

Tel : 012-2212944

Wordless Wednesday ~ 280312

CIRCUMSTANCES

Your present circumstances don't determine
where you can go;
the merely determine where you start
~ Nido Qubein ~

Tuesday, March 27, 2012

The Lorax @ MBO Subang Parade

Hari rabu yang lepas akak ambil cuti separuh hari dan tempat yang ditujui ialah Subang Parade. Memang dah lama sesangat rasanya tidak ke sini padahal dulu inilah tempat idaman kalbu masa akak tinggal di Subang Jaya. Tanpa dirancang ternampakkan MBOni, baru tahu Subang Parade dah ada balik panggung wayang. Jadinya dapatlah tengok cerita The Lorax hari itu..

Akak keluarkan cerita ini dulu ok sebelum kisah masa birthday Marcella, sebab nak ikut turutan cerita....
Aksi Dik Ya didepan poster The Lorax
Dua orang budak ambil gambar pulak...
Atikah dengan Azalia di depan poster The Lorax yang lain pulak.
Aksi Azalia yang terakam...
Aksi Atikah pula...

Sementara tunggu waktu tayangan kita makan dulu....


Dua orang budak comot bergambar kononnyer nak nampak sign MBO....
Dua orang budak comot sebabnya diaorang pilih sendiri baju, akakkan kerja pagitu, so ayah dia suruh pilih sendiri... dapatlah baju pakai kat rumah jalan kat Subang Parade lak, kalau jalan kat Giant Kinrara okler lagi. Tapi kalau budak2tu rasanya comel ajerkan....

Monday, March 26, 2012

Raikan Harijadi di Skytrex TPM

Semalam kami anak beranak berada di Taman Pertanian, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam kerana meraikan harijadi Marcella sepupu kepada Atikah dan Azalia. Memang seronok betoi dan berbaloi-baloi sekali.. tapi disebabkan oleh masalah teknikal untuk masukkan gambar maka lihatlah dulu email jemputan untuk ke majlis tersebut..
We are pleased to invite you and your family to celebrate Marcella's birthday @ Skytrex Shah Alam :-
Date: Sunday, 25th March 2012
Time: 1.15pm - 3.30pm
Venue : Skydeck
Skytrex Adventure Park
Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
HaPpY BiRtHdAy to Marcella Faizi....

Tuesday, March 20, 2012

Kids Eat Free Every Day

Sebabkan kata-kata inilah ibu kepada Atikah dengan Azalia tinggalkan semangat nak jogging. So semalam akak tidak berjogging padahal cuaca amat memberangsangkan. "Kids Eat Free Every Day" tapi bersyaratlahkan. Kebetulan hari sabtu lepas ayah dah tunaikan hasrat dik Ya nak makan KFC maka semalam ibu tunaikan hasrat kakak Ika pulak nak makan pizza Hut.
Sudah agak lama tidak singgah Pizza Hut Giant Bandar Kinrara ini sebabnya sekarang dah makin suka pada pizza Domino. Tapi sebab nak rasa promosi yang satu ini semalam kami singgah juga...


Jom layan gambar budak dua orang yang sangat comot sebab ibu dan ayah dia terus ajak dia pergi Giant masa dioarang tengah main kat luar rumah dengan kawan-kawan..
Dik Ya tidak ikhlas bergambar
L.O.V.E. from Atikah... sukaler tu dapat makan pizza...
Atikah yang senang bergambar...
Tabik kat ibu sebab belanja saya..
Gitu-gitu Atikah..
Inilah yang freenya ada macam-macam pilihan tapi dik Ya pilih spageti bolognaise ... air dalam gelas plastiktupun free jugak... okler jugakkan...

Jangan kacau makanan saya ok....
Sebab tinggi saya tidak sampai 120cm maka saya layak ok...

Monday, March 19, 2012

Amah Indonesia tajuk hangat

Dipetik dari Berita Harian Online :-
JAKARTA: Indonesia mula melatih pembantu rumah untuk dihantar ke Malaysia yang hanya akan melakukan satu tugas khusus sama ada tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah dengan gaji minimum RM700 sebulan.
Itulah tajuk yang kiranya hangat sekarang... Akak yang tidak pernah ada pembantu rumahpun geram. Isyh memang tak patutkan.

Kalauler yang datang jadi pembantu rumahtu hebat dalam satu pengkhususan diberikan takperlah jugak. Ini yang ado!! kalau sekarangnipun dia kerjapun bukanlah seteruk manapun. Tuan rumah takder baik dia duk tengok sinetron yang berlambak kat tvkan. Kalau tidakpun dia bergebang ngan pembantu rumah yang lain..

