Nuffnang saya

Friday, May 29, 2015

Masjid dan Makam Nabi Yusha' bin Nun a.s.

Entri kali ini berkenaan Masjid dan Makam Nabi Yusha' bin Nun a.s.
Siapakah Yusha' bin Nun?.. Dia dikatakan anak murid Nabi Musa
Yuwsya‘ bin Nūn (Arab:يوشع) adalah salah seorang nabi yang memimpin Bani Israel memasuki kota Yareho. Yusha‘ bin Nūn membawa ajaran Musa pada pertama kali tiba di “Tanah Yang di Janjikan”. Ia mengatur penempatan kedua belas suku Israel setibanya di Kanaan. Yusha dikenal sebagai Joshua didalam Taurat. Namanya tidak disebutkan secara langsung tetapi Al-Qur’an mereferensikannya bersama dengan kisah Musa didalam surah Al-maidah, Al Kahfi dan Waqi’ah.
Masjid dan Makam Nabi Yusha' bin Nun di barat laut Bandar Salt...
Terletak di atas bukit dikenali sebagai Bukit Yusha' setinggi 1130 meter dari paras laut...
Dimaklumkan tapak ini pernah menjadi rumah kepada Nabi Yusha'
Di hadapan masjid lama...
Akak tidak ingat kenapa ahli rombongan naik ke atas sana...
Tidak silap ada telaga.. entahler tak beria-ia menanyanyer...
Akhirnya sampai juga kami ke sini setelah melalui jalan berliku-liku...
Masjid yang baru di sebelah kanan dan yang lama di sebelah kanan...
Di Jordan kebanyakan masjidnya mempunya bentuk yang lebih kurang sama...
Di Jordan lebih teratur lagi kalau ada lawatan ke makam..
Ada penjaga untuk bercerita tidak seperti di Palestin hanya mendengar dari pemandu pelancong...
Doa juga dibacakan setiap kali kita melawat makam..
Emak akak yang nampak lebih segar semasa di Jordan...
Cantik pemandangan di sini dengan langit yang biru..
Pemandangan indah yang boleh dinikmati diperkarangan masjid...
Daripada sini kita boleh melihat Palestin...

Beredar dari sini kami menuju ke Masjid Nabi Shuib ...
Di sini akak memang tidak langsung mengambil gambar.. .
Jadi tidak dapatlah akak buat entri khas tentang Masjid dan makam Nabi Shuib...
Makamnya terletak agak jauh dengan jalan yang akak berliku-liku..
Juga terletak di atas bukit yang agak tinggi...
Masa rombongan kami hendak beredar melihat sekumpulan anak-anak balik dari sekolah..
Akak rasa sekolahnya agak jauh dari Masjid Nabi Shuib ...
Kerana tidak ada bandar ataupun kampung besar yang mengelilingi bukit di situ...
Alangkah bertuahnya anak Malaysia yang ada kemudahan pembelajaran yang baik...



Thursday, May 28, 2015

Pusing Jordan dalam sehari

Sambung lagi kisah umrah ziarah yang belum habis lagi...
Kisah di Palestin sudahpun selesai kini kisah kami di Jordan...
Jordan hanyalah persinggahan sebelum kami menunaikan umrah...
Masa sehari di Amman memang tidak mencukupi untuk menziarahi seluruh Jordan...
Kami hanya di bawa ke dua tiga tempat sahaja sebelum penerbangan lewat petang...

Selepas keluar dari Palestin kami singgah makan tengahari di Laut Mati...
Gambar memang tiada dengan akak sebab bateri akak kosong... kosong... kosong...
Tunggulah akak ambil dari adik akak nanti kalau di izinkan olehNya...
Jadi entri ini hanya gambar yang akak ada semasa di Jordan...
Suasana di pinggir Amman....
Nampak tak anak-anak muda melepak di depan kedai...
Tengokler tengah simpang kereta menghalang perjalanan...
Tapi kita nak masuk dia bagi cumanyer macam leceh sikit..
Ini semasa perjalanan kami ke Masjid Yushak bin Nun...
Bandar Amman juga berbukit-bukit...
Kereta memang banyak....
Bentuk bangunan dia lebih kurang sama sahaja...
Yang ini ditengah-tengah bandar rasanyalah...
Banyak makanan segera ada dikawasan ini ...
McDonaldpun ada di sini, tapi di Israel tidak kelihatan pula kedai McDonald...
Tapi akak tidak pergi ke Tel Aviv, tapi di Jerusalem memang tidak pulak akak nampak..
Ahli rombongan wanita bergambar dahulu sebelum check out...
Akak sangat berpuas hati dengan hotel yang kami dapat di Amman ini..


Hari ini selasa 31hb Mac adalah hari terakhir sebelum kami bertolak ke Madinah...
Masa ini perasaan akak sudah terasa terbang ke bumi Arab Saudi...
Fikiran mula melayang memikirkan kurangnya persiapan untuk menjalani ibadah umrah...
Hanya berdoa semoga dipermudahkan segalanya untuk akak sekeluarga nanti...

Harini perjalanan bermula dengan melawat Masjid dan Makam anak murid Nabi Musa iaitu Yusha' bin Nun...
Selepas itu singgah sebentar kalau tidak silap kawasan rumah Nabi Ayub a.s.
Meneruskan perjalanan di kawasan tanah tinggi yang jalannya berliku-liku...
Misi mencari tapak rumah Nabi |Ayub a.s. kalau tak silap akakler....
Cantik pulak langit biru dengan pokok-pokok dan lalang yang hijau...
Selepas melawat makam Nabi Shuib (yang juga akak tidak mengambil gambar) singgah makan...
Mungkin perjalanan yang jauh dan waktu yang hampir lewat membuatkan kami berselera sekali...

