Nuffnang saya

Friday, January 30, 2015

Balik Kampung

Blog akak akan bercuti kerana akak nak balik kampung..
Tidak sabar rasa di hati ini untuk berjumpa dengan emak dan adik beradik...
Cerita balik kampung akak sebelum ini belum lagi masuk blog...
Akak dah nak balik kampung lagi....

Gambar masa balik kampung bulan November...
Cerita pasti akan menyusul, bilatu tidak diketahui lagi.. 

Jari Manis terima kasih sekali lagi

Adik akak JARI MANIS memang pemurah dan sayangkan kawan...
Akak sentiasa mendapat cenderahati dari tempat yang dilawatinya...
Besar maknanya pada akak kerana rasa diingati...
Semoga adik  JARI MANIS akan mendapat rezeki berlipat ganda...
Moga bertemu jodoh dari kalangan insan yang indah pekertinya...
Moga dipermudahkan kehidupannya...

Diari RHB tu akak yang punya...
Hadiah dari JM tu memang tidak akan keluar dari plastik...
Hanya untuk simpanan...
 Adik JARI MANIS terima kasih sekali lagi...

Selamat Bercuti...
Akak akan balik kampung.. yeha..
Tidak sabar nak jumpa dengan anak saudara yang baru...
Untuk yang bekerja di Wilayah Persekutuan cuti panjang kita yerk....
Akakni kerja di Selangor tapi cuti kena ikut Kuala Lumpur...
Sebab semua Investment Bank kena ikut Bursa Malaysia...
Bursa cuti kenalah kita cuti... seronoknya cuti  4 haritu...

Thursday, January 29, 2015

The Kabin, Pantai Remis, Jeram, Selangor

Memperkenalkan satu tarikan di Jeram Kuala Selangor...
Sebelum masuk Majalah 3 TV3 suami akak ada bercerita pasal hotel The Kabin ini..
Akak belum pernah sampai tapi suami akak selalulah sampai ke sana...
Jom tengok gambarjer tapi tak boleh nak terang lebih lanjut....
Sekarangni di banyak tempat ada tulisan yang cam ginikan...
Yang penting akak rasa ialah ada swimming pool...
Maalumler untuk yang ada anak-anak kecil macam akakni kolam renang adalah penting...
Inilah rupanya hotel di dalam kabin...
Jadi belum lagi pernah menginap di sini tidak tahulah nak bercerita..
Masa tengok majalah 3 haritu nampak macam hotel yang lain jugalah...
Seronok juga kalau dapat bercuti di sinikan...
Rasa teringin juga akak untuk sampai ke sini...
Inilah jenis bilik dan kadar yang dikenakan..
Melihat pada harga yang ditawarkan teruslah akak tawar hati nak ke sini...
Rasanya agak mahal untuk akak kalau pergi 4 beranak...
Namun manalah tahu sekiranya ada rezeki mungkinlah kami akan ke sana...
Semua ini hanya dengan izin dariNya...

Resipi Puding Roti Kukus

Banyak benda nak cerita tapi kurang kesempatan hendak mengarang...
Hari ini nak ambil peluang ronda blog kawan-kawan dulu...
Rasanya lama tidak meninggalkan jejak di sana...
Terima kasih kerana sudi datang sini dan komen...
Akak sungguh menghargainya...

Jom layan  resipi mudah yang akak ambil dari internet.
Sangat mudah untuk dibuat dan yang penting tidak perlu membakar...
Ikutkan memanglah mudah tapi sifat kerajinan yang tiada memang jarang buat...
Kena buat lagi untuk membalas pinggan yang diberikan oleh jiran tetangga...
Teringin hendak mencuba pelbagai resipi puding roti...
Jadi untuk permulaan kita buat yang paling mudah terlebih dahulu...
Resipi ini juga untuk kemudahan anak-anak ibu yang pastinya kena kedapur bila besar nanti...
PUDING ROTI KUKUS  

Bahan-bahan

6 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 ml)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis

Cara-cara

1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata.
 Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
3. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
4. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.

5. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan
Jomlah kita sama-sama buat puding roti kukus yang mudah ini bersama-sama...
Semalam masa akak buat tiada butter tidak mungkin itu alasan untuk tidak buat puding rotikan..
Pertama kali akak buat dulu guna bekas besar...
Resipi ini tidak banyak dapatnya jadi tidak nampak cantik...
Jadi kalau nak makan puas-puas kenalah tambah bahannya...
Ini entah apa namanya apam dewa kot!!
Dua apam ini akan menyusul kemudian kiranya Cho Zila rajin...
Terima kasihlah adik-adikku kerana tolong perangatkan kakakmu ini...
Periuk kukus kakakmu ini dah lama sangat berehatnya...

Wednesday, January 28, 2015

Istikharah Cinta

Semenjak akhir-akhir ini tajuk drama melayu semakin keIslaman...
Tetapi ceritanya macam dulu juga lagi...
Istikharah Cinta, Cinta Ibadah, banyak lagi tapi tak ingat dah...
Akak bukanlah mengikut sangat ceritani...
Sekali anak-anak akak cakap dramatu kat UUMler ibu...
Berminat nak tengok sebab tempat jatuh lagikan dikenangkan...
Inikan pula tempat bermanja...

Rupanya dalam google gambar UUM terkini terjumpa entri dari blog akak..
Drama Cinta Gila untuk Cerekarama TV3pun pengambarannya di sini...
Tapi bila tengok Istikharah Cinta tu banyak perubahan UUM tahun 90an dengan sekarang...
Mestilahkan akak adalah generasi pertama UUM...
Serba kekurangan namun dapat juga menghabiskan pengajian selama 4 tahun..
Walaupun tidak banyak sangat kenangan manis dan pahit tapi akak pernah menghuni bumi Sintok..
Kalau dalam 90an yang tidak siap sepenuhnya lagipun akak rasa UUM memang cantik...
Tambahan lagi sekarangkan bertambah berseri-seri akak tengok.. 
Seronok tengok gambar dari google terasa rugi pulak tidak singgah selepas balik Hatyai tahun lepas...

Gambar tiada kena mengena ...
Cuma kenangan gambar akak tingkatan satu...
Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh...
Mula jenuh jugak cari muka sendiri..
Nasib ada tulis belakang gambar...

Semoga anak-anak yang dapat masuk asrama akan seronok berada di sana...
Di sebabkan grup whatsapp kawan sekolah keluar gambar lama..
Tapi sayang grup UUM akak tiada mungkin dulu tiada ramai kawan...
Mungkin tahun 2015 ini akak akan ke UUM untuk ambil gambar... 

Wordless Wednesday ~ makan lagi

Hari ini hari rabu...
Biarkan gambar berkata-kata...

Restoran Yong Tau Foo Puncak Jalil
Akak dan suami pengemar yong tau foo yang di goreng...
Ada satu Restoran Yong Tau Foo di Puncak Jalil...
Gembira rasa di hati yong tau foo di sini di goreng bukan di celur/rebus...
Ehm kalau kurang selera memang sedap makan yong tau foo...
Jangan risau restoran ini kepunyaan orang kita...
Minum air barli limau ais pulak...
ehm sedapnya...
Yang kurang sikit rasa sosnya yang biasa sahaja...
Sekurang-kurangnya adalah kedai yong tau foo yang dekat dengan rumah...

Ini tempat lain-lain
Ini yong tau foo gerai di Kelana Jaya....
Gerai kegemaran kami sebab sos dia sedap...
Paling suka ialah cili sumbat dan sayur sumbat dia...
Sedap sesangat....
Nasi ayam taugeh Ipoh mali talak sombong...
Ipoh memang berlambak kedai nasi ayam....
Pernah makan nasi ayam hari-hari masa duduk di Ipoh tapi pergi kedai berlainan...
Nasi ayam taugeh memang kesukaan akak...
Laksa di Ipoh juga gambar dari kiriman adik akak...
Buatkan akak rindu sangat dengan makanan di Ipoh...

Tuesday, January 27, 2015

Penutup cerita cuti Hatyai

Berakhirlah sudah kisah cuti akak di Hatyai..
Korang rasalah kalau akak pergi melancong jauh lagi entah berapa entrilah akak boleh buatkan...

Perkara pertama kenapa kami pilih Hatyai!!
Sebab teringin sangat nak bawak anak-anak cop paspot...
Hendak menyeberang ke Indonesia misalnya kena beli tiket kapal terbang pulak..
Tempahan mesti dibuat lebih awal kalau teringin nak naik kapal terbang...
Masalahnya masa kami ini bukanlah terluang sangat...
Hendak pergi ke Singapura kami boleh hendak pergi ke USS...
Suami kata tunggu dua orang budakni besar sikit baru seronok nak main...
Lagipun sebenarnya tarikh akak pergitu tersepit antara dua peperiksaan akak...
Redhajer masa pergitu, buku bawak tapi tidak membukanyapun...

