Tempat menarik di lawati Ho Chi Minh

Rasanya ramai yang sudah berkunjung ke Ho Chi Minh, Vietnam. Apa yang menarik sangat Ho Chi Minhni sampaikan kalau ada sale di Air Asia tempat yang paling hot adalah Ho Chi Minh. Yang dah pergi berkali-kalipun rasa nak pergi lagi ke sana. Nampak kopi ais di kedai mamak mulaler lajujer mulut bercakap kopi Vietnam lagi bestkan. Hatta anak saya suka minum milo sebab katanya milo di sana sedap tapi tak jumpa lagi rasatu di sini eh entahler perasaan diajer kot. Tapi magnet yang menarik pelancong Malaysia untuk ke sana ialah shopping atau membeli belah kerana harga yang murah berkali-kali ganda dari di sini. Sebenarnya selain dari shopping ada banyak tempat menarik untuk dilawati, cuma mungkin faktor masa. Rasa ralat gamaknya masa yang patut dihabiskan untuk tawaf Cho Ben Thanh pergi ke tempat yang lain.... ha.... ha...

Tujuan utama entri akak pasal tempat menarik dilawati HCMC Vietnam ini sekadar untuk panduan lawatan akak di masa akan datang.. Baq hang akak pi kali ni memang shopping, makan, tidur, makan, shopping... shopping... Macam Kuala Lumpurni kurang tempat shopping. Sebelum pergi bagai nak rak menerokai blog kawan-kawan cari tempat menarik untuk dilawati. Kononnya sebab pergi kali itu bawak anak teringinlah nak bawak mereka belajar kehidupan negara orang. Jadi pergi tanpa lawatan ke tempat menarik terasa sedikit hambar kerana tidak banyak gambar mnearik untuk dikongsikan diblog. 

Untuk entri ini tidak banyak pengalaman akak cuma ini hasil rondaan ke blog kawan-kawan untuk dikongsikan bersama. Sebenarnya banyak tempat menarik untuk di lawati kalau kita berada di Ho Chi Minh City ini terutamanya dari segi reka bentuk bangunannya yang sangat unik. 

Tempat Membeli Belah

Inilah yang paling menguatkan semangat orang Malaysia untuk datang ke Ho Chi Minh. Selalunya beg yang di bawa akan beranak pinak dari satu sudah menjadi 2 atau 3. Itu perkara biasa dan jangan buat-buat terkejut pulak yer. Oleh itu bersedialah kalau naik Air Asiatu untuk membeli bagasi lebih sedikit supaya tidak terlopong mulut untuk membayar harga yang lebih lagi. Jom tengok antara tempat membeli belah yang ada di sana. 

1) BEN THANH MARKET

~ Kalau tidak mahu bersusah payah fikir macam-macam Ben Thanh Market adalah tempat yang sesuai. Semuapun ada di sini namun yang penting kenalah pandai untuk menawarkan harga. Setengah orang memang tidak kisah harga lebih sedikit asalkan tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke banyak tempat. Di sinilah syurga membeli belah kain, memang rambang mata dibuatnya apabila kita masuk kebahagian kain. Rasa nak beli semua kerana terasa murahnya kalau dibandingkan dengan kain di negara sendiri. Ada English cotton, Vietnamese cotton,  Japanese silk, Vietnamese Silk, kain satin, kain lace bermanik, kain lace berlabuci, kain viscose dan lain-lain lagi. 

~ Bukan sekadar kain sahaja ada di sini, ada juga baju kurung siap, jubah siap, blaus, t-shirt, kasut bling-bling(auw), beg tangan, beg sandang, telekung, barang perhiasan rumah, cadar, lapik meja, souvenier dan lain-lain lagi. Jadi tidak perlu runsing dah penat membeli belah boleh hantar ke hotel dulu, luruskan kaki sekejap dan turun balik kerana banyak hotel di keliling pasar Ben Thanh ini.

~ Paling seronok di pasar Ben Thanh ini ialah peniaganya boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia, jadi mudahlah sikit segala urusan. Bab memuji memang diaorang pandai sangat terasa cantik sangatlah kitani padahal dia nak bodek kita jer.. Lagi seronok matawang ringgit juga boleh digunakan di sini disamping boleh juga menggunakan US dollar dan Vietnam Dong. Pasar ini memang mesra pelancong.

~ Banyak tips menarik yang di kongsikan oleh blog SYOKMELANCONG. Walaupun maklumat itu pada tahun 2014 tapi masih ada ilmu berguna yang boleh dipakai.

~ Harus diingatkan di Pasar Ben Thanh ini ada dua bahagian kedai, iaitu bahagian harga tetap dan satu lagi kedai yang boleh tawar menawar. Jadi janganlah duk menawar di kedai yang telah tertulis fixed pricetu memang nak kena makiler jawabnya.
~ Sumber gambar dari :- FORUM.WORDTRAVELS. Gambar Pasar Ben Thanh yang berhadapan dengan bulatan besar di bandaraya Ho Chi Minh ini. 
~ Sumber gambar dari :- WORLDWIDEAVAILABILITY. Inilah rupanya lorong kecil di dalam pasar . Walaupun terpaksa bersesak tapi tidak menghalang kunjungan ramai pengunjung ke sini. Boleh tengok gambar dari link yang diberikan WORLDWIDEAVAILABILITY kepada pengunjung yang mungkin belum pernah sampai ke Pasar Cho Ben Thanh ini.

~ Masa operasi :-
Setiap hari dari 8.00 pagi ke 5.00 petang..
Selepas di tutup, kemungkinan peniaga yang sama akan berada di pasar malam di luar Pasar Ben Thanh sehingga pukul 11.00 malam.

2) PASAR MALAM

~ Pasar malam terletak di luar Pasar Ben Thanh sahaja di sebelah pintu Cua Tay dan pintu Cua Dong. Maknanya ada dua jalan yang digunakan untuk dijadikan pasar malam. Barangan dijual di pasar malam sama shaaja seperti di dalam Pasar Ben Thanh tapi harganya mungkin murah sedikit kalau pandai tawar menawar. Tapi harus diingatkan kalau tiada niat membeli jangan bertanya kerana peniaga di sini agak agresif. Kawan akak dulu pernah dipegang tangan tidak mahu dilepaskan selagi tidak membeli. Namun mungkin bukan semua peniaga bersikap begitu, cuma langkah berhati-hati.
~ Sumber gambar dari :-EN.BAOMOI.COM. Suka tengok gambarni. Penunggang motorsikal boleh keluar masuk pasar malam ini tanpa di halang.

~ Waktu operasi :-
Setiap hari dari 7.00 malam hingga 11.00 malam

3) BINH TAY MARKET

~ Pasar Binh Tay ini secara tidak rasmi dipanggil Pasar Cho Lon, kerana terletak di kawasan Cho Lon. Cho Lon ini pula dikenali sebagai Saigon's Chinatown kerana ramai orang Cina menetap di sini. Reka bentuk pasar ini juga banyak unsur-unsur Cina.

~ Itu fakta yang akak baca dari google tapi yang penting ramai orang kata harga di Pasar Binh Tay ini lebih murah berbanding dengan Pasar Ben Thanh. Namun pada akaklah kalau kita sekadar pergi untuk membeli dua tiga pasang kain sahaja eloklah kita tidak ke situ buang duit teksi sahaja. Di sini konsep borong kalau setakat membeli sehelai dua kurang dilayan. Peniaga di sini juga kurang pandai berbahasa Malaysia membuatkan komunikasi kita umpama itik dengan ayam. Kalau Pasar Ben Thanhtu sempit di sini lagiler sempit dan bersesak-sesak kerana pembelinya bukan window shopping macam kita. Pembeli di sini adalah peniaga yang membeli secara borong berkemungkinan penjual di pasar Ben Thanh dan tempat lain.

~ Tapi untuk pengalaman apalah salahnya kita ke sini. Boleh menaiki teksi Vinasun yang boleh diambil dari hotel dan katakan ingin ke sini. Malah ada maklumat yang akak dari blog siapa akak tak ingat boleh naik bas dari Pasar Ben Thanh untuk ke sini. Ambil bas bernombor 1 dan kadar bayaran lebih kurang VD5000 dan perjalanan kesana adalah lebih kurang selama 30 minit ke 45 minit. Katanya bas itu akan berhenti di perhentian yang terakhir. Mungkin lepastu carilah bangunan seperti di bawah untuk rujukan. 
~ Sumber gambar dari :- EN.VIETNAM.COM. Pemandangan depan pintu masuk ke Pasar Cho Bin Thay. Turun dari teksi di sini dan ambil teksipun di sini juga.

~ Maklumat tentang Pasar Bin Thay :-
Dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Alamat :
57, Thap Muoi
District 6

4) DONG KHOI STREET

Bagi yang ingin membeli belah di kawasan dengan fesyen yang  lebih  moden dan persekitaran yang lebih maju disinilah tempatnya. Di sinilah tempat terletaknya hotel, pusat membeli belah moden juga butik terkenal keluaran luar negara yang menawarkan fesyen yang lebih terkini. 

Harga janganlah hendak dibandingkan dengan Pasar Ben Thanh memang jauh panggang dari api kerana yang mampu bershopping di sini hanya orang yang ada-ada sahaja. Kitani sekadar berposing bolehler..
Kami bergambar di Jalan Dong Khoi yang femestu. Nak membeli memang bukan kemampuan kami..

5) RUSSIAN MARKET

~ Tempat mana dijual barangan sisa export Vietnam seperti t-shirt, baju sejuk (winter coat), beg, back pack, luggage bag, kasut dan sebagainya. Tidak hairanlah kata orang harganya lebih murah di sini. Akak tak pergi lagi jadi tak boleh komen lebih-lebih..
Sumber gambar dari adik manis akak :- JARIMANISTRAVEL
~ Maklumat tentang Russian Market
Waktu dibuka : 9.00 pagi hingga 10 malam.
Alamat :-
328, Vo Van Kiet Street
Tempat di Tingkat 2, Lucky Plaza

Tempat Bersejarah

1) TEROWONG CHU CHI

~ Terowong Chu Chi adalah tempat bersejarah mengenai askar gerila Vietnam sekitar zaman peperangan pada tahun 1968 (akakpun tak lahir lagi). Di katakn salah satu jaringan bawah tanah yang di bina oleh pahlawan Vietnam pada zaman menuntut kemerdekaan. Yuran untuk masuk lebih kurang RM12.

~ Selalunya kawan-kawan blog kita kalau percutian ke sana tidak lama akan memilih Terowong Chu Chi berbanding dengan Sungai Mekong kerana lawatan ke sini hanya separuh hari. 
Sumber gambar : HARIAN METRO . Boleh juga klik pautan sebab ada cerita tentang tempat menarik di HCMC, Vietnam.

~ Maklumat tentang Terowong Chu Chi :-
Yangni kena pergi menerusi ejen yang boleh didapati dikaunter hotel atau ada juga kedai makan menawarkan perkhidmatan ini. Boleh bandingkan harga kalau ada kesempatan. Ada juga yang menyediakan pakej lawatan ke tempat ini dan juga sekitar bandaraya Ho Chi Minh..

2) SUNGAI MEKONG

Menurut kawan-kawan yang pergi ke sana sekiranya kita hendak melawat ke sini perlukan masa seharian. Ini kerana perjalanan dari Ho Chi Minh City ke daerah My Tho lebih kurang 2 jam. Di sana kita boleh menyelusuri Sungai Mekong dengan bot tradisional dan menjelajah
Sumber gambar dari :- MYTRIPADVENTURE. Penulis blog ini juga mengunjungi Terowong Cu Chi,  jadi bolehlah membaca cerita beliau semasa di sana juga.

3) WAR REMNANTS MUSEUM, INDEPENDENCE PALACE, MUSEUM OF HCMC

~ Muzium unik dan popular yang terletak berdekatan dengan Independence Palace. Jadi tidak ralat datang kena boleh sekali harung pergi dua tempat. Di dalam muzium terdapat informasi bergambar dan peralatan perang juga replika sejarah seperti helikopter, kereta kebal, meriam dan lain-lain.

~ Maklumat tentang War Remnants Museum
Yuran masuk : VND 15,000
Alamat :
28, Vo Van Tan Street,
District 3
Sumber gambar dari :- JOM JALAN. Saja ambik gambarni untuk mengambarkan kalau kurang semangat tak payahlah datang ke sinikan..Boleh baca blog DEQNOOR pengalaman beliau semasa lawatan ke Muzium Perang (War Remnants Museum) dan Independence Palace.

~ Independence Palace atau dikenali juga sebagai Reunification Palace suatu masa dahulu adalah kediaman rasmi Presiden Republik Vietnam Selatan semasa perang. Pelancong boleh masuk ke dalamnya merasai pengalaman berada ditempat tumpuan pemimpin dengan dekorasi yang sangat mewah. Katanya tempat ini sangat luas. Bangunan ini dibangunkan pada tahun 1960an.
Sumber gambar dari :- BLOG ITIK KEJAM

~ Maklumat tentang Independence Palace @ Reunification Palace
Yuran : VND15,000
Alamat :
35, Nam Ky Khoi Nghia,
District

~ Museum of HCMC di dirikan pada tahun 1885 hingga tahun 1890. Tentulah bangunannya juga merupakan satu tumpuan kerana di bina pada zaman pemerintahan Perancis. Kepada peminat Muzium jangan lepaskan peluang untuk  berkunjung ke sini.
~ Sumber gambar dari :-CROSSINGTRAVEL

~ Maklumat tentang Museum of HCMC
Yuran : 15,000 VND
Alamat :
1, Nguyen Tat Thanh Street,
District 4

Banyak gambar cantik dan cerita menarik SUPERMENGMALAYA di sana. Boleh klik di pautan yang diberikan..

Bangunan Bersejarah sekitar HCMC

Sekiranya ke HCMC kenalah meronda bandaraya itu kerana penuh dengan bangunan bersejarah. Lagak bagaikan berada di negara Eropah sahaja.. Ho Chi Minh merupakan bandaraya terbesar di Vietnam. Semasa dahulu dikenali sebagai Saigon dan masih digunakan lagi oleh penduduk. Vietnam pernah dijajah oleh Perancis dan tidak dapat tidak sudah pastilah seni bina di sini mendapat sentuhan dari sana.. 

1) HO CHI MINCH CITY HALL

~ French colonial city hall built in the ealrly 1900s now the headquaters of the People's comitte. gituler katanya. Tempatni paling senang jumpa kerana  berdekatan dengan pasar Ben Thanh. 

~ Terletak berdekatan dengan dataran yang panjang, yang terdapat tugu peringatan pengasas bandaraya ini.
~ Maklumat tentang City Hall
Tidak dibuka untuk umum hanya untuk bergambar...
Alamat :-
86, Le Thanh Ton Street,
District 1

HOTEL CONTINENTAL DAN SAIGON OPERA HOUSE(1897)

~ Hotel Continentalni bersebelahan dengan Saigon Opera House, kira sekali harung. Akak suka bangunannya sebab ada bunga setiap tingkattu teringat zaman akak suka buat cross stich dulu-dulu. Kalau ada gambar bangunan yang tingkapnya ada bunga halus cam gini mesti akak cuba nak buat. Takderpun kawan blog yang cakap hotelni menarik akakjer yang suka..
Anakku yang dipaksa bergambar beginilah rupanya.. Kalau petang-petang minum teh dan scone di depan hotel nun di sana mesti bestkan...

~ Saigon Opera house berada didepan Hotel Continental. Saigon Opera House ini telah dibina pada tahun 1897 oleh arkitek Perancis, Eugène Ferret sebagai OpÄ—ra de Saigon. Ciri-ciri senibina ini lebih kurang sama dengan Opéra Garnier di Paris. Di Ho Chi Minh ni rasanya bangunan lamanya masih terjaga lagi dan Opera House ini masuk digunakan lagi. Masa kami pergi tu ada persembahan dari artis tempatan dia gamaknya, maka ramailah orang yang menontonnya. 
Senangkan tengok persembahan dari atas motor sahaja. Inilah bangunan Opera housetu..

