Nuffnang saya

Monday, April 29, 2013

Hari minggu dan majlis perkahwinan

Terima kasih atas komen kawan-kawan pada entry sebelum ini....
SMILEBOXtu takkan mampu menandingi kehebatan keekpun
Ia hanyalah tempat untuk kita main-main...
Tempat di mana gambar-gambar yang kita adatu boleh dijadikan
seperti scrap book, slideshow, collage dan kad ucapan...
Akakpun baru mencuba sahaja, rasa macam seronok pulak....
Hujung minggu lepas aktiviti kami anak beranak terbatas kepada
menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat suami...
Kalau ikutkan ada satu lagi majlis perkahwinan yang tidak sempat dihadiri...
Bulai Mei dan Jun memang bulan kenduri kahwin....
KENDURI HARI SABTU
Tempat : Klang
Malas bergambarler ibu,
mood kelaut baru dikejutkan dari tidur ...
 Tak makanpun sebab dah makan di rumah sebelum pergi... 
Pasangan pengantin bergambar dengan keluarga...
Punyalah malas ambil gambar dari jauhjer....
KENDURI AHAD
Tempat : Shah Alam
Cantik hiasan dewan...
 Dik Ya seorang yang rajin melayan ibu dia...
Inilah pasangan pengantin yang diraikan...
Kepada dua pasangan pengantin baru
Akak doakan semoga kalian akan dapat hidup kekal
rukun dan berbahagialah hingga hujung nyawa...

Mencuba SmileBox

Akak mencuba gunakan SMILEBOX ...
Untuk gembirakan hati sendiri.....
Click to play this Smilebox scrapbook
Seronok juga rupanya...
Boleh pulaktu pos di blog ini.....
TAHNIAH untuk diri sendiri...


Friday, April 26, 2013

6 Teknik Jimat Ruang

SUMBER ::: Majalah Qaseh (APRIL 2013)

6 Teknik Jimat Ruang Permudahkan Percutiaan
1) SUSUN DENGAN BETUL
Susun pakaian di dalam beg menggunakan teknik menggulung. Selain dapat menjimatkan ruang, teknik ini juga dapat mengurangkan kedutan pada baju anda. Letakkan barang yang paling berat dibahagian bawah beg supaya beg anda lebih seimbang. Untuk menjimatkan ruang lagi, tidak perlulah anda membawa komputer riba bersama-sama, cukuplah sekadar kamera digital sahaja.
( Inilah teknik akak, baju digulungkan ikat dengan getah... dari zaman naik gunung lagi. Sekarangni bukan sahaja untuk berjalan tapi untuk dirumah).....
2) BERKONGSI DENGAN RAKAN
Jika membawa kelengkapan peribadi seperti syampu, sabun, tuala dan ubat gigi, pastikan anda membawanya dalam botol atau saiz yang lebih kecil untuk menjimatkan ruang dalam beg anda. Lebih mudahlah lagi jika anda rancang lebih awal untuk berkongsi sahaja kelengkapan tersebut dengan rakan-rakan. Lebih jimat bukan?
( Kita berjalan anak beranak memang kongsilahkan.... )
3) BAWA BEG PLASTIK
Sediakan beg plastik untuk menyimpan pakaian kotor supaya ia dapat diasingkan daripada pakaian bersih. Dengan adanya beg plastik, baju anda yang masih bersih boleh diselamatkan dari kotor, basah atau berbau peluh.
( Sangat perlu untuk kemudahan)
4) ASINGKAN DOKUMEN PENTING
Untuk mengurangkan bebanan, sediakan satu beg berasingan untuk menyimpan dokumen kecil dan penting seperti pasport, tiket penerbangan, surat insurans, jadual perjalanan dan sebagainya. Anda bolehlah membawa satu beg sandang kecil sebagai teman rapat anda ketika bercuti. Percayalah! ia banyak membantu.
( Memang juga perlu, tak mungkin kita sekalikan yerk!!!)
5) BAWA PAKAIAN YANG SESUAI
Lihat jadual lawatan  ke mana anda akan pergi untuk membantu anda memilih pakaian yang sesuai. Jika boleh bawa baju yang senang kering dan boleh dipakai berulang kali. Basuh pada malam harinya, jemur dan esok ia telah sedia untuk dipakai kembali.
( Tengok jugaklah, akak kalau travel yang guna flight atau bastu memang cuba kurangkanlah. Tapi kalau travel ngan kereta sendiritu taklah sangat. Kalau ikutkan dulu masa akak naik gunung baju untuk berjalantu hanyalah satu, ish betoikerni akakpun cam tak percaya..... memang tak masuk akal tapi tengok gambar tracking dulu2 satu baju sahaja pakai dari hari mula sampailah hari terakhir. Bayangkan naik Gunung Tahantu selama 5 hari tak silap, isyh asamnyer......  dari cerita baju tukar pada cerita akak naik gunung)
6) PILIH BEG YANG SESUAI
Pemilihan beg juga memainkan peranan penting ketika bercuti. Jika percutian agak santai seperti ke pantai dan menuntut anda untuk membawa beg ke mana-mana, beg sandang belakang adalah pilihan tepat untuk anda. Namun jika percutian anda adalah percutian sambil bekerja, beg beroda lebih sesuai untuk digunakan.
( Inilah yang paling dititikberatkan, pilihlah beg yang sesuai... akak beli satu beg yang boleh sandang belakang dan juga ada roda macam beg budak sekolah.. senang. Lagi satu begtu boleh juga .)
Kenapa tiba-tiba cerita pasal beg nak berjalanni!!!! Tak sabar nak tunggu Mei akak nak terbang dengan kawan-kawan pompuanjer. Sekali-sekala nak merasa berjalan tanpa dua orang budak yang kecohtu... 