Pilihan mudah Hatyai setelah bertanya pasal keselamatan di sana dari kawan yang baru pergi....
Jadi merasalah anak-anak akak keluar negara
Syukurlah semuanyapun dipermudahkan belaka ....
Anak-anakpun gembira dengan trip kami kali ini...
Benda yang paling anak-anak akak suka di sini...
Amboi macam anak orang kaya tunjuk tangan orang potongkan...
Padahal bukanlah murah sangatpun tapi di Hatyai memang akak suka buat ini...
Kalau kuku diaorang panjangjer mesti cakap kat kita "kuku panjanglah nak pergi Hatyailer"...
Banyak cantik muka korangkan...
Datang sini memang kena makan pulut mangga walaupun akak suka pulut durian...
Segala gorengan yang ada dimakan bersama sos manis yang sedap...
Walaupun ada yang tidak sanggup makan sebab minyak menggorengnya agak gelap...
Tapi akak tutupkan mata kerana rugi pulak kalau tidak makan semua bendani kalau ke sana...
Nampak sangak dik Ya happy, ibu nak ambil gambar makanan tiba jer dia mencelah...
Makan benda bergorengtu dengan air kelapa tentulah lebih sedapkan......
Masa pertama kali datang Hatyai dulu juga akak terkejut juga tengok botol air  mineralnya..
Macam air baterijerkan tapi sekarang di Malaysiapun dah ada botol macamtu...
Kedai makan di Hatyai juga bukan masalah untuk kita yang beragama Islam..
Banyak kedai makan muslim yang terdapat di sana....
Gerai juga ramai orang muslim yang menjual makanan...
Yang penting lihat dibelakangtu betapa berseliratnya dawai letrik di sana...
Kawalan keselamatan agak ketat di pusat membeli belah...
Ini semua untuk meyakinkan pelancong yang datang ke sini...
Beg diperiksa juga ada pengawal setiap pintu masuk dan keluar...
Tuk Tuk kenderaan yang digunakan macam teksi di sini..
Anak akak sampai meminta untuk naik tuk tuk...
Maalumlah banyak berjalan kaki sebab hotel kami tinggal terletak di kawasan strategik...
Hendak berjalan kemana-mana kami sudah menyewa teksi...
Merasalah sekali anak-anak akak naik tuk tuk...
Inilah tempat yang sangat meriah di pekan Hatyai...
Kami menginap di Grand Plaza Hotel selama berada di sana..
Akak beli menerusi Agoda.com u
Hotel lama sikit tapi rasanya ada pengubahsuaian sebab biliknya bolehlah tahan...
Yang penting rasa nak makan pulut mangga turunjer ke bawah....
Suasana malam yang tidak sunyi dari orang ramai..
Gerai jualan juga memeriahkan suasana...
Kalau akak tidak silap mata memandang gerai pagi dan malam tidak sama orangnya..
Yang peliknya pekan Hatyai seawal pagi bersih seperti sedia kala...
Yang penting model akak turun memakai baju tidur sebab nak makan lewat malam...
Nampak betapa strategiknya hotel yang kami pilih...
Tapi di Hatyaini tiada masalah hotel kerana berlambak hotel yang harga berpatutan...

Selesailah sudah kisah kami di Hatyai yang menjadi kenangan terindah...
Namun ada kisah yang tidak kurang pentingnya dalam trip kami selepas ini...
Nurul Atikah melaporkan dari tempat kejadian...
Teksi yang kami naik dari Hatyai ke Bukit Kayu Hitam terlibat kemalangan...
Semasa melalui pekan Danok (sempadan Malaysia-Thailand) rasa lega sangat sebab hampir sampai...
Dalam melilau tengok pekan Danok tiba-tiba pemandu teksitu berteriak..
Cakap Siam manalah akak paham maknanya...
Akak toleh ke depan rupanya ada motorsikal yang selamba nak menyeberang...
Pemandu teksi cuba mengelak dari melanggar motorsikal tapi terbabas ke sebelah kiri..
Macam dalam drama tapi dalam gerak perlahan akak rasa teksi melanggar lori di tepi jalan...
Syukur Alhamdulillah selamat semuanya walaupun hampir dengan suami yang duduk di depan...
Paling kelakar kenalah suami akak jadi saksi kejadian disoal siasat polis Thailand...
Nasib ada jurubahasa kalau tidak macam ayam dengan itik..
Masatu punyalah panas dalam hati kata nak jalan kaki ke imigresen jauh juga...
Nasiblah kes itu selesai di situ juga sebab penunggang motorsikal akan membayar kerugian..
Dan nasib baik lagi polis yang mengambil kenyataan kami itu meminta sahabatnya menghantar kami ke sempadan..
Teringin nak ambil gambar kereta polis yang kami tumpang tapi takut pulak..
Maalumler muka polis di sana garang-garang belaka....
Syiok juga turun dari kereta polistu semua orang tengok...
Pengalaman yang sangat berharga untuk kami sekeluarga... 

Akhirnya sampai juga kami ke sempadan negara...
Syukur dipanjatkan kepada Illahi kerana masih memanjangkan umur kami...
Mungkin inilah rahmatnya kalau tidak kami memang teringin membawa kereta masuk ke sana..
Tapi disebabkan memikirkan lebih senang 'travel' begini...
Kot idak mungkin kalau kereta kami yang berlanggar ehm dinegara orang ehm... ehm... susah....
Kerana janji Allah itu pasti cuma caranya sahaja berbezakan...
Jadi habis sudah entri pasal cuti Hatyai akak dibulan November 2014 yang lepas...
Punyalah lamakan, tapi sekali dah buat punyalah banyak entri...

Monday, January 26, 2015

Tempat menarik untuk di lawati Hatyai/Songkhla

Entri ini hanya mengkompilasikan tempat menarik di Hatyai/Songkhla.. Boleh jadi rujukan kepada yang ingin melawat Hatyai dalam masa terdekat... Jom kita terus terjah mana tempat yang boleh kita lawati kalau ke sana... 

Mula-mula akak review tempat yang akak lawati semasa pergi ke sana dan kemudian tempat menarik dari pembacaan blog kawan-kawan. Mungkin ada rezeki boleh ke sana lagi.

1) Pasar Terapung Khlong Hae di Hatyai..
Tempat yang mesti pergi kalau ke Hatyai ialah Pasar Terapung Khlong Hae ..
Anak-anak akak suka sebab makanan yang ada di sini memang buatkan kita rambang mata.
Tidak perlu untuk ke Bangkok untuk merasai membeli dari penjual di atas perahu..
Namun yang di sini tidak bergerak macam yang ada di Bangkok....
Boleh layan entri akak pasal pasar terapung ini :-   Cho Zila di Pasar Terapung Klonghae


2) Chang Puak Champ untuk naik gajah
Istimewa untuk yang teringin menjadi seperti puteri raja zaman dahulu kala menunggang gajah.
Boleh pergi ke Chang Puak Champ yang terletak tidak jauh dari bandar Hatyai.
Anak-anak akak tersenyum gembira kerana ini pengalaman pertama mereka. 
Ada juga mereka meminta untuk naik lagi, namun tidaklah dapat ditunaikan kerana bayarannya agak mahal...
Boleh layan cerita kami di sini :- Cho Zila di Chang Puak Camp

3) Masjid Jamek Songkhla
Boleh singgah melawat masjid terbesar di wilayah Songkhla..
Kalau ada masa alangkah baiknya kalau dapat merasai bersembahyang di sini...
Kata pemandu yang membawa kami, masjid ini terkenal di kalangan orang Malaysia yang ingin bernikah satu lagi.
Boleh baca cerita kami di sana :- Cho Zila di Masjid Jamek Songkhla

4) Wat Phranom Laen Kho

Kalau teringin melihat orang tidur tanpa hirau panas dan hujan datanglah sini...
Kalau hendak memandikan  si tidur inipun boleh tahan susah juganya...
Boleh baca kalau berminat :- Cho Zila meninjau sini

Hanya gambar dari Pulai Ko Yo di :- Cho Zila hanya melawat

5) Tang Kuan Hill Lift Station



Pemandangan bandar Songkhla dari Bukit Tang Kuan...
Dari sini boleh nampak Tasik Songkhla dan laut apa tah ...
Memang seluas mata memandang jika dari atas sini...
Boleh juga manggakan cinta anda di sini...
Jom baca kisah di Tang Kuan Hill :- Cho Zila tidak sempat manggakan cinta

6) The Great Serpent 'Nag'
Ini di sekitar Pantai Samila...
Yang ini kepalanya, rupanya badan dan ekornya ada di tempat berlainan..
Jadi kenalah cari kalau berminat...
Jom baca kisah kami :-Cho Zila menjinakkan naga

7) Patung duyung emas
Masih di sekitar Pantai Samila hendak jumpa dengan duyung glamer ini.
Tidak sah percutian ke sini kalau tidak bergambar dengan dia...
Kisah kami boleh di baca di sini :- Cho Zila dengan duyung seksi

8) Patung kucing dan tikus...
Masih di Pantai Samila..
Cerita di blog akakpu gabungkan semua cerita Pantai Samila...
Nak tau kisah dongeng kenalah baca cerita akak...
Jom baca kalau sudi :- Cho Zila leraikan kucing dan tikus bergaduh

TEMPAT MENARIK YANG TIDAK SEMPAT PERGI

Banyak lagi tempat menarik yang akak tidak sempat pergi.
Maalumlah banyak ramai kawan blog kita sudah sampai ke sini, jadi banyaklah tempat yang pernah dilawati.
Jadi akak senaraikan antara tempat menarik untuk rujukan.
Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi kalau ke sana lagi :-

1) HATYAI MUNICIPAL PARK
Terletak 6km dari pusat bandar Hatyai, sebenarnya tempat keagamaan yang banyak terdapat tokong. 
Cumanya di sini kita boleh melihat menikmati keindahan bandar Hatyai dari atas.
Jom baca pengalaman kawan blog kita di sini :- Juliajohari di Hatyai Municipal Park

a) Hatyai Cable Car ~
Untuk naik ke Hatyai Municipal Park boleh sahaja berjalan kaki, berkereta mahupun naik tuk-tuk.
Namun untuk kelain boleh sahaja merasai naik Kereta kabel.
Kalau mengikut tulisan di blog JM, akak tidak teruja sangat...
Seperti biasa disebabkan hendak tinggalkan jejak teringin juga akak bergambar buat kenangan.
Bacalah pengalaman adik manisni :- Jarimanis di Hatyai Cable Car

b) Planetarium ~
Planetarium ini juga terletak di kawasan Hatyai municipal Park.
Tempat ini jarang akak tengok kat blog kengkawan, mungkin kurang menarik...
Tapi kalau sudah sampai ke Hatyai Municipal Park ini bolehlah datang ke sini..

Jom baca  blog ini ada cerita planetarium Hatyai :- tlchua dan planetarium

ICE DOME ~
Ini antara tempat yang akak teringin nak pergi..
Ice Dome terletak di Hatyai Park, 7 km dari pusat bandar Hatyai
Semasa pergi hari itu boleh terlupa pula semasa booking lawatan. 
Di sini bolehlah kita main ais, rasa 'ketaq' pakai baju tebal, ini macam di I-City tu akak rasa...
Boleh baca pengalaman adik JM akak di sana :- Jarimanis di Hatyai Ice Dome

CENTRAL FESTIVAL MALL

Tempat membeli belah terbesar di Hatyai..
Di sini terdapat juga medan selera yang menyajikan makanan halal.
Sudah namanya pusat membeli belah tentulah banyak kedai dan juga kemudahan yang lain..
Antaranya ialah pawagam, ice skating dan juga muzium Magic Eye 3D.

a) Muzium Magic Eye 3D ~
Baharu tahu semasa hendak membuat kajian untuk entri ini ..
Kelihatan agak menarik untuk kaki bergambar..
Jom baca :- Hatyai magic eye 3d meseum


SONGKHLA
Rupanya ada banyak juga tempat menarik di sekitar Songkhla..
Jom baca blog kawan kitani :- Tempat menarik sekitar Songkhla

a) Zoo Songkhla ~
Pengalaman haslizalizz di Zoo Songkhla memang buat akak rasa seronok pulak...
Jom baca mana tau ada yang suka :- haslizalizz di Zoo Songkhla

b) Muzium Songkhla ~
Mencari juga apa yang menarik di Muzium Songkhlani ..
Maalumler haritu sampai tapi tutup ..
Ada satu entri kalau berminat :- adahsyafiah @ National Museum Songkhla

c) Akuarium Songkhla ~
Yang ini juga akak teringin sangat nak pergi..
Rupanya hari isnin akuarium ditutup..
Melepaslah akak nak pergi ke sana...
Memang best jom baca di sini:- azaleania@ Songkhla Aquarium

Semenjak ada anak ini kenalah cari tempat menarik untuk dilawati...
Dulu-dulu akak datang Hatyai hanya datang untuk makan dan bershopping...
Sekarangni kalau 3 hari hanya makan dan bershopping manalah larat budak-budaktu..
Jadi kenalah cari mana yang boleh isikan masa terluangkan...

Friday, January 23, 2015

Pantai Samila kami datang

Dan untuk  pit stop seterusnya adalah ke Pantai Samila, Songkhla.
Naik gajah dah merasa, bukit dah naik dan kini kita ke pantai pulak...
Akak dah pernah sampai masa ikut rombongan Puspanita pejabat suami tahun 2004 tidak silap...
Rasanya sekarangni Pantai Samila ini lebih teratur dari dahulu...
Kalau pergi ke Pantai Samila selalunya orang bergambar sahaja...
Ada juga aktiviti pantai dilakukan di sini tapi untuk orang macam kitani cuma nak menengokjer...

Tempat pertama yang kami singgah adalah The Great Serpent 'Nag'..
From the plaque: The Nag and water were the creation of the all things. The spraying water brings health, good luck, happiness, and washes away sins. The Nag is highly respected in southern Thailand. The Nag was emplaced in 2007, at the instigation of the town mayor, who wished to bring happieness and good fortune to the population of the town. The religious background of the Nag covers a wide area, including Buddhism, and traditional Chinese beliefs. Sumber dari carian google
Kalau nagatu sahaja kira macam burung di Langkawitu...
Cuma yang tak bestnyer ada juga macam tempat sembahyang diaorang...
Tapi layanjerlah dah sampaipun sinikan..
Nasib nagatu tidak mengeluarkan api...
Nagani siap keluarkan air lagi..
Tidak pusingpun kawasanni...
Banyak juga bas pelacong yang berhenti..
Azalia denga gaya kenyit mata...
Mak dia tak aci pakai spek mata hitam...
Tidaklah menarik sangat tempatni untuk kitakan...
Masa kami pergitu memang matahari atas kepala..
Memang taklah kita nak posing bagaikan..
Rupanya masa akak mengoogle jumpa maklumat gini..
Yang akak  bergambarni adalah kepalanya...
Dan bahagian badan dan ekor pula dekat-dekat sini juga...
Kenalah kita mencarinya, ah tak kuasa akak kalau tahupun... 

Seterusnya kami ke kawasan yang selalu dikunjungi pelancong...
Kalau pergi ke Songkhla mesti bergambar dengan si ikan duyung...
Kot idak macam tidak sempurna pulak lawatankan.. 
Lagipun dua beradikni belum lagi pernah sampai sini...
Menurut kisahnya pada satu malam ikan duyung terserempak dengan seorang nelayan muda.  Ikan duyung ini ketakutan dan terus berenang ke laut semula. Nelayan itu terus menunggu untuk bertemu semula dengan ikan duyung tetapi hampa. Inilah lagenda si ikan duyung yang  sedang menyikat menyikat rambutnya dengan sikat emas di tepi pantai Samila ni.. Patung ikan duyung ini diperbuat dari tembaga dan dibina pada tahun 1966 oleh Jitr Buabus. Sumber dari carian google
Adik Ya sedang cuba menyikat rambut puteri duyung...
Seksi bebenoler ikan duyungni ...
Patutlah nelayan mudatu sabar menunggunya..
Bergambar bersama..
Macam-macam stail orang berposingkan...
Seronok tengok gelagat orang..
Orang tengok gelagat kitakan...
Laut sini kelihatan banyak kapal ...

Seterusnya ditempat yang sama kita melawat patung kucing dan tikus..
Di sini juga ada pulau kucing dan tikus...
Ada juga ceritanya jom baca...
Menurut lagenda,  ada seekor anjing, kucing dan tikus yang belayar dalam sebuah sampan milik seorang pedagang Cina. Mereka mencuri bola kristal ajaib dan cuba untuk melarikan diri dengan berenang di Pantai Samila ni tetapi lemas.   Kucing dan tikus pulamenjadi pulau di tasik Songkhla dan anjing mati di pantai dan jadi sebuah bukit bernama Hin Khao Tang di teluk berdekatan. Bola kristal tu hancur dan menjadi pasir pantai yang putih yang dikenali sebagai Hat Sai Kaeo. Begitu lah kisahnya..  Sumber dari carian google...
Atikahtu dah kenapanyer....
Memang panas terik masani tapi sebab banyak pokok reduplah sikit...
Jadi selain dari ikan duyung sekarang ada tarikan yang baru...
Dulu masa akak pergi rasanya tiadapun replika yang ini..

Kalau nak beli cenderamata boleh beli di sini kerana harganya lebih murah dari di Hatyai..
Ada juga orang menjual minuman bergerak ...
Memang usaha mereka untuk mendapat pelanggan terbaik...
Ada juga aktiviti menunggang kuda di sini...




Thursday, January 22, 2015

Tang Kuan Hill Lift Station, Songkhla

Selesai bergambar dengan orang yang berbaring kami pergi ke Bukit Tang Kuan...
Tempat yang akak teringin pergi setelah melihat di facebook kawan...
Perjalanan dari Pulau Ko Yo ke sini memang menarik...
Melalui pesisiran tasik ternampak banyak chalet untuk pelancong..
Mungkin di situ juga ada tempat menarik yang kita tidak ketahui...

Untuk kita sampai ke puncak Bukit Tang Kuan kenalah kita beli tiket...
Kita akan naik lif bukannya kereta kabel...
Memang tidak ramai orang masa kami datang...
Masa naik ke atastu ada juga dalam 15 orang tapi masih ada ruang lagi...
Jom tengok apa yang ada di atas sana...
Sampai sahaja di atas terkejut jugalah alamak rumah ibadah dia lagiker...
Dengan bunyi loceng cing cingnyer dan nampak patung dia lagi dan lagi...
Isyh awat  aku tengok facebook kawan haritu cam bestjer...
Oh ya rupanya tempatni memang kuil mereka lagi...
Cuma dari puncak ini kelihatan bandar Songkhla dan juga laut.
Korang manggakanlah cinta korang di besi-besi yang ada...
Rasanya dah banyak tempat boleh manggakan cintani yerk...
Kiranya salah satu daya penarik untuk pelancong sampai ke sini..
Jom kita bergambar dan terus bergambar...
Kita mungkin tidak datang lagi ke sini...
Yang nampak airtu rupanya Tasik Songkhla yang luas..
Sebenarnya di atas bukitni ada juga Light House..
Kami anak beranak yang tengah suka bergambar...
Jadi tidak pandang lain cuma cari tempat nak bergambar...
Cinta dan loceng memang sesuai dengan Bukit Tang Kuan ini..
Inilah lambang cinta yang sangat besar...
Di atas sini juga ada di sediakan satu tempat untuk menderma loceng...
Ramai juga yang datang beribadah masa kami naik ke atas..
Sebenarnya dari bukittu kita boleh turun ke bawah...
Memandangkan kami memang hanya ingin meninggalkan jejak jawapannya tak kuasa!!
Ada satu kedai menjual minuman dan makanan di bawah...
Tandas berbayar juga terletak di situ...
Gambar dalam lif juga dik Ya pegang tiket naik berharga THB30...
Syukurler masa kami pergi tidak ramai orang...
Jadinya dapat bernafas dengan aman damai...
Bayangkan musim cuti sekolah oh tidak berhimpit di dalam lif kekdahnyer...
Tapi tidak lama manapun perjalanan naik dan turun...
Syukur lagi semasa ke sini cuacapun amat baik..
Tidak panas walaupun masa kami naiktu dah agak tengahari...
Masani menunggu pemandu teksi yang sedang berehat di taman berdekatan...
Banyak monyet di kawasan ini, jadi hati-hati....
Ini memang sedap...
Aiskrim yang diletakkan di dalam tempurung kelapa..
Diletakkan pelbagai kacang dan manisan lain....
Memang sedap dan tidak mungkin dapat kita rasai di sini...
Orang Siam memang kreatifkan...
Masa membeli tu akak belek gak gerai bermotorsikal dia...
Nampak sedap tapi mesti kena ambil tahu jugakan...
Lega ada tanda halal barulah boleh beli...

Pengalaman menarik juga untuk yang pertama kali pergi macam akak...
Selepas ini tentulah pergi ke Pantai Samila pula untuk melengkapkan perjalanan kami..
Berhampiran Bukit Tang Kuan ini rupanya bangunan Konsulat Malaysia di Songkhla...
Sudah masuk dalam teksi baru bertanya kot idak nak juga akak singgah bergambar..

Nuffnang oh Nuffnang