Nuffnang saya

Friday, January 22, 2016

Bercuti di Ho Chi Minh City Vietnam 2015

Terima kasih atas keprihatinan kawan blog akak untuk entri sebelum ini...
Bila kita rasa keseorangan ada kawan yang sudi mendengar..
Insyaallah akak akan cuba kuat untuk menyelesaikan masalah ini...

Dah selesai nanti akan akak kongsikan di sini..
Untuk entri ini kita balik kisah cuti HCMC lagi...
Sekadar catatan indah untuk dikenang suatu masa nanti...
Entahler akak kalau bosan sangat akan baca blog sendiri...
Banyak peristiwa yang sudah hampir hilang dari memori bila baca blog sendiri akan muncul lagi...
Oleh itu semua catatan ini hanyalah untuk kenangan kalau ada yang mendapat manfaat Alhamdulillah...

EPISOD 1 : Kenapa memilih Ho Chi Minh City, Vietnam?
Kenapa kami memilih Ho Chi Minh City, Vietnam bukan tempat lain...
Untuk percutian keluarga pulaktu kalau untuk rombongan cik Kiah memang best HCMC ni...
Kami ada alasan yang tertentulah...

Yang pertama kalau ikutkan kadar tukaran wang masih munasabah...
Sebenarnya Jakarta Bandung pilihan utama kami..
Ya lah dua tempattu masih dikira bolehler walaupun "mahal" sikit dari dulu sebab RM jatuh...
Namun boleh kira lagilah, tahap mampu...

Yang kedua kerana suami akak belum pernah sampai ke sini lagi...
Banyak jugalah tempat dia pernah sampai tapi HCMC belum lagi...
Kebetulan kawan sepejabat dia ramai yang pergi tahun lepas...
Jadi mestilah suami akak memilih HCMC berbanding Indonesia...

Yang ketiga adalah di sebabkan kawan suami akak mengajak kami sekeluarga pergi bersama...
Jadi ada geng untuk ke sana dan tentulah lebih meriah...
Kebetulan urusan beli tiket kapal terbang dan hotel diuruskan oleh mereka..
Kiranya kami ini menumpang sahajalah...

Yang keempatnya kalau dulu akak pergi dengan kawan-kawan teringin pulak pergi dengan keluarga..
Jadi HCMC, Vietnam adalah percutian kami di tahun 2015...

Rombongan kami , terima kasih semua....

EPISOD 2 : Kisah sebelum pergi...

Tarikh yang dipilih sudah semestinya pada masa cuti persekolahan...
Itu yang paling mudah sekalikan...
Oleh kerana kami mendapat bantuan dari kawan suami tidak banyak yang dilakukan...
Namun entah berapa kali juga bertukar tarikh perjalanan sampai percutian hendak dibatalkan..
Syukur masih ada rezeki juga untuk akak bertandang lagi ke sana...
Persiapan yang lainpun macam biasa sebab bukannya berjalan ke negara yang bermusim-musimtu..

EPISOD 3 : Meronda ke blog kawan-kawan.

Inilah paling seronok sekali sebenarnya...
Pengalaman sebelum pergitu adalah yang paling mencabar...
Sebab akak pernah pergi kurang sikit debarannya...
Kalau baru pertama kali ke sesuatu tempat dan baca pengalaman dari blog kawan-kawan memang saat mengujakan...
Macam-macam yang bermain di fikiran...

Antara blog yang akak suka baca ialah :-
Pertama : Blog KEMBARA ALAM~fakta percutian HCMC
Boleh kata lengkap juga fakta percutian yang diberikan..
Paling menarik tentang kisah tukaran matawang...
Dia memberikan contoh yang sangat mudah dan sudah pasti amat berguna...
Maalumler duit semua ratus ribu, pening kepala di buatnya...
*Pertukaran Duit RM ke Vietnam Dong (VD) : Semasa saya tukar RM160.00 saya dapat 1,000,000 (1 juta VD) di Money Changer kat Bangi. So kalau nak tukar duit dari RM ke VD, tanya money changer tu berapa RM untuk 1 juta Dong Vietnam. Sifir mudah saya untuk convert duit nanti ialah 1,000,000.00VD bahagi RM160.00 = 6,250. Angka 6,250 akan saya guna nanti untuk convert dari RM ke VD dan sebaliknya.
Akak tak guna caratu tapi akan akak ceritakan dalam episod 4..
Tapi yang paling akak suka blog ini adalah pasal pengangkutan...
Nak naik bas dan teksi dari lapangan terbang diceritakan dengan jelas...

