Nuffnang saya

Friday, June 27, 2014

Hari Ahad Kita Puasa

Hari ahad ini adalah 1 Ramadan...
Mendengar pengisytiharan hari ini tidak sama macam akak kecik dulu...
Berdebar-debarlah saat Penyimpan Mohor Besar nak umumkan...
Masatu pulak jiran ada yang tiada tv maka berkumpul ramai-ramai...
Meriahnya dulu-dulu...

Bersediakah kita menyambut Ramadhan kali ini?
Sayu hati ini  sebab  Ramadhan imi bapak akak sudah tiada...
Hanya doa yang dikirimkan...

Pss....update guna handphoneni payah beneno... Tapi tetap nak  buat satu enti...

Bercuti di Perak pun menarik

Masih ada satu lagi entri untuk cuti-cuti balik kampung akak 3 minggu yang sudah...
Kenangan indah kami seisi keluarga sebelum bapak meninggal dunia...
Sebenarnya payah kami adik beradik berkumpul dalam satu masa kecuali hari raya...
Kadang hari raya juga tidak dapat dikumpulkan semua ahli keluarga...
Namun ketentuan Allah itu pasti kali ini tanpa dirancang semua adik-adik akakpun balik kampung...

(Ayat di bawah akak tulis sebelum balik kampung melawat bapak akak di hospital...
Al-Fatihah untuk arwah bapak)
Bercuti atau melancong memang sudah jadi trend masa kini..
Bagi yang ada duit lebih tentulah melancong ke luar negara menjadi pilihan..
Pilihan akak yang suka ambil gambar anak-anak sebagai kenangan hanya yang dekat-dekat...
Lagipun cuti sekolah yang lepas dengan kekangan masa dan kewangan hanya dapat balik kampung..
Nasib juga ada balik kampung kata Atikah anak akak...
Kawan-kawan dia lagi kasihan bila cikgu bertanya ramai yang hanya duduk rumah sahaja...
Jadilah anak yang bersyukur, sekurang-kurangnya kita dapat balik berjumpa dengan opah dan atuk...
Sambil itu dapat juga singgah tempat yang menarik di negeri Perak...
(Ayat yang akak tulis sebelum balik kampung melawat bapak akak di hospital... Al-Fatihah untuk arwah bapak)

Berbalik pada tajuk di atas "Bercuti di Perak pun menarik" jom kita tengok gambar dulu....
Sebenarnya ini hanya kisah balik kampung kami 3 minggu sudah bukanlah keseluruhan negeri Perak.

Percutian bajet akak dengan memulakan perjalanan ikut Kuala Selangor-Sabak Bernam-Lumut...
Mesti keluar seawal pagi dan singgahlah di kedai makan sepanjang jalan kampung...
Boleh singgah pekan Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sekinchan, Sungai Besar dan Sabak Bernam...
Teruskan perjalanan ke arah Teluk Intan untuk melihat MENARA CONDONG..
Selain dari Menara Condong, ada lagi tempat menarik untuk dilawati di Teluk Intan...
Antaranya ialah Batu Bertenggek, Beting Beras Basah dan Jeti Bagan Datoh
(SUMBER :: Majlis Perbandaran Teluk Intan )
Di Teluk Intan juga ada kedai makan yang terkenal seperti Rojak Mastan Ghani dan Kedai Gulam Rasul..
Boleh tengok di sini :-SENARAI KEDAI MAKANAN POPULAR DI TELUK INTAN..

Kita teruskan perjalanan ke Lumut pulak...
Tempat perlancongan negeri Perak tidak boleh dipisahkan dengan Lumut...
Apa ada di Lumut selain dari jeti untuk ke Pulau Pangkor...
Yang paling ketara ialah banyak kedai menjual hasil laut tanpa perlu ke Pangkorpun...
Boleh juga bergambar di Lumut Waterfront yang indah...
Mesti melawat MUZIUM KAPAL PERANG LUMUT untuk merasai sendiri suasana kapal perang...
Jeti untuk ke Pangkor selain di Lumut kini terdapat jeti alternatif di  Marina Island Pangkor...
Marina Island Pangkorni merupakan pulau buatan yamg terletak dekat dengan Pangkalan TLDM...
Boleh baca kisah akak di MARINA ISLAND PANGKOR ...
Sebenarnya banyak lagi ada di Lumut dan Sri Manjung yang memerlukan masa lebih panjang lagi...
Nanti ada masa akak akan cerita pasal tempat menarik di Daerah Manjung ini....

Akak haritu sempat melawat MUZIUM KAPAL PERANG LUMUT dan singgah membeli makanan laut...
Lepastu terus balik ke kampung halaman akak di Bota Kiri...
Sempat makan malam di IKAN BAKAR D'MUARA LEKIR juga di daerah Manjung...

Perjalanan balik kami memilih untuk mengikut Lebuh Raya PLUS...
Singgah sebentar ke KELLIE'S CASTLE yang terkenal itu...
Kalau pergi ke Lumut jangan lupa singgah ke sini...
Memang menarik untuk yang suka mengambil gambar...
Lepastu bolehler singgah ke MUZIUM GOPENG di Pekan Gopeng...
Dan boleh bergambar dengan gambar grafiti di sana ....

Cuti sekolah lambat lagi dan sekarangni dah nak masuk Ramadhan...
Syawal juga orang berhenti dari berjalan cuti-cuti....
Entri ini hanya untuk kenangan akak sekeluarga, terima kasih kerana masih sudi membaca.....

Thursday, June 26, 2014

Insan Yang Istimewa Telah Pergi

Akak baru kembali dari bercuti selama 3 hari...
Blog juga tidak sempat akak kunjungi...
Mohon maaf pada kawan-kawan yang komen di sini  tapi akak tak sempat nak kunjung balas...
Mungkin ada yang terbaca catatan akak pasal BAPA INSAN YANG ISTIMEWA ...
Akak ada bercerita pasal bapak akak yang masuk ke wad yang bukanlah sakit kronik..
Memang bapak akak dirawat di hospital hanya kerana demamnya dan kencing manis ...
Demam dah baik kencing manis pulak yang tinggi dan begitulah sebaliknya..
Jadi doktor tidak membenarkan bapak untuk pulang ke rumah...

Adik dan adik ipar akak yang tinggal di Sri Manjung yang menjaganya..
Diaorang kata bapak akak dalam keadaan yang biasa tiada apa yang perlu dirisaukan...
Akak tetap nak balik kampung untuk melihat keadaan dia...
Dahlah tak boleh nak jaga dia macam adik dan adik ipar akak...
Takkan sebagai kakak paling sulung akak tidak melawat bapak...
Hujung minggutu saat indah dapat bersama dia yang kelihatan bersemangat melihat semua anaknya ada...
Selera makan juga bertambah dari kebiasaan....
Rasa senang hati sebab kitani kena balik dan tidak dapat menjaga dia...
Lebih kurang pukul 4.00 petang akak mohon diri untuk balik ke Kinrara...
Bapak hanya cakap " dah nak balik!!" dengan pandangan yang sayu....
Tak ingat sampai ke sini pukul berapa dan lebih kurang pukul 10.30 malam adik akak menghubungi akak..
Katanya bapak pengsan dan dalam keadaan yang tidak 'baik'...
Sempat sembahyang Isya' dan baca Yassin...
Suami kata "jom kita balik, jalan perlahan-lahan"...
Dalam perjalanan baliktu rasa tidak keruan sukar untuk digambarkan menerusi kata-kata..
Hanya Allah yang tahu betapa mengharapkan adalah keajaiban yang berlaku...
Akak tiba di Hospital Sri Manjung lebih kurang pukul 3.15 pagi...
Sempat menjenguk bapak yang sedang diberikan CPR...
Ini kali ke tiga jantung bapak berhenti....
Setelah doktor melihat tiada yang boleh dilakukan...
Doktor memohon untuk membuka bantuan pernafasan...
Maka sahlah pada pukul 3.24 pagi bapak akak meninggal dunia...
Kematian itu pasti... Tempat kita juga di sana nanti...
Hanya doa yang mampu dikirimkan untuk arwah bapak tercinta..

Rasa ralat kerana tidak terus tinggal di sana...
Sudah berkira-kira nak ambil cuti tapi adik akak kata tak payahlah anak-anak nak sekolah...
Memang ralat sangat tapi setiap kejadian ada hikmah yang tersembunyi...
Syukur kehadrat Illahi segala urusan berkaitan jenazah berjalan dengan baik..
Semuanya dipermudahkan dan ramai yang sudi hadir ...
Saudara mara, sahabat handai, jiran sekampung datang dari jauh dan dekat...
Terima kasih semua....

Sekarang risaukan emak akak yang akan tinggal seorang di rumah kampung..
Dia memang tidak pernah berpisah dengan bapak..
Selama ini kalau bapak dimasukkan wad pasti ada anak-anak meneman..
Semoga emak juga tabah dan sabar menghadapi ujian ini..
Semoga Allah memelihara emak dari sebarang musibah...

AL-FATIHAH untuk Allahyarham Zakaria Ansari bin Talib...


Tuesday, June 24, 2014

Tempat Menarik lawatan ke Taiping

Taiping Bandar Warisan.. Kira-kira 31 bahan sejarah pertama bermula di bandar ini sesuai dengan namanya Taiping Bandar Warisan.  Sumber dari Kosmo Online... "Hakikatnya, keistimewaan Taiping sebagai bandar warisan tidak boleh dipertikaikan lagi apabila Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menyenaraikan rekod 31 perkara yang terdapat di sana merupakan yang tertua di Malaysia."

Jadi di sini hasil kajian di google dan juga pengalaman akak sendiri jom kita tengok tempat menarik untuk dilawati kalau pergi ke Taiping...

1) Taman Tasik Taiping 

Jom layan perasaan di Taman Tasik yang aman damaini dan pemandangannya yang sangat menarik. Seronok dapat berkelah bersama keluarga di sini dengan cuacanya yang sangat nyaman. Seronoknya dapat menghirup udara yang bersih. Banyak juga filem yang menjalankan penggambaran di sini .. Malah dulu ungkapan From Taiping With Love menjadi fenomena... Sebenarnya di kawasan Taman Tasik Taipingni ada macam-macam tarikan untuk kita nikmati.. Umpamanya Taiping Equine yang ada menyediakan aktiviti menunggang kuda. Kalau nak meronda di Taman Tasik juga akan kelihatan deretan kubur yang sangat tersusun terletaknya 'Taiping War Cemetery". Di sini juga terletaknya satu air terjun dengan kemudahan asas untuk orang ramai iaitu "Burmese Pool Waterfall". Ha lagi satu sebelum naik Bukit Larut misalnya kita boleh singgah ke kolam renang awam pertama di Malaysia iaitu Coronation Pool yang terletak berhampiran dengan kaki bukit Larut tempat untuk menunggu jip naik ke Bukit Larut..
Taman Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia. Taman tasik ini dibuka pada tahun 1880Zoo Taiping terletak di taman tasik ini. Keluasan taman tasik di bandar Taiping ini, mencapai hingga 62 hektar. (sumber :: Wikipedia)
Kami pernah berkelah di Taman Tasik Taiping tahun 2009 .... 

2) Zoo Taiping dan Night Safari

Kalau ada anak kecil dan punyai masa yang panjang apa salahnya berkunjung ke Zoo Taiping untuk mendekatkan kita kepada alam semulajadi.
Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia terletak di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill).Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi.(Sumber :::: Majlis Perbandaran Taiping)
Melihat haiwan di waktu siang tentulah tidak sama dengan waktu malam.. Ini merupakan pengalaman baru yang harus kita alami.  Masani kita boleh melihat haiwan yang sangat aktif diwaktu malam. Kami pernah sampai sini, jom baca blog akak untuk catatan night safari zoo Taiping
Tahukah Anda?


Night Safari merupakan zoo ke-3 di dunia yang dibuka pada waktu malam selepas zoo di China dan Singapura. (Sumber ::: Majlis Perbandaran Taiping)
Mengunjungi Night Safari pada tahun 2011

3) Bukit Larut

Dah sampai ke Taman Tasik tak salah rasanya kalau naik ke Bukit Larut.  Satu pengalaman menarik untuk sampai ke puncak sana dengan menaiki jip.. Tiba di puncak sana pula dapat menikmati pemandangan indah memang menakjubkan.. Sesuai untuk pencinta alam dan kalau tak penah sampai sini harus pergi.. Jom baca entri akak pasal  BUKIT LARUT
Bukit Larut atau Bukit Maxwell di Taiping, Perak adalah pusat peranginan tanah tinggi tertua di Malaysia. Nama bukit itu sempena residen British, George Maxwell yang bertugas di kawasan itu pada 1880. Kawasan ini adalah lokasi paling lembap di Malaysia. (sumber :: My Metro)
Percaya tak sejuk di atas puncakni... 
4) Muzium Perak
Mesti singgah sini untuk mempelajari sesuatu tentang sejarah ..
Muzium PerakTaiping merupakan muzium tertua dan pertama di Semenanjung Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1883. Idea penubuhannya diasaskan oleh Sir Hugh low, Residen Inggeris di Perak ketika itu. Kurator muzium yang pertama adalah Leonard Wray Jr iaitu seorang ahli botani dan geologi.
Melawat Muzium Perak entah untuk keberapa kalinya... 
6) Pekan Taiping


Jangan lupa dengan Pekan Taiping yang sudahpun jadi bandar. Bangunan yang sangat lama jadi bolehler kita rasa macam melancong ke luar negara kerana ketara sentuhan Inggerisnya. Sumber dari Majlis Perbandaran Taiping :-
Bangunan-bangunan warisan yang terdapat di Taiping lebih tertumpu kepada bangunan kerajaan dan rumah kedai di mana senibinanya adalah dari pengaruh Inggeris. Terdapat 83 rumah kedai dan 34 bangunan-bangunan awam di Taiping. Rumah kedai merupakan bangunan yang paling nyata dan menjadi tanda tempat yang penting di Taiping. 


Malahan menurut pendapat umum, pekan Taiping sudah pun muncul dengan bangunan-bangunan dan rumah-rumah batu sedangkan ketika itu Kuala Lumpur masih lagi dipenuhi rumah-rumah usang seperti bangsal. Rekabentuk kedai-kedai serta bangunan-bangunan kerajaan masih kelihatan utuh dan menarik di mana pengunjung dapat merasai nostalgia zaman kegemilangan Taiping melalui bangunan-bangunan sejarah ini. 
Paling penting banyak perkara yang pertama berlaku di pekan Taiping ini, contoh stesen keretapi pertama di Malaysia.  Jadi jika mencintai sejarah Taiping adalah tempat yang sesuai...  

7) Muzium Sejarah Matang

Dua kali makan di Mi Udang Mak Jah hanya lalu sahaja di Muzium ini .. jadi akak belum lagi sampai ke sini. Mungkin suatu hari nanti pasti akan dapat juga kami merasai pengalaman di Muzium Sejarah Matang ini pula... 
Muzium Sejarah Matang(dahulunya dikenali sebagai Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim) yang terletak di Bukit Gantang, Matang (dulu Permatang), Perak, telah dibina oleh Ngah Ibrahim yang bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan adalah anak kepada Cek Long Jaffar orang Melayu pertama tahun 1840 membuka perusahaan lombong bijih timah di kawasan Larut, Matang dan Selama. Muzium ini adalah merupakan sebuah bangunan yang beliau jadikan sebagai rumah, kota dan juga pusat pentadbiran Larut dan ditempatkan di kawasan seluas 0.8094 hektar. Bangunan ini dibina hanya menggunakan bahan-bahan yang terdiri daripada batu batan sahaja. (Sumber ::: Jabatan Muzium Negara) 
Jom baca blog ini  yang boleh bagi info lebih dalam :- MUZIUM MATANG

8) Hutan Eko Pendidikan Paya Larut Matang

Walaupun dah berapa kali ke Taiping akak juga tidak pernah lagi sampai ke sini. Nampak macam menarik tertarik tapi mungkin sebab ikut adik akak yang kurang berminat dengan alam sekitar jadi tak sampailah kami ke sini...
Diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal pada tahun 1906, Hutan Paya Bakau Matang ini berkeluasan kira-kira 40,000 hektar. Ia adalah rizab hutan paya bakau terbesar di Semenanjung Malaysia. Matang kaya dengan pelbagai hidupan liar dan habitat yang tinggal di kawasan paya bakau dan dataran lumpur.

