OBESITI : Kurangkan kalori atau karbohidrat ?

Akak baca rencanani dan tertarik untuk berkongsi dengan semua.. majalah Qaseh keluaran 1 Mac 2013... Akak taipkan di sini untuk tatapan semua dan akak juga...
 
Masalah berat badan berlebihan atau obesiti merupakan masalah yang semakin merunsingkan, kerana obesiti selalunya membawa kepada masalah yang lebih rumit seperti hipertensi, serangan jantung dan diabetes. Ramai antara anda masih mencari kaedah yang sesuai untuk menurunkan berat badan, dan juga yang mungkin pernah mengamalkan diet rendah kalori atau rendah karbohidrat.

Diet Rendah Kalori

Kaedah diet tradisional yang paling terkenal ialah diet rendah kalori. Diet ini hanya menghadkan pengambilan kalori antara 800 hignga 1500, dan menggalakkan senaman bagi membatu proses metabolisme. Kaedah ini amat berkesan untuk anda yang mengalami obesity.

Diet very low-calorie (VLCD)

Diet very low-calorie (VLCD) atau diet ‘sangat rendah kalori’ boleh membantu anda untuk kehilangan beberapa kilogram dalam masa seminggu. Penururan berat badan dengan diet ini boleh memperbaiki keadaan kesihatan yang berkaitan dengan obesiti termasuk diabetis, hipertensi dan kolestrol yang tinggi. Walau bagaimanapun, anda perlu makan makanan dengan kerap untuk memastikan metabolisma anda kekal tinggi.

Adakah VLCD selamat?

Diet ini selamat jika diamalkan oleh anda yang mempunyai BMI lebih daripada 30, dan di bawah pemerhatian pengamal perubatan. Diet ini tidak boleh diamalkan jika anda mengandung, sedang menyusukan anak, juga tidak sesuai untuk kanak-kanak kecuali dalam program rawatan khusus.

Apakah kesan sampingan VLCD?

Penghidap obesiti yang mengamalkan VLCD mengalami kesan sampingan seperti keletihan, sembelit, loya dan cirit birit, tetapi keadaan bertambah baik dalam masa beberapa minggu. Kesan sampingan seperti ini selalunya jarang menjatuhkan semangat untuk melengkapkan program diet VLCD. Kesan sampingan yang lebih serius adalah pembentukan batu karang.

Diet Rendah Karbohidrat

 Karbohidrat ialah nutrient penting dalam makanan sebagai sumber tenaga, dan bertindak sebagai ‘petrol’ untuk aktiviti seharian. Karbohidrat juga membantu pergerakan otot dan fungsi otak.

Diet Rendah Karbohidrat membekalkan karbohidrat kurang daripada kebanyakan pakar-pakar pemakanan secara amnya akan syorkan. Pelan diet ini hanya membenarkan anda mengambil 10 peratus daripada kalori harisan anda melalui karbohidrat. Ini bermaksud anda perlu kurangkan nasi, roti dan makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi.

Protein dan lemak

Diet ini tidak membenarkan anda untuk mendapatkan kalori daripada karbohidrat, jadi anda perlu dapatkan kalori daripada protein dan lemak. Ayam, daging, ikan, makanan laut dan telur sumber protein dan lemak untuk anda. Anda perlu elakkan makanan tinggi karbohidrat seperti nasim pasta, ubi kentang dan roti.

ADAKAH DIET INI  MEMBANTU ANDA?

Konsep asas pemakanan sihat adalah seperti yang telah dinasihatkan oleh pakar nutrisi, iaitu mengikut pyramid makanan yang betul. Anda perlu faham tentang fungsi karbohidrat. Nutrien ini adalah sumber tenaga kerana tanpa karbohidrat, metabolisme tubuh anda tidak akan berfungsi dengan baik. Proses metabolisme tubuh anda amat diperlukan untuk membakar kalori dan lemak. Tanpa karbohidrat, bagaimana kalori dan lemak anda boleh dibakar?

Diet rendah karbohidrat juga boleh menyebabkan anda memasuki fasa ketosis, iaitu penghasilan bahan ketone yang sangat beracun. Ketone terhasil apabila tubuh anda dipaksa menghasilkan tenaga daripada sumber lemak. Bahan ini boleh mengakibatkan kegagalan organ, gout, batu karang dan  kegagalan buah pinggang.

Diet rendah kalori atau rendah karbohidrat?

Masalah obesity boleh diatasi dengan pelbagai cara yang lebih menyihatkan. Anda boleh amalkan diet rendah kalori, tetapi diet VLCD perlu dipantau oleh doctor untuk mengelakkan sebarang komplikasi. Anda boleh kurangkan berat badan dengan pengambilan kalori kurang daripada kalori keperluan anda. Elakkan pengambilan makanan tinggi kalori tetapi kurang nutrien.

Masalah dengan diet rendah karbohidrat adalah apabila kuantiti karbohidrat yang diambil sangat sedikit. Anda mungkin boleh mengalami kegagalan buah pinggang, kenaikan tahap kolestrol dalam darah, osteoporosis, batu karang, kanser dan keracunan ketone. Anda juga mungkin stress kerana tidak dapat menikmati makanan yang anda suka..

PENDAPAT AKAK : Akak pun prefer kalau nak berdiet menggunakan diet rendah kalori lagi.

Comments

  1. dua2 kena kurangkan..... makan makanan yg seimbang....

    ReplyDelete
  2. Kak!! Rajin akak menaip balik...tabiks spring lieya hehehhehe

    Lieya skrang tgh diet low carbo...berat x turun xpe ...misi nak turunkan inchi badan huhuh

    ReplyDelete
  3. diet kena disiplin..ambil yg seimbang..mmg payah..huhuuh

    ReplyDelete
  4. kalori tinggi..bila badan tak aktif tu yg jadi lemak tersimpan kan..

    ReplyDelete
  5. hrmmmm...xtau yg mana trbaik tuk diri sndirikn,kak..klaula saya tau ada satu cara yg mmg efektif,malas betul nk try n error,ngeheheh!!!

    ReplyDelete
  6. saya pilih diet kabohidrat zila..

    ReplyDelete
  7. nak diet karbo.. tapi tekak melayu.. susah nk tinggalkan nasik...

    ReplyDelete
  8. Thanks for the info kak. Sangat berguna. :-)

    ReplyDelete
  9. kena makan seimbang...dua2 kena kurangkan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts