Nuffnang saya

Friday, January 31, 2014

Sudoku dan doa sembuh dari strok

Sudoku pilihan hati kalau ada kelapangan. Dulu di pejabat akak sorangjer "gila" main Sudoku. Hisham selalu beli surat khabar Kosmo dan Mey beli surat khabar The Star. Tiap pagi akak mintak ruangan Sudoku dan dah siap baru akak pulangkan. Lama-lama tuan punya Surat khabarpun jatu hati. Dia tolong buat salinan untuk akak dan akhirnya satu pejabat main sudoku.

Semalam sebelum akak datang nak jaga emak mertua di Hospital teringat nsk beli buku sudoku. Lupa pulak.. Nasib adik ipar skak beli surat khabar Kosmo dapatlah akak main.
Mak mertua akak lelapjer main Sudoku sekejap..
Sempat tulis entri blog lagi...
Sabojerler.. 
Jumpa ayatt penyembuh strok ini dari blog   http://takecare6996.blogspot.com
 ... Ada cerita juga dari situ...

Emak mertua akak kena strok (sekarang tak boleh bercakap tapi badan semua boleh gerak) dan ada jangkitan kuman juga disyaki ada madalah jantung... terima kasih atas doa kawan-kawan semua....

Thursday, January 30, 2014

Selamat Tahun Baru Cina

Seronokkan tinggal di Malaysiani ...orang berhari raya kitapun tumpang dapat bercuti... Selamat bercuti untuk semua... Maafkan akak atas faktor sibuk sekarangni susah akak nak meronda ke blog kawan-kawan.. Tiga hari sudah akak tak kerja sebab masalah kesihatan mak mertua akak yang dimasukkan wad di Putrajaya.. Nak uruskan anak-anak lagi sebab selama ini mak mertua akakkan duduk sekali dengan akak.. Jadinya minggu depan kenalah diaorang singgah tengahari di rumah jiran. Nasib jiran di kawasan rumah akak ramai yang baik hati... Syukur...

Gambar dua orang adik-adik ofis akak masa kami buat roadshow di Giant
Bandar Puteri 2 minggu lepas...

Monday, January 27, 2014

Doakan kesembuhan ibu mertuaku

Harini akak cuti mengejut kerana kesihatan ibu mertua akak kurang baik sejak awal pagi tadi. Suami akak dahpun sampai ke pejabat dan akak telefon mintak dia balik. Sekarang ibu mertua akak di bilik kecemasan. Ibu mertua akak memang ada penyakit darah tinggi dan sentiasa mendapat rawatan berkala di Hospital Putrajaya.. Semoga Allah memberikan kesembuhan sepenuhnya kepada ibu mertuaku.. Akak tak pergi lagi ke hospital lagini sebab dua
orang budaktu di sekolah.. suami aksk tumggu berita dari dia dulu....
Tengok CSI walaupun dah berkali-kali tengok.. Risautu tetap di dalam hati mengingatkan keadaan ibu mertua akak pagi tadi..Ya Allah Engkau sembuhkanlah penyakit ibu mertuaku...

Thursday, January 23, 2014

Azalia yang senang makan

Harini dah khamis syiokler pulakkan esok dah nak jumaat.. minggu depan dah cuti CNY. Ingat nak balik kampung kalau diizinkan oleh Allah swt. Selalu CNY akak malas nak balik kampung maalumler orang Cina di KL/Selangorni ramai yang Ipoh mali talak sombong punya.. Jalan memang jem. Rasanya tahun 2010 kot akak dah sampai Puncak Alam boleh pusing balik sebab tak larat nak makan jem.. Yo ler tengok kat situ dah teruk jemnyer kalau ke depan lagi isyh  baik tak payah nasibler mak dan bapak akak jenis tak kisah sangat... Tapi tahunni nak juga mengharungnya sebab CNY nanti hari isnin cuti juga sebab ganti Hari Wilayah yang jatuh sama dengan CNY.. Jadi ada cuti 4 hari... Kali ini nak balik awal sikit.. dengarkanlah nanti sampaiker atau pusing balik macam dulu... Mintak Allah permudahkanlah....