Pengunjung juga boleh menaiki bot menyusuri sungai pada waktu malam untuk melihat kelip-kelip atau kunang-kunang.  
Antara aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan di situ ialah melihat kehijauan pokok bakau dan memerhati burung yang pelbagai spesies. jom melancong
Cantikkan keindahan alam ciptaan Illahi ini... 

Jangan risau ada penginapan juga disini..Sumber dari Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang terletak daerah Matang, Perak. Kemudahan lain yang terdapat di hutan lipur ini adalah pondok rehat, tapak perkhemahan, chalet, jeti bot, dan tandas. . 
9) Kuala Sepetang

Pekan Kuala Sepetangnipun akak tak pernah sampai lagi. Lawatan ke Taiping pada tahun lepas ingat nak singgah sini tapi kesuntukan masa jadi di tangguhkan untuk percutian Taiping masa akan datang...
KUALA Sepetang dahulunya dikenali sebagai Port Weld. Tapak stesen kereta api terawal negara itu juga sinonim dengan kelazatan mi udang.
Namun, ada satu perkara yang mungkin tidak diketahui ramai tentang mukim yang terletak di daerah Larut, Matang dan Selama itu. Ia juga sebenarnya terkenal dengan industri kayu arang.(sumber : Kosmo Online)
Ada lagi tarikan di Kuala Sepetang yang harus kita cuba
-Menaiki bot dan melakukan aktiviti nelayan memancing,menangkul kerang,melihat burung
-Menjelahi sungai(river cruise)sekitar Kg nelayan
-Melihat kelip-kelip jam 0800 mlm ke atas
-Lawatan ke Kilang Arang
-Lawatan ke Pusat Pendidikan Hutang Paya Laut Matang
Jom baca pengalaman blogger kita di kilang arang... http://janggeltrekking2.blogspot.com/2013/02/agro-pelancongan-melawat-ke-kilang.html. Baca juga kisah blogger yang banyak menulis tentang tempat menarik

10) Kuala Gula 

Kuala Gula sangat terkenal dengan aktiviti mengintai burung 'bird watching'.Akak tengok dalam tv memang menarik sesangat.. Kalau ada kesempatan memang kena tinggal semalam di sana.. Khabarnya ketam lembut menjadi menu yang menjadi tarikan kepada peminat jalan jalan cari makan.. Jom baca blog kawan kitani Keunikan Kuala Gula .Juga boleh baca blog yang ini  kuala-gula-tempat-pelancongan-menarik dan tempat-makan-best-kuala-gula-perak .

11) Pulau Kalumpang

Tempat ini hasil dari pencarian di google.. Memang tak pernah tahupun walaupun akak orang Perak.. Rasa macam banyaknya tempat di Malaysiani sebenarnya akak tak pernah sampai...
Pulau Kalumpang telah diistiharkan sebagai kawasan bersejarah kerana terdapat artifak yang berusia lebih 1000 tahun telah dijumpai di sini. Diantara artifak yang dijumpai di tapak pra sejarah ini ialah tengkorak dan rangka manusia, periuk belanga, kubur, manic-manik dan sebagainya. Terdapat sejumlah besar kulit kerang terdapat di sini. Ahli arkeologi percaya kawasan ini pernah didiami oleh masyarakat Melayu Proto. Tapak arkeologi ini dikatakan amat penting kerana ia merupakan satu-satunya tapak arkeologi Hutan Paya Laut yang wujud di Asia Tenggara. (sumber ::: blog-perak, blogspot)
12) Pantai Ban Pecah Tanjung Piandang

Ini pulak hasil pencarian di Google yang akak tak sempat nak pergi. Akak tak pernah tahupun kewujudan tempat ini walaupun orang negeri Perak...

SUMBER : INFO BAN PECAH
Ban Pecah menyajikan  pemandangai tepian laut yang luas terbentang. Dataran Ban Pecah  ini dari Kuala Kurau Hingga ke Tanjung Piandang yang mana kawasan ini menjadi tumpuan pelancong pada hujung minggu untuk memancing dan bersantai bersama keluarga. Disini turut terkenal dengan Mee Udang, laksa udang lipan dan Mee Berasap.
Nama Ban Pecah ini di ambil sempena suatu tragedi yang mana ban atau benteng yg memisahkan laut dan kawasan penduduk telah pecah. Keadaan ini menyebabkan seluruh kampung itu di tenggelami air. Kini kesan kampung yang di tenggelami itu masih boleh lagi di lihat apabila air laut surut.

Gambar dari PHOTOMALAYSIA.COM
Cantikkan tapi kena bawak kamera mahaller kot... 

13) Bukit Merah Theme Park dan Pulau Orang Utan 

Kepada yang sukakan taman tema tidak salah untuk berkunjung ke sini. Anak-anak tentu sekali gembira bermain di taman tema yang agak luas ini..  Ada hotel dan apartment untuk disewa disini untuk kita bermalam di sini...  Yang paling menarik sebenarnya di sini ialah ada satu Pulau istimewa memelihara orang utan. Tidak perlu untuk pergi jauh-jauh untuk bermesra dengan orang utan..
Pelan pemeliharaan Orang Utan di Pulau Orang Utan, Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) dibangunkan sejak tahun 2000. Spesies itu mampu hidup di luar kepulauan Borneo yang menjadi habitat asalnya. MK Land menubuhkan Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah (YPOUBM) bagi menyediakan dana penyelidikan dan pembangunan orang utan.
Orang utan ini akan dipindahkan pula ke 'Pulau BJ' dengan bantuan penyelidik Orang Utan dari Universiti KyotoJepun bagi memantau pelepasan spesies terbabit di pulau seluas 5.6 hektar itu.
14) Pasar Kemboja

Pasar Kembojani sebenarnya terletak di Parit Buntar dan pasar itu memang terletak antara sempadan negeri Perak dan Pulau Pinang. Masa kami pergi tahun lepas rupanya pasar Kemboja telah menukar hari operasinya dari hari jumaat dan isnin kepada hanya hari sabtu.. Apo nak dikata!!.. Kata orang yang biasa berkunjung ke sini Pasar Kembojani memang tempat menarik untuk mereka yang suka membeli belah... Bestnyer kalau dapat pergi jom baca ulasan dari kawan blogger kita...
Tapak perniagaan Pasar Kemboja hakikatnya bukanlah kawasan tanah lapang, padang atau laluan jalan yang ditutup secara khusus. Pasar Kemboja yang sudah berusia melebihi satu dekad itu pada asalnya bermula secara kecil-kecilan sebagai tempat pertemuan antara pemborong Kemboja dengan peniaga pasar malam di kawasan utara semenanjung. Mereka menyewa tapak laman hadapan rumah penduduk tempatan.

Seorang pengunjung yang ditemui mengatakan bahawa dia tidak perlu ke Vietnam untuk mendapatkan kain pasang atau ke Bandung untuk membeli telekung sulam kerana di Pasar Kemboja semuanya sudah ada. Malah, harga yang ditawarkan lebih murah. Berita seperti itulah yang menjadi buah mulut yang tersebar hingga warga Kuala Lumpur sanggup turun ke Parit Buntar. ( Sumber :: CIKGUAHARROZDI)
15) Batu Kurau

Batu Kurau memang terkenal dengan durian yang bermutu.. sebut durian Batu Kurau memang dijamin sedap dan bermutu.. Kenalah tunggu musim durian baru kita berkunjung ke sini pulakkan.. Air Terjun Sempenehpun terkenal di sini, lepas makan durian bolehler berendam.. Lagi satu akakpun pernah tengok di tv yang satu tempat menjadi tempat tumpuan pemancing ikan Kurau Stone Fishing & Highland. Akak tak pernah sampai lagi jadi tak boleh komen lebih-lebih tapi membaca dari blog kawan-kawanpun dah buatkan akak teruja untuk sampai ke sini... 

16) Pasar Sabtu Changkat Jering

Kalau kita dari lebuh raya PLUS kita akan terjumpa pasarni.. Dulu masa akak kecik pasar sabtu di sini sangat terkenal sebab atuk akak sanggup bermotorsikal dari Bota Kiri untuk kesini mencari barang dapur dan makanan yang sedap-sedap. Kuih kegemaran atuk akak ialah pulut panggang... alah nostalgia.. Akakpun dulu ada juga berkunjung ke sini kalau datang melawat adik akak yang belajar di SERATAS.. 
Sudah lama aku tak berkunjung ke Pasar Minggu Changkat Jering Taiping ini. Ianya menjadi nolstagia kepada ramai orang. Emak aku sendiri semasa remajanya sanggup menyimpan sedikit wang dari upah menanam padi sebagai tambang bas dari Batu Kurau untuk ke pasar ini yang jauhnya hampir 50 km. Manakala aruah datuk aku dulu pula sanggup berbasikal dari Batu Kurau untuk ke Air Kuning berjumpa rakannya seorang Guru Silat di sana dan selepas itu pasti mengujungi pasar ini sebelum mengayuh semula basikalnya pulang ke Batu Kurau pada hari yang sama. (Sumber ::: ORANGKECILORANG BESAR)
Nampak tak betapa nostalgianya Pasar Sabtu di Changkat Jering kepada orang Taiping  dan penduduk Perak.. Akakpun dah lama tak berkunjung ke sini tidak taulah samada kemeriahan suatu masa dulu masih ada di sini....

17) Jalan Jalan Cari Makan

Inilah yang paling seronok kalau kita pergi bercuti , merasai keistimewaan makanan di satu-satu tempat... Taiping pada akak memang tempat yang seronok untuk jalan-jalan cari makan.. Memang banyak yang istimewa di Taiping, enak, bermutu dan berbaloi. 

a) Doli Kuey Teow Goreng
b) Medan Selera Belakang Bomba
~ Yong Tau Fu & ABC...
c) Cendul
~Bismillah dan Ansari dekat Sekolah St George
d) Restoran Yut Sun Jalan Pasar
e) Pasar Larut Matang
~ Pohpiah Ella, Pohpiah Omar
~ Kadir Pasembor
~ Mi Combat, ais kacang istimewa
g) Restoran Koboi Simpang
h) Selera Malam Kamunting
i) Restoran Asam Pedas Kamunting
j) Sebelah Petronas Kamunting
~ Bihun sup dan sate
k) Restoran Ikan Semilang
~ Matang Gelugor
~ Ban Pecah
~ Pekan Matang
l) Restoran JS Muara
~ ketam lembut dan ikan semilang
m) Mi Udang
~Mak Jah, Mak Teh Kuala Sepetang
~Salleh Stall Port Weld
~Pak Su Changkat Jering

Jadi pergi ke Taiping memang banyak tempat boleh diterokai. Inginkan ketenangan dan keindahan semulajadi Taiping adalah pilihan terbaik... Catatan panjang sikit sebab nanti kalau akak pergi lagi ke Taiping senang akak nak pergi mana yang berkenan di hati...

Menyingkap Bandar Warisan Taiping

Kredit kepada Majalah Libur yang sungguh informatif...
Akak suka juga beli majalah ini...
Banyak tempat di Malaysiani yang sebenarnya kita tak pernah sampai..
Jangan nanti kita nampak keindahan di negara orang...
Hakikatnya negara sendiri banyak yang kita tak terokai...

Taiping Bandar Warisan sesuai sangat namanya itu...
Taiping juga bandar yang akak paling suka untuk berehat...
Lagipun sebagai orang Perak tentulah kena bangga dengan negeri sendiri...






Itu cerita dia ...
tapi sebenarnya banyak lagi tempat di Taiping yang tidak dijelajahinyer...
Akan akan menokok tambah kisah tempat menarik untuk dilawati di Taiping untuk entri akan datang...

Friday, June 20, 2014

Muzium Gopeng

Seronok pulak baca komen kawan-kawan pasal resipi akak..
Hanya resipi kegemaran keluarga tentulah untuk dikongsikan bersama...
Esok nak balik kampung sebabnya hati tak keruan teringatkan bapak yang masih di wad..
Tak dapat nak balik harini sebab esok anak-anak ada sukaneka..
Kesian pulak dah berlatih berbulan-bulan...
Dah berangan nak dapat medal , kalau dapat bekas air bolehler kata nanti ibu belikan...
Ini medaltu hanya dapat kalau datang ke sukaneka...
Harap dipermudahkan perjalanan kami esok...
Semoga bapak akak dapat keluar hospital secepat mungkin...

Kisah balik kampung akak dua minggu sudahpun belum sempat habis...
Kemanakah arah tujuan kami sebelum masuk ke lebuhraya PLUS?
Selepas berpeluh ketiak di Kellie's Castle kita singgah ke pekan Gopeng..
Tempat dituju adalah Heritage House Muzium Gopeng...
Terima kasih untuk Dr Singa yang ceritakan pada blog dia...
Akak memang suka baca blog Dr Singa yang hampir sama kesukaan akak ...
Tempat yang dia pergi selalunya jadi tempat yang akak teringin akak nak pergi..
Jom tengok gambar yang sempat akak ambil gunakan 'handphone'jer.
Tidak secantik mana sebab kamera akak kan dah hilang bersama beg tangan yang diragut...
Apalagi jomler tengok.... silakan masuk....
"Bangunan Rindu Masa Lampau" = Heritage House
Kawan sepejabat alih bahasa...
Kebanyakan dari isi dalam memang penuh dengan kebudayaan cina... 
Cantikjer biliknyer tau.. 
Bilikni memang cantik tapi gambar banyak tak menjadi... 
Ni muncung pasal apa dah tak ingat dah...
Di bawahtu ada mini taman yang sangat comel...
Ini ruang rehat best juga....
Macam motor bapak akak dulu-dulujer...
Bolehlah tinggalkan ucapan untuk kenangan... 
Masuk percuma tapi disediakan kotak derma untuk yang sudi....
Suka gambarni.. macam betul-betul lakkan... 
Tapi masatu cuaca memang panas terik... 
Nasib gak diaorang nak melayan ibunya...
Naufal dah tak kuasa nak keluar bergambar... 
Inilah dua gambar grafiti yang akak sempat nak ambil...
Bila nak suruh yang lain ibunyapun dah tak larat...
Tapi tak per nanti kalau kita balik kampung lagi bolehjer singgah sini....

Kalau dah singgah Kellie's Castle boleh juga singgah ke Pekan Gopengni melawat Muzium Gopeng dan bergambar dengan gambar grafiti yang tidak kurang menariknya di sini.. Rupanya di Malaysiani hatta di Perak sekalipun banyak tempat yang menarik untuk dilawati yang akak tidak tahu...

"SELAMAT BERHUJUNG MINGGU"...

Resipi Nasi Minyak Terbaik dan Daging Hitam Tanpa Bawang

Harini dah jumaat esok cuti .. 
akak tak seronok sangat sebab teringatkan bapak akak yang masih di hospital. 
Untuk menghilangkan keresahan mari layan resipi yang menjadi trademark emak dan apak akak. 
Kalau dulu balik dari asrama tentu bapak akak akan masak nasi minyak dan daging hitam tanpa bawang...
Mudah nasi minyakni sebab dengan lauk begitu sahajapun sudah mencukupi...
Tapi untuk kali ini akak tambahkan jelatah, sambal udang dan ayam goreng untuk padanan terbaik...
Layanjerler blogger caca merbani kejap cerita kerja, kejap lagi cerita anak-anak, lepastu cerita jalan-jalan ~ macam-macam adakan... 
Kali ini kasi peluang pada akak untuk menulis resipi pulak... 

Ini gambar bulan sudah gamaknya...
Nasi minyak makan dengan jelatah, daging  hitam, ayam goreng dan sambal udang...
Kenapa makanan masuk dalam bekas makanan bukan mangkuk..
Sebab senang kalau mak mertua akak nak suruh budak-budakni angkat...
Maalumler mak mertua akak tak larat nak bangun makan di meja...


RESIPI NASI MINYAK

Samajer macam orang lain masak... tapi akak nak tulis jugak bolehkan...

