Nuffnang saya

Wednesday, October 31, 2012

Berhari raya di rumah Sham Putrajaya

Kita tangguh dulu cerita Legoland sebab tangan ni dah gian nak publish satu entry penghabisan bulan Oktober. Disebabkan gambar Azalia ini ada di dalam handphone akak siarkan dulu gambar ini. Ini disebabkan masalah kamera akak belum lagi dapat dipulihkan.
 
Gambar kenangan hari raya aidil adha di rumah nenekpun belum keluar. Ini gambar kami berhari raya di rumah Sham adik satu opis dengan akak di Presint 8, Putrajaya. Puas hati dapat makan nasi dagang dengan lauk pauk yang sedap air tangan dari mak dia. Akak selalu tanya dia bila nak bagi akak makanni sebab dia selalu bawak lauk dari rumah. Jadi memang berbesar hati dapat pergi rumah dia dan berkenalan dengan mak dia. Terima kasih Sham nanti buatlah makan-makan lagi...
 
Masa nak baliktu suami akak tunjuk kat satu arah, terus budak berdua tu berlari rupanya inilah trek jogging yang Sham selalu katakan. Memang bestler, dapat tengok pemandangan yang cantik sambil berjogging.

Ada rezeki nak merasa jogging di sini.... 

Legoland mesti datang lagi

Selesai sudah keseronokan anak-anak di Legoland semalam. Budak-budak sangat gembira dan ayah juga dah cakap kita akan datang lagi sini tapi tunggu hotel di Legoland siap. Walaupun cuacanya sangat panas dan  sekejap hujan mood budak-budak sangat baik... yang tak baiknya ialah kamera akak tak elok lagi....

Gambar pembukaan cerita Legoland... stori mori nantilah dulu nak ronda rumah kawan-kawan... 
Semoga ada lagi lain kali.....  

Monday, October 29, 2012

Port Dickson

Sekadar mengisi masa, nanti ada masa cerita lagi..
Sebelum ke Legoland singgah Port Dickson sebab
nak redeem voucer dari street deal 2D1N di Glory Beach Resort.
Berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Johor Bahru.
Dua orang budak sangat gembira sebab di sini apartment jadi bilik ada dua,
ada ruang tamu ada dapur gak,
katanya lain kali kalau tidur hotel carilah bilik besar gini.. Alahai..


Friday, October 19, 2012

Mood Happy

Mood tetap happy sebab nak balik kampung..
Ikutkan hati nak balik tengahari tapi tak dapat nak ambil cuti
sekerat hari terpaksalah balik esok pagi..
Akak akan balik kampung dengan Atikah dan Azalia sahaja,
kot idak malamni gak akak nak balik kampung...
Walaumacamanapun tetap gembira... Be Happy....  

Minggu depan akak nak menebus kesalahan dengan
meronda ke blog kawan-kawan tersayang...
Selamat berhujung minggu.....

Thursday, October 18, 2012

Khamis yang damai

Dah lama tak menulis di sini.. Alasan pertama ialah sibuk, bos baru balik dari 'maternity leave'... Alasan yang kedua pulak kabel kamera akak hilang, tak boleh nak transfer gambar.. Mesti beli yang baru, kalau tidak sunyilah blog akak nanti...  
Terima kasih kawan yang masih sudi singgah sini.... nanti bila keadaan membolehkan akak akan bersiaran seperti selalu...
 
FRIENDS ARE TREASURES

Saturday, October 13, 2012

Rising Up to Our Challenges Workshop

Course Title :
Rising Up to Our Challenges Workshop

Speaker :
Dato Lawrence Chan, 
Personal Development Leadership Management Corporation (M) Sdn Bhd

Venue :
Lotus 1 & 2, Level 2,
Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur
 
Harini akak di sini Swiss Garde Kuala Lumpur. Semalam berkerja keras dari 8.30 pagi hingga 10 malam me"nebeng" di Giant Bandar Puteri. Minggu yang tidak berehat. Kalau ikut kawan akak yang dah pergi workshopni katanya seronok... Harap gituler takut terkulai layu, kata nak bermotivasi. Macam nampak nama ko yer Puan Nur !!! Kalau betul kita jumpa nanti yerk...
 Cari poster Rising Up to the Challenge tak jumpa yang inipun jadilah ....

Friday, October 12, 2012

Akak di Giant Bandar Puteri hari ini

Kalau kamu ada pergi ke Giant Bandar Puteri hari ini jomler datang melawat akak di booth OSK yang katanya depan kedai Bata. Bosan weh dari 10.00 pagi sampai 10.00 malam. Siapa yang berminat juga nak jadi pelabur di Bursa Malaysia boleh juga datang buka akaun dengan akak hari ini secara percuma. Target dari bos ialah 10 akaun seorang.. mana nak cari ni...

Nampaknya 3 harini akak tak meronda ke blog kawan-kawan ...
Ini adalah booth kami masa road show sulung kami di Carrefour Puchong

Thursday, October 11, 2012

Keluarga sendiri vs Keluarga Mertua

Akak ambilni dari wall facebook suami.
Pertanyaan akak ialah adakah ditujukan untuk akak..
Tak nak tanya pada dia.
Ambil iktibar sahajalah....
Jom kita tengok apa yang ingin dikongsinya....

Ada suami yang lupa bahawa ibu lebih utama dari isteri ;
 
Ada isteri yang lupa bahawa suami lebih utama dari ibu ; 

Ada ibu bapa yang lupa anak perempuan mereka perlu mengutamakan suaminya lebih dari ibu bapa ;
 
Ada isteri yang lupa bahawa si suami perlu mengutamakan ibu si suami melebih si isteri;

Ada anak lelaki yang lupa bahawa tanggung jawab menjaga ibu dan bapa tergalas di bahu mereka dan bukan pada anak-anak perempuan;
Ada anak perempuan yang lupa dia lebih terikat dengan tanggung jawab kepada suami dan ibu bapa suami lebih daripada ibu bapa kandungnya sediri;

Secara keseluruhan perkongsian ini bagus. Sebagai seorang isteri  akak tau batasnya, mestilah suami kita lebih utamakan.... Emak ngan apak akak juga amat bertolenrasi orangnya. Manakan tidak dah 11 tahun kahwin hanya dua kali akak beraya pertama di kampung akak. Bagi keluarga akak apabila anak perempuannya berkahwin makna tanggung jawabnya dah bertukar. Teringat pada kisah sepupu akak yang keluarga mertua dan keluarga sendiri asyik bergaduh pasal berhari raya di mana.. Sampai kini sepupu akak akan beraya di kampung dan suami dia beraya di rumah keluarga dia.. anak-anak suka hati nak ikut yang mana satu.. ha! ha!
 
Akak juga rasanya tidak kisah suami lebih mengutamakan ibu sendiri dari isteri. Bagi akak sebagai anak lelaki tunggal sudah pasti ini tanggung jawab dia juga akak. Cuma akak berharap siapapun yang bergelar suami sedar yang isteri mereka tetap anak seseorang yang ingin juga sekali-kala berbakti kepada keluarganya sendiri. Suami juga kalau boleh jadikanlah keluarga isteri umpama keluarga dia sendiri. Baguihkan kalau begitu...

Misha Mari Medan Selera Kinrara

Semalam akak cuti sakit, jadinyer meronda blogpun bercuti... harinipun tak berapa sihat tapi kalau tak datang macam tak best pulak. Entry kalini nak tunjukkan gambar mee rebus yang kami makan di Misha Mari, terletak di Medan Selera Bandar Kinrara. Makcik yang berniaga mi rebusni buka gerai di depan Misha Mari, dia juga menjual Sotong kangkung dan Tauhu bakar. Mi rebusnya sedap tapi yang menjadi masalah ialah gerai dia tidak dibuka setiap hari. Sesuka hati dia nak buka hari apa... Jom layan seadanya...  
Kuah dia manis sebab ada udang rasanya....
Sotong kangkung diapun boleh tahan rasanya...
Atikah kini penggemar sirap ais... 
Nasi goreng cina dik Ya yang tak der sayur... nampak tak menarik....
Harini saya suka senyummmmmm

Wednesday, October 10, 2012

Char Kuey Teow yang sedap

Kalau di Puchongni mana nak dapat Char Kuey Teow yang paling sedap? Akak memang tak jumpa lagi. Ada satu gerai di pasar malam Taman Perindustrian Kinrara yang menepati cita rasa akak dan keluarga. Tapi dia masak satu-satu memang kena tunggu sikit. Lagi satu pasar malam ni hari ahad, hari yang macam-macam aktiviti selalu terlupa nak pergi..
 
Sekiranya kawan-kawan ada tempat Char Kuey Teow yang sedap dan mabeles sekitar Puchong, Putrajaya dan Subang Jaya bagi tahu yerk...
 
CKT gambar yang kat atasni tak berapa nak sedap sangat..

Wordless Wednesday ~ 101012

Semalam Atikah tak sekolah sebab tak sihat perut.
Dahpun pergi klinik harapnya sihatlah hendaknya...
Ibunyapun  tak sihatni...
Mata sepet Atikah dah jadi bulat menghirup minuman kegemarannya.. 
Ala! air sirapjer...  

