Nuffnang saya

Saturday, October 31, 2015

Tren lrt sudah sampai Kinrara...

Kalau ada masa lapang mari singgah ke stesen LRT BK5..
Naik tren percuma dari BK5 ke Sri Petaling...
Kalau nak sambung ke Ampang atau Sentul baru bayar..
Ada promosi juga hari ini...
Moh datang sini
Akak dahpun selamat naik tren ke Ampang Park
Dari Kinrara percuma ke Sti Petaling sahaja..
Lebih-lebih sila bayar ok...
Semangat akak mai kursus ke Plaza OSK hari ini..
Kasut baru naik tren baru...


Thursday, October 29, 2015

Piramid misteri Gunung Padang

Akak simpan ini sebagai simpanan...
Kisah piramid misteri Gungun Padang di Indonesia...
Macam kurang percaya masa membacanya ...
Tapi setelah di google memang wujud tempat ini..
Macam versi dan cerita...
Yang ini akak dapat dari Berita Harian...

Sumber : - Berita Harian 16 Ogos 2015

Susunan Bennie Zie Fauzi

Adakah kawasan lereng pergunungan ini menyembunyikan piramid tertua di dunia dengan hayat strukturnya mencecah usia 20,000 tahun.

Pakar geologi Indonesia mendakwa terdapat tapak bersejarah terletak di Jawa Barat itu sekurang-kurangnya berusia 9,000 hingga 20,000 tahun.

Jika dapat dibuktikan benar-benar wujud, ia akan menjadi satu lagi tarikan pelancongan dan pengembara ke Indonesia.

Pakar sains bumi, gempa bumi, tsunami, gunung  berapi dan paleo-history di Institut Sains Indonesia (LIPI), Dr Danny Hilman Natawidjaja, berkata, lereng tanah tinggi dikenali sebagai Gunung Padang ada menyembunyikan struktur piramid silam.

Ujian membuktikan beberapa bahagian struktur piramid itu sudah wujud pada tahun 7,000 Sebelum Masihi (SM)  sekaligus menuntut perubahan bukti dan fakta sejarah, namun pakar lain di dunia menganggap hasil penggalian yang dilakukan tidak meyakinkan.

Empat kali ganda tua Piramid Mesir

Piramid tertua di dunia terletak di Mesir dipercayai dibina 5,000 tahun lalu, tetapi satu penemuan struktur piramid hampir menyamainya dikenali Gunung Padang dianggarkan berusia empat kali ganda lebih tua daripada piramid tersohor di dunia itu.

Tersembunyi di bawah runtuhan batu, bahkan ada yang tertanam jauh di dalam tanah, penemuan itu jika benar, bakal mengubah keseluruhan sejarah peradaban dunia, sekali gus menunjukkan kewujudan tamadun dan kuasa yang maju di rantau Asia Tenggara.

Dr Danny percaya tapak bersejarah itu suatu ketika dahulu turut menyimpan kuil purba yang dibina antara 9,000 dan 20,000 tahun SM.

Penemuan sejak 1914

Hakikatnya, penemuan Gunung Padang bukan baharu, tetapi sejak tahun 1914, ia sudah diisytiharkan sebagai tapak megalitik terbesar diIndonesia.

Lokasinya ditengah-tengah rangkaian gunung berapi, ladang pisang dan teh berkeluasan 885meter persegi di atas paras laut sejauh 120 kilometer di selatan Jakarta serta tenggara Sukabumi.

Serpihan dan bongkah runtuhan gunung berapi yang mengunjur keluar lereng bukit tempat pendaki lalu disifatkan keramat oleh penduduk Sunda yang menghuni kawasan itu. Sebaliknya, Dr Danny berpendapat ia mungkin sebahagian runtuhan piramid purba yang suatu ketika dulu dibina untuk menyembah tuhan, selain mendalami ilmu astronomi.

Jika ini benar, bermakna manusia prasejarah perlu mengangkut bongkah batu sepanjang teres di bina di kawasan lereng gungung sebelum menyusun secara bertindan bagi membentuk piramid. Ia sekali gus membuktikan masyarakat pada ketika itu sudah memiliki kemahiran kejuruteraan melangkaui zaman.

"Bukti batu terbenam jauh dalam bumi itu menunjukkan struktur organisasi terancang sudah lama ada di sini," katanya.

Kerja cari gali mendapat sokongan penuh kerjaan Indonesia, malah akhbar The Sydney Morning Herald, Australia turut melaporkan ,selain tidak menolak hal penemuan struktur megalitik terbesar di Asia Tenggara di bahagian atas gunung berkenaan.

Runtuhan sembunyi bangunan

Dr Danny  berkata, runtuhan juga mungkin sebuah komples bangunan.

Teres disempadani dinding batu yang masih kekal hingga kini boleh diakses selepas 400 langkah pendakian setinggi 95 meter.

Sepanjang laluan, pengembara atau pengunjung bakal disaksikan dengan batu gunung berapi berbentuk segi empat tepat dan menerusi penyelidikan pakar geoelektrik yang menempatkan radar bawah tanah, mendapati teres bukit setebal 100 meter itu mempunyai pelbagai lapisan.

Daripada lapisan itu, terbenam struktur binaan manusia prasejarah sejauh 15 meter ke dalam tanah. Pakar mengesahkan batu yang terbenam antara tiga hingga empat meter bawah permukaan bumi berusia kira-kira 6,500 tahun, manakala yang lebih dalam daripada itu berusia dalam lingkungan 12,500 tahun.

Kaedah kajian dikritik

Bukan semua bersetuju dengan usaha dilakukan oleh Dr Danny dalam membuktikan kewujudan piramid tertua di dunia. Malahan, di tanah air sendiri, 34 pakar arkeologi dan geologi mengemukakan petisyen mengkritik kaedah kajian dan motif projek itu.

Mereka menuduh proses ekskavasi menggugat kesucian tempat itu dan menjadi lebih marah kerana membabitkan sama ahli arkelogi awam dalam kerja penggalian.

Pakar gunung berapi, Sutikno Bronto tegas dengan pendirian struktur ditemui itu bukan piramid tetapi sebahagian batu gunung berpai tua, manakala batu yang dibentuk seperti ditarah manusia itu sebenarnya tehasil melalui hakisan alam dan cuaca.

Sebilangan pakar lagi ragu-ragu mengenai kewujudan peradaban yang cukup maju beribu tahun lalu hingga membolehkan sebuah piramid dibina, lebih-lebih lagi penemuan peralatan memburu ditemui digua berdekatan yang dianggarkan bertarikh 7,000 SM dan dianggap sangat primitif.
Ehmmm ... ni akak taip semula hanya untuk catatan...
Akak tak kisahler samada piramid itu wujud ataupun tidak...
Tapi akak kagum dengan pemandangan tersebut... 
Kalau dapat berdiri di situ dan bergambar di sana alangkah bagusnya... 

Gambar semua dari Google.. akak tak sampai lagi yer... 
Macam kurang percaya dengan pemandangan ini..
Tempat lawatan yang sangat unik dan istimewa...
Indonesia sebenarnya banyak tempat menarik selain dari Bandung Jakarta ...

Sunday, October 25, 2015

Kongsi gambar di IJN

Gambar dua orang budak di IJN..
 Hi .. nenek kita di blok Ba
 Atikah nak posing sorang-sorang
Posing depan kedai roti yang kalau datang IJN kita mesti singgah...


Tulis blog ikut handphone mmg x best...
Ibu mertua akak kena tahan di IJN hanya untuk monitor sahaja.. bukan ada yang tak kena...

Thursday, October 22, 2015

Tip untuk wanita bersaiz besar

Harini ingin berkongsi tip untuk wanita bersaiz besar (plus size|)...
Ini bukan tulisan akak tapi akak ambil dari sumber Utusan Malaysia...
Semoga tips ini memberikan inspirasi untuk insan yang bersaiz besar macam akakni...
Cita-cita akak juga nak buka butik untuk yang bersaiz besar ...
Sakit rasa hati sebab bila kita pegang baju yang nampak cantik tapi bukan saiz kita...
Yang ada saiz kita pulak corak dia ya ampun nak buat langsirpun tak sanggup...
Desain diapun kadang macam pelik jer kalau dah gemuk pakai cam gini bukanker hodoh..
(dalam hati akak bercakap)...
Ah... inilah dilema untuk mereka yang berbadan besarni...

SUMBER : Bicara Imej Utusan Malaysia 16 September 2015
Oleh Emi Idura Che Hashim (Perunding Imej, Etiket dan Warna Profesional (UK))

Minggu ini saya ingin kongsikan rahsia, iaitu tip membeli-belah buat wanita saiz besar (plus size) nampak langsing 5 kilogram (secara visual) tanpa sebarang kaedah perubatan.

Ada yang tersenyum di sini, saya pasti. Artikel ini saya tujukan buat sahabat-sahabat dan pembaca kolum Bicara Imej yang sering meluahkan rasa kurang keyakinan diri dengan keadaan fizikal masing-masing dan mencari jawapan kepada permasalahan ini.

Terus terang secara peribadinya, saya amat gembira dengan perkembangan fesyen masa kini yang menawarkan pelbagai trend semasa, termasuk untuk mereka yang bertubuh besar.

Rata-rata fesyen plus size boleh di dapati secara online juga di butik-butik besar di kompleks membeli belah hari ini. Namun, masih belum ramai yang mampu memberikan tip dan panduan buat pelanggan bagaimana produk mereka mampu membantu dan memberi tambah nilai berganda buat pelanggan.

Sambil membeli dapat menaikkan keyakinan diri, menjimatkan wang, masa dan tenaga sambil tampil lebih anggun di samping kekurangan fizikal yang ada. Sebelum itu, siapakah golongan wanita yang dikategorikan sebagai plus size ini?

Golongan ini merujuk kepada mereka yang mempunyai skala badan yang lebih besar, dan biasanya bersaiz 14 ke atas (atau saiz 6 ke atas di United Kingdom) Pakaian plus size ini penting untuk melengkapkan gaya wanita yang mempunyai ciri-ciri badan yang lebih besar dan berangka penuh.

Mereka boleh dikategorikan kepada dua jenis bentuk badan, iaitu bentuk epal atau bentuk pir.

Wanita yang berbenutk pir lebih cenderung utnuk memiliki pinggul yang besar dan juga kelihatan lebih lebar dari saiz bahunya, tetapi berkelebihan mempunyai pinggang yang menarik seakan hourglass.

Manakala bentuk badan epal pula lebih cenderung utnuk memilik 'lebihan ' di sekitar perut dan bahagian dada yang besar, pinggang yang hampir tidak kelihatan bentuknya tetapi secara majoriti memiliki pinggul yang lebih kecil dan leper.

Ramai antara kita hari ini yang membeli tanpa matlamat dan perancangan yang teliti.

Seringkali pembelian kita dipengaruhi oleh jenama, pengaruh sahbat-sahabat, dan keinginan untuk memiliki tanpa mengenalpasti sama ada ianya satu keperluan (penting untuk dimiliki ataupun cuma kehendak ( kerana mengikuti perkembangan semasa).

Matlamat ini penting kerana pembelian itu harus dipengaruhi oleh bentuk badan individu itu tadi. Berbentuk pir atau epal? Matlamat ini dapat memberikan sedikit panduan, jenis elemen atau ciri pakaian diperlukan sewaktu membeli-belah.

Tip beli belah buat wanita plus size 
> Rancang dengan teliti
> Aplikasikan teknik WOW
> Warna ~ mereka yang mempunyai badan berbentuk epal disarankan menggunakan teknik warna monokromatik untuk dilihat lebih 'langsing' dan dilarang menggunakan blok warna atau color block, terutamanya jika baju di atas lebih 'cerah' dari seluar, mahupun skirt dan dilarang juga untuk tuck in baju itu tadi.

Manakala yang berbentuk pir pula sebaliknya, boleh dikenakan warna cerah di atas dan pastikan hanya warna gelap untuk bahagian bawah badan (terutamanya dibahagian pinggul dan punggung)

> Aksesori dan Hijab ~ kedua-duanya memainkan peranan di sini. Penggunaan aksesori dan hijab yang menarik (dari segi warna, bentuk, skala dan corak) membuatkan mata lebih tertumpu kepada dua eleman ini dan secara tidak langsung melarikan pandangan dari bahagian badan yang besar itu tadi (perut untuk si epal dan pinggul untuk si pir). Gunakan aksesori dan hijab yang menraik sebagai daya tarikan WOW anda.