~ Alamat :
Dong Khoi Street,
District 1

CENTRAL POST OFFICE (BUUDIEN) (1886 - 1891)

~ Sebuah pejabat pos lama yang mempunyai ciri dan struktur bangunan klasik dan cantik. Direkabentuk oleh Alexander Gustave Eiffel iaitu orang yang sama mereka bentuk Eifel Towel di Paris, Perancis. Harus pergi ke sana kerana cita-cita Azalia (Dik Ya) adalah untuk menjadi seorang arkitek,  ye lah nak pergi ke Paris tu memang ehm payahler. Jadi alang-alang ke HCMC apalah salahnya kita pergi ke Central Post Office sahaja...

~ Untuk pengetahuan masih lagi beroperasi sebagai pejabat pos dan kita boleh mengirimkan poskad dari sana alamatkan kepada diri sendiri. Tentu gembirakan balik ke Malaysia ada kiriman dari Vietnam.
Sumber gambar :- ONTHEGOTOURS

~ Alamat :
At the top of Dong Khoi St opposite Notre Dame CathedralHo Chi Minh CityVietnam
(Alamat yang diberi oleh carian akak di Trip Advisor)
2 , Cong Xa Pari Street
District 1

NOTRE DAME CATHEDRAL (1880)

~ Sebelum ini Notre Dame Cathedral di kenali sebagai Saigon Church. Gereja ini juga di bina oleh Peranchis semasa zaman penjajahan mereka dahulu. Malah bahan binaan juga di datangkan dari Peranchis sebabtu tempat ini terasa kita berada di Paris gitu. Memang tempat menarik untuk bergambar kalau di lihat dari blog kawan-kawan mungkin kerana seni binanya yang klasik dan warna yang agak menonjol...
Sumber gambar dari :- WISATA-ASIA

~ Maklumat tentang Notre Dame Cathedral
Alamat :-
Ben Nghe Ward, District 1
(dipanggil Paris Square juga kawasan-kawasan yang ada bangunan ala di Paris)
Terletak bertentangan dengan Central Post Office

Dan Lain-lain

BITEXICO FINANCIAL TOWER DAN SKY DECK

~ Tinggi menara ini ialah 265 meter dan terdapat 68 tingkat dan merupakan bangunan tertinggi di Vietnam. Seperti Menara Kuala Lumpur terdapat juga sky deck yang menawarkan 360 darjah pemandangan bandar HCMC. Antara tempat yang sangat menarik pada akak kerana pernah terbaca satu blog tentang lawatannya ke sini. Berharap kiranya ada rezeki lagi untuk ke Ho Chi Minh mungkin tempat ini adalah tempat yang akak terjah.
Sumber gambar dari :- VIETNAMTOURISM

~ Maklumat tentang Bitexico Financial Tower Deck
Yuran masuk : VD300,000
Alamat :-
45, Ngo Duc Ke Street,
District 1

HARD ROCK CAFE

~ Entah kenapa kalau ke sini akak kata nak sangat pergi ke Hard Rock Cafeni .. Padahal di KLni takderler keinginan sebegitu, Ini akibat baca blog kawan kalau ke sini mesti bergambar di Hard Rock Cafe. Tak faham makcik aiiii...
Sumber gambar dari :- SKYSCRAPERCITY
~
Alamat :
Kumho Asiana Plaza
39, Le Duan Street

BONEKA AIR VIETNAM

~ Antara benda yang akak nak buat konon masa pergi masatu tapi tidak kesampaian. Maalumler bawak budak-budak tentulah seronok kalau dapat pergi ke sinikan. Melihat kelainan sementelah di Malaysiapun kami tidak pernah lagi menonton pertunjukan boneka atau wayang kulit atau seumpamanya. Moga ada kesempatan di lain kali...
Sumber gambar dari :- PERJALANANKUBERKELANA. Boleh baca kisah dia menonton pertunjukan tersebut juga...


Sumber gambar dari :- PERJALANANKUBERKELANA Inilah rupanya pintu masuk Teater itu...