Tuesday, October 9, 2012

Doa Pembuka Rezeki

Imam Tarmizi : Rasulullah s.a.w. mengajar Ali R.A. doa ini..

Wahai Tuhanku, cukupkanlah aku dengan rezeki yang halal yang telah Engkau anugerahkan kepadaku daripada sesuatu yang haram dan kayakanlah aku dengan keutamaan Mu daripada segala sesuatu selainMu.

Kereta bermekap tuannya bila lagi

Harini sangat sibuk, tapi hati tu nak gak tengok blog.. Harga tablet PC seperti entry sebelum ini hanya di bawah RM300.. Tapi rasanya kalau beli di Plaza Low Yatt lagi murah, sebab kawan akak beli di sana. Beli tablet PC untuk budak-budakni yang paling seronok ialah dah kurang bunyi gaduhnya.

Tapi sesekali diaorang mintak juga nak tengok Galaxy Tab sebab sekarangni masing-masing dah akaun facebook sendiri. Bergaduh pulak pasal kawan siapa lagi ramai di facebook. Kelakar.. kelakar yang adiknyalah nak mengejapun tak berapa pandai ada hati nak ada facebook sendiri..
 
Gambar bawah hanya kenangan yang kereta iswara penuh kenangan dah masuk kedai untuk dimekapkan. Setelah sekian lama comot dan amat daif sekali, minggu lepas suami akak hantar juga keretatu. Rasa tak sabar menunggu keretani siap lebih daripada masa nak dapat kereta baru. Banyak kenangan dengan keretani weh!..

Yang paling sedih sebelum hantar ke bengkel terlupaler pulak posing sakan dengan kereta ini. Haritu lalu depan bengkel curi-curi ambik gambar padahal bolehjer singgahkan... Semalam lalu akak tak nampak dah, jenuh toleh kiri kanan. Mungkinkah minggu depan berseri-seri CAJ kesayanganku ini...

Tablet PC untuk anak-anak

Harini sangat sibuk.. mesti selesaikan banyak benda... tak boleh "melangut" kat sini lama-lama. Hanya kisah  suami akak dah belikan budak dua orangni tablet pc dengan harapan diaorang tak kacau Galaxy Tab dia.

Beli di depan pintu keluar Giant Kinrarajer.
Tengok harga dia boleh tahan dan adiktu dengan senang hati nak masukkan game kat sini teruslah beli... Jangan gaduh-gaduh pulak lepasni ok....


Monday, October 8, 2012

Demi Masa

Dulu emak dan apak selalu berleter, masa tak boleh undur kebelakang. Kalau buat kerja jangan bertangguh masa tak menunggu kita. Satu saat kita tidur, orang lain dah melangkah berbatu-batu. Jangan buang masa nanti sendiri yang rugi. Boleh kata semua yang pasal buang masa memang diaorang tak suka...
 
Alangkah bagusnya kalau akak sedar kepentingan masa.. dan sekarang masanya akak berleter dengan dua orang budak comeltu. Selalunya pukul 8.00 pagi seperti gambar di bawah ini van akan datang ambil diaorang. Namanya budak-budak, kalau hari ini akak perangai baik, adiknya pulak buat perangai. Kalau tak kerah memang tak bergerak, mula risau sebab tahun depan Atikah nak sekolah darjah satu. Alamak kelam kabutlah akak tahun depan kalau dua-duanya tak berubah perangai.. Kata-kata apak dan emak dulu sekarang dah jadi kata-kata akak, sampai Atikah dan Dik Ya pun cakap ibu tak penatker berleter.. dulu kita tak berani nak cakap gitukan dengan emak bapak, isyh anak zaman sekarang...
Kalau ibu kamuni tak berleter, mana korang nak bergerak.. tapi ibu sayang kamu berdua..
Ayat selalu guna kalau ibu tak berleter makna ibu tak sayang kamu ok....
Sebab sayanglah ibu ini berleter dan marah selalu...
marah-marah sayang.... 

SeLaMaT HaRi LaHiR NuRuL AzALiA

SeLaMaT HaRi LaHiR
NuRuL AzALiA
Hari ini bersamaan 8hb Oktober adalah kelahiran puteri kesayangan Nurul Azalia. Mengingatkan kenangan mengandungkan dia , Azalia adalah anak bertuah. Allah izinkan akak memeliharanya dan melihat dia membesar. Kini Azalia dahpun berumur 5 tahun.. Selamat Hari Lahir Dik Ya, ibu berdoa semoga Dik Ya akan sentiasa dilindungi oleh Allah swt. Semoga Dik Ya akan menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara hendaknya... Ibu berharap dapat memberikan pendidikan yang TERBAIK untuk dik Ya dan kakak.
 
 
Tahun ini kita tak buat jamuan hari jadi ok...
Belum beli lagi hadiah harijadi dia tapi dia memang suka mainan budak lelaki... 

Friday, October 5, 2012

Tolonglah bawaku pulang

Tajuk entah apa-apa, sebab tak tahu nak bubuh tajuk bersesuaian..
Sebenarnya ikutkan hati ini nak sangat balik kampung esok tapi!!!!
tapi ada hal lagi minggu ini...
Ikutkan hati ingin akak terbang...
Tapi kalau dapat pecut dengan kereta polispun jadilah..
Mainan yang masih tersimpan elok walaupun dua anak saudara akak
dahpun masuk kolej dan seorang lagi Tingkatan 4. 

Balik kampung di Bestari Jaya

Bestari Jaya ataupun nama dulunya adalah Batang Berjuntai.... Alkisahnya mertua akak ada rumah di sini kerana tempat terakhir bapak mertua akak berkhidmat adalah di sini. Tapi semenjak bapa mertua akak tidak berapa sihat rumah di Bestari Jaya ini kena tinggal. Tapi barang-barang rumah masih ada di situ, kami akan melawat sekali sekala.
Semenjak bapa mertua akak meninggal dunia rumah di sini semakin jaranglah kami balik. Mak mertua akak tinggal dengan akak sekarang... Nasiblah ada jiran yang boleh diharapkan yang tolong menjenguk rumah ini dan sekali-sekali membersihkan rumah ini... Kot idak susah jugakan, mak mertua akak memang tidak berniat untuk menjual atau menyewa rumah ini kerana sekali sekala nak balik sini jumpa dengan jiran lama...
Aksi dua orang budak yang nak balik kampung.... 
Kedai makan Wak Rom yang berhadapan dengan Pasaraya Kim Wah...
Kalau balik sini mesti singgah dua tempatni kedai makan dan pasaraya... 
 Bapa mertua akak yang suka membaca, penuh buku agama dan kesihatan... 
Bear yang dah comot met mot... dulu kecik tak sukapun bear... 
Barang dalam rumah ini masih dalam keadaan asal,
mainan anak saudara akak masa kecikpun banyak lagi...
alamak lupa amek gambar dinasor dalam akuarium.....
masih bersusun elok lagi....

Thursday, October 4, 2012

Little Ihtifal & Showcase 2012

Dapat mesej dari Genius Aulad mengenai Little Ihtifal & Showcase yang akan diadakan Auditorium Cempaka Sari, Putrajaya.. Yeah! yeah! akak suka dan tak sabar.. dahpun bayar RM80 seorang untuk majlis itu. Nenek Atikah dan Azaliapun teruja nak pergi sama..  begitulah semangat seorang nenek dalam dia tak berapa nak sihat, kalau sihat lagilah gamaknya... Teringat pulak kat arwah opah akak dulu masa akak dan adik-adik kecil dulu, semangat dia lebih dari emak akak...
Gambar ni akak ambil di pintu masuk Genius Aulad Bandar Kinrara masa nak bayar yuran bulanan...

Restoran daun pisang

Memori daun pisang takkan terlupakan... Memori daun pisang menjadi kenangan.. tak der kena mengenapun. Ingin memperkenalkan restoran daun pisang yang ada di Bandar Puchong Jaya ini dekat dengan opis akak ini Restoran Kanna Curry House. Menurut tekak akak bukanlah sedap sangat dan harganya boleh tahan mahalnya. Boleh datang makan tapi bukanlah boleh selalu sangat pergi...
Kami dari opis kemain laju berjalan ke situ, masani perut kosong... 
Gambar Atikahni masa akak makan di sini hujung minggu.... 
Dik Ya banyak kali tanya, kenapa kedaini tak pakai pinggan
dia kata mesti malas nak basuh pinggan
tokei dia tak der duit nak beli pinggan
ha! ha! tak nak jawab seronok dengar dia meneka
sebenarnya bukan daun pisangpun hanya kertas sahaja ...

Wednesday, October 3, 2012

Wordless Wednesday ~ 031012(2)

Mimpi menjadi impian....
Mentang-mentangler minggu depan nak kena pergi kursus motivasi...
Tiba-tibajer suka ayat-ayat motivasini...


Wordless Wednesday ~ 03/10/12

Duit-duit.. kalau boleh jadi duitkan baguih...

Teringat kecik2 dulu main pondok-pondok...