Banyak tempat menarik di Jordan ini sebenarnya tapi tidak mungkinlah kami dapat melawatnya kesemua sekali..
Semasa bersarapan di hotel terjumpa dengan rombongan dari Brunei katanya hari itu akan ke Petra...
Semoga diberikan Allah kesihatan yang baik dan juga rezeki yang lebih bolehlah kita sampai lagi ke sini..
Mungkin juga ada anak saudara atau anak sendiri yang menyambung pelajaran di sana mana tahu kita sampai lagi ke sini..
Anak kepada sepupu akak ada di sana masa kami di Jordan..
Tapi Universiti dia terlalu jauh umpama Johor dengan Perlis...
Jadi hanya mendengar khabar orang kampung nak datang dari ayahnya...



Thursday, May 21, 2015

Macam-macam ada di Gerik

Cuti sekolah semakin menghampiri...
Jadi moh kita baca cerita pasal tempat menarik yang ada di Malaysia...

Kepada yang mampu bolehler bawak anak-anak ke luar negara...
Yang macam akakni kita melawat dalam Malaysiapun Insyaallah menarik tertarik....


Artikel dari Berita Harian 28/12/2015

MOTIF :::: akak ajak adik pergi Gerik sebab mertuanya orang sana...
Katanya apa di buat di sana, bukannya ada apa-apa...

Destinasi menarik, tetapi pelancong sering terlepas pandang untuk dikunjungi...

Dalam senarai destinasi percutian bandar di utara Semenanjung, Gerik yang sebelumnya dieja sebagai Grik dan Pengkalan Hulu atau dulu lebih dikenali dengan nama Kroh mungkin tidak menduduki senarai utama berbanding Langkawi, Pulau Pinang atau setidak-tidaknya bandar Taiping.

Berikutan kurang diberi publisiti, keunikan apatah lagi daya pesona dua bandar terletak berdekatan sempadan Malaysia-Thailand kerap terlepas pandang meskipun memiliki khazanah alam berharga antaranya, Gua Gendang, Gua Itik dan Gua Khalid, lombong bijih timah Rahman Hidraulik, Stesen Hidroelektrik dan Empangan Pong yang memberikan pengalaman berharga andainya meneroka Pengkalan Hulu.

Gerik juga turut lebih menghulurkan cabaran menerusi ekspedisi hutan hujan tropika Belum, menunaikan keinginan berkelah sambil bermesra dengan alam di pusat rekreasi dan perkelahan seperti lata Pinang, Lata Ulau Lawin dan Batu Hampar dan khusus kaki pancing dijamin menemui keseronokan di Pulau Banding, Dataran Kuala Rui dan Dataran Pengkalan Buaya.

Penulis berkesempatan menjelajah desinasi di Hulu Perak itu menerusi undangan Rainforestexplore. Kembara tiga hari dua malam dan berkereta selama hampir lima jam tidak terasa jemu kerana dijamu pemandangan berulang bukit-bukau dan banjaran Titiwangsa diselubungi kabus, rimba dan belukar, sesekali bertemu ladang getah, sawit serta sungai mengalir dan gunung Paku gah berdiri sepanjang jalan menuju ke Pengkalan hulu, khabarnya dulu menjadi tempat persembunyian komunis.

Terserempak Gajah
Pengurus Pemasaran dan Promosi Rainforestexplore, Tajuddin Ali yang menggalas tanggungjawab sebagai pemandu pelancong banyak berkongsi cerita sepanjang pengembaraan ini.

"Jalan raya yang dilalui ini turut digunakan penduduk di Kelantang untu pulang ke kampung mereka dan  jika sudah sampai Gerik, perjalanan ke Baling, Kedah hanya sejauh 57 kilometer dan mengambil masa kira-kira 45 minit untuk ke sana," katanya turut memberitahu perjalanan ke Pekan Baling terlebih dulu perlu m enempuh Klian Intan, Kampung Bk Buloh, Pengkalan Hulu dan Dataran Gunung Inas.

Tambahnya, jika bernasib baik, anda bakal terserempak sekawan gajah menyeberangi jalan menghala ke habitatnya di hutan sewaktu melalui Banding.

"Biasanya, mereke keluar mencari makan dan dilihat pulang semula ke hutan menjelang senja. Jangan gentar, sebaliknya berhenti seketika di bahu jalan untuk melihat lebih dekat. Gajah itu tidak berbahaya dengan syarat ia tidak diganggu" katanya.

Alam bayangan sejarah
Tidak dinafikan antara faktor mengapa Pengkalan Hulu sukar dikunjungi kerana kedudukannya yang jauh dari Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)

Dalam hal ini , Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Aznel Ibrahim masih berharap kelazatan makanan tradisional seperti nasi dimasak dalam buluh, kerabu buah beka(sejenis
 kekacang), ulam umbut bayas selain kuih muih seperti dangoi dan tepek nyior (lempeng kelapa) mampu mengikat pelancong untuk singgah.

Enggan juga dilabel sebagai bandar persinggahan atau transit untuk ke Betong, Thailand, Aznel menyifatkan pengalaman menyusuri gua terutama Gua Gendang dan Gua Khalid mampu menghidupkan kembali pengalaman sewaktu negara diancam komunis.

Penulis berkesempatan menjengah Gua Gendang di Kampung Tasik mendapati laluan berbatu untuk menuju ke perut gua sangat menguji fizikal lantaran struktur batuan yang tidak sekata. Ssayangnya, titian merentangi sungai sudah roboh dan masih belum dibaik pulih menyebabkan pengunjung perlu mengharung sungai untuk ke gua.

Meneliti bumbung dan dinding gua yang dibentuk daripada batuan semula jadi sambil menghayati bunyi bak paluan gendang kala arus sungari dari tujuh air terjun berdekatan memalu dinding, langsung terbayangkan kelicikan pengganas komunis yang mwnjadikan gua tempat persembunyian mereka sewaktu darurat daripada tahun 19498 hingga 1960.

Gua Khalid yang hanya boleh dikunjungi dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda sebelum berjalan kaki kira-kira sepuluh minit lagi mengemukakan bukti lebih jelas sebagai markas persembunyian komunis menerusi tulisan dakwat merah dengan karakter Cina yang terpampang pada dinding gua.

Penduduk tempatan turut menggelarnya sebagai gua komunis, tempat itu seperti jarang dikunjungi berdasarkan keadaan flora dan faunanya yang seolah-olah tidak terusik..

Lombong bijih Rahman Hidraulik terletak di Klian Intan menjadi kebanggan penduduk tempatan sejak dibuka pada tahun 1907, kekal menjadi lombong tertua dan terbesar negara. Berkeluasan 700 hektar, pengunjung bukan saja didedahkan dengan panorama lohong lombong, tetapi juga mempelajari proses penghsilan bijih timah.

Penulis dilarang mendekati kawasan lombong sewaktu hujan lebat kerana struktur tanah tidak stabil menyebabkan bila-bila masa boleh berlaku tanah runtuh.

Ayam Betong dan peti surat gergasi
Perjalan kebandar Betong di Thailand  dari Pengkalan Hulu mengambil masa kurang sepuluh minit. Penulis singgah semalam di Betong bagi menghirup pengalaman bandar dihuni hampir 25,000 penduduk dengan majoritinya beragama Islam..

Dalam kunjungan singkat, penulis mendapati bandarnya sentiasa diselubungi kabus, namun diberitahu kehidupan malamnya meriah.

Disebabkan serumpun, gaya hidup, malah masakannya juga sama dengan Malaysia namun tomyam berkuah putih nyata lebih enak dan berperisa sementara masyarakat tempatan fasih bertutur bahasa Melayu serta menerima jual beli dalam ringgit, sekali gus memudahkan urusan.

Pemandu pelancong, Idris Latiff atau lebih dikenali sebagai Abang Yeh mengajak kami ke replika ayam Betong dan stadium Betong. Muzium Betong turut menempatkan barang peninggalan Raja Bersiong sebelum berakhir di peti surat Betong...

Peti surat Betong ini juga mencatatkan sejarath tersendiri pada mata dunia apabila memiliki peti surat berbentuk silinder setinggi 3.2 meter dan tapak selebar 2.4 meter yang diiktiraf terbesar di dunia..

"Saya tidak tahu tarikh sebenar kewujudan peti surat ini, tetapi ia direkodkan paling besar di dunia. Kalau ke Betong, jangan lupa mencuba ayam Betong. Sedap dimasak kicap, keunikan ayam ini terletak kepada bulunya yang pendek dan hanya menyaluti tubuh. Setiap Mei, ada perayaan besar-besaran menghimpunkan pelbagai masakan ayam itu,"katanya yang mendakwa harga ayam berkenaan boleh mencecah hingga RM300 seekor.

Habis dah.. penat taip balik semula ini...
Tulisan Bennie Zie Fauzi (BERITA HARIAN)

Rasanya banyak lagi kelebihan Gerik yang tidak dituliskan di sini..
Kalau dulu selalunya singgah Gerik sebab nak pergi Kelantan...
Seronokjer walaupun jalannya tidaklah seselesa sekarangni...

Wednesday, May 20, 2015

Ais Krim Alasema Mekah

Teringat-ingatkan ais krim di Mekah...
Kedai aiskrim ni on the way balik dari masjid ke hotel...
Untuk wordless wednesday kita layan gambar ais krimni dulu...
Ada lagi cerita di Jordan yang belum di tulis...
Nampak kalerpulkan... tapi sedap weh...
Yang inipun sedap juga...
Ehm banyak pilihan yang ada...
Kagumkan solat dimana berada...
Di hujung sana adalah Masjidil Haram...

Psss ::::  ais krim dia halus dan sedap sangat...
entahler mungkin sebab tempatnyer buatkan ais krimtu bertambah sedapnyer...
Tapi sebelum akak pergi ke Mekahni memang banyak cerita pasal ais krim Mekah...
Jadi bila dapatjer jejakkan kaki ke sana akak memang mencari ais krim Mekah..
Tapi tidaklah akak tahu samada cerita ais krim yang sedap akak dengar dulu sama dengan yang akak jumpa ini..
Kebetulan kedai ais krim ini memang tempat lalu lalang jadi idakler akak mencari ais krim lain...
Lagipun yang akak rasa inipun memang sedap jadi tidak perlu kata apa-apa...
Kedai ini ada jual ais krim dan air buah tidak silapnyer..

