Nuffnang saya

Thursday, August 30, 2012

Spontaneous Thursday

Harini akak bercuti dengan sengaja untuk mendapatkan rehat selama 4 hari. Ada sebab akak bercutini, nantilah akak ceritakan.. Untuk "Spontaneous Thursday" hanya gambar anak saudara bongsu terkini, Muhammad yang bam.. bam....

Senyuman yang buat hati ini cair...
Mmmmmmm ... geram tengok ini budak...
Suka dengan atok.... sebab mak saudara dia suka kacau dia...
Muhammad dengan abang dia Mikhail...


Wednesday, August 29, 2012

Bangunan Sultan Abdul Samad di hari raya

Ini kisah dipetang raya pulak yerk...
Selalunya kalau beraya di Gombakni yang meriahnya ialah waktu pagi.
Kalau dah tengaharitu selalunya keluarga akak sahaja yang tinggal.
Jadi akakpun terasa nak berhari raya ke rumah
kawan opis akak di Bandar Tun Hussein Onn.
Al kisahnya masa nak balik ke Gombaktu,
suami akak rajin pulak bawak kami anak beranak
ke Bangunan Sultan Abdul Samad untuk bergambar..
Jadi layan gambar anak-anak akakler...

Atikah di rumah Rozi, ini sajapun gambar yang ada..

Ini aksi apa tak taulah, layan

Azaliapun tak kurang nak gak bergaya...

Kalau bergambar memang tak reti diam, gitulah akibatnya...

Suka gambar dua orang budak tapi pemandangannya cacat sikit..

 Nak gak gambar Dataran Merdeka...

Inilah aksi Atikah...

Dik Ya yang nak terbang...

Beraya di KL ginilah rupanya....

Tuesday, August 28, 2012

Gambar keluarga di hari raya

Gambar hasil cilok baik punya dari facebook sepupu husband akak.
 Gambar keluarga Fatimah Gombak yang tidak cukup korum pada hari raya pertama.
 
Nenek suami akak, mak kepada mak mertuaku... Fatimah namanya.
Adik ipar akak dengan mak mertuaku.. akak terlupa nak ambik gambar bersama...
Ini gambar keluarga akak.. Tu pasal akak boleh pakai warna pink sebab suami akak tak kisah. 
Ini keluarga adik iparku, dia kahwin awal jadinya anak dia dah masuk kolejpun...
Keluarga Pak Busu Shah Alam.. 
Keluarga arwah Ateh... 
Keluarga Mak Lang, hanya anak sahaja.

Keluarga Mak Anjang, hanya cucu dan anak sahaja... 
Anak Pak Busu...

Monday, August 27, 2012

Lebaran 2012

Jom layan gambar  kenangan lebaran 2012 yang seperti biasa
diraikan di Gombak rumah keluarga mertua.
Gambar kali ini paling tak seronok sebab gambar berdua
Atikah dan Azalia berbaju kurung tiada diabadikan.
Semua gambar ini adalah pada hari raya pertama sebelah pagi
di rumah nenek dan rumah Mak Anjang.
Deretan biskut raya untuk anak cucu, untuk tetamu di meja lain ok...
Tiga orang budak yang sangat susah nak berposing, geram sesangat...
Famili pink.. kebetulan pulak dua keluarga yang lain memilih warna pink..
Sebahagian dari sepupu suami..
Sebahagian dari cucu dan cicit perempuan nenek mertuaku... 
Sebahagian dari cucu dan cicit nenek mertuaku..
 Azalia dan Naufal ...
Akak nak posing gak.. 
Azalia dan kuda kayu...

Setelah sekian lama bercuti

Kalau dah sekian lama bercuti mesti malas nak datang kerjakan.. Tapi sebagai pekerja itulah yang kita tahu, kenalah datang seikhlas hatikan. Oleh kerana bercuti maka blogpun bercuti sama. Langsung tak sempat nak tengokpun, apatah lagi nak buat entry baru. Jadi ini entry pengenalan selepas bercuti panjang. Nanti ada masa kita ronda rumah kawan-kawan pulak yerk...

Gambar biskut raya sebagai pengenalan.. 

Wednesday, August 22, 2012

Legoland Malaysia akan dibuka

Ini auto publish sebab tau kalau dah cutini memang tak tengok blog gamaknya. Kita tinggalkan cerita hari raya sekejap kita cerita pasal Legoland Malayia yang akan dibuka pada 15 September ini. Taman tema baru yang dinantikan ini terletak di Iskandar Malaysia, Johor Bahru. Sangat teruja sebab dah beli tiket dari bulan Mei yang lepas...

Anak-anak dah siap gebang ngan kawan-kawan dia nak pergi Legoland sebab mak kita dah beli tiket. Kami rombongan kawan sepejabat mungkin akan pergi pada bulan Oktoberkan. Harap semuanya akan menjadi kenyataan... Harga tiket kalau ikutkan murahlah dari harga sebenar itulah sebabnya kami semua berpakat nak beli. Kalau akak orang Johor rasanya nak akak beli pas tahunan lagi murah....
Kami dah ada tiket masuk tau...
Dik Ya yang teruja tengok pamplet...
Ralit tak pedulikan orang langsung.. dah lunyaipun pamplettu...

Tuesday, August 21, 2012

Detoks tubuh selepas raya

Kalau dah rayatu mesti makan banyakkan, jadinya akak taipkan cara untuk detoks tubuh selepas makan banyak di hari raya... Ambil ini dari majalah Mingguan Wanita keluaran khas hari raya, jom kita baca...

TAJUK : Amal 5 jenis buah ~ Detoks tubuh selepas raya
Baik di bulan Ramadan apatah lagi Syawal, perut akan diisi dengan pelbagai hidangan tanpa mengira ia baik untuk tubuh atau sebaliknya. Oleh itu selepas puas menikmati hidangan penuh kolestrol mahu lemak seeloknya anda mempertimbangkan cadangan untuk menjalani program detoks atau membuang racun dari tubuh.

Tidak perlu diet detoks yang khusus untuk melakukannya. Anda hanya perlu mengambil beberapa jenis buah-buahan tepat yang mempunyai kandungan vitamin, mineral, serat, asid amino dan enzim yang sesuai untuk tujuan detoks.

Khasiat buah ini untuk mengikat racun dan membuangnya dari dalam tubuh. Oleh itu setiap kali anda memenuhkan perut dengan aneka hidangan, eloklah anda menyantap buah-buahan di bawah untuk tujuan detoks.

BUAH LIMAU
Limau atau oren mengandungi banyak vitamin C, antioksidan kuat yang mampu melindungi tubuh dari radikal bebas yang berbahaya dan mencegah penuaan awal. Antioksidan juga membantu mengurangi risiko kanser dan penyakit jantung serta meningkatkan penyerapan zat besi.

Buah lemon adalah buah pembersih yang paling baik. Kandungan astringen dan antiseptiknya merangsang kerja hati dan kantung hempedu. Segelas air panas dan perahan lemon segar adalah cara paling baik untuk memulakan usaha detok. Perahan limau akan merangsang pencernaan dan menyihatkan sistem tubuh. Selain itu, perahan buah-buahan tersebut juga kaya akan beta-karoten, kalsium, fosfor dan potasium.

EPAL

Khasiat epal pada kesihatan memang tidak dapat disangkal, begitu juga untuk menyingkirkan racun dari dalam tubuh. Epal mengandungi asid malat dan asid tartaric, yang berperanan meningkatkan kerja sistem pencernaan dan membersihkan hati. Kandungan pectin yang tinggi akan mengikat logam berat, seperti timah. Epal juga menyediakan energi yang stabil dalam kandungan fruktosa (gula asam).

PIR

Buah selanjutnya adalah pir. Apabila dimakan secara teratur, pic membantu mempercantikkan kulit dan membuat rambut berkilau. Selain itu, pir juga berperanan sebagai ubat diuretik (pendorong penghasilan air kencing) dan laksatif yang efektif.

ANGGUR

Anggur merupakan buah yang digunakan untuk detoks yang paling efektif. Buah ini terbukti dapat meringankan sembelit dan membantu mengatasi masalah ginjal, hati, sistem pencernaan, serta kulit. Anggur yang paling baik adalah anggur putih atau anggur merah.

MANGGA

Buah dengan isi yang lembut dan harum ini terbukti mampu membersihkan darah. Buah ini juga baik untuk sistem ginjal dan pencernaan..

Ehm sedapnyer dapat makan buah-buahanni.. bukan sahaja sedap tapi berkhasiat dan boleh detoks tubuh kitakan... jadi apa lagi sediakan buah dalam hand bag masa beraya...

Sunday, August 19, 2012

SeLaMaT HaRi RaYa

SELAMAT HARI RAYA

Telah tiba syawal yang dinantikan, mesti hari ini semuanya berpakaian serba barukan. Mesti meja sudah penuh dengan hidangan makanan. Hati-hati kawan jangan makan banyak nanti baju raya semuapun tak muat, tu sebab akak beli jubah  besar senang nak makan banyak... Suruh orang hati-hati tapi diri sendiri tak hengat..

Akak berhari raya pertama di Gombak rumah nenek suami akakni seperti selalu. Hari raya ketiga nanti akak akan balik ke Bota Insyaallah.  Sudah tidak sabar nak jumpa adik beradik sebab tidak senang keluarga akak berkumpul. Hari ini selalunya tidak kemana hanya duduk di rumah nenek dan aktivitinya adalah makan, sembang, makan, sembang dan seterusnya. Makanan di Gombak ini memang hebat, beraneka jenis, macam-macam ada dan dengan kata lain rugi kalau tak makan.

Dengan semangat hari raya akak ucapkan kepada semua ...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua
Berbahagialah hendaknya kita semua dengan nikmat diberi
Berilah kemaafan kepada sesiapa yang menyakitkan hati kita
Memberi kemaafan dan menerima kemaafan terindah

Saturday, August 18, 2012

5 Disiplin diet ketika bertandang raya

Diperturunkan juga 5 Disipllin diet ketika bertandang raya maalumler kitakan dah beraya tak ingat dunia punya..

Sumber : Majalah Keluarga edisi raya

Setelah sebulan berpuasa menahan diri daripada lapar dan dahaga, kini tiba saatnya kita sama-sama menyambut Syawal yang mulia. Selain memperoleh pahala puasa, tidak ketinggalan kita juga mampu meningkatkan disiplin dan kualiti peribadi kepada suatu tahap yang lebih baik dan bermakna. Malahan, bagi segelintir wanita, berpuasa merupakan salah satu alternatif untuk mendidik dirinya berdiet.

Natasha umpamanya mampu mengurangkan mampu mengurangkan 10 kilogram (kg) dalam masa sebulan berpuasa. Namun malangnya, setelah menyambut lebaran, berat badannya naik mendadak, gara-gara tidak mengawal pemakanannya sepanjang Syawal. Beberapa tip yang disediakan ini mungkin boleh diamalkan supaya perkara yang menimpa Natasha tidak berulang.

1)  MAKAN SECARA SEDERHANA
Tiada diet khusus untuk sambutan hari raya, sebaiknya sebagai wanita yang matang kita perlu bijak dalam mengawal pemakanan. Sambutlah hari raya dengan sederhana kerana makanan pada hari raya boleh dikatakan kebanyakannya terdiri daripada makanan berat. Hari raya jangan dijadikan tiket untuk kita menikmati pesta makan dan membalas dendam selepas berpuasa selama sebulan.

2) KURANGKAN MAKANAN BERMINYAK DAN BERKOLESTEROL

Tidak dinafikan pelbagai hidangan disajikan ketika mengunjungi saudara-mara, tetapi anda sebaiknya cuba elakkan memakan terlalu banyak makanan berminyak dan berkolesterol tinggi seperti sup tulang. Tidak salah menjamah, tapi tidak terlalu banyak.

3) KURANGKAN MINUMAN BERGAS

Selain daripada menjaga pemakanan, minuman manis juga perlu dikurangkan seperti minuman berkabornat. Ramai di antara kita mengambil langkah mudah dengan menghidangkan air bergas untuk tetamu, sebagai tetamu anda sebaiknya perlu bijak mengawal diri dengan banyakkan minum air putih.

4) AMALKAN PEMAKANAN SEIMBANG

Setiap hari sebelum keluar dari rumah, apa kata rancang perjalanan anda untuk sepanjang hari. Kemudian, cuba atur diet anda, sekiranya rumah pertama anda telah ambil nasi lemak, rumah seterusnya mungkin anda boleh menikmati pemanis mulut seperti puding roti atau sebagainya. Namun, segalanya bergantung kepada diri sendiri.

5) LAKUKAN SENAMAN

Walaupun sibuk dengan jemputan rumah terbuka saban minggu, anda sepatutnya tidak melupakan rutin wajib untuk mengekalkan kesihatan tubuh iaitu senaman. Cuba curi masa sekurang-kurangnya berjogging setempat sebelum memulakan hari anda. Pastikan anda melakukan senaman secara berjadual.


Janganlah makan mengikut nafsu kelak merosak diri...

Friday, August 17, 2012

SeLaMaT BeRcUtI

SeLaMaT BeRcUtI...  Akak masih kerja hari ini, kalau ikut setiap tahun Bursa akan bagi cuti separuh hari tapi sampai sekarang belum ada pengumuman lagi. Kena kerja sampai petanglah hari inikan... Rasanya dah ramaipun yang sampai ke kampung..

Untuk yang baru nak memulakan perjalanan balik ke kampung, berhati-hati di jalanraya.. Ingatlah yang tersayang... Blogpun makin sunyi ramai dah sibuk untuk buat persiapan hari rayakan....

Jamu Selera di hari raya mesti berpada-pada

Satu artikel dari majalah keluaran khas hari raya
yang baik untuk panduan kita semasa hari raya..
untuk semua dan yang penting untuk tuan yang tulisnyani.
Bila hari raya tak sedar diri makan macam tiada esok bagimu..
harap tahunni akak dapat mengawal nafsu dengan baik.