Tuesday, October 2, 2012

Tinjauan dan panduan sebelum ke Legoland

Tinjauan sebelum kami sekeluarga pergi ke Legoland sebagai panduan memastikan keseronokan kami di tahap maksimum. Alamak maksimum gitu kuang... kuang...

Akak dah tengok link yang sesuai untuk dibaca macam legoland-malaysia-sumpah-best-marilah. Banyak info dan tips berguna yang boleh kita dapat dari sini. Kalau link yang ini pulak percutian-ke-legoland-malaysia lagi banyakler sebab dia punya cerita pasal Legoland banyak part. Memang sangat berguna untuk akakni ha!, terima kasih mohd zaid.

Baca juga blog ini saiffah @ legoland yang bagi tips lebih kurang dengan mutiarawarnasari iaitu  dengan cuaca yang panas sediakanlah topi/payung,   kipas mobile/kipas tangan,   handkerchief/lots of tissue, bawa  mineral water, pakai kasut/sandal, tak payah berwedges bagai,   tudung x payah berselimpang bagai, make-up jangan tebal-tebal, mekap cair, pakai  baju yang bersesuaian, jangan berambu ramba, juga sediakan  baju tambahan sebab ada dua games yang berkaitan air ( ada body dryer di dalam tapi  ada tambahan bayaran).

Dari pembacaan ini akak dah dapat rasakan yang cuaca adalah faktor yang paling penting untuk diambil kira.  Baca di blog izanieza pulak pengalaman-sepetang-di-legoland-malaysia rasa macam alamak ruginya sebab akak akan balik petang itu tidaklah tunggu sampai malamkan.. Nampak cam best gak ronda Legolandni sampai malam terutama gambar izanieza di minilandtu.... Ehm!! kena bincang lagini...

Rasanya akak dah dapat gambaran sikit-sikit, moga dipermudahkanlah hendaknya. Akak dok survey gak pasal hotel yang berdekatan dengan Legoland. Namum menurut hasil google akak itu digalakkan untuk tinggal di hotel kawasan Johor Bahru sahaja. Maalumler Nusajayani kawasan barukan. Kawan akak yang seofisni pergi sekali dahpun tempah Hotel Tune, Danga Bay tapi akak belum buat apa-apa lagini. Tapi hotelni banyak dicadangkan oleh orang kalau pergi ke Legoland.

Punyalah lama akak beli tiketni..
Kenapa ada gambar bayi yang comel ini? Ini Luqman anak kepada sepupu suami akak yang sekarangni emak dia berpantang di JB, kalaulah ada kesempatan nanti Mak Long sekeluarga melawat Luqman ok.. Tahniah untuk Wani dan Shahril yang kini bergelar ibu dan ayah untuk Luqman...

Have You Had Your Shake Today?

Harini bermulalah hidup dengan shake ini kononnya setelah bermula dari hari raya sehingga kini akak hanya tahu makan.. makan.. makan... Setelah ramai yang kata akak semakin comel akak rasa sudah tiba masanya akak mulakan shake ini. Sedap tak sedap kena terima sebab dah terlebih sudah...
Have you had your shake today???

Ini pilihanku... harap mampu bertahan..

Monday, October 1, 2012

Samurai Burger McDonald

Terjebak juga akak makan Samurai Burgerni..
Ikutkan memanglah tak nak sebab nak  mulakan diet...
Kata hati akak esok sajalah...
Kita tengok siapa yang kena....
Samurai Burgerni idakler kena sangat dengan tekak akak...
Mungkin GCB lebih menawan kalbu ini...
Apapun kalau burger apapun sedap..
Burger tepi jalanpun akak layan...


Ikan bakar muara Klang di Puncak Jalil

Sekarangni tak payah nak pergi jauh untuk merasa ikan bakar muara Klang, akak boleh pergi ke Puncak Jalil sahaja. Hakikatnya akak tak pernah makanpun ikan bakar Muara Klang yang femestu tapi kalau yang di sini memang diakui sangat sesuai dengan tekak akak. Lagipun harga yang dikenakan agak berpatutan. 
 
Hari ini akak ambil gambar dari gerai seberang jalan Restoran K'Chiangmai Ikan Bakar ini, tiba teringat nak berkongsi maklumat. Nanti kalau akak pergi Restoranni akak akan cuba ambil gambar ikan bakarnya yang sedap itu.. Tengok gambar Restorannya dulu yerk..
Inilah dapur ikan bakar muara Klang di Puncak Jalil...

Inilah Restorannya.. boleh dicuba kalau lalu di Puncak Jalil ini...

Nuffnang oh Nuffnang