Nasi minyak Cikgu Zakaria

Bahan-bahan 


4 cawan beras basmati 
6 cawan air 

(sukatan airnya ialah 1 cawan beras = 1 1/2 cawan air)
2 helai daun pandan 
pewarna kuning  (kalau mahu ~ anak akak tak bagi bubuh katanya tak sedap ehm!!)
sedikit gula batu (untuk bagi nampak berkilat)

2 sudu susu pekat
[bahan tumis] 
1/2 inci halia 
2 ulas bawang putih 
1/2 biji bawang besar 
2 sudu besar minyak masak 
1 sudu besar minyak sapi- letak 1 1/2 sb 
1 batang kulit kayu manis 
3 kuntum bunga cengkih (ni jarang bubuh)
[bahan hias] 
bawang goreng , kismis 

Cara-cara 
Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan. 
Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang 
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi 
Masukkan beras dan gaul rata. 
Masukkan air , susu, gula batu dan daun pandan. 
Masaklah nasi sehingga masak 
Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik pewarna kuning  ditempat yang berasingan. 

(letakkan sedikit air campurkan dengan pewarna)
Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu. 
Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka 


RESIPI ::  DAGING HITAM CARA SHIFAK

Resipi daging hitam cara Shifak (nama emak akak) ini memang menjadi menu wajib keluarga kalau berhari raya walaupun emak tetap masak Rendang Tok yang terkenal di Negeri Perak. Umpama tidak  berseri hari raya tanpa daging hitam ini.. Jom layan resipi Daging Istimewa yang senang untuk dibuat dan yang penting sedap dimakan dengan lemang dan juga nasi minyak. Lagi satu masakan ini tahan lama sebab tidak mengunakan santan.

Daging Hitam Shifak

Bahan-bahan :-

Bawang merah (hiris untuk dibuat bawang goreng)
Daging dihiris halus
Cili kering kisar
Kicap Pekat
Gula
Air Asam jawa

Cara membuatnya :-

Bawang di goreng sehingga garing, kalau boleh banyak ler sikit...
Daging diperapkan dengan kicap (mak akak hanya guna kicap jenama Tamin) dan sedikit gula, tambahkan air sedikit. Perapkan selama lebih kurang 10 minit dan ditapiskan tapi kicaptu jangan dibuang.
Panaskan minyak dalam kuali :-
Tumiskan :- Cili kering kisar agak banyak sedikit sehingga garing.
Masukkan:- daging yang telah ditapis.
(apabila daging agak2 masak)
Masukkan pula:- kicap tadi dan jugak air asam jawa..
Terakhir sekali masukkan:- bawang goreng tersebut...
(gaul sebati).. wah dah siap... senangkan.....

RESIPI :: JELATAH (NENAS danTIMUN)

Nenas (potong kecil)
Timun (potong nipis)
Cili merah (hiris nipis)
Bawang kecil (hiris nipis)
gula, garam dan sedikit cuka...

Gaul rata semua bahan dan masukkan dalam peti ais...

Dah siappun masakan kita untuk hari ini.. boleh dicuba di bulan Ramadhan nanti.. Lagi seminggu kita puasakan... Kepada yang belum ganti puasatu segerakanlah. Ramadhan bulan yang dinanti, kehidupan tidak sama seperti 11 bulan yang lain... Semoga kita semua akan mendapat keberkatan di bulan mulia itu nanti...

~ AL-FATIHAH untuk arwah apak akak yang meninggal pada 23 hb Jun 3 hari selepas resipi ini keluar.. Semoga segala amalannya diterima oleh Allah... Moga Allah ampunkan dosanya... 

Thursday, June 19, 2014

Kellie's Castle Batu Gajah

Jalan-jalan akak masa balik kampung belum lagi habis ceritanya....
Kami singgah ke Kellie's Castle dalam perjalanan nak balik ke sini....
Tujuan utama Naufal anak saudara nak ikut balik kampung adalah nak singgah sini...
Jadi kalau tak singgah memangler kesian pada diakan....
Entah apa yang nak ditengoknyer entahler... kena tanya dia sendiri...

Kellie's Castle

Kellie's Castle was meant to be a home away from home for Scottish Planter, William Kellie Smith in the 20th century. Being far away from home, Kellie desired his new residence to be reminiscent of his home back in Scotland. The castle is perched on top of a hill in what used to be a rubber estate. 

William Kellie Smith was an interesting man who was popular with his South Indian workers. Kind at heart, he erected a Hindu shrine for his workers on the castle premises. As a token of appreciation, his workers erected a statue of Kellie complete with a white suit and hat. 

Construction of this unique castle began in 1915. However, it came to an abrupt halt with Kellie's sudden death in 1926. The solitary castle, looks almost surreal in these wild plantations of Perak, it projects a strong personality and an aura of mystery. 

Recently, efforts have been made by the Perak State Government to rescue this magnificent structure from the encroaching foliage. Besides being haunted, the castle is believed to have hidden rooms and secret underground tunnels. 

The road that leads to Kellie's Castle follows the contours of the land in a dizzying, maze-like fashion, adding to the mystery and romance of the place.

SUMBER::: tourism.gov.my
Itu ceritanya....Kawasan Kellie's Castle sekarang ini  dah berjaga, nampak terurus ada tempat nak makan dan toilet juga lebih besar.. Dulu masa akak selalu lalu lalang sini jaranglah akak singgah sini tapi sejak dah makin cantikni  banyak kali dah. Jom tengok gambar jugalah...
Kena bayar tiket dulu sebelum masuk ok.. 
Tak ingat berapa ringgit tapi tak mahal manapun... 
Bergambar sebelum masuk ... 
Tengok budak sorangtu dah tak sabar sabar....
Sebenarnya kamipun tak pernah masuk dalam..
Suami akak tak bagi masuk tapi sekarangni mungkin anak dah besar sikit bolehler kot...
Lagipun masatu cuti sekolah ramai sangat orang datang melawat...
Muka budak marah kena paksa bergambar...
Ingat nak ambil gambar rumah yang separuh roboh kat bawah tak nampakler pulak...
Di belakangtu ruang tamu...
Tak boleh masukpun hanya boleh tengok dari luar...
Ini nak menghala ke rumah pengawal...
Rumah pengawal ..
Yang dibelakangtu rumah si Kellie sementara menunggu istananya siap... 
Nasib kakak boleh posing di sini... 
Cantik pulak bergambar di sini..
Tak dapat nak jalan luar negeri kat sinipun dah macam luar negeri juakkan.. kan.. 
Ambik gambar sambil kecikkan biji mata...
Kami sampai sini pukul 12.00 tengahari ...
Matahari betul-betul atas kepala...
Dik Yajer sanggup keluar ke sini ... 
Memang panas betul ...
Nak ambil gambar pun susah sebab ramai orang masani... 
Ingat nak bergambar di tempat bumbung terbuka.
Tempattu kononnya nak buat tempat main tenis dan berpesta... 
Sekali budak-budaktu dah tak larat sebab panas sesangat...
Cantikkan tingkapnyer..
Gambar di ambil gelap gelita jenuh tak boleh edit...
Ha... ha.. nak gak masuk kat sini... 
Tak tahu ni kawasan apa..
Tak berani nak lama maalumler pergi ngan anak-anak ...
Tempatni takder pagar atau apa kalau jatuh naya....
Cuaca panas sangat masatu nak bergambar dengan huruf Kelli's Castletu pun dah tak larat.... 

Pernah singgah sini dulu Kelli's Castle 1 dan Kellie's Castle 2 . Sesuai untuk bergambar... memang berbaloi-baloi singgah kalau sekiranya ke Pulau Pangkor sebelum masuk lebuh raya PLUS. Untuk pencinta sejarah dan juga cerita seram.. Sekarangni dah boleh melawat Kellie's Castle waktu malam...
Apalagi alamilah debaran pelancongan malam paranormal merungkai fakta misteri...
Inilah peluang kita menyelongkar fakta dan auta kan..
Suruh akak idakler teman... 

Wednesday, June 18, 2014

Ikan Bakar D'Muara Lekir Sitiawan

Ini kisah makan malam kami di Ikan Bakar D'Muara terletak di Lekir, Sitiawan..
Makan malam yang ditaja oleh adik kedua akak...
Seronok bukan kepalang sebab keluarga akakni tak biasa makan di luar beramai-ramai..
Inilah pengalaman pertama kami sekeluarga semuanya (hanya adik ipar yang tiada) makan di luar..
Selalunya kalau berhimpun di rumah kampung emak akak lebih suka kami makan di rumah sahaja..
Katanya membazir makan di luar dan tak tentu sedap...
Kalau kami yang nak makan sangat selalunya emak dan bapak akak tak akan ikut...
Selalunya kami bungkus dan makan ramai-ramai di rumah..
Ini adalah satu pengalaman manis yang tidak mungkin dilupakan...
Entah macamana emak dan apak sudi pulak harini....

Kedai makanni memang ala-ala kampung dan rasanya inilah kedai D'Muara yang pertama...
Kerana khabarnya kedaini mempunyai banyak cawangan..
Tempatnya istimewa kerana terletak diperkampungan nelayan..
Ada jeti nelayan, pemandangan memang sangat istimewa,,,
Kami datang awal kerana kedai ini dibuka seawal 5.30 petang...
Elok-elok habis makan kedengaran azan dari masjid yang berdekatan...

Kalini gambar banyak juga.. harap bersabar...

 Di depan kedai...  menggunakan atap nipah...
 Tunggu makanan dengan sabar... 
 Dik Ya ....
 Bergambar dululer... 
Panas terik masani... 
Nampak tak jeti nelayan tapi masih digunakan lagiker entahler...
 Bukak meja panjang..  
 Jom bergambar di atas jetini...
Tiba-tiba pakciktu cakap kalau roboh nanti bayar tau... 
C.A.B.U.T....
Town Boy gembira dapat ikut mak Longnya ke sini.. 
Bosan tunggu makan main dengan kucing dulu... 
 Seronok budak-budakni main di sini... 
 Juga bermain di sini... 
Memang seronokler datang sini... 
Inilah tukang belanja kami malamtu...
Semoga rezeki bertambah-tambah lagi ...
Terima kasih daun keladi... 
Lama jugak nak menunggu makananni sampai..  
Makananpun dah sampai ...
Sebelum makan anak saudara akak yang sulung membacakan doa... 
Besar dah anak saudara akakni, rasa macam barujerler lagi akak dukung diaorang.. 

KESELURUHAN ::: Makanan disini bagi akak boleh tahan dan yang penting segar. Pada akak memang boleh datang lagi dan yang penting harga makanan di sini sangat berpatutan.. Terima kasih pada yang sudi membelanja .Moga bertambah rezeki yang Allah limpah kurniakan... .

Nuffnang oh Nuffnang