Nuffnang saya

Tuesday, July 31, 2012

Sihatkan tubuh di bulan Ramadan

Dah masuk sebelas hari kita berpuasa hari ini, syukur Alhamdulillah. Paling best Atikah belum lagi tinggal puasa dan yang penting xtvt dia seperti  biasa boleh main basikal lagi petang-petang. Kadang-kadang terfikir juga puasa ke idak anak akuni... Yang bagusnya dia boleh bangun sahur dan mesti makan nasi sedikit juga air susu sebotol. Kalau buka puasapun selera makan nasi diapun boleh tahan, mungkin sebab itu dia boleh bertahan.

Ini akak turunkan tips yang diambil dari majalah Mingguan Wanita keluaran khas yang  ada kisah keluarga blogger kita :- http://www.ardinihumaira.com/ . Thanks Dini yang selalu juga komen kat blog akakni, tiba-tibakan...  

Antara tips yang dikatakan boleh sihatkan tubuh di bulan Ramadan ini ialah :-
Mula dengan makanan manis yang ringan dan mudah di hadam seperti buah-buahan atau jus buah-buahan. Makanan seperti ini dapat memberi tenaga segera kepada tubuh.
( ini kata akakler : Sunat untuk makan buah kurma terlebih dahulukan)

Hidangan utama perlu diambil setelah menunaikan solat Maghrib. Daripada aspek kesihatan, ini dapat mengelakkan ketidakselesaan perut semasa hidangan utama.
(PENTING: tapi kadang-kadang tak buat gak)


Elak makan dengan gelojoh. Ini boleh menyebabkan tubuh badan merasa cepat letih dan perut kembung.
(SETUJU)


Pilih makanan yang berkarbohidrat kompleks seperti nasi, mi, roti berbanding kuih-muih. Kuih muih manis mengandungi kandungan gula yang tinggi yang menyumbang kepada lebihan kalori.
(SETUJU : tapi dah nampak kuih muih idaman kalbu memang tak tolak)


Pengambilan makanan yang pedas serta  berempah adalah tidak digalakkan semasa berbuka. Ini dikhuatiri menimbulkan ketidakselesaan kepada perut pada siang hari.
(SETUJU : tapi tekak akakni kalau tak makan benda pedas macam tak makan.... )


Pilih makanan yang dipanggang, kukus atau rebus. Jika mahukan makanan bergoreng, gunakan sedikit sahaja minyak ketika memasak.
(EHM!!!!!! susah ler sikit..)

Jika membeli juadah di bazar Ramadan, elak memilih makanan yang banyak minyak atau dimasak menggunakan santan.
(SANGAT BERSETUJU)

Elakkan berbuka dengan air berkarbonat kerana ia boleh membuatkan anda mengalami masalah perut kembung.
(ISYH memang tak baik untuk kesihatan)

Elakkan juga berbuka dengan kopi atau teh. Ini kerana kopi dan teh mengandungi kafein yang akan menyebabkan anda kerap membuang air kecil.
(Bulan puasa kali ini memang tak minum lagi tapi bila dah sebutni teringin ler pulak malam ni)

Kurangkan pengambilan air manis semasa berbuka puasa. Pengambilan air manis yang berlebihan boleh mengakibatkan lebihan kalori.
(SETUJU : tapi bolehker buat???)

Perbanyakan pengambilan makanan yang mengandungi serat yang tinggi dan juga sayur-sayuran untuk mengurangkan rasa lapar disiang hari.
(YA BEBENO : ini memang akak buat sesangat mesti makan buah-buahan dan sayur-sayuran)
Permintaan Atikah semalam... Teringin gamaknya padahal cookiesjer kot...

Monday, July 30, 2012

Deejavu Kinabalu

Korang pernah tengok drama Deejavu Kinabalu di TV3 tak?  Akak tak tengok sangat tapi setiap kali tengok cerita Deejavu Kinabalu akak teringatkan kenangan menjejakkan kaki di puncak Kinabalu.. Walaupun sudah berbelas tahun berlalu tapi masih tidak boleh lupa  kenangan tersebut. Kepuasan kala berada dipuncak tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.. Subhanallah itulah yang mampu diucapkan...

Gunung Kinabalu adalah antara gunung yang akak ingin jejakkan kaki lagi kalau diizinkan Allah. Sudah tentulah akak kena bersedia dari segi mental dan fizikal kalau teringin lagi ke sana. Tetapi
Kenapa bendera Selangor? Akakkan orang Perak.. ceritanya ialah akak join Persatuan Rekreasi Klang untuk ke sana. Masani tak bawak kamera jadinya mengharapkan belas ihsan gambar dari kawan-kawan.. 
Cantikkan, masani baju akak punyalah tebal rasa seksa pulak..  
Ini masa perjalanan turun, Wak sebelah akaktu dah mula pakai singlet sahaja. Tapi nak bergaya punya pasal akak masih lagi berbaju tebal...  

Berbalik pada drama bersiri Deejavu Kinabalu dalam slot Akasia di TV3tu, sajajerkan suruh orang pilih. Ammar atau Bazli, kalau akak jadi Nadira  Bazli pilihan akak. Biarlah  kita pilih orang yang benar-benar mencintai kita  daripada memilih orang yang kita cintai. chewah....  Keputusan ditangan anda....

Gunting Rambut di Kwik Cut Giant Kinrara

Hari rabu yang lepas akak dapat cuti sakit maka mengambil kesempatan untuk bawa Azalia ke Kwik Cut sebabnya rambut depan dia yang dah panjang. Sebenarnya gunting sendiripun boleh tapi sebab ingat nak trim sikit rambut belakang dia dan bolehlah beli barang di Giantkan. Sambil menyelam minum air.. eh eh puasaler...

Atikah pakai spek mainan diaorang kalau  main-main
 jadi orang dewasa... Macam kartun lak sebab kalau tak pakai tudung ok...
Budakni ambik gambar sendiri... kena potong rambut depan
dia sebabnya tak pandai pakai cekak...
Atikah yang dalam mood nak pakai tudung pergi Giant...
Menunggu Dik Ya.... harga gunting rambut di sini untuk kanak-kanak  adalah RM10...

Saturday, July 28, 2012

Bila mood bergambar mari...

Hanya gambar kenangan Atikah yang tiba-tiba
nak bergambar tanpa dipaksa seperti selalu.
Tapi ibu dia seperti biasa tersilap setting kamera
pulak, teruk betoilerkan..
takper janji ada kenangan


Aksi bertinggung pun ada.. macam-macam... 
Senyum seindah suria...

Orang dah pakai plasma, LCD dan sekarang LED kami masih lagi pakai TV yang gedabaktu.. Tapi syukurlah masih ada TVkan.. Tak kisah janji boleh tengokkan...

Ibu doakan anakku Nurul Atikah akan menjadi insan berbakat yang sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t. Menjadi anak yang berjaya, anak yang mendengar kata, anak yang akan membahagiakan hati kedua ibu dan bapa.... AMIN.. AMIN... AMIN.. mood bercampur kalau berbicara pasal Atikah...



Friday, July 27, 2012

Salam Perpisahan di FLaMiNg Sunway

Gambar sebelum Ramadan jugani, majlis perpisahan untuk seorang rakan seperjuangan yang tidak dapat lagi bersama berjuang di sini. Berjuang apa ke bendanya yerk!!! Gituler adat tempat kerja akakni kalau di tempat yang lama lagiler tak sempat nak bermesra dah berhenti. Bertemu berpisah adat manusia biasakan. Tempat dipilih untuk majlis ini ialah di Flaming Sunway kerana dekat dengan ofis dan menyediakan All You Can Eat Buffet.
Tak banyak gambar sebab tak ramai yang dapat join.. hanya gambar Hisham yang bagikan cenderamata buat Kennie sahabat kami yang akan meninggalkan OSK.. Harap dia lebih berjaya diluar sana...

Pergi yang kali ini akak rasa tak berapa boleh nak makan banyak sangat.  Padahal dah kosongkan perut sebelum pergitu. Boleh tak suggestkan pada akak kedai steamboat lain untuk akak cuba pulak!! Akakni suka steamboatni walaupun suami akak tak berapa nak layan bendani... Tapi akakni bak kata mak akak tolak batu dengan kayujer, semua dia makan. Sebab itu katanya kalau akak balik kampung dia suka masak macam-macam mesti ada orang nak makan. Alahai macamana sedappun makanan, masakan ibu sentiasa dirindui.. rindu nak sahur dan berbuka sekeluarga macam dulu-dulu.

Maman Kegemaran Akak

Saja nak bercerita makanan kegemaran akak iaitu maman jeruk. Memang tak boleh nak mengelak dari makan nasi kalau ada maman. Habis semua janji manis tak nak makan nasi sebab maman tak sedap makan ratah begitu sahaja. Kena ada nasi barulah kena... Makan maman jerukni mesti ada cili padi patah-patahkan tenyeh pada maman makan dengan ikan rebus bakar.. Terangkat, tak payah ada lauk lain. Makan macam ini tak payah nak bayar ratus-ratus berbuka di hotel sebab tidak ku pandang lauk yang lain... isyh perangai...

Inilah maman yang dibekalkan oleh apak dan emak
tercinta untuk anaknya yang dia tahu hantu maman jeruk...
Itulah perkara yang paling indah sebab diaorang memang tak boleh tahan
kalau kita kata isyh lamanya tak  makan bendani, mesti ada nanti... 

Keranamu maman akak tidaklah mampukan niat
untuk tidak makan nasi di bulan puasa ini..
Tak kisahlahkan janji bahagia.. bahagiaker???

Thursday, July 26, 2012

Buah Kiwi kegemaran masa kini

Buah kiwi sebenarnya kesukaan akak dari dulu tapi entahlah dah lama tak makan. Lagipun kalau bawak budak dua orangni beli buah mesti diaorang nak buah epal merah dengan anggur. Jadinya ibu diani beralahlah.. Tapi semenjak suka dengan satu kedai buah di kawasan ofisni akak terfikir nak makan kiwi jugak. Memang suka sesangatler rasanya....

Banyak khasiatnya, menurut Pakar Nutrisi Pusat Perubatan Subang Jaya, Ho Wan Mi memberitahu, buah kiwi mengandungi dua kali ganda lebih banyak kandungan vitamin C berbanding buah oren dan lima kali ganda khasiat daripada epal. Boleh baca lanjut sini :-KOSMO . Jadi apa lagi carilah buah kiwi untuk berbuka puasa nanti....
Gambar ini sebelum Ramadhan, tapi memang sangat hodohlerkan sebab potong tak gunakan pisau..

Jom Sahur

Gambar hanya untuk kenangan dua orang budak bersahur.
Sebenarnya Azalia ikut-ikut sahaja sebab dia kata nak bangun haritu...


Syukur Atikah tidak tinggal lagi puasa sehingga semalam
walaupun akak tidaklah paksa dia sangat. Paling seronok gamaknya dia
puasa ialah setiap petang nenek dia bagi dia duit dan
dapat pilih sendiri kuih dan air yang dijual oleh jiran akak. Dan bagi dia peluang
main basikal dan "tolong" anak jiran akak berniaga.
Seronok sangatler gamaknya sampaikan semalam akak beli
barang di Giant dia bincang dengan adik dia nak jual pada
kawan-kawan dia barang yang dibeli.
Semangat berniaga, ini sudah baguskan....

Semangat bangun dan makan dengan seleranya...
Mata tak berapa nak bukaklerkan... takper belajar...
Atikah tak berapa nak makan masa bersahur padahal
dah masakkan apa yang dihajati..
Tapi memang paksalah dia makan jugak takut dia tak boleh tahan...

Tuesday, July 24, 2012

Spiderman oh Spiderman

Sebenarnya tak pergipun tengok Spidermanni, cuma bergambar dengan posternyajer..
Maalumler dik Ya suka amat spidermanni, tapi ibu dia tak sempat nak
bawak asyik kerjajer hujung minggu.
Tapi ada sekali akak tengok wayang sebelum puasa, ampun 
tak ingat tajuk apa tapi alahai ..
Ini masa balik dari tadika singgah Giant, ada pulak
 poster Spiderman kat kedai
yang jual alat elektriktu.. terus mintak nak bergambar...
Aksi dua orang budak yang seronok
nampak poster Spiderman
Masani pergi tengok wayang yang
 tak ingat tajuknya di MBO Festival City
sebab cerita yang kami tengok tu dah lama poster
besar dia takder.. Tapi takper der poster spiderman...
Spiderman lagi.. dan lagi....
Ni poster cerita Brave kot... cantikkan.. akak suka...
tak tengok Brave sebab 3D tak berbaloi tengok
Dik Ya tak reti diam pakai spektu...
Muka dik Ya yang tak sehappy bergambar dengan spiderman....

Semenjak dari bulan Mei setiap hujung minggu akak adalah sangat sibuk
dengan xtvt keje. Dua minggu lepas hari sabtu ahad akak ada roadshow
di Puteri Mart. Minggu lepas der seminar untuk client tapi kita kena juga pergi di HQ.. memang sampai hujung tahunlah sibuknyani...