Monday, May 18, 2015

Masjid dan Makam Nabi Musa

Selamat tinggal kota Baitul Maqdis....
Masjid Nabi Musa berada dekat dengan sempadan Jordan mungkin juga kawasan Jericho.
Sebelum bas membawa kami ke sempadan maka rombongan kami singgah...
Masjid Nabi Musa terletak di pergunungan Nebo, satu kawasan setinggi 187 meter dari paras laut...
Perjalanan menuju Gunung Nebo melalui bukit-bukit dan gunung pasir...
Keadaan persekitaran begitu gersang, sepi, hening dan tandus...
Tidak banyak kenderaan atau hampir tiada yang lalu lalang ....
Adik akak memimpin emak untuk masuk ke Masjid Nabi Musa...
Sah lagi benar kami masuk ke Masjid dan Makam Nabi Musa...
Ini di depan pintu gerbang untuk masuk ke kawasan masjid...
Musa atau Moses, nabi dan rasul yang mempunyai tongkat sakti, diberi pelbagai jenis mukjizat yang nyata, diberi kelebihan untuk Kalamullah, mampu membelah Laut Merah dan berjaya mengalahkan kerajaan Firaun yang sesat. Perpindahan Nabi Musa a.s bersama pengikut yang setia ke Palestin menjadi titik permulaan bangsa Israel mendiami tempat baharu, masuk ke tanah Palestin seperti yang diperintahkan oleh Allah swt (sila rujuk entri Kisah Tanah yang Dijanjikan). Kisah Moses ini menjadi kunci utama dalam pemahaman kitab Torah kaum Yahudi, bagaimana Moses menerima perjanjian di atas Gunung Sinai dan seterusnya menjadi inspirasi dalam Bible, perpindahan suci (Exodus) Moses bersama pengikut menerusi Laut Merah yang terbelah dua. Nabi Musa antara nabi yang dikurniakan dengan kitab, iaitu kitab Taurat (Torah) . 
SUMBER :- Perkongsian Nabi.
Ini diperkarangan Masjid Nabi Musa...
Yang di lapik hijautu adalah telaga...
Dikatakan dulu telaga ini adalah untuk kegunaan jemaah haji Palestin...
Pemandu pelancong kami sempat bersolat sunat  di Masjid Nabi Musa ini..
Makam Nabi Musa berhampiran dengan ruang solat...

Di sinilah makam Nabi Musa...
Makam bukan bermakna kubur...
Antara makam yang meninggalkan kesan di hati emak akak..
Mungkin di sini tidaklah perlu kami diperiksa oleh tentera Israel lagi...
Lagipun tempatnya lebih elok tidak perlu turun naik tangga...
Alahai manjajer gambar emak akak dengan anak dan menantu...

Habis sudah kisah akak di bumi Palestin...
Kami menuju ke bumi Jordan yang juga banyak sejarahnya..
Semoga akak dapat datang lagi ke sini suatu hari nanti...
Urusan kami di sempadan sangat mudah tidak seperti kami datang dulu..
Semuapun senang ... terima kasih untuk pemandu pelancong kami ....

Friday, May 15, 2015

Saat indah Engkau jemput aku

Entri ini gabungan gambar Masjidil Aqsa dan solat subuh hari terakhir di Palestin...
Hanya gambar sebagai kenangan untuk diabadikan di sini...
Untuk tatapan diri sendiri dan juga kawan-kawan yang ada hajat untuk ke sana...
Rasanya ramai kawan blog akak yang berniat untuk kesana...
Semoga niat kalian akan di makbul oleh DIA yang maha Esa...
Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam  sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa  di Palestin." Hadis Al-Bukhari
Syukur kerana akak dapat pergi ketiga-tiga buah masjid tersebut ....
Ini semua kerana permintaan emak akak yang ingin benar pergi ke Masjid Aqsa....
Pada tahun 80an atau 90an atuk akak sudahpun mengunjungi Palestin...
Itulah impian emak akak menjejaki langkah bapanya yang juga telah sampai ke sana...
Rasulullah SAW bersabda : “Kelebihan bersolat di Masjidil Haram daripada tempat selainnya ialah dengan ganjaran 100,000 kali solat, sementara di masjidku ini pula (Masjid Nabawi, Madinah) 1,000 kali solat dan solat di Masjidil Aqsa mendapat kelebihan 500 kali solat” (Hadith dipetik dari Shaikh Ali Mohammad Mokhtar).
Tanggal 27 Rejab terjadi satu peristiwa penting dalam kerasulan Baginda SAW iaitu perjalanan Israk dan Mikraj...
Israk membawa pengertian perjalanan Nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menunggang Buraq bermula dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa...
Manakala Mikraj membawa maksud naiknya Nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha...
Entri akak kali ini bersesuaian sangat sebab esok adalah 27 Rejab....
Peristiwa Israk dan Mikraj telah berlaku berkurun lamanya dan  akak diberi peluang untuk melawat tinggalan sejarah tersebut...
Syukur sekali lagi moga diberikan peluang pula untuk datang ke Palestin semasa hari Israk dan Mikraj.....

Jom lihat gambar kami di sana...
Empat gambar yang teratas adalah ehsan dari kawan-kawan...
Cantik gambar-gambar ini sayang kalau tidak diabadikan di blog ini...
Masjid Aqsa dari segi bahasa bermaksud "masjid terjauh"..
Masjid yang kedua dibangunkan dimuka bumi...
Masjid ketiga yang mulia dan suci di sisi Allah swt...
Di sini juga tempat dimana Rasulullah kita dimikrajkan ke langit
Tidak diketahui waktu pagi atau petang...
Masjid ini tempat sembahyang kami selama dua hari di sini...
Menurut Pemandu Pelancong seluruh kawasan yang berada di kawasan ini adalah Masjidil  Aqsa
Masjid di atas ada kubah hijau tua ialah Masjid Qibli atau Masjid Jumaah...
Ini adalah masjid utama kerana setiap hari masjid ini digunakan untuk bersembahyang jemaah..
Hari Jumaat dan Bulan Ramadhan  masjid ini dikhususkan untuk jemaah lelaki sahaja..
Sekitar Masjid Aqsa yang luas dan lapang...
Suasana Masjid Aqsa di malam hari..
Tempat nabi s.a.w. solat pertama kali ketika memasuki Masjidil Aqsa berada di kawasan bangunan Masjid Al-Aqsa yang berkubah hijau  yang disebut juga Masjid Marwani yang terletak di selatan menghadap arah kiblat. Masjid Marwani ini berdekatan dengan Pintu Maghribah/Buraq iaitu pintu masuk nabi saw dan Buraq diikat di pintu ini. Pintu ini berada di tembok sebelah barat kini dikuasai Yahudi dan menamakannya Wailing Wall.. Alamak sumber dari mana akak terlupa pulak nak ambil... tapi bukan dari akak sendiri...
Masjid yang berkubah kuning keemasaan ini  ialah Masjid Qubbah As-Sakhrah...
Masjid ini di sebut sebagai Dome of the Rock yang juga dipanggil Masjid Kubah Batu...
Ketika Ramadhan dan Solat Jumaat masjid ini digunakan untuk jemaah wanita.. 
Dome of the Rock atau Qubah As-Sakhrah dibangunkan oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan...
Tujuannya untuk melindungi batu(sakhrah) yang menjadi tempat mikraj Nabi Muhammad s.a.w.

Kubah ini dibina di atas sebuah batu yang dipercayai menjadi tempat Nabi Muhamad naik ke langit sewaktu peristiwa Israk Mikraj.
Disini wujud sebuah cerita dongeng yang berkenaan batu itu terapung.
Memang terdapat batu besar di tengah tengah masjid ini...
Kita boleh bersolat di bawah batu itu..
Di sini  akak kerugian sedikit kerana tidak sempat untuk bersolat..
Masa akak pergitu waktu subuh sudah sangat hampir...
Kalau akak bersolat sunat terlebih dahulu di Masjid Kubah Batu takut tidak sempat untuk bersolat jemaah di Masjid Aqsa...
Menyangkakan selepas solat subuh boleh meninjau ke sini balik rupanya telah dikunci..
Adik dan ahli rombongan sempat bersolat di sini semasa bersolat subuh pada hari kedua kami di sini..
Akak pulak tidak bersolat subuh di masjid sebab emak akak tidak berupaya untuk ke sana..
Hendak ditinggalkan dia kata takut tapi dia membenarkan akak untuk solat subuh hari terakhir itu..
Rezeki akak tidak dapat masuk ke sini tapi syukur kerana dapat menjaga emak....

Gambar-gambar di bawah ini pula kenangan akak bersolat subuh di Masjid Aqsa...
Dingin subuh terasa syahdu disambut dengan lukisan dinding sepanjang jalan ke Masjid Aqsa...
Mungkin lukisan ini dapat meluahkan apa yang terbuku dihati mereka... 
Abaikan muka bangun tidur akak itu...
Bergambar kenangan di Masjid yang mulia ini...
Masjid yang berdiri kukuh walaupun pelbagai dugaan hebat ditempuhinya...
Di belakang akak adalah sekumpulan rakyat Indonesia yang sama menziarah seperti kami...
Di salah sebuah pintu masuk yang hampir rosak....
Mungkinkah itu bukti kekejaman mereka yang ingin menawan Al-Aqsa!!!
Bergambar di depan pintu masuk ke Masjid Aqsa...
Selamat tinggal Masjid yang akan akak rindui...
Ingatkan inilah kali terakhir kami dapat solat di sini..
Rupanya hari itu kami datang lagi ke sini tapi di bahagian bawah masjid...
Bergambar berlatar belakangkan Dome of the Rock..
Di belakang akak yang berpagar bulat itu adalah tempat mengambil air sembahyang untuk lelaki..
Untuk wanita agak tersorok sedikit tapi masih terbuka...
Kalau tandasnya agak jauh iaitu dari permulaan pintu masuk ke Masjidil Aqsa berhampiran dengan tempat pemeriksaan tentera..
Suka gambar yang diambil oleh adik serombongan kami...
Rasa nak bergambar banyak-banyak tapi tidak cukup masa sebab nak 'check out'...
Selamat tinggal tempat yang indah dan sungguh menyejukkan hati..

Tempat suci ini terletak dalam kawasan yang luas..
Di dalamnya ada banyak masjid...
Selepas melepasi pemeriksaan, kita akan nampak Masjid Kubah emas ini terlebih dahulu...
Berjalan ke depan lagi kita akan jumpa masjid berkubah hijau yang dipanggil Masjid Aqsa/Qibli...
Di bawah masjid Aqsa juga ada tempat solat yang dikatakan masjid lama Aqsa...
Di kawasan itu juga ada Masjid Buraq tempat Nabi Muhammad SAW menambat Buraq...
Seluruh kawasan ini adalah tanah suci bagi orang Islam...

Berada di Masjidil Aqsa pasti mengingatkan kita peristiwa Isra' dan Mikraj... Esok adalah hari Isra' dan Mikraj... Moga kita semua akan menjadi insan yang lebih hebat dari dahulu.. 

Israk dan Mikraj diriwayatkan dalam pelbagai hadis. Sebahagiannya sahih dan ada juga yang lemah. Berdasarkan hadis-hadis sahih, peristiwa ini berlaku sebelum hijrah ke Madinah. 
Malam itu, baginda berada di rumahnya di Mekah. Jibril AS dan dua orang malaikat lainnya membangunkan baginda. Mereka membawa Buraq, iaitu seekor haiwan yang lebih kecil daripada kuda, lebih besar daripada keldai. Satu langkahnya sejauh mata memandang.
Rasulullah SAW menunggangi Buraq menuju Masjidil Aqsa. Setibanya di masjid, baginda mengikatnya di pintu masjid. Seterusnya baginda masuk ke dalam masjid dan melakukan solat tahiyatul masjid dua rakaat. 
Tidak lama kemudian, sebuah mikraj (tangga) di turunkan dari langit. Lalu baginda menaikinya dan terangkat ke langit pertama, kedua dan seterusnya hingga ke langit ketujuh. Di tiap-tiap langit, Rasulullah SAW berjumpa dengan nabi-nabi terdahulu. Antaranya: Adam, Yahya, Isa, Yusuf, Idris, Harun, Musa dan Ibrahim. 
Adapun kisah yang mengatakan bahawa Nabi SAW menginjak batu Sakhrah pada masa itu, maka riwayat ini tidak sahih. Demikian penjelasan Syeikh Zahid al-Kauthari dalam Maqalat al-Kauthari. 
Rasulullah terus terangkat hingga ke tempat yang sangat tinggi. Beliau diperlihatkan banyak sekali keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah SWT. 
Antaranya Sidratul Muntaha, sebuah pokok besar yang ditutupi oleh warna-warni yang sangat indah. Daun-daunnya sebesar telinga gajah dan buahnya seperti kendi Hajar. 
Rasulullah turut diperlihatkan Baitul Makmur iaitu kiblat hamba Allah di langit sebagaimana Kaabah yang menjadi kiblat manusia di bumi. Setiap hari 70,000 malaikat masuk ke dalamnya dan tidak keluar lagi. Baginda juga diperlihatkan syurga dan neraka. 
Kemuncak perjalanan itu, baginda mengadap Allah SWT. Para ulama berbeza pandangan adakah baginda melihat Allah pada saat itu atau tidak. Lalu Allah menurunkan kewajipan solat 50 waktu. Baginda menerimanya dengan patuh. 
Apabila turun, baginda kembali berjumpa dengan Nabi Musa AS di langit kelima. Nabi Musa menyarankan agar baginda meminta keringanan bagi umatnya. Beliau khuatir umat Islam tidak akan mampu melaksanakan kewajipan itu. 
Baginda setuju dengan saranan itu, lalu kembali kepada Allah untuk tujuan tersebut. 
Setelah lima kali turun naik, Allah SWT mewajibkan solat hanya lima waktu sahaja. 
Rasulullah SAW turun kembali ke Masjidil Aqsa, lalu menaiki Buraq ke Mekah. Beliau selamat tiba di rumah awal pagi sebelum matahari terbit.
Boleh baca kisah seterusnya di sini :-  UTUSAN MALAYSIA @ Perjalanan Israk dan Mikraj

Salam Isra' dan Mikraj.... 

Thursday, May 14, 2015

Bukit Zaitun Makam Rabiatul Adawiah dan Makam Salman Al Farisi

Terima kasih kerana masih sudi membaca catatan akak ini....
Ikutkan banyak benda yang ingin dikongsikan tapi tidak tahu untuk mengungkapnya...
Jadi hanya gambar yang menjadi perataraan di blog akak ini...
Malangnya pulak gambar tidak terlalu banyak kerana akak tidak membawa kamera...
Hanya bergantung dengan handphone yang semasa di sana ada masalah pulak...
Namun demi untuk kenangan diri sendiri akak abadikan juga kisah hari terakhir di  sini...
Sebelum meninggalkan bumi bertuah dan diberkati kami singgah banyak tempat...
Antaranya ialah  ke Bukit Zaitun, Makam Rabiatul Adawiah dan Makam Salman Al-Farisi...
Pemandangan menarik Al-Quds dari Bukit Zaitun...
Di dalam surah at-Tin Allah berfirman :- 
“Demi Buah Tin Dan Zaitun”

Di dalam tafsir Ibu Kathir, Demi buah Tin adalah merujuk kepada tempat ibadah Nabi Nuh di Syria dan buah Zaitun adalah di Baitul Maqdis. 
Mt. Of Olive atau Jabal Zaitun mempunyai pemandangan yang luar biasa cantiknya terutama ketika waktu pagi. 
Di pinggir Jabal Zaitun terdapat barisan kuburan Yahudi. Orang Yahudi memang meminta agar ditanam di kawasan ini kerana bagi mereka “Messiah” yang mereka tunggu nanti akan menghidupkan mereka dan mereka akan menjadi tentera “Messiah”. 
Bagi kita orang Islam, yang akan turun adalah Dajjal dan memang di antara kelebihan yang Allah beri pada Dajjal adalah dapat menghidupkan orang yang mati. 
SUMBER : USTAZAMIN
Akak suka sumber kalau datang dari USTAZAMIN kerana rasa lebih dipercayai...
Lagipun dia memang kerap ke sana, sudah tentulah banyak pengalamannya di sanakan..
Gambar makcik rombongan kami....
Emak akak hanya melihat dari dalam bas...
Tidak sanggup turun naik bas...
Masa melawat Makam Rabiatul Adawiah akak juga tidak turun..
Gambar pintu masuk ke Makam Rabiatul Adawiah..
Makam dia di tepi jalan besar....
Cinta Rabiah kepada Allah SWT merupakan cinta suci, murni, dan sempurna seperti disenandungkan dalam syair ini: Aku mencintaimu dengan dua cinta; cinta kerana diriku, dan cinta kerana diri-Mu. Cinta kerana diriku adalah keadaanku yang sentiasa mengingat-Mu yang mengungkapkan tabir, sehingga Engkau kulihat. Baik untuk ini, mahupun untuk itu, pujianku bukanlah bagiku; bagi-Mulah pujian untuk semuanya. Buah hatiku, hanya Engkaulah yang kukasihi, berilah keampunan pembuat dosa yang datang ke hadrat-Mu. Engkaulah harapanku, kebahagiaanku, dan kesenanganku, hatiku enggan mencintai selain Engkau. 
Rabiah mencurahkan seluruh hidupnya untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kerana itu, dia memilih hidup zuhud agar bebas daripada segala rintangan dalam perjalanan menuju Tuhan. Dalam pandangannya, kenikmatan duniawi adalah hambatan menuju Tuhan.
Dia pernah memanjatkan doa: "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada segala perkara yang menyibukkanku sehingga aku tidak sempat menyembah-Mu dan daripada segala rintangan yang merenggangkan hubunganku dengan-Mu." 
SUMBER :- UTUSAN MALAYSIA
Sempat juga singgah ke Makam Salman Al-Farisi yang merupakan sahabat Rasulullah... 
Seorang perjuang Islam yang mendapat tempat di hati Rasulullah SAW.
Beliau telah masuk pelbagai agama sebalum akhirnya jadi pejuang setia dalam Islam...
Dikurniakan umur yang panjang untuk menyebarkan syiar Islam...

Sebagai seorang sahabat akrab Rasulullah s.a.w., Salman merupakan seorang tokoh yang paling menonjol serta sangat disayangi oleh beliau disebabkan kerana keberanian, keikhlasan serta sifat zuhudnya terhadap kesenangan dunia. Salman Al Farisi juga terkenal sebagai seorang Mukmin yang kuat beribadat, bersifat rendah diri dan tidak tertarik pada kemewahan dan kesenangan. 
Selanjutnya Salman Al-Farisi terkenal sebagai tokoh sahabat yang banyak meriwayatkan Hadith dari Rasulullah S.A.W kerana beliau adalah seorang sahabat yang banyak bergaul dengan baginda. Beliau telah hidup di zaman Rasulullah S.A.W sehinggalah sampai ke zaman pemerintahan khalifah Islam yang ketiga iaitu Sayidina Uthman bin Affan r.a.

Ketika peperangan Khandak, beliau mencadangkan supaya dibina sebuah parit besar atau khandaq di sekeliling kota Madinah untuk mengelakkan kota tersebut dari serangan orang-orang Quraisy.
Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai gabenor di Al-Madain yang terletak berdekatan Baghdad. Salman mendapat gaji sebanyak lima ribu dirham. Semua wang tersebut disedekahkannya kepada fakir miskin. Beliau menyara hidup dengan bekerja sendiri.
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW pernah berkumpul dengan para sahabat baginda termasuk Salman Al-Farizi. Sambil memegang bahu Salman, Rasulullah SAW bersabda:

“Jika iman itu tergantung di bintang Suraya di langit, pasti akan dicapai oleh seorang lelaki dari bangsa Farsi ini.”Nabi SAW juga menegaskan bahwa Salman Al Farisi termasuk keluarganya(Ahlulbait). 
SUMBER FACEBOOK
Yang lelaki itu adalah pemandu bas kami..
Katanya yang perempuan cantiktu adik dia...
Entahlah betul ataupun tidak... Wallhualam..
Bas kami diletakkan dijalan yang sibuk sebegini..
Makam Salman al-Farisi bukan ada di situ tapi terpaksa berjalan naik bukit sedikit...

Kiranya selesai sudah kisah di di Baitul Maqdis...
Rombongan kami terus di bawa ke sempadan...
Tapi sempat singgah ke Makam Nabi Musa a.s. juga ke Jericho membeli buah tangan...
Macam biasa apa yang akak tulis ini hanya catatan seorang pelawat ...

Wednesday, May 13, 2015

Wordless Wednesday ~ Gambar ahli rombongan

Gambar kenangan rombongan kami di Bumi Anbia yang menjadi rebutan banyak agama...
Banyak sejarah yang telah kami pelajari di sini, sesuatu yang berharga untuk dikenang...
Semoga perjalanan kami di sini akan membawa kami kepada sesuatu yang lebih baik dan bermakna...
Semoga ikatan silaturrahim antara kami yang ke sana akan kekal utuh selamanya...
Di belakang itulah Masjid Aqsa tempat yang digunakan untuk sembahyang utama....
Di bawahnya juga ada tempat sembahyang di katakan masjid asal ..
Ahli rombongan bergambar berlatar belakangkan Masjid Kubah Emas...

Dua keping gambar ini diambil oleh jurugambar profesional...

Tuesday, May 12, 2015

Lawatan hari keempat Palestin

Sambung laju-laju supaya nampak kesinambungan cerita kami di Palestin..
Terima kasih kepada semua yang sudi membacanya... 
Hari itu 30 Mac 2015 adalah hari terakhir kami di bumi bertuah ini ....
Selepas bersarapan kami mengunjungi 'Old City of Jerusalem'...
Seperti biasa untuk masuk ke dalam ada pihak tentera yang menunggu... 
Setelah itu kami pergi ke Bukit Zaitun untuk melihat pemandangan Baitul Maqdis dari jauh...
Kami juga singgah ke Makam Rabiatul Adawiyah dan juga Makam Salman Al-Farisi...