~ Maklumat Golden Dragon Water Puppet Theatre:-
Waktu Pertunjukan : Setiap hari 5.00 petang 6.30 petang dan 7.45 malam.
Bayaran ; VD160,000 @ USD7.50
Alamat :-
Nguyen Thi Minh Khai Street,
Ben Thanh Ward, District 1

Melihat kepada blog dan laman web tentang bandaraya Ho Chi Minh ini sebenarnya banyak tempat untuk dilawati. Untuk entri di blog akak cukuplah ini dahulu untuk rujukan di masa akan datang...

PETA sebagai panduan...
Peta bandar Ho Chi Minh yang mungkin membantu kita  berada di sana....

Boleh baca laman web ini untuk maklumat lanjut tentang tempat menarik juga tempat berbelanja ada juga tempat makan (tapi tidak halaller) :- VIETNAM GUIDE @ TOP 10 HCMC ATTRACTIONS

Comments

  1. wow! menarik dan sangat detail. boleh jadikan rujukan untuk mereka yang mahu ke HCMC nanti. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya da smpi d hcm..ms tulis komen ni..sy d hcm..membosankan...yg best cume shopping..abis rm15k...tp shopping sini sgt menarik..sape2 nk beli kain pasang vietnam..blh contact sy 010-5252952 (din)

      Delete
    2. semua orang ada citarasa berbezakan... memang HCM untuk kaki shopping tidak dapat dinafikan.. dan rasanya kebanyakan orang yang datang ke sini adalah untuk shopping..ini cuma aktiviti sampingan yang kalau dah sampai ke negeri orang kita boleh lihat dan buat... alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan...

      Delete
  2. detail betul nih kak... almaklum akak pun dh beberapa kali sampai sana kn...

    ReplyDelete
  3. Ada 2-3 tempat yg di sebut Aina dah sampai dan yang sungai mekong tu tak pergi pon sebab masa tu suami sakit lutut jadi dia tak mau pi.

    ReplyDelete
  4. Tq², mmg rancang nk ke sini hujung tahun ni in shaa Allah.. 😄

    ReplyDelete
  5. tq untuk info memang nak pergi sini hujung tahun nanti...ada pergi ke mui ne tak?Sebab plan nak pergi sana sebelum balik semula ke HCM pastu pergi kemboja..

    ReplyDelete
  6. In sha ALLAH.. 25.3.2018 SMPAI LAH KE SANA.. TIKET PUN DH BOKING..AGAK2 ADA X TMPT MNARIK UTK KANAK2 KUNJUNGI MCM BA NA HILL CABLE CAR..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, perkongsian yang menarik ��

    Saya hidayah dari Bahtera Kembara Holidays Sdn Bhd. Kami ada menawarkan percutian di dalam dan luar negara termasuk ke ho chi minh.

    Anda mahu ke ho chi minh?? Jom2!! Untuk promosi terbaru, dengan hanya RM999/person anda boleh ke sana 11-14 January 2018!! Promosi termasuk tiket flight pergi balik, hotel,transport, 8 kali makan, tourist guide dan tiket masuk ke tempat2 menarik. Cepat2!! Promo ini akan tamat bila2 masa sahaja. Jangan lepaskan peluang ini!!

    Berminat? Wassap atau sms saya di 0132677993.

    Facebook dan ig page: @hidayah_bahterakembara

    ReplyDelete
  8. sy mmg refer kt sini... baru smp smlm.. mmg puas hati... thanks to blogger

    ReplyDelete
  9. Emm nextmonth bru nkp :)

    ReplyDelete
  10. Tulat baeu nak gi . Wah best . Tak sabar nak pergi

    ReplyDelete
  11. Tulat baru nak gi . Tak sabar nak pergi . Btw kat sane internet macam mane yaa . Someone can reply this message .i first time travel ker luar malaysia .. wuargh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry baru ternampak .... dah sampai ker.... internet takder masalah wifi dia merata2... lebih baik dari KL tau.. 1st time pergi 2013 pun dah ok ...

      Delete

Post a Comment

Popular Posts