Sebenarnya nak buat tajuk Azalia yang kuat makan cam tak baikjer jadi cakap senang makan.. Syukur sebenarnya anak-anak akak memang senang nak bagi makan. Pada diaorang asalkan adajer tak payah nak beria makan bertambah-tambah. Teringatkan status akaun fb adik akak di Ipoh sana yang anak dia susah benor nak makan padahal maknya dah masak macam-macam (tak sangka dia rajin sejak ada anakni.. ha.. ha..) .Tapi tuler akak rasa anak akakni macam akak jugak senang nak makan.. Mak dan bapak akakpun kalau akak yang balik kampung memang selalunya banyak benda yang dia ingat nak bagi akak makan.. Sebab akakni memang kaki makan berbanding dengan adik akak yang lain memilih sikit. Itu yang berjangkit dengan anak akak.. Jangan tak tahu diaorang boleh makan banyak sekalipun makan nasi kosong dan kicap sahaja. Masa Azalia kecik lagiler makan nasi kosongjer, sampai moyang diapun ikut makan nasi kosong sebab teringatkan cicitnya punya perangai. 

Syukur dengan keadaan ini.. Gambar bawah dah lama juga tahun sudah tak silap. Permintaan nak makan pizza. Paling mudah pergi ke Giant Bandar Kinrara kita makan Pizza Hut.. Anak akak kalau jalan kawasan Bandar Kinrara pakai baju duduk rumahjer, baju tidurpun selalu buat. Sekali haritu balik Ipoh rumah adik akak, anak dia nak jalanjer dah tukar baju untuk berjalan.. Tu yang bila balik sini diaorang kata nak tukar baju. Ibu dia akan cakap "akak dan dik Ya dah comel, pakai baju tak comelpun tetap comel".. dasar pemalas ibumu ini... Isyh macam panjangjer entri akak kali ini...  
Layan dia nak makan pizza...
Tapi dia nak juga makan spageti...
Aiskrimtu dia juga yang punya... 
 Makan spagetijer yang dagingnyer tak nak di makannyer... 
Pizza pun tambah lagi...
Ini semua ana yang punya!!!
Masa kat Pizzani ada kenangan dengan Azalia yang suka memerhati orang..
Tiba-tibajer dia cakap, "lama betoiler orangtu nak order pizza, penat kakaktu tunggu"..
Dalam makan penuh perasaantu dia perasan gaktu...
Kenapa dik Ya cakap gitu?
Sebab suami akak kalau nak makan kat kedai dalam kereta dah kena 'decide' nak makan apa..
Akak dah tanya siap-siap pada anak-anak  jadi tak payahler nanti dengar ayah dia bising..

Lepastu sebab dia lama sangat makan sebab banyak makanan plus dia makan kuantiti kecil..
Akak cakap kat dia mesti makciktu cakap "Lama betoiler budaktu makan tak padan dengan badan yang kecik".. ha.. ha... tuler pasal tak baik mengata orangkan... 

Wednesday, January 22, 2014

Semuanya serba baru

Terima kasih atas kata semangat untuk dik Ya untuk entri sebelum ini.. Dah tunjukkan kat dia komen-komen dari 'auntie' semua, dia senyumjer. Masa ambil duittu semalam tergelak jugalah sebab dia duduk dengan budak lelaki yang juga kawan satu van pergi sekolah dengan dia. Akak tanyalah cikgu suruh duduk belakangker dia yang nak. Katanya cikgu suruh, entahler mungkin dia sendiri nak duduk belakang sebab budaktu jer yang dia kenal. Nak baliktu siap budak lelakitu cakap "bye-bye Azalia" depan mak dia.. ha.. ha...  mulatu heran juga rupanya naik satu van...

Berbalik pada tajuk apa yang barutu Cho Zila?? Takkanler duit dah kena kebas dek orangpun beli benda baru kot.. Mun orang kebas beg tangantu turut menghilangkan maklumat diri kenalah buat baru semuanya. Mula-mula mestilah kena buat kad pengenalan terlebih dahulu barulah boleh buat benda yang lain. Nasiblah sekarangni semuanya lebih mudah berbanding waktu dulu semuanyapun dah selesai.. Merasalah akak dapat kad yang baru belaka...

KAD PENGENALAN :-

Yang ini paling pentingkan, syukur Jabatan Pendaftaran Putrajaya di buka pada hari sabtu dan ahad. Lepas kenatu hari ahad terus akak ke Putrajaya. Memang tak ramai orangpun haritu dan urusan memang selesai tak sampaipun 15 minit. Gambarpun ambil di situjerkan, dan tak perlu bayar apa-apa sebab ada salinan repot Polis. Katanya 24jam kad pengenalan akan siap. Maknanya isnin dah boleh ambil.. yee ha!! dapat kad pengenalan versi baru...

LESEN MEMANDU :-

Yang ini akak buat lambat sikit sebab takder masa nak pergi dengan minggu lepaspun dua hari cutikan.. Akak pergi ke Pudu Sentraljer sebab senang naik LRT dari Seri Petalingpun tentu sampai.. Nasib keputusan akak betul semuapun mudah belaka urusanpun tak sampai 20 minit.. Syukur semuanyapun dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Hanya bawak satu salinan kad pengenalan dan juga 1 keping gambar. Yang gambartu tak payahpun tak per sebab dia boleh guna gambar kad pengenalan. Tapi akak dahpun ambil gambar jadinya gunajerler gambar yang di bawakkan.. 

ATM KAD :-

Yang ini mudahjer bank sekeliling pejabatjer tapi minggu lepas memang sibuk sesangat tak sempatpun semuanya buat mingguni.. So selesai sudah harap semuanya  baik belaka lepasni. Janganlah ada musibah sebegini lagi... 
 Tengok baru-baru belaka...
Tapi dompet tak belipun lagi .... 
Tengok gambartu memangler rasa muka akak dah bertambah bulat... 
 Nampak dekatjer Pudu Sentraltu tapi nak jalan jauh jugakkan... 
Takder keja ambil gambar orang bekerja... 

Lupa nak cerita yang dalam beg tangan di kebas dek orangtu ada satu kamera digital yang selalu akak guna untuk gambar di blog akakni.. Yangtu tak dapat yang baru lagi, harap suami akak bacalah blogni kot dapat yang baru.. Kita nak kamera Nikon atau Canon yang terbaru.. ha.. ha... Beranganler pulak.. takperler sekarangni ambil gambar pakai kamerapun ok jugakkan...

Tuesday, January 21, 2014

Dapat duit dan dapat balik rumah

Entri kali ini panas lagi sebab barujer berlaku... Tengahari tadi pergi ke sekolah anak-anak sebab nak ambil duit bantuan RM100 di kelas masing-masing. Semalam dah boleh ambil tapi tak sempat.. Jadinya malam semalam dua orang budaktu bising katanya kawan dia boleh balik lepas emak atau ayah diaorang ambil duit.. 

Akak suruh diaorang tunggu sampai petang mana diaorang nak terus ikut akak balik... Jadi sekarangni tengah bergembira tengok cerita Indonesia dengan nenek diaorang.. Nak cerita masa tengahari tadi tengok perangai budak-budak darjah satu, ramai juga yang menangis nak masuk kelas. Rasanya dalam tiga orang, yang sorangtu bergayut kat badan emak dia sambil menjerit "orang kata tak nak sekolah". Kuat pulaktu mak dia sabarjer nampak 'cool' sangat. Yang sorang lagi cikgutu suruh emak dia balik dulu. Yang kakaknya menangis tak nak sekolah dan yang adiknya pulak menangis sebab nak tinggalkan kakak dia. Ala tragis gak yerk... Yang sorang lagi menangis tapi duk belakang ayah dia. Dua lelaki dan seorang perempuan...

Rasa bersyukur gakler dik Ya dalam dia kata tak seronok sekolahtu, suruh pergi sekolah okjer. Cuma dia rasa tak best macam sekolah tadika dulujer. Akak tanyalah dia takkan tak seronok langsung sekolah kebangsaanni dik Ya.. Dia kata sikitjer seronok. Apa yang sikittu... Dia jawab "masa rehat sebab dapat jumpa kawan tadika dia yang kelas lain". Akak tak sangka bendani jadi kat dik Ya sebab akak tengok dia senang berkawan berbanding dengan kakak dia. Sekali masuk sekolahni pulak dia jadi tak pandai nak berkawan.. Harap sebulan dua nanti dia dapat jumpa keseronokan untuk bersekolah..
Gambar masa pergi Jusco Equine lama dah.. 
sebab motor di sini macam robot dia gagah juga nak naik..
Tapi tengokler kakipun dah panjang... suka hatilah dik Ya... 

Cerita Lama

Cerita lama tapi  sekarang baru akak nak keluarkan. Kisah sebelum hari krismaspun ada tak buat entri gitu. Pejabat akak sekarangni dah tak macam dulu lagi 2 bulan sekali buat makan-makan. Jadi untuk krismas haritu buat untuk suka-suka tukar hadiah antara kami semua. Sekarangni pejabat akak ada 9 orang staf termasuk pengurus cawangan dan diaorang ajak bos untuk kawasan Selangor, jadilah 10 orang meraikannya.... Tempat dipilih pulak Redbox di IOI Mall, ini yang susahnya sebab akakni mana suka menyanyi...

Hadiah yang istimewa untuk kawan-kawan... 
Akak dapat dari bos cawangan Puchong... 
Happy dapat hadiah masing-masing... 
Bos kawasan Selangor menyumbangkan suara...
Hanya yang wanita...
Yang lelaki... 
Kita bergambar dulu... 
Makan malam sambil menyanyi... 
Pilih Redbox sebab dekat dengan pejabat..
Makananpun ada buffet lagi... 
Jadi harga adalah munasabah...
Sekarangni di pejabat akak hanya ada dua staf melayu...

Ha.. ha.. cerita krismas la ni dah nak CNY dah kan...
CNYni akak memang tak dapat cutiler takkan nak berebut dengan diaorangkan...
Tapi raya puasa nanti dah tentu tak payah nak gaduh-gaduh... 

ps: Zee cuti wajib CNYtu cutiler tapi nak tambah cutitu tak dapatlerkan... 

Monday, January 20, 2014

Cerita Kembali ke sekolah

Memang suram blog akak kebelakangan ini. Dengan sibuknya akak sekarang dan dengan mood yang tak berapa nak adatu buatkan tak der benda nak di kongsikan di sini. Banyak benda dalam kepala akak nak tulis dalam blogni tapi semuatu kisah awal tahun sekarangni dah nak habispun bulan Januarikan.. Nak melawat blog kawanpun belum ada daya yang kuat lagi.. Tapi Insyaallah mingguni semuanya  mungkin kembali seperti biasa..

Cerita kisah Atikah dan Azalia yang mula kembali ke sekolah.. Persiapan untuk mereka berdua bersekolah lebih diutamakan. Atikahpun beli juga baju baru maalumler baju tahun lepastu memangler elok lagi tapi warna putihnya dah tak macam nak putih lagi... Jadi ada rezekitu belilah baju barukan. Azalia pulak baru nak masuk sekolah kebangsaan tentulah semuanyapun baru... Janji korang suka bersekolah dan nak belajar bersungguh untuk jadi insan berguna dah buatkan hati ibu dan ayah gembirakan...
 Pergi Jusco Equine Parkjer.. tak ramai orang sangat...
 Bersiap sedia untuk hari Orientasi darjah satu
 Sibuk beli buku latihan, buku rampaian dan sebagainya di sekolah.. 
Lepastu sibuk nak membalutnya pulak...
Masani nak pergi orientasi sekolah rendah..
 Nak pergi Orientasi sekolah agama pulak..
 Happy dapat masuk sekelas dengan kawan dari Genius Aulad dia... 
Masuk kelas 1 Sabar... 
Operasi potong rambut bagi namapk kemas sikit...
Muka hari pertama sekolah.. Dik Ya dah nampak lebih kemas berambut pendek...
Atikah bawak hadiah untuk kawan baik dia Dalili yang dah masuk ke kelas lebih baik...
Atikah masih dikelas Intan dan Dalili masuk ke kelas Berlian... 
Dik Ya pun dah tau kelas dia 1 Intan macam kakaknya juga...
Kata dik Ya "rupanya tak best sekolah kebangsaanni"
Dia nak bandingkan dengan tadika Genius Aulad dia tentulah tak sama wahai dik Ya..
Moga dia dapat menyesuaikan diri juga nanti.. maalumler cikgu sekolahni
garang sikit dari cikgu tadikakan... ha... ha... 
Kawan-kawanpun dia kata tak best... nanti2tu oklah jugak nantikan.. 

Thursday, January 16, 2014

Selamat berhujung minggu

Lamanya tak buat entri baru ...
Lepas kes kehilangan barang berharga...
Akak sibuk sikit dan komputer di pejabatni buat hal...
Awal tahun masih mencari rentak kerja di rumah yang tak habis-habis..
Akak tengok orang lain okjer cukupjer masa yang ada...
Akakni kelam kabut tengok harini dah pun setengah bulan di tahun yang baru...

Akak kehilangan beg tangantu masa kami buka gerai di Giant Bandar Puteri..
Akak dah tengokpun rakaman cctv yang ditunjukkan...
Memang sedih sangat sebab yang mengambiltu sebangsa, seagama dan sejantina dengan akak...
Orangnyapun bukanlah muda belia sungguhku tak sangka...
Harap dia akan sedar dan insaf juga nanti...
Janganlah sampai hujung nyawapun tak sedar diri lagi... 

Yang penting esok cuti dan dapatlah kita rehat... 
Syioknyer hujung mingguni sebab dapat rehat 3 hari..
Banyak benda nak dibuat semoga semuanya suksess belaka...
SELAMAT BEREHAT dan BERHUJUNG MINGGU untuk semua...
 Kalau orang main saham tentulah suka tengok BULLni...
Harap tahunni pasaran saham akan lebih baik dari tahun yang lepas-lepas... 
 Kedai kesukaan akak kalau balik Ipoh dah ada kat Puncak Jalil.. bestnyer...
Kedai burger kegemaran akakni dah lama tak bukak..
Janganlah tutup ... 

Saturday, January 11, 2014

Musibah datang musibah pergilah lekas

Harini datang lagi satu nusibah dalam hidup ini...  Selalu dengar orang mengalaminya tapi tidak merasainya... Bukan musibah besar manapun tapi hati tetaap rasa tidak sedap.. Bayangkan insan yang diduga dengan musibah besar, betapa kuatnya mereka. Terasa kerdilnya diri ini...

Tiba-tiba teringat arwah tok akak.. kalau datang penyakit dia cakap "adalah dosa tok dengan Allah, syukur Dia ingatkan tok".  Gitu... Ini kita baru Allah uji sikit dah gelabah semacam. Setiap dugaan pasti ada hikmahnya, percayalah....

Musibah datang namun lekaslah pergi., Sebenarnya akak baru  kehilangan beg tangan   yang tentulah ada dompet yang menyimpan dokumen penting. Hilang duit tak sebanyak manapun tapi kepalani berat memikirkan  banyak tempat yang kena pergi untuk menggantikan yang hilang. Oklahkan itu dugaan kecil moga akak mengambil iktibar dari dugaan ini.. Moga Allah berikan kesedaran pada sipenjenayah tersebut janganlah menyusahkan orang lagi. Malamni tak pasal-pasal akak masuk Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang yang akak selalu lalujer. Sebelumtu akak dahpun buat repot di Balai Polis Bandar Puteri yang akak baru tau kewujudannya..

Gitulahkan kalau tak jadi kat kita mana kita nak ambil tahukan...  panjang lebarlak bebelan akak untuk entri kali ini...
Bolehkan letak gambarni sebagai bukti yang akak sampai sini.. 

Friday, January 10, 2014

Ice Age Experience 2013-2014 South City Plaza Seri Kembangan

Sebenarnya kamini anak beranak belum sembuh sepenuhnya...
Harini suami akak pulak cuti sakit dan Atikah juga...
Ini hanya musibah kecil dari Allah untuk kami berbanding dengan orang lain...
Semoga Allah juga yang akan memberikan kesembuhan kepada kami sekeluarga...
AMIN... AMIN... AMIN.... 

Mohler nak cerita kisah kami pada hari terakhir tahun 2013...
Tiada dalam perancanganpun nak kemari sebenarnya...
Lepas hantar mak mertua akak di rumah nenek akak ajak suami ke South City Plaza...
Rasanya ini kali kedua kot akak ke sini ...
Nampak papan iklan tentang Ice Age Experience ni kat luar South City Plaza...
Jomler kita tengok wahai anak-anak...
Teruja tak muka kami ni ...
Rambut baru Azalia untuk bersekolah... 

Opps lupa beli tiket dulu ok!!!
Dewasa = RM12 , kanak-kanak = RM8 dan Pakej keluarga (2 dewasa dan 2 kanak-kanak) =RM32...
Seram tak!!!!!
Ada orang bagi penerangan tapi akak mana nak ambik kisahtu semua... 
Teruk betoilerkan... 
Comeljer dik Ya posing gitu...
Sekarangni court mammothjer der lagi... 
Gambar tak berapa nak elok sebab kat dalamtu gelap sesangat...
Suruh ambik gambar dekat sikit dah takut... 
Macam-macam ada ok... 

Kesimpulannyer akak terkejut sebab tempattu kecik sangat... Kalau takder orang bagi penerangantu rasanya tak sampai 5 minit kami dah keluar... sangat kecil ok... tapi sebab der orang bagi penerangantu terpaksalah tunggu lagi... Itujer akak rasa... 

TAMBAHAN : Akak pernah pergi Dino's Alive di Pusat Sains Negara dan rasanya kat situ lebih berbaloi-baloi..  Masa beli tikettu akak bayangkan lebih kurang gituler keadaannya... Moh tengok gambar tahun 2011 ini..


Masani budak dua orangni penakut pulak nak bergambar .. 
Dinasorni bukan takat kat lobitu kat dalampun ada lagi... 

Thursday, January 9, 2014

Anak beranak demam

Kami anak beranak demam... jadi tuler sebabnya blog akak sunyi dan sepi... Semalam akak MC sehari... Mula-mula dik Ya demam dia dah kebah mak dia pulak demam. Dan hari ini Atikah pulak demam doktor bagi cuti sakit dua hari tinggi sangat demamnya... Cepatlah sembuh hendaknya kami sekeluarga.. Tadi tengok mak mertua akakpun nampak dah batuk dan selsema.. Gitulerkan penyakit senang berjangkitkan.. Akakni bukanlah sihat sangat tapi bolehler nak pergi  kerja... 

Gambar tak kena mengena,,, 
Masani bawak budak dua orang ni tengok cerita "FROZEN"
Semoga cepat sembuh anak ibu... 

Monday, January 6, 2014

Restoran Safwan Seafood Bandar Kinrara

Banyak benda yang nak dicerita tapi semuanyapun tak sempat belaka.. 
Nak melawat blog kawanpun belum sempat lagi... 
Jadi maafkan daku wahai sahabat blog sekelian....
Untuk melepaskan rindu layan dulu cerita Restoran di Bandar Kinrara ini...
Kalau duduk di kawasan ini bolehler datang ke sini... 

Restoran ini agak tersorok sebab berada di barisan belakang..
Kalau pernah pergi ke pasar tani hari selasa di Bandar Kinrara mungkin nampak kedai ini..
Pada akak masakan di sini boleh tahanlah rasanya kerana terasa 'siam'nya...
Jom layan keropok dulu... 
Buku menu sempoi...
Gambar yang diambil oleh anak akak...
Menupun dah macam real Siam nyer... 
Ehm boleh tahan sedapnyer... 
Nasi Goreng ketam tak berapa nak sedap ngat... 
Nasi Goreng daging merah boleh tahanler... 
Sebenarnya yang sedap kalau makan nasi putih dan lauknya.. 
Tapi ada hari tak menjadi jugak, tukang masak orang lain kot..


Nuffnang oh Nuffnang