Jenguk Along Aiman di asrama

Ini kisah masa balik kampung awal bulan Julai yang sudah. Masani kami menjenguk Along Aiman iaitu anak saudara sulung sebelah akak di asrama. Along sekarang berada di Tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah, Sri Iskandar. Masa kami sampai dari baru balik dari latihan untuk senaman aerobik satu sekolah satu sukan.

Nampak sahaja kami apa lagi diapun nak mintak kat ustaz nak balik rumah sekejap. Ituler sebabnya gambar Along takder kat sini... Yang ada hanyalah gambar Atikah dan Azalia dengan anak adik akak yang tinggal di Ipoh. Saja nak bagi tahu yang Along Aiman adalah anak kepada adik lelaki akak yang no 3. Jadi jangan hairanlerkan anak kepada adik-adik akak dah besar panjang belaka...
Atikah... mana tahu nanti boleh sekolah di sinikan...
Azalia...
Dua beradik..
Haris
Kami sepupu yang happy..
Along cepatlah... kita nak balik rumah Opah....

Monday, July 23, 2012

Atikah selamat berpuasa

Sudah selamat dua hari Atikah berpuasa dengan jayanya. Tahniah untuk Nurul Atikah...
Sebenarnya tak sangkapun yang dia boleh puasa sampai Maghrib
sebabnya sebelum mula dah tanya kalau dah tak larat macamana nak buat...
 Ibu diani rasa alamak belum cuba dah mengalahni...
rupanya bila akak balik dari seminar hari sabtutu Atikah masih mampu bertahan.. 
Dan hari ini kita tengok Azalia pulak nak cuba berpuasa
sebab dengki kakak dia dapat RM1 setiap hari..

Memang ikutkan tidak elok upah budak berpuasa macamtukan..
Tapi disebabkan dah berjanji (sebab ingat tak boleh) mestilah kena tunaikan...
Dulu masa akak kecik, atuk akak yang bagi duit kalau puasa penuh...
Tapi bila dah umur 9 tahun dia tak kata puasa penuh..
Kena tamat satu juz baru dapat RM1...
Mungkin pada setengah orang tidak elokkan  tapi
pada akak asalkan niat kita baik apa salahnyakan...

Teruskan usaha wahai anakku, semoga menjadi insan berjaya dunia dan akhirat...

Sunday, July 22, 2012

Ayuh, berjimat pada bulan puasa

Jom kita tengok boleh tak kita berjimat pada bulan puasa.. Akak terbaca dalam majalah MIDI keluaran 1 Julai 2012.

Pengurusan kewangan akan 'tercabar' dalam bulan ini. Mana tidaknya, bajet untuk baju raya, kasut raya seisi keluarga, duit raya untuk ibu bapa, anak saudara, sepupu, jiran, zakat fitrah (jangan dilupakan!) dan pelbagai lagi perlu disediakan (kuih-muih!)

Mengharungi Ramadan juga mendedahkan kita kepada pemborosan apabila singgah di bazaar setiap hari. Maalumlah, berpuasa menyebabkan semua yang kita lihat nampak sedap belaka! Pelbagai jenis kuih, lauk-pauk, air minuman pasti menyebabkan kita 'berpisah' dengan duit tanpa sedar.

Cuba kita hitung, setiap kali kita membeli juadah berbuka di bazar Ramadan, paling sedikit yang keluar dalam RM5. Kalau kita puasa 30 hari bererti sudah RM150 minimum yang harus kita keluarkan.

Belum lagi urusan beli baju raya. Memang beli baju raya bukan wajib tetapi ia kelihatannya menjadi suatu tradisi bahawa setiap hari raya minimum sepasang baju kita harus beli biarpun itu cuma baju kurung yang harganya RM50. Bayangkan kalau seorang itu mengeluarkan RM100 buat belanja pakaian, berapa ribu wang yang beredar... LUAR BIASA.

Jadi macam mana nak berjimat selama Ramadan ini?
a) Masak sendiri makanan, sediakan minuman di rumah
b) Audit perbelanjaan harian, catat dan bandingkan dengan perbelanjaan semalam, sama ada semua yang kita beli dihabiskan atau membazir? Selaraskan pembelian esoknya sekadar mencukupi. Elakkan singgah di bazar jualan setiap hari.
c) Senaraikan apa-apa yang perlu dibeli, jangan beli ikut rasa, mana-mana kita suka. Beli mengikut yang tersenarai sahaja.

Jimat selagi boleh

Selain mental dan spiritual, perkara lain yang perlu dipersiapkan menjelang bulan Ramadan ialah soal kewangan. Jangan sampai dalam bulan suci ini kita terpaksa ikat perut kerana pengeluaran tidak terkawal.

Banyak yang berubah setiap kali kita memasuki bulan puasa. Selain suasana yang khas, harga barangan keperluan turut mencanak naik. Puncaknya akan terjadi pada minggu terakhir atau minggu keempat bulan Ramadan.

Lalu, persiapan bagaimana yang harus kita lakukan agar poket tidak bolong, sekali gus kita dapat khusyuk menjalankan ibadah atau malah mungkin dapat membantu menambah penghasilan?

Sebenarnya, tidak ada yang harus berubah secara signifikan selama bulan puasa, kecuali kita hanya menggeser pola makan pada waktu siang menjadi malam dan pagi hari (sahur). Akan tetapi hairannya, pergeseran pola makan ini kerap membuatkan membengkaknya kos makan. Khususnya berhubungan dengan penyediaan menu berbuka puasa.

Berbuka di rumah

Sebahagian besar masyarakat di Malaysia berbuka puasa dengan menu lengkap, langsung digabung dengan makan malam. Oleh itu, untuk menjimatkan perbelanjaan, usahakan berbuka puasa di rumah, agar kita tidak menghabiskan wang untuk membeli makanan tambahan berbuka puasa di jalan.

Biasanya, waktu bekerja pada bulan Ramadan sedikit berbeza, kita diberi kelonggaran pulang awal agar dapat berbuka puasa di rumah. Manfaaatkan waktu pulang lebih cepat ini dan jangan singgah ke tempat lain. Biasanya pada jam-jam tersebut berlaku kesesakan jalan raya kerana semua orang ingin cepat sampai di rumah untuk berbuka puasa bersama keluarga.

Membawa bekal dari rumah

Jik terpaksa berbuka di pejabat atau di jalan, usahakan untuk membawa makanan kecil dari rumah untuk berbuka puasa. Makanan kecil ini diperlukan utnuk mengalas perut pada saat berbuka puasa, dan diharapkan kita dapat sampai di rumah waktu makan malam sebelum solat tarawih.