Garisan jalur menegak adalah 'rakan baik anda' ~ pilihlah pakaian yang mempunyai jalur dan butiran (hiasan dan butang) yang dijahit secara menegak.

Aksesori yang memanjang membentuk 'V' merupakan salah satu cara dilihat lebih tinggi dan langsing dari biasa.

Saya cadangkan untuk mereka yang berhijab, menggenakan hijab mereka sebegini (bentuk V) untuk mencapai matlamat yang sama.

> Skala ~ perlu diingat bahawa skala corak pada baju dan aksesori lain termasuk tali pinggang, jam tangan yang dibeli adalah bergantung kepada saiz badan individu itu, Skala ini hendaklah bersesuaian dengan besar. Saiz tubuh kecil dan penggunaan aksesori yang berskala besar, hanya akan menenggelamkan si pemakai dan ianya kelihatan lebih besar dan begitulah sebaliknya buat mereka yang bertubuh besar yang memakai aksesori yang berskala kecil.

Untuk bentuk badan epal, yang kebanyakkannya mempunyai 'lebihan' di bahagian tengah badan dan bahu yang agak 'bulat', tujuan utama setiap pembelian adalah untuk 'memanjangkan' bahagian tengah badan bagi mencipta ilusi pinggang yang lebih kecil(secara visual). Dengan itu pemilihan warna, skala motif, corak, tekstur, garisan malah labuhnya sesuatu baju itu perlu diberi keutamaan.

Manakala bentuk pir pula, bertuah kerana mempunyai bentuk pinggang yang agak ketara tetapi lebih lebar dibahagian pinggul dan punggung.

Tujuan utama pembelian haruslah utnuk memeri penekanan kepada bahagian pinggang dan dada ke atas, dan mengurangkan perhatian orang ramai terhadap saiz pinggul yang agak menonjol itu tadi.

> Kemasan baju (fitting) ~ jika ingin kelihatan langsing 5 kg dari saiz sebenar, pastikan baju yang dibeli tadi itu terletak cantik pada badan, tidak terlalu longgar atau terlalu ketat pada badan. Ya, mungkin anda rasa 'selesa' bersembunyi di sebalik pakaian yang 'besar' tetapi ianya tidak menyelesaikan masalah ini, malah anda hanya akan kelihatan lebih besar dan 'berat' dari saiz sedia ada..
Itu kisah pakar ... tapi secara jujurnya akak memang sangat cemburu dengan orang yang pandai bergaya.. Kadang-kadang akak tengok badan dia jauh lebih besar dari akak tapi apa juga yang dia pakai macam terletak padan dengan dia.. Semoga akak juga dapat mengembalikan keyakinan diri yang sudah semakin jauh ini.. 
Ni dah pakai warna hitam nak bagi nampak kurus...
Takder maknanya nampak rendang juga.. 

Wednesday, October 21, 2015

Hijrah itu Perjuangan

Sekali lagi blog akak terabai kerana kesibukan atau juga kemalasan..
Kisah di Marina sebenarnya tidak dapat di tulis di sini...
Akak tidak sempatpun bercuti di sana...
Suratan takdir pada hari akak nak balik kampung mertua masuk wad di Hospital Putrajaya...
Walaupun hati teramat hendak balik tapi tidak mungkinlah kita mementingkan diri sendiri...
Mertua akak sudahpun keluar dari Putrajaya dan sekarang di Institut Jantung Negara...
Tiada sakit yang kuat cuma perlu monitor kerana di kesan ada sesuatu ...

Ini cerita sehari sebelum cuti Maal Hijrah minggu lepas...
Atas usaha gigih kami sebagai staff ganjaran diterima adalah makan-makan di Hotel Istana..
Berita sedihnya pula cawangan kami akan di tutup dan staff akan terpisah...
Ada yang pergi ke cawangan USJ Taipan, ke Seri Petaling, Jalan Tun Razak dan SS2...
Sedihnya bukan sebab cawangan tidak berpotensi tapi kerana kesalahan satu orang yang busuk hati...
Namun sedih macamanapun kami semua terpaksa berpisah...
Inilah namanya Hijrah yang mungkin membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada kami semua...

Kami yang gembira dalam duka...
Selamat tinggal adik-adik akak semuanya..
Semoga semuanya berjaya walaupun di mana kita berada...
Tunjukkan yang Puchong memang hebat walaupun sering kontroversi...
Masani dah balik jadinya meja kosong... 
Kalau tidak penuh meja dengan makanan...
Tengok gambarni memang rasa besar sangatlah orang yang baju birutu...
Ha.. ha.. abaikan sahaja...

Akakpun mungkin akan berhijrah kearah satu lagi kehidupan...
Moga Allah permudahkan segala urusan akak nanti..
Semoga Allah akan menunjukkan jalan yang mudah untuk akak... 
Hanya kepada Mu Ya Allah kami memohon petunjuk dan hidayah.. 


Friday, October 2, 2015

Bercuti di Marina Island Lumut

Esok nak balik kampung....
Tidak sabar rasanya bercuti pendek dengan adik-adik akak....
Kali ini tidak balik rumah kampung tapi nak duduk tepi laut...
Kami akan bercuti di Tiara Bay, Marina Island...
Rumah kepunyaan adik akak yang baru dikosongkan oleh penyewa lama...
Kedudukan rumah ini Marina Island ini sangat strategik..
Oleh itu mereka akan menjadikan rumah ini sebagai home stay atau rumah rehat...
Sempena cuti sekolah yang akan datang ini telah diadakan promosi dengan harga berpatutan...
Jadi jangan tunggu lagi promosi hanya sehingga 15 Oktober ini...
Akak pinjam gambar dari facebook adik akak...
Nanti bila dah balik nanti akak akan ambil gambar banyak-banyak...
Kalau ada yang berminat untuk tinggal di pulau buatan ini bolehlah booking...
THE ONLY MAN-MADE ISLAND IN MALAYSIA  Marina Island Pangkor is established on the coast of Teluk Muroh in Perak, Malaysia. A gateway to Pangkor Island and Pangkor Laut, it is a reclaimed land of 316.9 acres, connected to mainland by a 400 meter causeway bridge. The waterfront tourism township is a brain child of Marina Sanctuary Resort Sdn Bhd. 
Nanti lepas balik dari bercuti akan akak review lagi..
Damai dan tenang di sini...
Ah tak sabar pulak rasanya nak berehat di hujung mingguni...
Tengok banyak kereta boleh masukkan...
Ada 4 bilik tidur, 1 bilik utiliti dan 4 tandas...
Sangat selesa untuk percutian keluarga yang besar...
Boleh juga dibuat untuk hari keluarga...
Rumah ini berhadapan dengan Marina Cove Teluk Batik...
Boleh memancing di belakang rumah juga..
2 minit ke Jeti Marina untuk ke Pulau Pangkor...
(hanya 5 minit perjalanan ke Jeti Pangkor)...
Kemudahan dapur untuk memasak juga disediakan di sini..
Bolehler memasak di sini...
Ada peti ais, oven, dapur basah dan kering juga bbq set...
Jadi mudahkan percutian kitapun bertambah mudah...

Jadi kiranya tiada rancangan lagi untuk cuti sekolah nanti bolehler datang ke sini...
Akak pernah buat cerita di MARINA ISLAND (klikler kalau nak tengok)
Dua gambar di bawah adalah dari kunjungan kami dulu....
Masani budak-budaktu kecil lagi...
 Cantikkan pemandangan di sini...
Tengok boleh memancing di sini tau...
Yang di seberang sanatulah Marina Cove  Resort Teluk Batik...
Di sebelah Marina Cove ada satu taman tema air...
Di belakangnya pula ada Medan ikan bakar...
Tidak jauhpun Teluk Batik dengan Marina Island...
Jadi moh kita ke Perak terutamanya di Lumut ini...

Kali ini keluarga adik akak yang Bukit Jelutong tidak dapat bersama...
Anak-anak saudara yang bersekolah asrama juga tidak dapat join sekali...

Nuffnang oh Nuffnang