Mummy's Party Shop @ Paradigm Mall

Untuk yang tercari-cari kedai untuk parti disinilah tempatnyer...
Nampak macam banyak barang tapi akak taklah tengok sangat..
Hargapun akak tak survey... tapi barang dia nampak menarik...
Kagum dengan bisnes macamni....
Kedainya comeljer ok!!!
Bajuni macam boleh buat sewa kot!!...
akak nak tanya tapi tak nampak orang menjaganya...
 
KESIMPULAN ::::: Paradigm Mallni memang menarik pada mata akak...


Mutiara Jumaat

USAHA TANGGA KEJAYAAN
Betoi jugak yerk!!!!
 
Ehmmmmm!!! itu yang akak kurang ada....
Pertamanya ialah akak memang tiada impian yang tinggi...
Jadi usaha kita sekadar impian yang adalahkan...
Kata-kata ini sesuai untuk anak muda yang punya semangat membara....

Wahai CHO ZILA... bangkitlah jadilah insan bersemangat...
ha... ha.. dua hari dah lemauni ..... tu yang cari kata semangat pagi-pagi harini...   

Thursday, April 25, 2013

Kelab Diet Mingguan Wanita

Berkongsi artikel dalam majalah Mingguan Wanita dalam ruangan Kelab Diet...
Sangat bermotivasi....  
Yeeeha.. jom tengok !!!! 

'Tak mahu' vs 'Tak boleh'
Apa bezanya antara keduanya? Perkataan 'tak mahu' lebih berkesan berbanding 'tak boleh' dalam perihal diet. Contohnya ' saya tak mahu makan kentang goreng'  kedengaran lebih tegas dan penuh penekanan. ia membantu anda lebih berdisiolin menjalani program diet dengn lebih baik dan berjaya.
 
Malangnya, kebanyakan orang yang berdiet berfikir mereka 'tak boleh' menikmati hidangan yang sememangnya boleh memberi kesan buruk pada kesihatan diri. Amat berbeza bila ia diibah menjadi ' saya tak boleh makan kentang goerng'. Kata-kata ini membuat anda rassa lebih tertekan lagi, demikian menurut sebuah kajian yang diterbitkan di dalam Journal of Consumer Research.
 
Bila anda kata ' tak mahu', anda sebenarnya memupuk sikap kawalan diri dengan baik, yang membantu psikologi anda untuk menolak keinginan atau nafsu makan yang melampau..

30 minit membahagiakan

Kajian sains baru mendedahkan bahawa 'berusaha keras' membantu anda untuk menikmati dengan seronok setiap sesi latihan fizikal anda. Sebenarnya selepas kita menjalani rutin fizikal dengan tetap, otak akan menghasilkan bahan kimia yang membuatkan kita rasa lebih gembira.
 
Bahan kimia ini menggalakkan anda untuk menerus malah menambah lebih banyak waktu latihan bagi menikmati perasan indah tersebut. Hanya 30 minit berlari dengan kadar maksimum denyutan jantung sebanyak 70 peratus contohnya anda akan berasa lebih seronok dan gembira..

Ringan tapi banyak
Berita baik untuk anda yang biasanya m embuat aktiviti mengangkat beban yang ringan. Sebuah kajian yang diterbitkan di dalam Journal of Applied Physiology mendapati bahawa anda tidak perlu bersusah payah membuat aktiviti beban yang lebih berat untuk membentuk otot massa dan meningkatkan metabolisme anda.
 
Sebaliknya, anda boleh mengangkat beban yang ringan. Syaratnya, anda perlu menjalani latihan sehingga tubuh berasa cukup letih serta tidak mampu untuk meneruskannya lagi. Apa pun, tubuh anda perlu masih berada dalam keadaan sihat dan fit, cuma hanya keletihan sahaja.
 
Walaupun begitu, jika dalam tempoh menjalani latihan ringan tadi anda masih belum berasa tubuh telah membakar kalori, ia menandakan anda perlu cuba untuk tingkatkan intensiti latihan anda, demikian terang penyelidik, Stuart Phillips.

Lakukan angkat beban yang ringan sehingga rasa cukup letih dan tidak mampu untuk meneruskan lagi.

Wednesday, April 24, 2013

Kanak-kanak memang begini

Jalan-jalan di Paradigm memang best..
Maalumler tempat barukan....
Tapi satu bendapun kami tak beli bolehtu...
Hasilnya tengoklah gambar di bawah ini...
Muka sedih sebab nak beli 'hand bag' warna hijau tak dilayan ...
Masuk H&M memang celaru fikiran tengok kasut, handbag budak2pun comel...
Rasanya tak perlu lagi dah nak hari raya nanti kita cari boleh!!!!!
Cuba bawak diri di air pancut ini... 
Dari dalam keadan sedih dah mula gembira... 
Dah melompat sana sini...
ramai lak orang yang layan air pancuttu .. lagiler happening...
Dah macam bukan dia yang 'monyok' taditu..
 
Budak-budak memang begini... dia akan cuba tarik perhatian kita dengan muka sedihnya... Kalau masatu ibu diani tak kisah, oklah dapat jugalah. Tapi ada masa ibunyani jadi berkira sikit alamatler korang buatlah muka camner ada ibu kisah.. Anak-anak akakni bukanlah tahap guling-guling kalau tak dapat beli barang. Oklahkan...
 
Beginilah kisah budak-budak dari sedih boleh sekejapan gembira... Kalau pagi berbaik tengahari dah bergaduh, petang nanti baik balik. Itulah kanak-kanak.. masa kita sekolah dulu orang selalu cakap zaman belajarni paling best tau.. kita cakap dalam hati, adaker seronok? kena ambil periksa, takder duit pulaktu... seronokler kalau dah kerja.. sekali dah kerja memang kenangan masa sekolah aka zaman kanak-kanak adalah paling gembira... Tidak perlu risau apa-apa... 

Teh Tarik Place @ Paradigm Mall

Sambungan lagi kisah kami kali pertama di Paradigm Mall..
See... Paradigmni macam IOI Malljer..
Popular dan Toys R Us pun ada di IOI Mall..
Lepastu pi masuk Teh Tarik Place pulak pun ada di IOI Mall..
Yang kelakarnya masa gi IOI Malltu tak pandangpun Teh Tarik Placeni...
 
Singgah sini sebab dik Ya tiba-tibajer kata lapar, terus terpandangkan
Teh Tarik Place ngan Chicken Rice Shop...
Suruh pilih antara dua, inilah pilihan dik Ya...
Kita tak pernah sampai sini tak tahu sangat kira jadilah... 
Konsep layan diri:::: Pi order kat kaunter dan nanti gantunglah no kat meja..
Lepastu barulah pelayan hantar makanan yang di order...

Kami tak minum teh tarikpun.... 
Menu tak macam kedai teh tarikpun..
dah macam kopitiamjer akak tengok....
Hargapun standard kopitiam...
 
Fikir-fikir balik awatler akak singgah kedai yang ada kat IOI Malljer,
punyalah banyak kedai kat sanakan...
Akak ada singgah gak H&M yang akak nak teringin sangattu....
Memang sangat best.. thanks to Lizz yang ada tulis kat blog dia...
Kasut budak-budak pun akak suka tengok..
kat sinilah dik Ya meragam nak hand bag.. raya nanti kita cari ok..
Ada lagi sambungan kisah ke Paradigm Mallni... apa punya banyak da!!!


Mainan idaman hati

Inilah tempat kesukaan anak-anak... Toys R Us
Masa masuk Toys R Us di Paradigm Mallni anak-anak cakap
benda yang sama macam di Popular Book Store..
Kenapa Toys R Us di sini lebih best dari di IOI Mall?
Sebenarnya macam samajer tapi entahler akakpun nampak cam best kat sini..
Macam lebih banyak pilihan....

Teringat kisah mula-mula kenal Toys R Us dulu..
Maalumler akakni kan sebelum kahwin kerja di Ipoh..
Dah kahwin baruler menetap di Selangorni...
Masatu kedai Toys R Us di Subang Parade besar sangat...
'peghak'ler jugak masuk kedai mainanni, dahler harga mahal...
Tengok ramai pulak orang beli maianan kat tempat mahal-mahal gini...
Terasa bezanya orang Ipoh ngan orang lembah Klangni...
Oh tinggalkan kenangan akak dengan Toys R Usni..
Jom tengok gambar Azalia dan mainan idaman hatinya di Toys R Us...  
Daripada birthday tahun lepas dia dah mintak hadiah 'baby'?
Ibu kata nanti ibu bagi 'baby' betul nak tak?
Tak nakler pulak,  katanya nanti ibu dah tak sayang dia.....
Masa birthday kakak dia awal bulanni pun dia kata bolehler ada 'baby'
akak kata tak nak ibu memang takutkan anak patung... 
Oklah dia kata ibu amek gambarjerler...
alahai kesian anak ibu...

Tuesday, April 23, 2013

Membaca amalan mulia....

Lepas seronok jamu mata di KAISON singgah sebentar di Popular Book Store
Anak-anak memang pantang nampak kedai buku mesti nak singgah...
Itu yang akak selalu mintak suami bawakkan diaorang ke perpustakaan..
Kalau singgah mesti dengan muka yang sedih mintak tolong belikan...
Ingat nak ajak suami pergi ke
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2013
Date: 26 April 2013 - 05 May 2013
Siapa yang pergi nanti angkat tangan....
Akak tak pernah pergipun, selalu dengar cerita adik ipar yang selalu pergi...
Kalau akak pergipun nak cari buku untuk budak dua orangni jer..
Jomlah suami kita pergi.. ha.. ha.. sebenarnya dah tau jawapannyer...
saja suka-suka kot kali ini dia baca blog akak...
Kata Azalia kenapa Popular kat sin lagi best dari IOI??
Pernah pergi Popular di IOI tak??
Popular jadi laluan untuk old wing dan new wing...
Dahler raknya rapat memang tak selesa.....

Atikah dan Azalia semangat jenuh nak ajak balik..
Bestler ibu nanti kita datang lagi... 

Kedai hiasan dalaman rumah murah ~ KAISON

Oleh kerana dik Ya kata dah tak seronok tengok orang bergaduh
maka kamipun masuk ke kedai KAISON.
Kaison
Kaison, a fashionable yet affordable home decor and gift specialty store that offers a complete range of artificial flowers and plants, baskets, glass and porcelain vases, accents and candle holders, clocks, photo frames, oil painting, home decorations, pillow and cushion, curtain and blinds, rugs, wallpaper, soft toys, gift accessories and ideas and more.
Padahal Kaisonni adajer kat Festival City, akak yang tak perasan.
Mungkin ingat kedaini cuma ada jual barang hiasanjer ..
Akak teruja nak masuk sebab tengok benda yang bawahni...
Tempat letak cup cake dan juga hiasan  dicucuk pada cup caketu
menurut kata yang  empunya majlis dia beli di Kaison..
oooo ada yerk... tu yang pergi kat Paradigmtu terus masuk..
Banyak barang untuk persiapan majlis hari jadi....
Tengok macam-macam jenis belonpun ada...
Sebab ambil gambar curi-curi tengokjer gambar tak leh nak explain...
Nak bagi hadiahpun macam-macam jenis kotakpun ada...

Dah ada idea kalau anak-anak nak sambut harijadi...
Yang pasti akak suka kedai ini...
Suka sangat barangnya yang cute...
Memang habis duit kalau masuk sini....

Malaysian Invasion Mixed Arts Tournament di Paradigm Mall

Selamat Pagi semua... ceria-ceria selalu.. Harini barulah dapat meluangkan masa lebih sikit kat blog.. Terima kasih kerana sudi singgah blog akakni walaupun akak tak sempat nak ber'BW' ke blog kawan-kawan... Al-kisah hari ahad lepas, suami akak bawa kami ronda-ronda ke Paradigm Mall di Kelana Jaya. Walaupun dah lama buka akak baru pertama kali datang sini. Boleh tahan juga, macam-macam ada. Sekarangni banyak tempat membeli belah yang menarikkan!!
Kebetulan masa kami datang sini ada satu acara di adakan. Tengok ramai orang kamipun turut menjenguk rupanya ada kejohanana Malaysian Invansion Mixed Martial Arts.  Akakpun tak pernah dengar, cari google jumpa bendani... Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA) will be the first largest All-Malaysian Mixed Martial Arts (MMA) Amateur Tournament in Malaysia. 'NOW EVERY ONE CAN FIGHT' ..
Oklah bergaduh yang dibenarkan... Dik Ya teruja nak tengok, nasib dapat menyelit di kalangan orang ramai. Tengok sekejapjer pun  sebab dia kata tak bestpun... Jom layan gambar akakpun tak tahu nak terangkan...  

Punyalah ramai orangkan... 
Dik Ya jer boleh menyelit....

Masani dah nak mula...
Lepas tengok sekejap bendani kamipun teruskan meronda.... Best juga Paradigm Mallni, kalau tak pernah sampai kenalah pergi....

Monday, April 22, 2013

Ikan dan parti politik

Ikan.. oh ikan...
Sekarangni ikanpun dah jadi parti politik...
Akak jumpa signboardni....
Sabojerlerkan....
Akak dah lama teringin mencuba mi bandung Muar di Sajian Banginda....
Kalau masih ingat Farouk Hussin pernah perkenalkan geraini
dalam rancangan Warung Kita...
Selalu kedaini tutup kalau akak datang sini, mungkin hari dan waktu tak kena...
Haritu balik dari Mydin Subang Jaya mencuba nasib...
Sekali geraini buka, syukur merasalah juga...
Bagi akak rasa mi bandung dia boleh tahan...

Jom tengok ikan yang pandai main politikni!!!!
Pilihanraya pun dah nak dekatkan..
semua partipun bekerja keras untuk mendapatkan undi dari rakyat Malaysia...
Geraini terletak di Medan Selera USJ7, betul-betul di belakang stor Metro Bus...
Sebenarnya masa akak duduk di Subang Jaya tak perasanpun Medan Selerani..
Banyak juga pilihan gerai yang ada di sini.....

NOTA ::: Akak mohon maaf sebab harini tak sempat nak balas komen kawan-kawan... harini memang ada sebab yang tak dapat dielakkan, esok memang ada banyak masa Insyaalllah...


Sunday, April 21, 2013

Menjejaki Puncak Gunung Kerinci

Sebahagian tulisan dari Utusan Online tentang Menjejaki Puncak Gunung Kerinci yang membuatkan akak mengimbau kenangan berbelas tahun yang sudah.....
SESIAPA sahaja yang melalui kawasan perkebunan teh di desa Kersik Tuo, mukim Kayu Aro, daerah Kerinci, Jambi, Sumatera, Indonesia pasti akan terkesima dengan pemandangannya.
Berlatarbelakangkan perkebunan teh yang menampilkan Gunung Kerinci, sesiapa sahaja yang meminati aktiviti lasak pasti ingin menakluk puncaknya.
Di sebalik kisah mistik mengenai harimau jadian di Taman Nasional Kerinci Seblat (TNKS) yang merupakan pintu masuk ke Gunung Kerinci, tersimpan khazanah flora dan fauna yang tidak ternilai harganya.
Populariti kisah harimau di situ membuatkan sebuah tugu dibina di simpang masuk utama ke desa tersebut. Dikenali sebagai Tugu Macan, ia menjadi tumpuan pelancong untuk merakamkan gambar kenangan.
Kehebatan Gunung Kerinci yang merupakan gunung tertinggi di Sumatera (3,805 meter/12,480 kaki) ........ teruskan membacanya di  http://www.utusan.com.my .
Cantiknya gambarni... Subhanallah... Kredit untuk jurugambar Utusan Malaysia...
Gambar dari Utusan Malaysia:::: Tak sangka akak dah lalui semua ini..
Merindui saat-saat itu...

Akak terbaca Utusan Online pasal "menjejaki Puncak Gunung Kerinci" dan ingatan akak kembali pada tahun 1999. Masatu akak bujang lagi dan join xpdc Persatuan Rekreasi Klang. Walaupun akak tinggal di Ipoh tetapi akak selalu join aktiviti belia dari Klang. Untuk xpdc kali ini kami memulakan perjalanan dari Klang waktu malam dan tiba di Melaka seawal pagi. Maka terpaksalah menunggu sehingga kaunter tiket feri dibuka. Oleh kerana ramai ahli kumpulan ke Gunung Kerinci ini akak tidak kenal bermulalah sessi berkenalan di awal pagi. Bersembang tepi longkangjer pun tapi rasa seronok pulak..
Naik feri dari Melaka ke Dumai tak ingat berapa lama, tapi macam lama jugalah. Hari pertama sampai di sana kami bersarapan dan makan tengahari di Rumah Makan Pak Datuk. Sedap tau makan di sini memang menjilat jarilah (lapar pulaktu!!!). Di sinilah kami baru dapat mandi pagi dan meneruskan perjalanan. Bermulalah pengembaraan kami dengan bas comel (bas pariwisata) dari Dumai ke kaki Gunung Kerinci.. Jauh sangat tau tak ingat berapa hari dalam bas pariwisatatu baru boleh sampai. Tidur, bangun, sembang, gelak, tidur balik, lepastu singgah kedai makan untuk makan, mandi dan solat...gituler untuk berapa hari.. Dapat tengok budaya tempat orang dan kebetulan masa kami pergitu akan berlangsung pilihanraya di Indonesia.
Memang sangat teruja jugalah walaupun penat, bayangkan lima jam dalam baspun kita rasa bosan inikan pula berhari-hari. Sebenarnya masa untuk naik gunungnya hanya dua hari diperlukan, satu hari untuk naik dan satu hari lagi untuk turun. Masa dalam bastu yang lama membuatkan xpdc ke Gunung Kerinci ini tidak sama dengan pendakian gunung yang lain. Paling istimewa sebenarnya apabila dua sahabat akak yang tidak mendaki bersama kami membelikan kek dari pekan terdekat untuk sambut harijadi akak. Turun dari gunung ada sambutan harijadi akak, kiranya itulah sambutan harijadi akak yang lain dari yang lain... best!!!
Kenangan indah itu tidak mungkin berulang dan di sebabkan xpdc Gunung Kerinci itu juga akak dapat anugerah yang terindah. Itulah janji Allah yang pasti setiap dari kita mesti percaya dengan Qada dan Qadar... Pertemuan pertama kali di tepi longkang dan sama-sama mendaki gunung itu rupanya titik permulaan untuk akak mengenali seseorang. Seseorang yang sangat istimewa dalam hidup akak.
Ikutkan pada masa yang sama sebenarnya sahabat dari Persatuan Rekreasi Perak mengajak akak ke xpdc Taman Negara Gunung Mulu Sarawak. Tapi disebabkan keinginan akak lebih menjurus untuk mendaki Gunung Kerinci iaitu gunung berapi yang masih aktif menemukan akak dengan seseorang yang kini bergelar suami. Allah telah janjikan yang jodoh akak adalah disebabkan kami sama-sama memilih untuk pergi mendaki Gunung Kerinci pada waktu itu.
Emak dengan apak akak sebenarnya terlebih gembira kerana akhirnya dapat melihat anak sulungnya berkahwin. Mungkin dah tak sanggup lagi mendengar kata orang keliling anak kamu yang sulungtu tak nak kahwinker!! adik-adiknya dah tiga orang kahwin... Akhirnya doa emak dan apak telah dimakbulkan kerana dengan izin Allah tarikh 21hb April kami disatukan menjadi suami dan isteri yang sah. 
Hari ini genaplah ulang tahun perkahwinan kami. Doa akak moga Allah terus memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan dalam rumahtangga kami ini hingga akhir hayat. Semoga kita saling berkerjasama untuk menjamin kehidupan kita kekal rukun dan aman damai.. .. AMIN..AMIN....
H.a.p.p.y.  A.n.n.i.v.e.r.s.a.r.y.


Friday, April 19, 2013

Aishah Ghani meninggal dunia

KUALA LUMPUR 19 April - Veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani, 90, meninggal dunia di Hospital Gleneages di sini pada 12.50 tengah hari ini kerana sakit tua, demikian menurut cucunya Ahmad Arif Astaman. - BERNAMA http://www.utusan.com.my

KUALA LUMPUR, 19 April — Veteran Umno Tan Sri Aishah Ghani, 90, meninggal dunia di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur di sini.

Beliau meninggal pada 12.50 tengah hari Jumaat kerana sakit tua, demikian menurut cucunya Ahmad Arif Astaman.

Jenazahnya dijangka dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara, petang ini. Aishah meninggalkan empat anak, tiga lelaki dan seorang perempuan.

Allahyarham merupakan wanita pertama Malaysia yang dilantik menjadi Senator dan wanita kedua di Malaysia yang menjawat jawatan Menteri selepas negara mencapai kemerdekaan. Pada 1949 beliau menyertai Umno dan menjadi setiausaha Cawangan Wanita UMNO Kampung Baru.

Allahyarham yang dilahirkan di Kampung Sungai Serai, Ulu Langat, pernah menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada akhir tahun 1945.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Ulu Langat dan di Sekolah Diniyah Puteri, Padang Panjang, Sumatera, serta pernah mengikuti kursus kewartawanan di London School of Journalism pada 1955. — Bernama

~ Akak sedekahkan al-Fatihah untuk insan yang dihormati.. dulu dia pernah datang rumah akak masa akak kecik. Tok saudara akak pemandu dia dan kebetulan datang Perak jadi singgahlah rumah akak... Orangnya sangat lemah lembut dan sangat dikagumi...Hilang tak berganti...  Al-Fatihah ~

Yeah hari jumaah!!! JCO Donuts & Cafe IOI Mall

Harini ada kerja yang perlu diselesaikan...
Tapi seronok sebab hari ini hari jumaat...
Berbahagia sebab esok cuti....
Walaupun takder rancangan ke mana-mana tetap gembira.... 
Layan makan benda manisni.... 
JCO Donuts & Coffee IOI Mall
Tak reti duduk  elok-elok..

Ibu ngan ayahni sembang kat rumahpun boleh, baik tidur...

Anak ibu  boleh tidur kat sini.. sabojerler...

UPDATE ::: Kedai Donut J.Co di IOI MALL ni dah TUTUP....

Nuffnang oh Nuffnang