Akak tengok rumah adik akak guna khidmat pembantu rumah tapi kerja yang dia buat tidakler semaksimanya sebab kitapun tak nak dia dianggap sebagai orang gaji.. bak kata apak akak dia pembantu sahaja bukan kuli. Jadi sifat dia hanya membantu mana yang patut. Rasanya ramai pembantu kat sini beruntung sebab kadang-kadang ramai majikan yang prihatinkan walaupun ada gak majikan yang teruk..

Bagi akakler pilihan ditangan kitakan, cubalah cari alternatif lain yang mungkin akan menjadi lebih baik.. Macam kat tempat akakni syukurlah sebabnya senang nak cari pengasuh anak2 sebab ramai surirumah. Akak lebih suka orang jaga dari hantar pusat asuhan dan kebetulan kat tempat akakni boleh pilih sebab ramai yang biasa mengasuh budak. Akak bernasib baik juga sebab mak dan arwah bapa mertua akak dulu sudi nak duk ngan akak masa kelahiran anak sulung.

Dengan masalah Atikah masa bayi yang nafas berbunyi sudah pastilah penjagaannya adalah perlu lebih rapi. Dan Azalia pula akak hantar ke rumah jiran bernama kak Maya. Sekarangnipun kalau mak mertua akak ada hal dan budak dua orangni balik dari sekolah boleh sahaja suruh van hantar ke rumah mana-mana jiran akak... Syukur Allah permudahkan hidup akak.

Tapi akak memahami juga kalau kawasan perumahan yang sukar nak mencari pengasuh memang amat memerlukan pembantu rumah. Sekarangnipun hujung minggu boleh sahaja kita ambil pekerja yang datang membersihkan rumah. Emak akak dikampungpun sekarang sebulan dua kali ada orang datang tolong dia kemas rumah atau apa juga yang tugas yang kita nak dia buat dengan bayaran RM50 sehari. Jadi pilihan ditangan kita..




Harap kita tidak tunduk dengan kerenah mereka kerana pilihan ditangan kita. Kalau orang macam akakni memang tidak perlulah tapi bayangkan orang yang sangat memerlukan sudah pastilah menyusahkan... Wahai suami masa ini fahamilah betapa kerja yang dilakukan isteri itu terlalu mahal untuk dinilaikan. Ini pengkhususan RM700 yang isterini melakukan multi task berapa ribulah nak diberikan. Isteri yang bekerja misalnya ada yang terpaksa menanggung sebahagian dari belanja rumah terpaksa pula bekerja dirumah tanpa bantuan dari suami..

Jadi fikirkanlah wahai lelaki, wanita yang bergelar isteri ini bukanlah meminta sesuatu yang tidak mampu ditunaikan oleh suami.. sekadar fahamilah isteri juga manusia biasa bukannya robot. Sayangilah dia, kasihilah dia banyak yang dikorbankan oleh isteri untuk memastikan keharmonian rumahtangga dan janganlah kalau berlaku sesuatu hanya isteri yang bertanggungjawab. Bukankah rumah tangga adalah tanggungjawab bersama... isteri bukan hanya teman serumah tapi teman saling melengkapi... oh terlebih emosi akak harini...
Takat masak ala kadar nak bagi RM700 baik akak beli kat opisni der satu kakakni jual murahjer. Tengahari tadi akak kena Rm11jer untuk gulai kari ikan tongkol plus banyak bendi, telur dadar sekeping, ikan jaket belah belakang der sambaltu, dan fillet ikan goreng (ni semua bungkus tau untuk bawak balik kat mak mertua ngan anak-anak). Kalau tokei kedai masak berbaloi gak upah RM700 tapi kan kedai sebelah opis akakni dia upah banglatu RM1500 tau untuk kerja macam-macamler, buat roti canai, bancuh air, kemas-kemas, dan etc.. Jadi kalau bagi RM700 takder Indon nak keje kat kedai makan. Geramnyer kalau semuapun nak berkirakan...

Karaoke sefamili

Kejadian berkaraoke sefamili ini berlaku sebelum tengok Seefood minggu sudah. Disebabkan terlalu awal sampai ke IOI Mall padahal wayang hanya akan bermula pada pukul 1.30 tengahari. Suami akak kata tak larat nak meronda-ronda tanpa arah tujuan dan ajak pergi karaoke di Red Box depan panggung wayang.. Akak kata jomler cuba sebab akakni dah tentu tak menyanyi takkan suami akak sorangjer menyanyikan...
Ok.. ok.. budak dua orang excited nak buat percubaan. Kami pilih lagu kegemaran mereka dahulu...
Budakniler paling suka menyanyi siap cakap Ika nak nyanyi sorang tak nak ayah dia tolong.. tauler dah pandai membaca...
Adik Ya hanya akan menyanyi kalau dia rasa taujer tapi sebab tak pandai membaca... dia main hentam lirik sendiri...
Lunch kami hari itu...
Spagetini dik Ya makan hampir separuh.. yeler kakak dengan ayah sibuk menyanyi maka dia ngan ibu dia sibuk makan....
Muka marah bila suruh berposing...

Sunday, March 18, 2012

Nutella Ferrero

Inilah kegemaran dua beradik semasa cuti sekolah, laparjer sapu nutella kat roti dan makan... ehm sedapnyer.. semalam suruh beli baru lagi sebab yang ini dah habis. Akak beli yang besar sikit tak tahuler berapa lama... Korang suka tak makan bendani... akak tak suka sebab rasa muak..
Atikah sekaranni memang suka makan roti berbanding dengan dik Ya yang masih suka makan nasi. Kalau roti Gardenia yang panjangtu sekejapjer habisnya terutamanya cuti sekolahni...

Saturday, March 17, 2012

Senaman tidak harus menjemukan

Setiap daripada kita memerlukan sekurang-kurangnya senaman selama 30 minit sehari untuk mengekalkan berat badan. Bagi anda yang berhasrat untuk menurunkan berat badan pula, usaha bersenam harus dilipatgandakan kepada 45-60 minit sehari untuk memperolehi keputusan yang diidamkan.

AKTIVITI SOSIAL

Berjogging atau berkunjung ke gym adakalanya mendatangkan jemu jika kerap dilakukan. Apakah aktiviti alternatif lain yang lebih riang dan menyihatkan?
Gemar menari? Sertai kelas terian formal. Sambil mempelajari tekni tarian dari jurutari profesional, anda juga dapat bersosial sambil mengeluarkan peluh. Selain itu, menari dirumah juga tiada salahnya. Sambil mengelap lantai atau membasuh kereta, pasangkan lagu kegemaran dan hayunkan langkah mengikut irama. Siapa tahu kalau suami dan anak-anak juga berminat ingin menyertai tarian anda?
Akak dah usha-usha satu kelas menari di Giant Kinrara tapi akak tahu kekurangan akak yang memang tak berapa reti bab menarini. Dahler yuran kelas tu agak mahal kalau akak tak boleh menguasainya tak guna jugakan...
Jika menari bukan minat anda, bagaimana pula dengan aktiviti berbasikal atau bermain rollerblade disekitar kawasan rumah? Ia boleh dilakukan bersama suami dan anak-anak, malah cara ini juga dapat mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga. Mulakan dengan kayuhan yang perlahan dan tingkatkan kelajuan secara berperingkat.
Memang akak dah merancang nak beli basikal tapi tak terbeli-beli lagi, tapi tunggu budak dua orangtu besar sikit nak belikan basikal diaorang sekali boleh pergi berbasikal bersama...
Aktiviti berenang pastinya menjadi kegemaran hampir sebilangan besar wanita. Anda boleh berkunjung ke kolam renang awam atau ke pusat-pusat akuatik yang berhampiran kediaman untuk melakukan aktiviti aerobik berimpak rendah ini. Ia berkesan untuk membakar kalori sambil membantu merehatkan fikiran. Berenang selama 30 minit mampu memejalkan lengan dan peha anda apabila dipraktik secara konsisten.
Kegemaran akak suatu masa dahulu tapi sekarangni dah lama tak buat. Masa bujang dulu akak memang bergiat sesangat sampai ambil lesen skuba.. rindunya zaman itu, pergi ke kolam renang naik basikal, terus berenang balik naik basikal....
Anda juga boleh menyertai gimnasium yang menawarkan kelas-kelas kecergasan seperti kickboxing. Ia menyeronokkan dan kian menjadi trend yang digemari oleh wanita. Selain menguatkan otot dan mengeluarkan peluh, kickboxing juga dapat membantu anda mempelajari seni mempertahankan diri yang betul.
Ini belum terfikir lagi gamaknyer..
Bukan golongan lelaki sahaja, ramai juga golongan wanita yang meminati acara futsal dan paintball. Malah mungkin juga anda menggemari sukan padang seperti bola jaring, golf mahupun bowling. Ajaklah teman-teman atau jiran tetangga yang rapat untuk membentuk sebuah pasukan dan seterusnya melakukan sukan ini secara suka-suka.
Ini adalah juga buat dengan kawan-kawan pejabat tapi tak bolehler selalu sebabnya husband akak tak berapa nak join...
Sambil menikmati faedah kecergasan dengan sepenuhnya, melakukan aktiviti senaman secara berkumpulan juga lebih menyeronokkan sambil membuat anda berasa lebih komited untuk mengeluarkan peluh. Namun sekiranya masih ada perkara-perkara lain yang menghalang anda dari bersenam, tip berikut wajar dipraktikkan bagi membantu meningkatkan tahap kecergasan:
Gunakan tangga pada setiap masa.
♣ Letakkan kenderaan anda sejauh mungkin dari pintu destinasi.
♣ Apabila anda membeli belah, berjalanlah ke seluruh pusat membeli belah.
♣ Jika anda menaiki pengangkutan awam, berhenti satu stesen lebih awal dan berjalanlah menuju ketempat yang ditujui.
Inilah aktiviti yang paling akak rindui.. mendaki gunung.. Betoi-betoi rindu.. Sebelum mendaki memang pelbagai persiapan akan dilakukan untuk memastikan kita betul-betul cergas untuk mengikut xpdc tersebut. Sebabtu masa bergiat dengan xtvt ini badan terasa cergas, hati terasa riang, semangat sangat membara....

Friday, March 16, 2012

Atikah yang ibu sayang

Hari ini hati sedih lagi mengenangkan adik Irfan Danish yang meninggal dunia kerana lemas di taman tasik Titiwangsa. Bila membaca kisah ini akak akan terus teringatkan anak sendiri dan terus bersyukur kerana Allah masih mengizinkan mereka untuk bersama akak lagi. Kita hanya mampun berikhtiar sebaik mungkin melindungi keselamatan mereka namun hanya Allah yang menentu segalanya.

Sebagai manusia biasa sudah pasti kita tidak lepas dari lalai dan leka, moga Allah pelihara kita semua dari sifat itu. Akak pernah bawa Atikah dan Azalia ke taman tasik Titiwangsa dan memang kita tidak boleh membiarkan budak-budak berada di tepi tasik. Akak rasa kalau kita yang dewasa yang jatuhpun memang payah nak naik balik sebab tebingtu menegakkan. Masa tengok tv pagi tadi akak cakap dengan Atikah dan Azalia, itu pasal ibu selalu marah akak dengan adik sebab ibu tidak mahu kehilangan kamu berdua. Ibu sayang kamu, ibu sayang kamu.. paham....

Sebenarnya akak ingin sekali bercerita tentang Atikah tapi entahlah tak tahu nak tulis macamana tapi yang nyata akak agak risau dengan perangai dia. Akak hanya berdoa moga Allah memberikan Atikah kebaikan yang berkekalan dan dimuliakan tingkah lakunya supaya menyenangkan hati semua yang mengasihinya. Doa ibu bapa adalah yang terbaik. Untuk InGaTaN akak sendiri tolonglah jadikan amalan :- Bacalah surah Toha ayat 1-5 untuk melembutkan hati anak yang degil dan tidak mendengar kata. Memang dalam proses membaca ayat ini setiap hari selepas solat dan kala teringatkan dia... Dia anak baik tapi sekali-sekali dia agak "rebel", kerana ingat orang hanya sayang pada adik dia lebih dari dia..

Atikah yang ibu sayang... Minggu sudah akak balik kampung dan sempat singgah ke Tesco Sri Manjung. Selalunya balik kampung tak sempat-sempat singgah sini. Suka dengan kedai souveniarni tapi takut-takut nak ambik gambar depan kedainyer...

Thursday, March 15, 2012

Quaker Oat Cookies

Sedap juga bendani rupanya, anak akak berebut sampaikan akak hanya dapat satu bungkusjer..
Untuk yang inginkan makanan kudapan pilihlah yang ini sebab rasanya sedap dan juga boleh mengenyangkan.. Untuk 3 cookiestu terdapat hanya 135kcal.

Swimming to Cinemas ~ Seefood

Hari isnin yang lepas akak sengaja mengambil cuti semata-mata nak membawa budak dua orangni tengok wayang cerita Seefood. Cuti sekolahkan kalau tak kemana-manapun kesian pulak rasanya. Sebenarnya akak ambil cutipun sebabnya hujung minggutu kami sekeluarga balik Perak jadi sambung terus cuti hari isnin idakler penat sangatkan.. Layan ajalah gambar budak dua orang ini sebelum acara tengok wayang...

Ulasan cerita ini tidak payahler gamaknya. Janji budak dua orangni sangat happy dapat tengok Seefood. Mulut Dik Ya dalam panggung macam bertih gak meletup-meletup rasa macam nak tutupjer mulut dia. Macam-macam benda nak ditanyanya.. Bangga anak Malaysia dapat menghasilkan filem yang bermutu yang boleh dibawa ke peringkat antarabangsa...

Nuffnang oh Nuffnang