Buah kurma selain dianjurkan sebagai menu berbuka puasa ternyata dapat memberikan rasa kenyang sementara, sehingga kita tiba di rumah untuk makan malam.

Beli siap

Sekiranya memiliki keluarga kecil dengan tanggungan satu atau dua orang dan masing-masing ada makanan kegemaran sendiri, maka ada baiknya menu buka puasa dibeli sahaja.

Selain boleh mendapatkan menu yang berbeza-beza setiap hari, harga jual dipasar dengan jumlah yang sedikit akan jauh lebih murah dibandingkan apabila kita memasak sendiri di rumah.

Dengan kos gas dan bahan makanan yang akan terus merayap naik, maka untuk porsi makanan yang kecil (untuk keluarga kecil) sering kali membeli makanan untuk berbuka puasa jauh lebih murah daripada memasak sendiri.

Belanja pada akhir bulan

Cuba perhatikan. Biasanya, pasar raya besar memberi diskaun atau penurunan harga besar-besaran setiap akhir bulan (mulai 25 haribulan) hingga minggu pertama awal bulan. Gunakan kesempatan ini untuk belanja keperluan bulanan, termasuk keperluan untuk persiapan puasa dan bahan makanan berbuka puasa.

Harga barang-barang belanjaan tersebut akan kembali naik kepada harga normal atau lebih mahal (biasanya ada subsidi silang harga di pasar raya besar) pada minggu kedua dan ketiga setiap bulan.

Belanja sekali gus

Berbelanjalah dalam jumlah yang cukup besar untuk cukup menutupi keperluan satu bulan, kecuali untuk bahan-bahan segar seperti daging, buah dan sayuran yang boleh dibeli setiap beberapa hari atau minggu. Dengan belanja keperluan untuk satu bulan, maka kita dapat mengikuti momentum harga murah pada awal bulan tersebut.

Dengan melakukan perancangan secara sederhana dan lebih saksama, maka dijamin kantung kewangan keluarga tidak akan bolong, dan kita sekeluarga dapat menjalankan ibadah puasa dengan lebih khusyuk dan mendapatkan pahala puasa. Amin ....
Salam Ramahan ler pulak.. sori.. salam Ramadan.... Tak sabar nak cerita gelagat Atikah puasa....

Saturday, July 21, 2012

Hari Pertama berpuasa

SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM
 Semoga Ramadhan kali ini kita akan berusaha
 beribadah seikhlas hati dan semaksimum mungkin
Berikanlah kekuatan kepada kita
menghadapi cabaran dan dugaan yang mendatang....
Atikah...  kali pertama mencuba berpuasa tahun ini..
Ibu doakan yang terbaik untukmu sayang...

Friday, July 20, 2012

10 Kebaikan Kesihatan Bila Berpuasa

Esok kita dah puasakan.. Isyh tak sabarnya.
Jadi sangat setuju dengan saranan dari tulisan http://kevinzahri.com/
dalam tajuk 10 kebaikan kesihatan bila berpuasa.
Mesti setujukan. Masakan tidak inilah bulan yang sangat dinantikan
kerana berlaku banyak perubahan di dalam kehidupan kita.
 Jom kita tengok apa yang Kevin Zahri tulis :-

Kita sering dengar bahawa amalan puasa mempunyai baik untuk kesihatan dan mempunyai pelbagai hikmah. Tapi apakah kelebihannya? Terutama dari segi kesihatan, kawalan berat badan dan mungkin juga peranan puasa untuk mengawal beberapa penyakit?

10 Kebaikan Kesihatan Bila Berpuasa

Berikut adalah antara 10 kebaikan atau manfaat kesihatan bagi mereka yang berpuasa.

1.  Kurang berat : Saya rasa kebanyakkan di kalangan anda akan kurangkan berat badan dalam bulan ramadhan? Kenapa? Kerana susah untuk memenuhi keperluan kalori seharian dengan tiga hidangan (berbuka, makan malam dan sahur).

2.  Kawalan diri : Puasa mengajar kita untuk mengawal pelbagai godaan kehidupan termasuk nafsu makan, merokok dan lain-lain. Dalam usaha anda untuk kawal berat badan, kawalan nafsu makan memang mustahak.

3.  Kurangkan gula darah : Ini kerana pengambilan gula (glukos) yang tersekat dari sahur hinggalah berbuka (lebih kurang 14 jam), ini menstabilkan bukan sahaja glukos darah tapi juga tingkatkan kepekaan (sensitivity) insulin.

4.  Kolesterol : Bantu dalam kurangkan kolesterol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolesterol HDL (high density lipo-protein) dan juga dengan kurangnya berat badan sepanjang bulan puasa.

5.  Kurangkan tekanan darah : Puasa memang sesuai untuk kurangkan hypertension (tekanan darah tinggi). Pengurangan tekanan darah adalah hasil gabungan 1) tahap insulin yang lebih rendah 2) glukos darah yang lebih konsisten dan kekurangan water retention.

6. Ubah gaya hidup : Tanpa kewajipan berpuasa, saya rasa memang sukar untuk kita mengubah tabiat-tabiat buruk. Puasa sebulan memberikan peluang keemasan untuk membuang tabiat-tabiat yang kurang elok seperti merokok, makan berlebihan dan lain-lain.

…Tanpa kewajipan berpuasa, saya rasa memang sukar untuk kita mengubah tabiat-tabiat buruk…

7. Rehat : Ini penting. Lantas kehidupan dunia ini makin pantas dan jarang memberi ruang untuk kita rehatkan badan. Puasa bukan sahaja rehatkan sistem penghadaman tapi juga dapat rehatkan minda dan badan. Saya sendiri gunakan bulan puasa untuk berehat daripada aktitivi fizikal/senamam supaya beri peluang kepada badan untuk membaiki segala kecederaan ringan sepanjang tahun.

8. Bantu buang ketagihan : Ingin buang tabiat merokok, minum kopi berlebihan dan lain-lain? Jangan sia-siakan peluang berbuasa sebulan untuk mengambil langkah pertama.

…Ibadat puasa, tilawah, berzikir yang dilebihan pada bulan puasa dapat mengalih fokus dan kurangkan stres dan sememangnya menyenangkan…

9.  Kawal stres : Ketenangan dan pengubahsuaian fokus utama kehidupan daripada duniawi kepada akhirat bantu kurangkan stres! Ibadat puasa, tilawah, berzikir yang dilebihan pada bulan puasa dapat mengalih fokus dan kurangkan stres dan sememangnya menyenangkan disamping dapat pahala, insyallah.

10.  Lain-lain : Selain kelebihan di atas, berpuasa sepanjang bulan ramadhan atau puasa sunat mempunyai pelbagai kelebihan lain untuk diri, kesatuan keluarga, mengeratkan silaturrahim dan lain-lain lagi.

Jangan ikutkan nafsu.. inilah masanya kita belajar
mengawal nafsu dan seterusnya menjadi amalam kehidupan...
SELAMAT BERPUASA SEMUA...

Tempat mendaki di Puchong

Puchongpun ada tau tempat untuk mendaki bukit yang dikenali
 sebagai hutan simpan Ayer Hitam
atau Bukit Puchong atau akak suka sebut Bukit Wawasan.

Akak dengan kawan sebut Bukit Wawasan sebab
kaki bukitnya di Taman Wawasan Puchong.
Akak pernah cerita di dalam entry akak di sini :- Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong .  
Seperti yang akak bagi tau yang tempatni ditutup untuk orang awam.

Tapi dengar ceritanya sekarang tempat itu telah
dibuka kembali kerana mendapat bantahan dari pendaki dan penduduk sekitar. Maalumler di Puchongni tidak banyak tempat rekreasi yang agak mencabar.
Akak akan hanya dapat mendakinya selepas bulan Ramadan,
maalumler sekarangni agak sibuk sedikit....
Gambar tiada kaitan dengan cerita, gambar Azalia main
kuda pusing2ni di IOI Mall Puchong.
Kalau pergi sini memang kena naik bendani, dulu akak susah hati
sebab akak kena naik sekali, pening ooooo...
Sekarangni diaorang dah boleh naik sendiri, lepaskanjer...

Thursday, July 19, 2012

Tempat Menarik Langkawi ~ penutup Langkawi Trip

Ini adalah entry terakhir pasal Langkawi. Hanya sebuah  catatan untuk menutup pengalaman dan kenangan kami untuk trip ke Langkawi pada 17hb Jun 2012 sehingga 20hb Jun 2012. Di sini akak senaraikan tempat menarik untuk dilawati di Langkawi menurut pandangan akak juga dari brosur dan sumber-sumber boleh dipercayai...

Langkawi  sebenarnya bukan hanya tempat membeli-belah kegemaran wanita namun juga banyak tempat menarik yang mesti kita kunjungi. Pada akak kalaulah diizinkan Allah  dapat berkunjung lagi ke Langkawi antara tempat lawatan yang hendak sesangat  dikunjungi ialah :-

KILIM GEOFOREST PARK ~ Inilah tempat yang akak teringin sangat nak sampai kalau pergi Langkawi akibat terpengaruh gambar kak Suzana difacebook.  Katanya ~ I lurve this view and place....so beautiful....I just cannot describe...:-)). As you enter the water...your handphone will signalled roaming as you are approaching the border of Thailand sea. — at Kilim Geoforest Park. ~
Ampun kak Suzana sebab guna gambar yang telah membuka hati dan mata ini yang Langkawi memang terbaik... kak Suzanapun sangat vogue ok...

Baca blog ini untuk tengok tempat yang dilawati kalau memilih untuk pergi ke Kilim Geoforest Park... sedetikhati.blogspot.com @ rentetan-perjalanan-mencari-cinta Tajuk dah dasatkan... layan...

SUNSET CRUISE ~ Nampak menarik masa tengok dalam Majalah 3 kalau tak silap. Tapi harga dia boleh tahan, memang target dia adalah orang asing yang tidak berkira untuk berbelanja.  Tergoda tak  tengok gambar yang akak ambil dari googleni... Impian akak ini...

ISLAND HOPING ~ Ini satu aktiviti wajib yang sepatutnya dinikmati oleh kita semua.  Destinasi Island hoping Langkawi  biasanya adalah :-

TASIK DAYANG BUNTING ~ Memang tasik dayang bunting adalah tempat yang akak rasa biasa dengar dulu-dulu tapi belum sekalipun akak jejakkan kaki di sini. Memang teringinlah tambahan pula baca blog kawan kitani pasal island-hopping-tasik-dayang-bunting.

PULAU SINGA BESAR ~ Khabarnya di sini kita boleh tengok "Eagle feeding", maalumler Langkawi sinonim dengan helang mestilah tengok helangkan. Jom baca yerk blog kawan kita pasal berkelah-di-pulau-singa-besar dengan gambar yang menawan kalbu lagi...

PULAU BERAS BASAH ~ Dengarnya pulau ini cantik sangat, pasir pantainya sangat bersih dan putih, airnya jernih kebiruan. Alamak sangat teringin sampai ke sini, jom baca alkisah satu cerita dalam pulau-beras-basah.

LANGKAWI AGROTRAIL ~ menurut UTUSAN MALAYSIA : -
Perjalanan Langkawi Agrotrail  bermula dari Kompleks Kota Tani, Langkawi dan mereka (pelancong) akan dibawa tempat-tempat memproses ikan bilis di Kuala Teriang terlebih dahulu. Kemudian ke Kampung Lawer untuk merasai keenakan jeli kelapa muda kemudian terus melawat Buffalo Park di Kampung Nyior Chabang sambil melihat cara membuat keju mozarella daripada susu kerbau. Seterusnya, pelancong dibawa melawat Taman Teknologi Agro MARDI untuk menikmati buah-buahan tempatan yang ditanam di sana. Destinasi berikutnya berakhir di Kampung Bukit Hantu di mana pelancong akan dibawa melihat tempat memproses manisan nira kelapa pandan.
BUFFALO PARK ~ Akak pernah tengok dalam majalah 3 pasal Buffalo Park ini, macam tak percaya ada juga yerk ada kat Langkawi. Rasanya tempat macam gini mat salleh suka sesangatkan.
MARDI Langkawi Agro Technology Park ~ Kalau pergi ke tempat ini rasanya yang paling best sebab dapat makan buah-buahanlerkan. Baca pengalaman blogger ini di :- sharinginfoz.blogspot.com @ jom-makan-buah-buahan-di-mardi-agro
Tempat yang akak senaraikan selepas ini pula akak tak pernah pergi lagi dan kalau ada rezeki nak juga pergi. Antaranya ialah LANGKAWI WILDLIFE PARK, TAMAN BUAYA LANGKAWI, KAMPUNG AIR HANGAT, KOMPLEKS BUDAYA KRAF, PANTAI TANJUNG RHU

Tempat menarik yang akak senaraikan dibawah adalah tempat mesti atau harus dilawati kalau kita pergi ke Langkawi. Kalau pertama kali datang ke sini wajib pergi jawabnyer...