Selepas itu kami berpeluang juga singgah ke Masjid Nabi Musa dan juga makamnya...
Sebelum balik ke sempadan kami singgah ke Jericho untuk membeli barang-barang.... 
Makan tengahari hanya di Laut Mati selepas keluar dari sempadan... 
Memang kenangan terindah dalam hidup akak... 
Bergambar dengan anak gadis Palestin yang dalam perjalanan untuk ke kolej...
Comel-comelkan ... pagi sebegini memang ramai anak gadis yang lalu lalang...
Pelbagai bangsa, negara, agama yang datang berkunjung ke sini...
Di depan kami ada sekumpulan anak muda yang memukul gendang...
Ketika ditanya rupanya ada majlis meraikan anak lelaki yang memasuki umur 13 tahun...
Memerhatikan dari jauh Masjidil Aqsa dari luar...
Berjalan dari luar ke dalam...
Belakang kami rombongan dari Brazil...
Ramai yang pergi ke sebelah tembok ratapan...
Jadi kami bergambar di depan ini terlebih dahulu..
Di belakang kami ada yang bermain muzik...
Suasana memang bingit dan havoc, umpama pesta bagi mereka....
Bergambar dengan rombongan perempuan yang hebat belaka...
Kagum dengan mereka yang sentiasa  bersemangat...
Tempat yang pertama yang kami nampak ialah Tembok Ratapan (Wailing Wall)
Tembok ini adalah bersebelahan dengan Kompleks Masjidil Aqsa...
Terbuka untuk tatapan umum, tetapi orang Islam hanya dibenarkan hanya sampai kawasan tertentu...
Nampak tak sebelah kanan ada satu jambatan menuju ke perkarangan Masjid Al Aqsa... 
Tapi kita orang Muslim tidak boleh melalui jambatan tersebut..  
Di sebalik Wailing Wall adalah Masjid Buraq..
Memikirnya sahaja terasa sedihkan tapi inilah yang terjadi... 
Wailing Wall (tembok ratapan) dikenali juga dengan nama Western Wall (Tembok barat) panjangnya sekitar  60 meter sahaja. Bagi kepercayaan orang Yahudi, tembok ini adalah sisa-sisa masjid Sulaiman yang dihancurkan oleh Titos dari Rom pada tahun 70 masihi. Di sini mereka membuat amalan 1.berdiam "Shekhinah" 2. Membaca kitab taurat 3. Berdoa.Bagi umat Islam, tembok ini disebut sebagai “Khait al-Buraq” atau dinding Buraq kerana disebalik tembok ini, Nabi SAW menambat Buraqnya. Di sebalik dinding ini terdapat masjid Buraq.Gambar di atas ini dan juga info dari  blog : - USTAZAMIN ... Manakala rombongan kami tidak masuk sampai ke sini hanya melihat dari atas sahaja...
Masjid Al Buraq...Tempat Nabi Muhammad s.a.w. menambat buraq...
Apa itu buraq..??
Menurut hadis dari Anas bin Malik r.a
Rasulullah s.a.w bersabda : Aku telah didatangi buraq iaitu seekor binatang yg bewarna putih,lebih besar dari kaldai tetapi lebih kecil dari baghal. ia merendahkan tubuhnya sehingga lah perut buraq itu mencecah bumi.
Rasulullah s.a.w bersabda lagi : Aku menunggangnya sehingga sampai ke Baitulmaqdis. Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang dilakukan oleh para Nabi Di ambil dari :- RUNIZAN BLOG
Di Masjid Al Buraq ini kami tidak singgah...
Ramai sungguh orang bukan Islam pada hari tersebut...
Masa kami lalu di sini banyak mata memandang...
Gamaknyer "apalah dibuat orang Islam di sini"
Itu yang akak tidak dengarpun apa yang dicerita oleh pemandu pelancong...
Masjid Al-Buraq adalah masjid kecil bawah tanah (seperti juga Al-Aqsa lama iaitu Al-Marwani). Pintunya juga kecil, dan ruang tangga untuk turun hanya muat untuk satu jemaah pada satu masa. Agak curam dan tinggi, saya merasakan agak sukar untuk orang-orang tua turun ke bawah dan merasai kesyahduan Al-Buraq dengan hamparan merahnya.
Dikatakan Buraq yang ditunggang Nabi Muhammad S.A.W. ditambat di sini, menunggu Nabi S.A.W. pulang dari mikrajnya untuk membawa Nabi S.A.W. kembali ke Makkah. Terdapat pecahan batu-batu marmar yang dipercayai tempat pelana Buraq. 
SUMBER : NANAISSEVEN
Di dataran sebelah sana pula terdapat rakyat Palestin yang berhimpun secara aman membantah penahanan rakyat Palestin sehari sebelum itu...
Akak sebenarnya kurang paham dari manalah rakyat Palestin ini masuk...
Pintu masuk dikawal ketat oleh Pihak tentera...
Namun semangat dan mental yang kuat membuatkan mereka berani...
Terus terang akakni hendak mengambil gambarpun takut-takut...

Seterusnya kami ke Masjid Aqsa cuma kali ini tempatnya dibawah Masjid yang selalu digunakan untuk bersembahyang..
Untuk masuk ke bawah masjid tersebut ada tentera yang menjaga untuk memastikan orang bukan Islam tidak masuk ke situ....
Masjid ini dikatakan adalah masjid asal Aqsa...
Dikatakan masjid ini dibina oleh makhluk jin yang diperintahkan oleh Nabi Sulaiman... 
Di sini juga ada mihrab untuk Maryam (ibu Nabi Isa a.s.) beribadah...
Juga di sinilah tempat Nabi Zakaria memohon doa dikurniakan cahaya mata...
Bersolat sunah di bawah masjid Al-Aqsa
Di sini ada sebuah perpustakan... 
Sekali lagi terpaksalah melihat dari lubang...
Pihak Zionis Israel telah menggali kononnya untuk tujuan arkeologi...
Namun dipercayai tujuan utama mereka ialah ingin membangunkan kembali Kuil Sulaiman ....
Arkeologi dan ahli kaji sejarah tahu bahawa runtuhan "Kuil Sulaiman" terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa.
Adalah menakutkan kerana sekiranya berterusan pasti akan robohlah Masjid di atasnya...
Hilang lenyap Masjidil Aqsa yang sangat panjang sejarahnya... 
Untuk :- DIANARASHID dari lubang itu kita nampak yang di bawah masjid itu telah digali...
Israel memang ingin merobohkan Masjidil Aqsa untuk mendirikan "Kuil Sulaiman"....
Masa melihat haritu hanyalah ada kegelapan tapi tahulah yang dibawahtu telah diterokai....
Sebelum keluar dari kawasan Masjidil Aqsa bergambar di 'Qubbatul As-Shakrah'...
Cerira pasal Masjid yang berkubah kuning emas ini akan menyusul di entri terakhir...

Seperti entri terdahulu akak mohon maaf kiranya ada kesilapan fakta...
Akak hanya bercerita sebagai seorang pelawat...
Masa menulisni berkali-kali akak melihat preview...
Maalumler ini semua sejarah Islam yang maha agung... 
Tersilap bicara akan mengundang padah... 

Untuk :- LIEYALATIF ... adik ipar akakpun berangan nak menantukan orang timur tengah... 

Nuffnang oh Nuffnang