Hari raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah. Selain daripada amalan kunjung mengunjungi, hari raya juga dimeriahkan lagi dengan pelbagai juadah yang menjadi santapan buat tetamu.

Walaupun hari raya bermakna hari kemenangan untuk orang Islam setelah dengn taatnya menjalani ibadah berpuasa sebulan sebelumnya, ia tidak bermakna kita boleh makan apa sahaja di hari raya. Seharusnya, amalan pemakanan sihat tidak boleh dilupakan. Berikut ada 7 panduan untuk makan secara sihat di hari raya.

7 panduan makan secara sihat

1) Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil.

2) Pilih makanan yang rendah kalori seperti buah-buahan serta makanan yang kurang minyak, lemak dan santan.

3) Pilih makanan yang tinggi serat untuk mengelakkan sembelit.

4) Hadkan pengambilan makanan yang manis-manis dan berlemak seperti dodol.

5) Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam seperti kerepek.

6) Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut.

7) Minum air kosong berbanding minuman berkarbonat atau minuman yang manis.

Jom juga kita tengok tips ketika hari raya yang diturunkan oleh susu sejat untuk panduan :- http://sususejat.com/tips-ketika-berhari-raya-2010/

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiL FiTrI
MaaF ZaHiR BaTiN

Thursday, August 16, 2012

Biskut Raya kegemaran

Ramai orang post di fb dah sampai kampung,  sedihnya rasa hati kita yang beraya di sini. Akak tak buat persiapan lagi untuk balik kampung sebab raya ke 3 baru  balik Perak, raya pertama dan kedua hanya di Gombak. Kalau dah nak raya mesti cerita pasal raya mesti setiap orang ada biskut raya kegemaran masing-masing.

Biskut kegemaran akak ialah putu kacang. Sebab suka emak suruh tolong dia  buat dari  goreng kacang, tumbuk guna lesung besi (ini paling penat sebab buat banyak) dan tekan diacuan (inipun sangat leceh). Sekarangni memang belilah, tak kuasa akak.  Biskut lain yang menjadi kegemaran  ialah biskut makmur, mazola, samperit, kuih siput dan kuih tart. Ikutkan semua kuihpun akak suka, jadi bila baca pasal kalori di blog Kevin Zahri tadi rasa macam tak banyak akak boleh makanni..  Ah! hari raya setahun sekali...

Gambar di bawah adalah  biskut raya yang dibuat oleh anak akak di Genius Aulad hari isnin lepas. Akak dah pesan kalau dapat biskuttu jangan makan dulu sebab nak ambil gambar... jadi lepas ambil gambar dengan besar hati diaorang makan. Dik Ya siap cakap nanti ibu beliler chocolate chips, boleh kita masak kuih raya dik Ya tau nak buat... Yo lah dik Ya...
Pandaikan saya ibu, nanti saya nak buat biskut raya tau...
Yang  bungatu Atikah punya yang bulat besartu Azalia yang punya

Gambar di bawah ini pulak biskut yang akak beli tapi ada lagi dua jenis lagi tak ambil dari sepupuh husband akak...

Malatops Crispy ~
Biskut apa nama tah, akak beli dari kawan ofisjer...

Deko raya di Empire Subang Jaya

Peristiwa berlaku pada hari ahad yang sudah... Tempat dituju ialah Empire Subang Jaya kononnya nak cari satu lagi baju untuk dua orang budak comel. Akak suka baju raya tahun sudah yang akak beli di Empireni tapi masalahnya tak jumpa kedaitu lagi. Gamaknya dah tutup, takperlah cukuplah apa yang adakan...

Jom tengok gambar dua orang budak comel dengan deko hari raya di Pusat Membeli Belah Empire Subang Jaya ini. Deko raya dia bolehlah tahan dari IOI Mall ni, adalah juga keinginan nak bergambarkan...
Ada unta berhampiran pintu masuk...
Bajunilah yang dimaksudkan, kain dia ok, design dia cantik, warna tak luntur..
Aksi melompat dari dik Ya depan pentas deko hari raya..
Tak tau gaya apa hantam sajalah...
Ada jual kuih raya juga.. akak tak belipun...
Ini dibelakang pentas...
Ini juga dibelakang pentas..
Di sini der slide yang tinggitukan...
nasib diaorang kata tak berani nak naik sebab nanti tak nampak ibu...
takut kena tinggal gamaknyer...
Rayuan orang yang tidak berpuasa...
Atikah tinggal puasa 3 hari sebab
 demam dan dapat tonsil, doktor kata kurang air..

Nuffnang oh Nuffnang