UNDERWATER WORLD LANGKAWI ~ Tempat yang mesti dilawati kalau datang ke sini terutama kalau kita bercuti bersama anak kecil. Walaupun akak dah pergi dua kali ke Underwater World Langkawi ini rasanya akak teringin nak ulang lagi kalau datang lain kali. Boleh baca kisah kami di sini :- Jom Underwater World Langkawi.

LANGKAWI ORIENTAL VILLAGE ~ Kalau ditanya akaklerkan, inilah tempat yang mesti kita pergi.. Macam-macam ada ... Jom layan akak punya entry pasal Oriental Village Langkawi. Di sini juga ada Langkawi duck tours dan Langkawi cable car yang pasti melengkapkan perjalanan indah kita di Langkawi. Inilah tempat yang menjadi kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia...

GALERIA PERDANA ~ Peminat atau siapa yang menjadikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai idola mesti datang melawat sini. Menurut laman web http://www.jmm.gov.my/  Galeria Perdana dibina bertujuan mempamerkan anugerah, cenderamata dan hadiah yang diterima oleh Y.A. Bhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Y.A. Bhg. Tun Siti Hasmah bte Mohd Ali daripada pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh dunia serta masyarakat Malaysia sebagai penghargaan kepada beliau dan Negara Malaysia semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Boleh juga baca kisah kami semasa di Galeria Perdana tempohari :- Melawat Galeria Perdana Langkawi

DATARAN LANG dan LANGKAWI LAGENDA PARK ~ Tempatni bukanlah apa-apa tapi sudah pastilah tempat yang harus dikunjungi untuk melengkapkan kisah kita berada di pulau lagenda ini... Mesti ambik gambar disini sebagai bukti yang kita dah sampai sini...

KOTA MAHSURI dan BERAS TERBAKAR ~ Kalau sampai sini kenalah melawat Mahsuri barulah tahu lagendanya.. Sesuai juga untuk anak bandar yang tidak biasa melihat rumah melayu lama, sawah bendang juga alatan digunakan, perigi sumber air zaman dahulu juga ada pameran yang sesuai untuk generasi muda.. Kita juga dapat mendengar muzik tradisional juga menikmati kuih tradisional di sini. Beras terbakar akak tak pergi tapi di sini juga tidak kurang sejarahnya untuk dipelajari...

Senarai di bawah pula tempat makan yang sempat kami singgah dan tengok tapi tak singgah semasa di Langkawi. Akak caripun berdasarkan rekomen dari kawan blog juga. Antaranya ialah :-

EE Burger Trimula Cafe ~  Kedaini bukanlah ada burgerjer ok macam-macam ada. Kami pergi untuk makan malam hari kedua, rasanya boleh tahan.. maju bisnes dia sebab tengok dia ada delivery jugak ke hotel terpilihler kot.. Jom baca di :- onniesham.blogspot.com @ jjcm-langkawi-ee-burger-trimula-cafe .

Jom Ikan Bakar ~ Seperti diwar-warkan tidak menghampakan... dekat dengan kawasan airport.. senang nak cari... Kalau dari airport, belok kanan dan akan jumpa bulatan.
ambil  pukul 9 iaitu jalan menuju ke pekan Kuah.. Selamat kecur air liru baca blog ini :-kucingorengemok.blogspot.com @ jom-ikan-bakar

Medan Selera Nelayan Bukit Malut ~ Akak tak sempat nak menjamu selera di sini tapi dapat singgah sebentar tengok ikan yang segar kat dapur dia. Mungkin di lain kali akak akan sampailah ke sini...

Restoran Wan Thai, Jalan Kelibang, Kuah ~ Akak jumpa blog ini syaniaftersix.blogspot.com @ senarai-tempat-makan-yang-best- dan memang banyak di cadangkan. Antaranya ialah Restoran Wan Thai ni, akak pergi tapi tuler tutup pulak. Takper next timeler yerk...

Di laman web ini macam-macam maklumat tentang Langkawi :-  langkawi-info.com/attractions/10-things-to-see . Boleh baca dan rancang perjalanan semoga mudah segalanya...
"To be truly Fascinated by the Amazingly Beautiful Pulau Langkawi Attractions,
You've got to come here and see it for yourself!"

Wednesday, July 18, 2012

Diet Ramadan : Pentingkan Keseimbangan

Akak beli majalah MIDI keluaran 1 Julai 2012ni sebab sangat bosan masa buat road show di Puteri Mart hari minggu lepas. Memang sangat letih dan
 sangat panas almaalumler Puteri Mart bukanlah tempat yang ada aircond hanya mengharapkan angin sekali-sekala bertiup. Ok ini akak taipkan kembali
isi kandungan Diet Ramadan : Pentingkan Keseimbangan
yang diletakkan dalam ruangan Diet Nutrisi olahan Rosmah Idayu Abu Samah.
Mungkin sangat penting dalam persiapan
kita menyambut bulan Ramadan yang mubarak ini...

Rasanya baru sahaja kita meraikan Syawal, kini Ramadan tiba lagi. Selain membawa satu babak baru dalam kehidupan kita tahun ini, Ramadan turut membawa bersamanya beberapa perubahan termasuklah perubahan waktu kerja dan sekolah serta gaya hidup umat Islam, umumnya.

Apabila menyebut Ramadan, pastinya pola pemakanan kita akan turut berubah. Waktu pengambilan makanan berubah iaitu kita hanya akan menjamah makanan ketika bersahur dan makan semula pada waktu berbuka puasa.

Menahan lapar dan dahaga serta hawa nafsu selama lebih 12 jam dalam tempoh sebulan yang akan datang, memang bukan satu hal yang boleh dipandang mudah.

Malah, sepanjang tempoh ini, proses pembakaran dalam tubuh tidak terjadi dan bekalan cairan ke dalam tubuh juga tidak ada. Akibatnya, rasa tidak sedap badan dan lemah-lemah akan mula muncul.

Namun, jika ibadah puasa dijalankan dengan betul, gangguan kesihatan yang dicetuskan oleh manusia itu sendiri boleh dihindari. Malah, banyak sekali manfaatnya hingga mampu menyucikan racun daripada badan.

Menahan lapar dan dahaga selama seharian penuh bukan bererti anda boleh makan dan minum secara berlebihan pada waktu sahur dan berbuka. Makan pelbagai jenis makanan dalam jumlah sederhana ialah kunci kepada nutrisi yang baik.

Makanan yang memenui standard nilai makanan mencakupi 50 peratus karbohidrat, lemak (25 peratus), protein (10-15 peratus) serta mineral secukupnya.

Misalnya, karbohidrat diperoleh daripada nasi, kentang, mi atau jagung manakala protein daripada daging, ikan, tempe, tauhu dan sumber vitamin dan mineral daripada sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna kuning, hijau tua dan merah.

Cuma yang lebi berbeza pada bulan Ramadan adalah dari segi pengambilan cecair yang selalunya dibuat secara terus-menerus - berberapa kali sehari (1.5 hingga 2 liter sehari). Sedangkan, kekerapannya terbatas ketika berpuasa.

PERUBAHAN DIET

Pada bulan puasa, diet kita bertukar dengan ketara. Pengambilan makanan menjadi lebih berat pada sebelah pagi dan malam tanpa mengisi perut di antaranya dalam satu tempoh yang panjang.

Perubahan ini bukannya dapat diterima dengan baik oleh semua orang. Sesetengah daripada mereka mengalami masalah penumpuan kurang baik dan keletihan ketika berpuasa.

Antara sebabnya adalah kerana terjadinya kandungan gula darah yang rendah dan tekanan darah rendah.

Sebaiknya, kita dinasihatkan supaya berbuka puasa dengan makanan atau minuman manis dan ringan dahulu seperti teh manis hangat dan kurma sangat dianjurkan kerana gula merupakan sumber tenaga yang dapat segera digunakan.

Ia baik untuk memulihkan gula darah dan mengelakkan alat pencernaan terkejut. Seboleh-bolehnya, jangan terus dimulai dengan nasi kerana makanan ini sukar diubah menjadi tenaga.

Kurma, selain berguna untuk membekalkan tenaga, juga kaya dengan gizi makanan berupa kalium, magnesium, niasin dan serat. Kurma, jus dan sup merupakan sumber tenaga yang baik, yang mampu membantu mengekalkan keseimbangan air dan mineral tubuh.

Berbuka dengan segelas air dan tiga biji kurma sudah mencukupi semasa berbuka kerana ia sememangnya berkhasiat. Bagaimanapun, kurma juga mengandungi 20 kalori bagi setiap biji, pengambilannya hendaklah dipantau.

Bersahur pula, keperluan kalori untuk wanita dewasa bersamaan 1,900 kalori sehari sedangkan untuk lelaki 2,100 kalori, yang mampu dipenuhi daripada makanan yang diambil semasa bersahur dan buka puasa.

Bersahur telalu kenyang boleh menyebabkan kadar gula dalam darah melonjak sekali gus meningkatkan penghasilan hormon insulan dan lemak.

Akibatnya, tubuh mudah lesu dan mengantuk. Minum banyak saat sahur juga disarankan untuk menjaga agar terhindar daripada dehidrasi (kekurangan cairan tubuh).

Sekiranya anda tidak yakin telah menerapkan pola makan dengan konsep dasar menu seimbang, bolehlah mangambil pemakanan tambahan (suplemen) atau vitamin, sebaik-baiknya mulitivitamin. Berundinglah dengan doktor terlebih dahulu.

ELAKKAN :

Makanan berminyak, berlemak dan mengandungi terlalu banyak gula.

Makan secara berlebihan terutamanya pada waktu bersahur.

Terlalu banyak minum teh dan minuman berkafein lain seperti kopi dan kola semasa bersahur. Ia meningkatkan kekerapan anda membuang air kecil sekaligus menyingkirkan garam mineral yang diperlukan oleh badan pada siang hari.

Merokok satu tabiat yang tidak berfaedah dan sama sekali tidak menyihatkan. Ia memberikan kesan negatif terhadap penggunaan pelbagai vitamin, metabolit dan sistem-sistem enzim di dalam tubuh badan.

MAKAN :

Karbohidrat kompleks semasa sahur. Dengan cara itu, makanan boleh bertahan lebih lama dan anda pun kurang berasa lapar.

Bubur lambuk yang popular semasa bulan Ramadan ialah sumber protein yang sangat baik dan lambat dibakar. Datang dalam bentuk pes, ia diperbuat daripada gandum, daging, lentil dan rempah-ratus.

Kurma merupakan sumber gula, serat, karbohidrat, kalium dan magnesium yang baik.

Badam kaya dengan protein dan serat serta kurang lemak.

Pisang ialah sumber yang baik bagi kalium, magnesium dan karbohidrat.

MINUM :
Sebanyak mungkin air, sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas sehari. Bagi warga emas sering kali tidak berasa haus namun demi kesihatan, hendaklah diusahakan untuk minum secukupnya sekalipun tidak berasa dahaga.
Minum air tidak semestinya air putih semata-mata tetapi minum teh, susu, jus buah-buahan, koktel bahkan kuah sayur juga dikira sebagai cecair.

Wordless Wednesday ~ 180712

Hanya gambar kenangan semasa di rumah adik akak di Ipoh tempohari...
Dik Ya suka sebab ada buaian ini, sambil tiup belon buih.

Tuesday, July 17, 2012

Laman Padi Langkawi

Laman Padini akak singgah semasa dalam perjalanan balik dari Oriental Village sebelum balik ke Langkapuri Inn. Pandangan akak tempatni boleh kata cantik cuma tidak dijaga dengan elok. Oleh kerana memori kamera sudah tidak membenarkan kami berposing lebih-lebih dapatlah ibu dia mengabadikan dua keping gambar sahaja di sini.

Sebenarnya dua orang budak kepenatan jadinya dapat jejakkan kaki di sinipun kira oklahkan.. Jom tengoklah ...
Dik Ya kata cantik tempatni tapi sunyijer...
Bila tengok lawa pulak ambik gambar di sini alangkah baiknya kalau balik kampung nanti bolehlah pergi ke sawah yang dekatjer dengan rumah.
Laman Padi Langkawi

Laman Padi Langkawi is Langkawi's latest attraction and one that should not be missed for agro-tourism lovers. Located at Pantai Cenang, in the vicinity of the island's popular beach resorts and just 10 minutes from the airport, Laman Padi Langkawi showcases the history, heritage and development of the nation's rice growing industry.

Among the attractions here is a rice museum displaying artifacts, charts and photographs showing the significance of padi cultivation to the country. Visitors have the opportunity to enjoy a bird's eye view of the fields from a roof-top garden. For the uninitiated, try your hand at -padi planting using both traditional as well as modern methods of cultivation. There is also a restaurant offering popular traditional Malay recipies and local delicacies which are prepared using rice as the main ingredient.

Open Hour: Daily: 10.00am - 6.00pm
Entrance Fee: Adult - RM2.00
Child - Free (below 12 year old)
Akak pergitu tak kena bayarpun tapi mungkin kalau nak masuk ke dalam lagi kena bayar kot. Masa akak pergitu tak jumpapun orang jadinya tak tahu nak bertanya pada siapa.. Jadinya kalau tinggal di sekitar Pantai Chenang bolehlah datang sinikan....

NEXT ENTRY : TEMPAT MENARIK LANGKAWI

Monday, July 16, 2012

Gambar macam-macam ada

 "A picture is worth a thousand words"
Betoikan kata-kata di atastu... Gambar adalah perkara terbaik untuk menerangkan keseluruhan kenangan yang terukir. Oleh itu pengajaran yang terbaik untuk akak sepanjang percutian ke Langkawi ini ialah kena beli kad memori yang lebih besar kalau percutian itu melebihi sehari.  Paling sedih ialah sudahlah memori di dalam kamera  penuh, akak boleh tersalah teknik pulak semasa memindahkan gambar. Sudahnya banyak gambar tiada dalam album, mungkin kena pergi lagi... kuang.. kuang.. kuang...

Sebenarnya impian akak ialah nak beli kamera baru  . Serius cakap yang akak sangat cemburu kalau tengok gambar yang dihasilkan oleh kamera yang canggihni.

Gambar di bawah macam rojak, macam-macam ada. Layankan sahaja yerk !!!!
Masani kononnya nak pergi pantai Tanjung Rhu yang cantik tapi masa nak masuk suami akak kata tak boleh masuk macam tak bukak untuk awam jadi jumpa pantainipun ambik gambar.. Padahal bolehjerkan masuk.. tak kisahlerkan mungkin nanti kita boleh tidur kat Tanjung Rhu Resort pulak...
Tempat makan tengahari hari pertama dan ketiga kami di Pulau Langkawi, berhadapan dengan Underwater World. Boleh tahan juga dari segi rasa dan harga...



Singgah sebentar ke kilang minyak gamat Nusantara. Belilah sikit sebab kalau dah sampai Langkawi tak bawak balik minyak gamat macam tak sah..
Kelakar muka dik Ya yang kepanasan, tapi sebab ibu dia nak jugak ambik gambar botol besartu terpaksalah dia posing.. isyh kalaulah besartu  memang pakai tak habis...
Singgah ke Telaga Harbour Park nak ambik gambar bot mewah tapi tengokler Dik Ya nak gak bergambar dengan tongni.. masani Atikah dah tak layan ibu, dia tak nak turun kereta...
Cuaca terikpun tidak dipedulikan asalkan ibu dia dapat ambik gambar di sini... nasib dik Ya layan

Friday, July 13, 2012

Langkawi Cable Car mesti pergi

Langkawi Cable Car atau kereta kabel adalah tempat yang mesti dilawati kalau datang ke Langkawi. Akak dan suami dahpun naik masa kali terakhir jejakkan kaki ke Langkawi ini, tapi rasanya tidak sah percutian  kalau tak pergi ke sini lagi. Apa yang menarik di sini? Sudah pastilah keindahan alam yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata, Subhanallah..  Lagipun hobi akak dulu kala mendaki gunung jadi kesempatan untuk berada ditempat tinggi seperti ini detik yang amat dinanti. Yang paling penting sekali ialah pengalaman naik kereta kabel kali ini adalah bersama dua permata hati yang disayangi tentulah lebih berharga.

Oleh kerana kami pergi semasa bukan cuti persekolahan, semuanya amat mudah sekali. Tidak perlu beratur panjang dan tidak perlu berkongsi dengan orang lain didalamtu hanya kami. Perkara yang paling memudahkan urusan percutian akak ke Langkawi ialah dengan balasan email dari pihak panorama, terima kasih Noraini...
Dear zila

Perubahan terkini untuk jadual maintenance pada bulan  June adalah pada 18th dan 19th June 2012.  Sila abaikan maklumat dari website yang lain.  Cik boleh melayari website rasmi kami di www.panoramalangkawi.com untuk maklumat terkini.  
Kalau ikutkan laman web lain yang akak jumpa katanya jadual penyelenggaraan adalah pada 19hb hingga 20hb. Kot idak membazir masajer kami kalau pergi pada 18hb tu... Jom kita tengok gambar kami yang tak berapa nak banyakni..
Harga tiket Skycab semasa kami pergi hari itu.. harganya memang berbaloi, dengan syarat memang kena tunjukkan MyKad dan MyKid tiada kompromi.. Jadi jangan lupa bawak MyKad dan MyKid ok banyaktu 50%. Sky Cab dan Duck Tour Combo tu pulak akak untung beli kat kaunter depan sebab untuk sefamili RM100 dan campur ngan tiket naik Skycab iaitu (15X2 + 10X2) RM50. Total belanja = RM150 kalau beli di kaunter ialah (RM50 X 2 + RM30 X 2) RM160. Jimat RM10jerpun....                        
Muka yang sangat comel, masani baru berlepas dari stesyen dibawah tak gayat lagi..
Bergambar untuk kenangan di stesyen yang pertama..
Pemandangan stesyen kedua dari stesyen yang pertama. Mata dah sepet sebab matahari yang panas sesangat..
Saya happy tau walaupun cuaca panas tapi ada angin yang menyejukkan badan saya..
Seronok menghirup udara segar di sini, sampai kembang hidung saya...
Kalau gayat memang tak boleh naik sini tau, tapi tidak untuk saya...
 Kami dah penat ibu, isyh nasib tak pergi island hoping lagi penatkan...
 Bukan cuti sekolah jadi yang ramai kat sini adalah foreigner terutamanya orang arab..
Senyumlah wahai anakku...
Melihat pemandangan stesyen satu dari stesyen dua..
Ni gambar semasa turun, dik Ya bangun masani.. tak gayat budakni...

Rasa hati akak sangat gembira berada di atas sana tapi yang tak senoroknya dua orang budak bertuahni tak berapa nak bergambar.. Masa di atas sana pulak cuaca panas dan kering lailah rasa tidak selesa. Biasalah budak zaman sekarangni biasa berjalan di tempat yang sejuk sahajakan... Skybridge juga tutup masa kami pergi, kalau bukakpun tak mungkinler akak dapat pergikan..

Jom baca blog ini, kagum tengok gambar yang dia ambil...  :- zhishan90.blogspot.com @ langkawi-trip-oriental-village-cable .

NEXT ENTRY  :-  LAMAN PADI LANGKAWI

Nuffnang oh Nuffnang