Kedua : Blog adik manis akak yang dah lama tak mai blog akak.. JARIMANISTRAVEL
Mesti biasakan dengan nama adik JM kitani...
Yang penting ada peta di lukis sendiri oleh adik manis kitani...
Jadi untuk memudahkan kita berjalan di sana boleh refer ke peta tersebut...
Sebenarnya pi mai pi mai tang tu jer tapi kalau ada peta lebih yakin dirikan...

Ketiga : Blog DIARIHATIANAA inipun menarik juga...
Walaupun pendek ceritanya tapi penuh dengan info...
Yang penting akak baca blog dia tapi lupa ambil iktibar dari kisahnya...
Adik saya cuba tempah baju kurung moden siap 24 jam, RM50 upah, hasilnya ROSAK!!! hahahah, nasib baik saya tak ambik risiko tu. Konon gambar kain kembang payung, siap baju kembang sejambak, takde payung2 dah.. pastu si owner kedai buat muka toye jer.. Adik saya malas nak outer2. Kalau saya, paling tidak bebel la sikit. Heee ;)
Akak juga mengalami nasib yang sama nak kurung Pahang tapi jadi kurung Vietnam...
Ha.. Ha... Ha... Ha.. nasib badanlah siapalah suruh nak berkurung Pahang  bagaikan......
Tapi bukan semualah akak hantar dua kedai yang satutu memang ok menjadi...
Walaupun bukan terbaik tapi boleh diterima tapi untuk akak cukup sudah memang tak buat dah....

Sebenarnya banyak blog yang akak masuk tapi sebahagian dah ter'delete' dari 'favorite'
Sekarangni semuapun googlejer macam-macam ada...
Tapi kena tapis jugalah ada maklumat yang tidak benar lagi sahih ...

EPISOD 4 : Penukaran duit RM ke VND

Masa akak pergi ke Vietnam RM kita memang dalam keadaan jatuh.. jatuh ... dan sekarang jatuh lagi.
Jadi paham-pahamjerler percutian kita dah jadi mahal berbanding kalau pergi awal dari tarikh kita..
Tapi sebab dah beli tiket dan booking hotel kenalah pergi jugakan...
Konon nak tunggu saat terakhir ambik kau makin menjunam jadi terimalah seadanya...

EPISOD 5 : Pilihan untuk sampai ke KLIA 2

Sebenarnya akak dah buat satu entri khas untuk pilihan untuk sampai ke KLIA2...
Jom baca entri akak sebelum ini..
TIPS PARKING KERETA MURAH KLIA DAN KLIA2
Kami memilih untuk meletakkan kereta di Putrajaya Sentral dan naik ERL ke KLIA2..
Sangat menjimatkan berbanding kalau meletakkan kenderaan di KLIA2..
Namun ada pro dan kontranyalah juga...
Kalau ada yang sudi menghantar adalah lebih baikkan...

EPISOD 6 : Perjalananpun bermula

Dalam anak akak yang sulungtu merungut sebab takut naik kapal terbang akhirnya perjalananpun bermula...
Suka sangat membaca di internet macamtulah jadinya...
Katanya tak bolehker kita bercuti naik kereta atau bas tak perlu naik kapal terbang...
Kalau gitu kalau nak keluar negeri Thailand dengan Singapura sahaja yang boleh...
Seronok berada di awan biru melihat kekuasaan yang Maha Esa...
Syukurlah semuanya selamat pergi dan balik...
Sempat merasa makan nasi lemak yang dihidangkan..

EPISOD 7 : Welcome to Vietnam!!!
Selamat datang ke Vietnam dengan selamatnya...
Seronok kembali ke sini lagi walaupun tahu banyak cabaran yang menunggu...
Hilangkan semua yang membebankan fikiran kita shopping dulu...
Ho Chi Minh City memang tempat untuk membeli belah terutama untuk wanita....

Satu perkara biasa di sana tapi luar biasa pada kita ialah sistem jalan raya di HCMC...
Kenderaan yang banyak sekali di atas jalan raya adalah motorsikal..
Walaupun sistem jalanrayanya macam menakutkan tapi tiadalah kesesakan yang terlampau macam di sini...
Pemandangan biasa di jalan raya penuh dengan motorsikal...
Namun susah di lihat berlaku kemalangan (akak pergi sebelum ini nampak sekali)..
Tak taulah samada pembonceng motorsikal di sana lebih berhemah dari di sini atau apa...
Tengok topi keledarnya tiadapun cop SIRIM (di sana nama lainler)..
Akak ada juga keinginan kalau datang lagi ke sana nak merasa bermotorsikal meronda bandar...
Ehm best jugatu... tapi macam seramjer...
Ok cerita di Ho Chi Minh akan bersambung lagi...

EPISOD 8 : Good bye dan sampai jumpa lagi..
Selamat tinggal Ho Chi Minh City yang penuh cerita suka dan duka...
Kalau ada rezeki kita datang lagi... Insyaallah..
Perjalanan baik dipermudahkan walaupun penerbangan ditunda hingga 2 jam..
Namun yang penting pengalaman bercuti sekeluarga amat indah untuk di kenang...

Semoga tahun ini akan dapat pergi ke tempat menarik yang lain lagi ... Insyaallah...

8 comments:

  1. bestnya.. bila la nak merasa g bercuti ke luar nagara

    ReplyDelete
  2. Saya pun suka baca blog sendiri bila boring:-)
    Kak, saya baru balik dari Ho Chi Minh ni. Perkara yang paling saya rasa impress adalah kenderaan atas jalan kat Bandar tu. Fughhhh seram sejuk tengok. Hon mmg wajib...kenderaan rapat2 tapi tak pulak xsiden kan. Mmg seramlah kalau nak bawak kete ke motor ke kat sana...

    ReplyDelete
  3. wahhhh kak bestnyeee bercuti pi oversea lagi tu
    ni ada x ole2 tuk el hihi
    hubby ada gak ajok p sini..tp anok2 tggl
    idoklah teman wat gitu haha

    ReplyDelete
  4. seronok nya dpt pg ngn family kan kak

    ReplyDelete
  5. X pernah sampai ke sana lg. nak pi nanti boleh baca kat sini je.

    ReplyDelete
  6. Simpan dalam blog segala pengalaman nanti-nanti bolehlah baca semula dan mengenang memori indahkan, Cho.

    Asal dapat berjalan-jalan dengan keluarga pun sudah cukup baik. Memang sesuatu yang indah untuk dikenang kembali!

    ReplyDelete
  7. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN, DAN PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

    PAKEJ KAMI DESIGN SANGAT MENARIK, HEMAT DENGAN LAYANAN BEST, PASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNIT KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA, PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE ) TAK ADA EXTRA BAYAR.
    TAK ADA TIPU – TIPU !!!
    HARGA PAKEJ HANYA 380 ( MINIMAL 10 ORANG)

    ITINERAY :

    DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
    ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT

    DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
    BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.

    DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
    AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.

    DAY 4 : HOTEL – AIRPOR
    AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.

    SERVICES TERMASUK :
    1. TRANSPORT
    2. PEMANDU PELANCONGAN
    3. HOTEL 3 BINTANG
    4. BREAKFAST 3X
    5. MAKAN TENGAH HARI 3X
    6. DINNER 3X
    7. SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
    8. KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
    9. MINERAL WATER

    BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA HUBUNGI DAN TEMPAH PAKEJ DI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : TIARATOURSINDONESIA@GMAIL.COM.
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL


    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang