Nuffnang saya

Sunday, March 31, 2013

Jumpa kawan blogger

Pertemuan akak dengan kawan blogger untuk tahun ini....
Urusan kerja sebenarnya...
tapi yang penting akak nak jumpa kwan blogger jer...
 
Jom kita tengok akak jumpa siapakah itu..
orangnya susah nak nampak kat blog dia sendiri...
tapi pertama kali nampak akak dah tau itulah orangnya..
Orangnya kecil molek .. halus....
sekali duk ngan akak yang giantni hilang dia....
Jom tengok.. jom tengok...
Cer Teka.. Cer Teka siapakah orangnya.....
Nama dia Fiza Rahman
Antara kawan blog yang rajin datang komen di blog akakni...
Tak sangka kita boleh jumpakan..
Tak aci tau ko nyorok belakang akak.... 

Friday, March 29, 2013

Malamni di Bukit Kiara Equestrian Country Resort

Menyibukkan diri join dinner di Bukit Kiara Equestrian Country Resort ...
Mulanya akak tak nak pergi tapi last minute terasa nak pulak..
Ini semua Wawa punya pasal, dia kata hadiah dia banyakler akak ..
Mana tahu tahunni kita boleh dapatkan.. okler jom...
Masalahnya dinner tahuni ada tema bagailer pulak...
Jangan marah akak tak ikut tema, tak sempat nak fikir..
Namanya pun last minutekan, dahler akak yang kena jaga opis sampai tutup..
 
Aktiviti : OSK Gathering 2013 Selangor Region Branches
Tempat : Dewan Perdana Bukit Kiara Equestrian Country Resort
Tarikh : 29/03/2013
Tema : Your Favourite Personality or character
Gambar : laman web Bukit Kiara Equestrian Country Resort...
Harap makanan memuaskan hati..
Doakan akak dapat sesuatu malam ini..
 

ALaMaNdA PuTraJaYa

Masih hari yang sama 23-03 tapi lepas berehat di rumah adik ipar akak...
Setelah sekian lama akak tak jejakkan kaki ke Alamanda akhirnya sampai juga..
Gambarni Atikah tak bertudung sebab tak sangkapun nak jalan sampai sini...
Jalan di Alamanda hanya untuk santai-santai...
Jom tengok tiga bersepupu posing....
Sampai sini acara BOLA KAMPUNGni dah selesai.. amek gambarjerler...
Kalau cepat dapatlah joinkan....
Pernah tak orang bergambar di sini... 
Entahkan korangjerler yang pernah... 
Naufal kata patung kat belakangtu maskot Genius Aulad...
sebab pakai baju kuning biru...
Makan dunkin donut dulu... lepastu makan pizza hut pulak...
Cantik gak bergambar di sini... 
Orang Putrajaya tak heranpun nak bergambar kat sinikan..
Rasa cam kat Korea lak.. model dah ada rupa....
Sekian dulu entry hanya bergambar...

Menara Tinjau Taman Wetland Putrajaya

Sambungan episod selepas acara sukan...
Kami singgah sini Menara Tinjau untuk bergambar...
Maalumler ada tiga bersepupu .....
Naufal adalah anak sedara akak yang duduk di Putrajaya...
Dia datang tengok dik Ya bersukan....
Jadi baliktu ambil kesempatan singgah di sini....
 
Jom layan gambar kanak-kanak riang...
Di belakangtulah menara tinjau... lenguh gak kaki....
Yeah.... kami kanak-kanak riang....
Kalau suruh bergambar  macam-macam aksi...
Tiga bersepupu nak naik menara tinjau..
Nampak... macam-macam ada...
AMARAN : Ingat sebelum kena....
Dik Ya di atas menara tinjau... soriler tak nampak pemandangannyer...
Naufal yang katanya pertama kali naik sini... 
Atikah yan nampak sangat muslimah harini....
Apasal Azaliatu... punyalah menganga.... 
Comot met mot anak ibu... 
Cantik pokok kat belakangtukan...

Thursday, March 28, 2013

Terimakasih Teman

Akak dah tak sabar nak buat entryni..
Tinggalkan dulu kisah xtvt kami masa akak cuti...
Alkisahnya lepas tamat acara sukan Dik Ya kami singgah
rumah adik ipar akak di Presint 9...
Masa makantu dapat panggilan telefon dari jiran
katanya ada parcel dari pos laju boleh tak dia ambil..
Jiran akak memang baik-baik belaka dan prihatin...
Suami kata ada parcel untuk akak...
Terfikir gak siapalah yang hantarkan...
Akak balik dari Putrajayapun dah malam,
esoknya barulah dia bagi...
Jeng.. jeng... rupanya akak dapat parcel dari kawan blog...
Hasil kemenangan akak dalam giveaway blog http://lizayati.blogspot.com/
Terimakasih LIZA, sebab akak memang suka tupperware..
"I LIKE BLUE"....
Frametu enterpremjer yerk...
yang tu Liza tak kasi akak...   
Kak Zila....
Terima kasih sudi join contest Liza dan
sentiasa sokong blog Liza. Moga ukhawah
kita berkekalan. Dekat je rumah kita sebenarnyakan? =)

LOVE tu yang pentingnyer...

Akakpun nak ucapkan terima kasih kepada Liza 
kerana jadi kawan blog akak...

Sambungan Sukan Orang Kampung

>>>>>>>>SAMBUNGAN
Cerita bersambung lagi sebab gambar banyakkan...
walaupun gambar boleh bercerita tapi tetap
kena menulis gak baru ada umph...
inikan kenangan bersukan di tadika,
bila masuk darjah satu, dah tak sama lagi...
 
Sebenarnya akak tak sabar nak cerita pasal jumpa kawan blog..
Tapi kita teruskan dulu cerita pasal
Kampung Mini Olimpik cara  Genius Aulad dulu..
Tahukan ini permaian apa?
Inilah permainan congkak.. hanya kaum bapa yang boleh ambil bahagian....
Antara permainan yang terpaksa beratur ditengah panas....
Masa akak beraturtu akak suruh diaorang cari tempat redup...
Tengoklah yang beraturtu punyalah panjang...
Macam kami main permainan "Kalau Roboh Kota Melaka"
Dik Ya dah jatuhkan banyak tin, hanya tinggal dua,
yang kesiannya tak boleh dapat stem dan kena ulang balik...
wei nak beratur balikker, panas tau....
 
Inilah yang ingin akak kongsikan disini...
Cerita dari hati...
Pandangan dari seorang ibu ...
Dalam cuaca yang sangat panas di Malaysiani rasanya
adalah sangat tidak sesuai sukan ini diadakan di sini...
Kalau tahun lepas akak dah rasa bahangnya, tahun ini pun sama..
Masalahnya tahun ini lebih lagi sebab ibu bapa terpaksa join sekali...
Macam keluarga akak bolehler takder anak kecil,
kalau ada anak kecil jadi payahler pulak.
Ada satu keluarga yang akak kenal katanya langsung dia tak main..
Panas kak nanti anak demam.... ehm... ok..

Konsep yang ingin dibawa adalah sangat bagus...
Berbangga kerana sukan orang kampung ini diketengahkan....
Syabas kepada pihak Genius Aulad kerana memulakan langkah ini...
Moga usaha yang murni ini akan diteruskan dengan lebih baik lagi....
Ada persembahan nasyid dari kumpulan DAMAI sebelum penyampaian hadiah... 
Inilah antara permainannya... 
Ada 15 permainan, kalau siapa yang dapat habiskan 13 permainan terpantas...
Inilah yang sempat kami kumpul... ha.. ha... 6 dari 15 permainan....
Antaranya Tolak Rim, Sepak Takraw, Eh Wau Bulan,
Bowling Kg Durian, Piala Dunia Wanita dan Gusti Lengan Kg Dusun...
Jadi kami GAGAL...
Dan PEMENANGnya.. itulah pemenang Bandar Kinrara....
ha.. ha.. ambik gambar curi-curi...
Kebetulan kami ada di situ...
 
Akhir kata... majulah sukan untuk NEGARA....

Sukan Orang Kampung Genius Aulad

KAMPUNG MINI OLYMPICS 2013
Date : 23rd March 2013
Time : 9.00 am -  12.00 noon
Venue : Wetland Putrajaya
 
" Get in the games of Real play with our children,
The Kampung Games. Learn to Play. Play to Learn!"
 
Entry yang penuh gambar sebabnyer akak terlebih rajin haritu....
Jadi layanjer gambar yang ada....
 Perasan ibu dik Ya....
Keluarga kat belakangtu best berkelah di sini...
Dalam beg goodies ada permainan untuk kanak-kanak cam dam,
tutup tin, gasing, guli dan juga roti dan air mineral...
Sarapan pula dapatlah mihun dan nasi lemak...
Dik Ya bersandar kekenyangan...
Relaxkan otot-otot dengan senaman ringan
juga menari "chicken dance"
 " Let the games begin "
Baca syarat dulu sebelum main...
Ada permainan yang membenarkan ibu atau ayah sahaja..
Misalnya permainan Wau Bulan!! ni untuk semua ahli keluarga..
 Permainan ini untuk 3 ahli keluarga...
Kalau ibu ngan anak sahaja datang tak dapatlah nak main...
Permainan wau bulanni mendapat sambutan hangat...
  Aiskrimni boleh dapat 2 percuma sebab  ada kupon dalam beg goodies...
 Kita rehat dulu....
Main dengan "wau bulan" yang dibuat oleh ayah....
Main seremban yang dapat dalam beg goodies juga...
 Inilah seronoknya jadi budak-budak...
Permainan tak habis mainpun tapi diaorang tetap gembira...
 
Harini akak nak jumpa kawan blogger... tunggu entrynyer....
 
SAMBUNGAN>>>>>>

Wednesday, March 27, 2013

Wordless Wednesday ~ Dik Ya demam

Waktu lunch tadi akak balik rumah sekejap,
Azalia tak sihat dia demam sejak dari hari isnin....
Nak sambung cuti macam tak patut pulakkan...
 
Masalah kalau dik Ya demam ialah dia susah nak makan ubat...
Geram gak dibuatnyer... tapi memikirkan dia demamtu sabarkan diri...
Itu yang akak balik jugak tadi...
Semoga dik Ya cepat sembuh....
Ini rupa dik Ya masa akak tinggalkan dia pagi tadi...
Memang suka sangat gambar budak-budak tidur.. comeljer..
 

Pengenalan xtvti cuti sekolah

Lama tak bersiaran maalumler cutikan..
maafkanlah akak yang lama tak datang ke blog kawan-kawan...
Insyaallah akan diusahakan sedaya upaya akak...
Layan cerita pendek pengenalan xtvt cuti sekolah anak-anak..
 
Cuti Sekolah mestilah ada xtvtkan, kot idak boring...
Ikutkan hati akak nak ambil cuti khamis dan jumaat..
tapi bos tak bagi dapatlah cuti hari isnin dan selasa..
oklah dari tak dapatkan...
Keluarkan peluh dengan xtvt sukan orang kampung
 masa Mini Olympic Genius Aulad
di Padang Semarak Taman Wetland Putrajaya...
Cuti-cuti Malaysia di Bukit Fraser, Pahang...
 Tengok wayang cerita Croods dengan Naufal di Alamanda
 
Alamak sangat sibuk... ampun....

Sunday, March 24, 2013

Amanah Hartanah Bumiputera

Entah mengapa akak teringin nak bercerita pasal Amanah Hartanah Bumiputera (AHB). Melaburpun bukanlah banyak tapi hanya sekadar berkongsi maklumat. Kebetulan masa akak mencari maklumat berkaitan AHBni amatlah terhad berbanding maklumat berkenaan ASB.
 
Pelaburan menerusi AHB ini tak sama dengan ASB.  AHB memberi tumpuan  kepada pelaburan dalam hartanah. Pelaburan minimumnya adalah RM500 dan maksimum RM200,000. Hanya boleh dilanggan menerusi Maybank sahaja. Tiada buku atau sijil hanya salinan borang yang kita isi sahaja.
 
Yang sama mungkinlah.... Unit AHB ditawarkan dan diurusniagakan pada harga tetap RM1 seunit dan terbuka hanya kepada bumiputera. Yang penting untuk orang Islam AHB ni adalah patuh syariah ok..

Pulangan AHB  adalah seperti yang dijamin oleh PHB :-
"AHB dijangka mampu menawarkan pulangan sekurang-kurangnya enam peratus setahun"

Kamalul Arifin Othman
Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif PHB
Macam menarikkan, sangat sesuai untuk orang yang tidak mahu menanggung risiko yang tinggi. Pulangannya juga nampak menarik daripada menyimpan di Simpanan Tetap.
 
PHB ketika dilancarkan memiliki 7 bangunan dengan lima daripadanya disenaraikan dalam pelaburan AHB termasuk CP Tower di Petaling Jaya, 26 Boulevard di Putrajaya, Wisma Consplant di Subang Jaya dan Tesco Setia Alam dan Kompleks Industri Shah Alam.



26 Boulevard is a Class 'A' commercial building, with the aim of being a catalyst for commercial development along Putrajaya Core Island and beyond. Kalau kita melabur dalam AHB umpama kita juga adalah pemilik bangunantu.. bestkan....

Ambil dari brochure yang dicetak oleh PNB dan Maybank untuk rujukan.
 
1. MENGENAI AHB

1.1 Apakah Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) ?
AHB merupakan unit amanah saham berlandaskan Syariah yang akan membuat pelaburan terutamanya di dalam pemilikan benefisial hartanah-hartanah komersial yang terletak di pelbagai lokasi utama di Malaysia. AHB mempunyai saiz dana permulaan sebanyak 1 billion unit dan unit sedia ada ini adalah untuk dimiliki oleh pelabur-pelabur Bumiputera dengan harga RM1.00 melalui mana-mana cawangan Maybank.

AHB pada masa ini, disandarkan oleh lima hartanah-hartanah komersial perdana yang disewakan dan hartanah-hartanah komersial perdana tersebut memperolehi aliran tetap pendapatan melalui sewa yang dikenakan.

AHB ditubuhkan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelabur-pelabur Bumiputera agar dapat turut serta mengambil bahagian di dalam memiliki hartanah-hartanah komersial perdana melalui pemegangan unit di AHB.

1.2 Apakah objektif pelaburan AHB?
Objektif pelaburan AHB adalah untuk memberi peluang pelaburan yang menjana pendapatan yang berterusan dan konsisten di samping mengekalkan modal pelaburan para pemegang unit.

1.3 Siapakah yang layak untuk melabur di dalam AHB?
Berikut adalah senarai Bumiputera Malaysia yang layak melabur di dalam AHB:

  • Akaun Kanak-kanak/Remaja (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi pihak kanak-kanak/remaja berumur 3 bulan sehingga 18 tahun ke bawah; dan
  • Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
  • Hak dan kepentingan pemegang unit diawasi oleh AmanahRaya Trustee Berhad, sebagai pemegang amanah
  • Pelaburan jangka panjang yang berpeluang menjana pulangan yang kompetitif
  • Rangkaian cawangan-cawangan Maybank yang meluas di seluruh negara
2. MELABUR DI DALAM AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA

 2.1 Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya saya berminat untuk melabur di dalam unit amanah AHB?

Anda perlu membaca serta memahami isi kandungan Prospektus yang telah didaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti, sebelum membuat sebarang pelaburan.

Naskah-naskah Prospektus dan borang pendaftaran boleh didapati di mana-mana cawangan Maybank di Malaysia.
2.2 Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya saya ingin membeli unit Amanah AHB?
Anda boleh membeli unit-unit amanah AHB di mana-mana cawangan Maybank di seluruh Malaysia di hari bekerja* pada waktu pejabat. Sekiranya anda mengunjungi mana-mana cawangan Maybank, anda adalah dinasihati untuk:


  • Meminta bantuan di Kaunter Pertanyaan
  • Anda akan dirujuk kepada Eksekutif Kewangan (FE) di cawangan Maybank untuk keterangan lanjut mengenai AHB
  • Isi "Borang Pendaftaran - Akaun Dewasa" atau "Borang Pendaftaran - Akaun Kanak-kanak/Remaja", mana-mana yang berkaitan dengan anda
  • (Sila ambil perhatian bahawasanya anda diperlukan untuk memberi butiran akaun bank anda di dalam borang pendaftaran bagi tujuan pembayaran dividen (sekiranya ada). Sebarang pembayaran dividen akan dibuat melalui akaun bank anda. Bagi akaun selain Maybank, anda akan dikenakan caj minima sebagai kos transaksi sekiranya pembayaran dividen dibuat. Sebagai pilihan, anda boleh membuka akaun baru di Maybank dengan deposit minima sebanyak RM10).
  • Hantar borang yang telah dilengkapi, kad pengenalan atau Mykid/sijil kelahiran yang asal (untuk kanak-kanak yang berumur 3 bulan sehingga 18 tahun) dan pembayaran di dalam bentuk tunai/cek bank di kaunter. Sejurus urusan permohonan anda selesai, anda akan diberi salinan "Borang Pendaftaran" yang telah disahkan sebagai bukti pelaburan yang telah anda buat
Nota:- *Definisi "hari bekerja" adalah seperti yang dinyatakan di dalam prospektus

(Petikan dari prospektus muka surat viii: Business Day : A day (excluding Saturday, Sunday and Public Holiday) on which commercial banks are open for business in Kuala Lumpur, Malaysia)



2.3 Berapakah harga seunit AHB?
Harga seunit AHB adalah ditetapkan pada RM1.00.

2.4 Berapakah pelaburan minimum, maksimum dan pelaburan tambahan minimum yang dibenarkan?
Pelaburan permulaan adalah sebanyak RM500 dan pelaburan tambahan minimum adalah serendah RM100.
Pelaburan maksima bagi individu Bumiputera yang layak melabur adalah sebanyak RM200,000.


2.5 Berapakah jumlah minima untuk jualan balik unit AHB?
Jumlah minima bagi jualan balik unit AHB adalah RM500. Anda boleh menjual balik unit AHB dengan mengisi "Borang Jualan Balik" di kaunter.
(Sila ambil perhatian bahawasanya jumlah lebihan unit daripada permintaan jualan balik AHB yang berada di akaun anda mestilah tidak kurang daripada RM500. Sekiranya kurang dari jumlah tersebut, anda akan dikehendaki untuk menjual balik kesemua lebihan unit anda dan seterusnya akaun anda akan ditutup)

2.6 Berapa kerapkah saya boleh menjual balik unit pelaburan AHB saya?
Penjualan balik unit AHB hanya dibenarkan sekali setiap bulan kalendar.

2.7 Apakah cara pembayaran yang dibenarkan untuk melabur di dalam AHB?
Sama ada melalui tunai atau cek bank (pembayaran melalui cek peribadi adalah tertakluk kepada cek yang telah ditunaikan).

2.8 Adakah saya akan diberikan buku simpanan atau sijil semasa membuat pelaburan?
Pelaburan anda dibuktikan melalui salinan "Borang Pendaftaran" yang telah disahkan sewaktu pembelian unit AHB di Maybank. Data peribadi anda akan disimpan dan dipelihara melalui "Maybank Automated Retails System".
Sementara itu, penyata pelaburan anda akan dikeluarkan setiap enam bulan. Anda juga boleh meminta penyata pelaburan anda dicetak di mana-mana cawangan Maybank dengan memberi kad pengenalan anda sebagai dokumen pengesahan.


2.9 Berapa kerapkan pengagihan pendapatan AHB?
Pengagihan pendapatan, sekiranya ada, akan dibuat dua kali setahun.

2.10 Berapakah pulangan untuk pelaburan di dalam unit AHB?
Pulangan adalah kompetitif dan bertujuan untuk memberi pulangan yang lebih baik daripada pulangan 12-bulan Akaun Pelaburan Am-i di Maybank Islamic Berhad.

2.11 Adakah pengagihan dapat dilabur semula?
Secara amnya, pengagihan pendapatan akan dibayar melalui tunai ke dalam akaun bank anda. Walau bagaimanapun, pemegang unit adalah dibenarkan untuk membuat pelaburan semula tertakluk kepada ketersediaan unit-unit.

2.12 Adakah pemegang unit akan dikenakan yuran atau caj ke atas jualan/belian balik?
Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan. Anda boleh membeli dan menjual balik unit pada harga tetap iaitu RM1.00 seunit.

2.13 Adakah AHB mempunyai tempoh matang?
AHB tidak mempunyai tempoh matang. Tempoh jangka masa AHB adalah tidak ditetapkan dan tertakluk kepada kandungan Surat Ikatan Amanah.

2.14 Bolehkah saya membuat permohonan pindahan unit?
Pindahan unit adalah tidak dibenarkan melainkan bagi tujuan-tujuan berikut:
(i) pindahan unit kepada dan daripada Penaja; atau
(ii) pindahan unit kepada pemegang amanah, pentadbir atau wasi kepada estet pemegang unit yang telah meninggal dunia, yang layak untuk didaftarkan sebagai pemegang unit.

2.15 Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai unit-unit AHB ini?
Anda boleh menghubungi Pengurus Pelaburan AHB di nombor 03-2297 7888 atau mana-mana cawangan Maybank seperti yang disenaraikan di prospektus AHB.
---
Pesanan: Sila sediakan salinan Kad Pengenalan anda atau individu di bawah jagaan anda sekiranya ingin membeli unit-unit AHB bagi mempercepatkan urusan di kaunter

Nuffnang oh Nuffnang