Bateriku.com ~ Penghantaran Terus dan Pemasangan Bateri Kereta

Harini ingin berkongsi dengan kawan-kawan tentang bateriku.com .
Kalau ada masalah bateri kereta di tengah jalan ingatlah bateriku.com
Sekiranya memerlukan "jumpstart" bateri juga boleh menghubungi  bateriku.com
Boleh juga hubungi bateriku.com jika enjin kereta "cranks" tapi gagal dihidupkan...
Jadi apa lagi mesti nak tahu lebih lanjutkan..
Silalah ke laman web BATERIKU...
Antara bait ayat yang tertulis di situ ialah...


Bateriku adalah satu lagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kumpulan Astra untuk berkhidmat kepada pelanggan di lokasi mereka berada. Bateriku adalah milik syarikat tempatan dan dikendalikan secara penghantaran percuma. Hubungi kami untuk semua perkhidmatan dan pembaikan automotif dan elektrik kenderaan anda. Satu panggilan untuk segalanya. Samada untuk pembaikan mekanikal atau elektrik kenderaan anda, hubungi kami untuk mendapatkan seorang mekanik dan kami akan datang kepada anda tanpa sebarang kos tambahan. Bateriku menawarkan perkhidmatan pembaikan automotif dan elektrik sepenuhnya yang datang kepada anda, menjadikannya mudah, menjimatkan masa dan kos. Kami sentiasa memenuhi spesifikasi pengeluar dengan menggunakan alat ganti dan bateri yang diluluskan serta berkualiti tinggi untuk tidak menjejaskan jaminan pengeluaran kereta anda.
Jadi jika ada masalah bateri ditengah jalan jangan lupa bateriku.com
Boleh juga membaca di BLOG BATERIKU
Simpanlah nombor telefon ini ditelefon bimbit kawan-kawan...
Kemudahan ini hanya untuk penduduk lembah Klang sahaja tau...
Sedia berkhidmat untuk orang yang menghadapi masalah di Lembah Klang..
Entri kali ini macam iklan pulakkan..
Tapi dalam masa rasanya amat membantu...
Akak juga pernah mengalami masalah sebegini..
Tidak tahu macamana untuk memohon bantuan..
Oleh itu bisnis begini amat diperlukan terutamanya di Lembah Klang...
Kalau di Ipoh dulu ada gak orang yang sudi bertanya..
Tapi kalau di sini memang orang pakat pandangjer...
Simpanlah nombor ini untuk kecemasan...
Memperkenalkan pengasas bateriku.com satu perniagaan yang unik... 
Rasa macam pernah tengok dia di blog akak!!
Betoilertu dialah adik akak yang tidak pernah kenal putus asa...
Sejak dari kecil dia memang kuat berusaha dan taat perintah Allah..
Semoga dia terus berjaya dengan usaha murninya berniaga dan membantu insan memerlukan...
Boleh baca blog usahawan yang bercerita pasal bateriku.com 

Comments

  1. BAGUS2
    TERUTAMA KPD POMPUAN MCM SAYA YG CUMA TAHU ISI MINYAK N DRIVE
    HUHU

    ReplyDelete
  2. kat penang belum ada lagi macam ni ..telefon bengkel terus je la kot

    ReplyDelete
  3. Bagusnya perniagaan adik akak ni. Tahniah tahniah. Wish him all the best!

    ReplyDelete
  4. mmg mcm iklan kak hahaha
    tp hanya di lembah klang ke
    igtkan satu msia.hehe

    ReplyDelete
  5. Tekun saya membacanya. Ingatkan Cho buat review sebab pernah tersadai dek bateri kong dan pernah deal dengan mereka. Rupa-rupanya, company adik sendiri.... Okeylah tu, good luck untuk adik Cho yang rajin berusaha ni. Majulah bumiputera kita! Nanti saya simpan dalam handphone. Manalah tau, saya ni selalu je nasib malang dengan bateri kereta nih! Kalau saya nak guna khidmat mereka, boleh saya kata saya ni kawan Cho? Mesti berdesup mereka sampai tolong saya. Hehehe!

    ReplyDelete
  6. haa ni la diaaa. saya pernah kong tepi jalan. naik suv lak tu. chery tigo. sep bek sy ada simpan nombo dealer bateri keta ni. fb depa bateriku.com. kalau sesapa yg agak2 nak tuka, baik kol dorg ni dr pergi bengkel. murah sgt. ni haa nombo sy share kt sini.

    1-800-22-2324 yg ni bebas tol. 012 245 8027 yg ni bleh kol, sms atau wasap.
    bateriku memey terbaikk

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts