Nuffnang saya

Followers

Tuesday, March 29, 2016

Mio's Kafe & Bakeri Bandar Kinrara

Syukur Atikah dibenarkan keluar dari hospital pada hari ahad lepas..
Sebenarnya Atikah dah demam dari khamis masa cuti sekolah...
Tapi disebabkan keadaan akak yang turut demam teruk jadi tidak memantau sangat demam dia..
Oleh sebah dah lebih dari 4 hari dia demam barulah nak ambil ujian darah untuk dia...
Nampak platlet darah dia yang rendah dan kenalah pergi ke hospital untuk rawatan lanjut..

Mungkin kerana lambat bertindak bakteria dah banyak itu yang makin lambat sembuhnya...
Kenalah buat ujian darah macam-macam termasuk ujian untuk kencing tikus...
Alhamdulillah semuanya ok belaka jadi merasalah duduk di hospital 5 hari 4 malam berpakej...
Benda yang pertama dia nak makan katanya nak makan chicken chop di Mio's Kafe...
Jadi dahpun menunaikan impian dia semalam....
Di Mio's Kafe & Bakeri ni waktu tengharipun ada makanan westernnya...
Jadi seronoklah dia balik sekolahjer dah dapat makanaan yang dia kehendaki...

Gambar bawah adalah gambar lama akak dan dua budak makan malam di sana...
Mio's Kafe dan Bakeri ini terletak di Medan Selera Bandar Kinrara 4....
Di sini juga ada dijual pelbagai jenis kek untuk dinikmati...
Pilihan Azalia.. spageti seafoof...
Beli juga kek batik sebab teringin kata budak-budakni...
Tiap kali datang memang pilih minuman kedondong asam boi jumbo...
Nachos untuk hidangan sampingan juga ada di sini...
Kek hari jadi juga boleh ditempah di sini... dulu masa Atikah dan Azalia sambut hari jadi di sekolah tadika selalu tempah di sini sebab harganya berpatutan untuk kek yang lebih besar....

Cerita kedai Mio's Kafe & Bakeri ni sebenarnya dah pun di tulis sebelum ini .. tapi sebab ada gambar lagi sengaja keluarkan cerita kedai makan ini sekali lagi... Kalau duduk sekitar Bandar Kinrara apa salahnya datang ke sini untuk merasai masakan barat yang ada dengan harga yang berpatutan...

Saturday, March 26, 2016

Berenang di kolam renang Marina Putrajaya

Atikah masih di hospital jadi kita sambung entri blog akak pasal kolam renang Putrajaya pulak.. doktor dok tanya juga ada bรจrkinjung kolam renang tak sebab takut kena kencing tikus... tu teringat draf akak pasal kolam renang di Maritim Marina Pitrajaya...

Tempat renang kegemaran akak ialah di Marina Putrajaya bukan akak yang berenang tapi anak-anak akaklah. Akak suka bawak diaorang ke situ sebab tempattu berbumbung jadi kalau hujanpun anak-anak boleh berenang. Jadi akak yang datang dari jauhni tidaklah rasa ralat sangat. Lagipun kali ini kami ambil anak saudara akak di Presint 8 dahulu sebelum pergi ke sana. Lagi satu alasan akak gemar ke Marinani ialah tempat berehat untuk ibu-ibu yang datang meneman anak-anak berenang. Masa akak belajar dahulu sebelum periksa bawak anak-anak berenang dan akak boleh membaca di tepi kolam... Dengan pemandangan Putrajaya yang cantik membuatkan hati kita tenang dan mungkin sebab itulah akak dapat lulus dengan jayanya...

Bukan hanya ada kolam renang di sini juga ada snuker, pool, stim dan sauna, karaoke dan juga permainan dart..  Gymnasiumpun ada kalau tak silap akak . Memang menarikkan.. 

Untuk makluma tuan-tuan dan puan-puan semua
Jadual menggunakan kolam renang ada 4 sessi :-
Pagi dari pukul 9.00 pagi ke 11.45 pagi
Sesi 1 dari pukul 12.30 tengahari ke 3.15 petang
Sesi 2 dari pukul 4.00 petang ke 6.45 petang
Sesi 3 dari pukul 7.30 petang ke 9.45 malam.
Akak selalu pilih yang dari 12.30 tengahari atau 4.00 petang. Kalau pergi 12,30 tengahari tu bagilah anak-anak makan tengahari dulu. Tapi akak bawa juga roti sandwich atau mi goreng atau spageti untuk dimakan maalumler kalau dah masuk air memang lapar. Janganlah ketara sangat macam orang nak berkelahkan...

Harga untuk masuk ke kawasan kolam renang walaupun berenang atau untuk bersantai-santai untuk dewasa adalah RM5.30 dan kanak-kanak RM3.20. Rasanya hargani dah naik sedikit dari akak pergi yang sebelum ini.

Kalau dengar wisel dibunyikan janganlah terkejut kerana kolam renang di sini ada peraturannya. Kenalah ikut etika pakaian untuk berenang.. Tengoklah gambar yang diberikantu..
Kami sudah sedia untuk berenang.. Dari pukul 12.45 tengahari sampailah wisel dibunyikan untuk berehat.. Memang hantu air betullah budak-budak ini.
Tempat renang berbumbung yang amat selesa. Ada dua kolam satu untuk dewasa dan satu lagi untuk kanak-kanak. Tapi anak-anak akak dah guna kolam dewasa sebabnya tidak terlalu dalam airnya. Jadi tidaklah risau sangat cuma mata akak akan sentiasa memerhatikan mereka juga.
Pemandangan indah yang boleh dinikmati dari kolam renang tersebut. Menarikkan...
Di sini juga ada kelas untuk yang ingin belajar berenang. Akak ada juga hati nak menghantar anak-anak belajar berenang tapi jauh sangat. Ada di area Kinrara ini tapi itupun tidak boleh nak janji maalumler hujung minggu macam-macam benda yang nak dibuatkan.. Nasiblah anak-anak akakni memang berkehendak jadi nampak macam betuljer diaorang berenang padahal bukan pandai manapun..

Bawahni gambar masa pergi dah lama dulu.. tetap nak masuk sini juga.. maalumler masatu mak diaorangni malas sangat nak bercerita di blog.. jumpa pulaktu masa nak keluarkan gambar yang banyak dalam komputerni..
 Feeling kat luar negara kalau datang sini...
 Masani datang awal sangat jadi posing sana sini.. walaupun berselipar jepun..
 Oleh kerana Marina tentulah dekorasinya ikan...

Jadi kalau dah tak tahu nak bawak anak-anak ke mana lagi bolehlah datang ke Marina Putrajaya ini .. Banyak aktiviti boleh dilakukan di sini macam di sebutkan di atas sana..Pada waktu petang juga banyak aktiviti air boleh dilakukan di tasik yang merupakan sebahagian dari Marina Putrajaya..
Sumber gambar dari :-UTUSAN MALAYSIA . Boleh klik link tu jugak untuk membaca kisah terapung di tasik marina Putrajaya... Mana tahu entah2 nanti jadi hobi pulakkan!!

Rasanya Atikah demam lama sebab minggu lepas mak diapun demam.. jadi kurang perhatian.. harap tiada apa yang perlu dirisaukan...

Tuesday, March 22, 2016

Atikah tidak sihat

Doakan anakanda kesayangan saya Nurul Atikah cepat sembuh...
Dia demam dari hari khamis lepas dan tadi dah ambil ujian darah..
Selepas ini kena pergi ke hospital kerana disyaki denggi ...
Namun belum ada kata putus dari hospital harap semuanya dalam keadaan yang baik...
Sebenarnya akak sunyi sebab akak sendiri demam teruk minggu sudah..
Sudah diperiksa darahnya kata doktor negatif....
Namun sehingga hari ini badan akak bukanlah dalam keadaan yang sihat sepenuhnya...
Selera hilang dan ada hari akak langsung tidak menjamah makanan kecuali buah-buahan..
Harap cepatlah sembuh ke asalnya dan bolehlah akak menjalani kehidupan yang normal...

Friday, March 11, 2016

Harga Tiket Masuk Kidzania dan Waktu Operasi

Dah cerita pengalaman dua beradik ke Kidzania mesti nak kena tahu harga tiket dan waktu operasi Kidzania..Maklumat dari laman web Kidzania sendiri...
Bukti kami dah pergi ke KIDZANIA untuk tahun 2016....

Macamana kita nak beli tiket?

Walkin :

Kalau tiba-tiba ada masa nak pergi ke sini bolehjer terus ke kaunter untuk membeli tiket. Tapi masa mula buka dulu selalu tiket sudah habis dijual dan kedatangan kita ke sini adalah sia-sia. Tapikan untuk emak-emak okjer bolehler membeli belah di Ikea sebelahjer dengan Kidzania. Lagi satu elakkanlah bertembung dengan rombongan sekolah selalunya masa sekolah sudah habis periksa, banyak sekolah mengadakan lawatan ke sini. Kaunter di buka bermula dari pukul 9.30 pagi hingga waktu tamat...
Keadaan kaunter tiket di Kidznia. Ada dua seksyen satu untuk yang online dan kupon dan satu lagi untuk yang datang walk in. Terpulang kepada kitalah memilih yang mana satu untuk datang ke sini...

Online :

Untuk mengelakkan rasa kecewa tidak cukup tiket bolehler membeli tiket secara online. Boleh klik di sini entrance fee untuk dapatkan harga yang lebih istimewa kalau membeli menerusi online.

Kupon :

Kami pergi haritu menggunakan kupon groupon yang menawarkan harga yang sangat murah berbanding dengan online. Setelah berjanji sekian lama datang lagi ke Kidzania, akhirnya sampai juga anak akak lagi sekali ke sini. Atikah sudah pergi ke sini sebanyak 3 kali sebelum ini dan dik Ya sebanyak 2 kali. 

Harga di Groupon ini lebih murah kerana ada tawaran untuk satu dewasa dan 2 kanak-kanak dengan harga RM139.. Gambar kupon seperti di atas mesti di bawa sebagai bukti ....

Harga

Sumber dari :- Kidzania entrance fee

Hari dan masa Kidzania beroperasi

Sumber gambar dari :- Kidzania opening hours

Ada banyak sesi untuk dipilih!!

1) Ahad hingga Jumaat (Isnin ditutup ok!)
10.00 pagi hingga 5.00 petang

2) Sabtu, cuti sekolah dan cuti umum
10.00 pagi hingga 7.00 malam

3) Isnin ditutup tapi untuk cuti sekolah atau cuti umum dibuka..
Boleh di tengok dari gambar di bawah...

Pekerjaan yang ada di sana?

Macam-macam ada masa satu hari memang tidak cukup untuk menghabiskan semua pekerjaan yang ada. Itu yang anak akak kalau boleh setiap tahun nak pergi sekali. Tapi tempatni memang best sebab tidak panas dan tidak merbahaya sangat. Permainannya mesra pengguna dan yang penting pekerja di sini memang sangat ceria sesuai dengan fungsi tempat itu..

Cuma nak bercerita yang banyak kerja di sini pekerjaan akak tiada di sini . Langsung tiada pekerjaan yang berkaitan dengan dunia pelaburan. Bank, insuran, media, penerbangan, perubatan, teknologi ada tapi pelaburan tiada sedangkan Bursa Malaysia adalah penunjuk aras ekonomi di Malaysia ini. Nampak sangat tak glamernya kerja akakni... 

Pekerjaan paling glamer di Kidzania dikalangan kanak-kanak kecil ialah Bomba... Anak akak dah besarni tak nak dah katanya kita dah pergi balai bomba betul-berul lagi best... amboi....

Selamat Bercuti untuk kawan-kawan blog.. akak mungkin akan balik kampung cuti kali ini... moga ada pengalaman pengalaman dan tempat menarik di Perak untuk dikongsikan bersama....

Thursday, March 10, 2016

Pengalaman menarik bermain di Kidzania Kuala Lumpur

Minggu depan cuti sekolah untuk anak-anak kita. Tak tahu nak pergi mana lagi. Jangan risau Selangor dan Kuala Lumpurni banyak tempat menarik untuk dilawati... Kalau tiada perancangan lagi jom kita pergi ke Kidzania di Damansara yang menyajikan pengalaman menarik untuk kanak-kanak.. Bermain tapi bekerja macam orang dewasa dapat duit !! Menarikkan ... anak-anak akak memang suka sangat ke sini...

Ini cerita kami masa cuti CNY yang lepas.. lama dah tapi nak juga cerita sebab ini satu pengalaman indah walaupun sudah berkali-kali budak dua orangni pergi ke sana. Kalau ikut dengan emaknya dah dua kalilah tapi mereka ini pernah ikut rombongan sekolah dan tadika. Sebenarnya janji dengan Atikah hendak pergi ke Kidzania dari tahun lepas tapi tak sampai-sampai juga. Akhirnya selepas nampak di Groupon harga tiket agak murah dan berpatutan teruslah beli.  Ingat nak tunggu hujung bulan Februari pergi takut ramai orang masa cuti CNY namun berdoa sahajalah moga dipermudahkan segalanya...

Jom tengok gambar kami yang sebenarnya banyak walaupun bateri handphone akak yang dah nak habis dan tak bawak kameratu. Untuk kenangan mesti kena ambil gambar terutama Kidzania memang tempat yang paling digemari oleh Atikah dan Azalia..
Azalia bergambar dengan apa tah kat belakangtu dalam keterpaksaan maalumler tak sabar  nak  main banyak-banyak ... Terpaksalah layan ibu dia yang dah beli tiketkan..
Perkara pertama untuk dilakukan kalau datang ke Kidzania ialah menunaikan cek di CIMB yang terletak di sebelah kiri dari pintu masuk Kidzania. Cek itu kita dapat di kaunter tiket Kidzania...
Lepas ditunaikan cek di CIMB budak-budakni dapatlah duit Kidzo yang boleh digunakan di dalam Kidzania untuk aktiviti yang memerlukan mereka membayar. Ada juga kedai yang hanya menerima duit kidzo... Jadi bermulalah dunia kanak-kanak di Kidzania.  I am a KIDZANIAN....
Pekerjaan yang dilakukan oleh Atikah dan Azalia di Honda Car Dealership. Mereka berdua menjadi pereka kereta .. wow hebatnyer..
Ini pekerjaan di Pharmaniaga mungkin sedang membuat ubat kot. Masa balik dapatlah percuma vitamin C sepeket.
Pekerjaan di Menara jam (clock tower) .. Setiap satu jam akan ada kanak-kanak yang terpilih untuk menari bersama dengan seorang kakitangan Kidzania. Sebelum keluar ke menara itu ada latihan yang diberikan untuk menampakkan tarian mereka seragam...
Dik Ya yang berkerja dengan CIMB Bank. Di sini ada tiga ke empat kanak-kanak yang akan menyorong troli mencari tempat yang diarahkan oleh CIMB. 
Atikah pulak nak jadi pegawai penyiasat CSI.
Azalia bekerja di pam minyak BHP..
Dua beradik bekerja di Digi.. seorang jadi pekerja seorang lagi jadi pelanggan. Dik Ya pekerja yang sedang menerangkan sesuatu kepada pelanggannya.. Lepastu diaorang kena ambil gambar dengan iphone yang di'sewa' untuk menyelesaikan kerjanya...
Azalia bekerja di Electric Company... ada seorang yang kena memanjat tiang, dik Ya kata dia kena panjat sebab dia paling kecil.. gambarni dik Ya tak der ini kumpulan yang lain..
Dik Ya bekerja di KPJ sebagai jururawat.. Masa pergi dulu juga dia jadi jururawat, akak suruh dia jadi pakar bedah dia kata tak best..

Tak banyak gambar Atikah sebab dia berani untuk pergi bermain dengan apa yang dia kehendaki tak macam dik Ya yang kena ibu dia ikut... Sebenarnya banyak pekerjaan yang dibuat oleh budak dua orangni maalumlah dah biasakan. Walaupun ramai orang tapi bukanlah terlalu ramai sebab tak banyak rombongan sekolah atau tadika rasanya hari ini. Yang ramai pergi dengan emak bapakjer. Untuk trip kali ini memang puas hati walaupun datang lewat sikit dari waktu masuk tapi main sepuas hati sampailah pengumuman dari Kidzania yang penerbangan terakhir akan berlepas sebentar lagi.... Terima kasih Kidzania yang menyediakan permainan yang sungguh ohsem dan kami akan datang lagi Insyaallah.... 


Wednesday, March 9, 2016

7 Alasan Anak Harus Main di Luar ~ wordless wednesday

Akak dapat dari grup whatsapp..Hanya untuk ingatan kepada kita ibu-ibu dan juga ayah-ayah..Jadikanlah anak kita insan yang hebat bukan hanya dari segi pembelajaran malah fizikalnya..
Kalau duk terperuk dalam rumah main gadget manalah dia dapat pengalaman sebenar..Akak pernah tengok CSI yang anak-anakni boleh melakukan jenayah walaupun berada di depan komputer sahaja..
Jadi tiada alasan sebenarnya dalam rumah dan luar rumah sama sahaja bahayanya...
Lakukan aktiviti fizikal yang cergas. Jom tengok 7 Alasan anak harus main diluar bukan main gadget. Mungkin ada benarnyakan...

Mengerikan ... PENURUNAN PERKEMBANGAN OTAK.. ya mereka kurang perhatian terhadap persekitaran. Betulkan anak-anak gadget ni selalu buat 'nohen' (buat tak tahujer) dengan kita misalnya kita panggil nama dia dia buat tak dengar.

No 2 hilang dari simpanan terus ke nombor 3 ,.,,MENGURANGKAN KEMAMPUAN INTERAKSI SOSIAL.. tentulahkan sebab dia berkomunikasi satu hala.
Anak-anak jadi TEMPRAMENTAL.. oh tidak inilah yang menakutkan...
Masalah sekarang iaitu OBESITAS..
Ini juga masalah biasa ... MEROSAK PENGLIHATAN...
Akhirnya KURANG MINAT BERMAIN DI ALAM TERBUKA..

Tuesday, March 8, 2016

Projek Sains Kakak Atikah

Cerita anak akak yang sulung tercinta.. Kisah dia dengan projek sainsnya. Moga ada keseronokan untuk dia belajar sains sampai bila-bila.. Jom tengok muka ceria Atikah dengan projeknya..
Ehm... cikgu bagilah saya markah penuh..
Psss sebab ada yang bertanya ini jawapannya...
Sebenarnya projekni nak buat paru-paru tak silapnya...
Jadi kalau belontu boleh berfungsi macam jadilah projektu...
Atikah tiada masalah untuk ke sekolah tahun ini walaupun dia kena belajar sekolah pagi yang terpaksa bangun lebih awal... Syukur Alhamdulillah.. Tapi adik dia macam-macam perangai tahun ini nanti akan ada cerita pasal dik Ya bila akak senang nanti...

DANA ::: ha .. ha... awatlah akak teringat harini rabu yer.... tak sabar nak wordless wednesday

Monday, March 7, 2016

Tempat Menarik Dunia menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Rupanya ramai juga yang dah lama tak pergi ke Jalan TAR.. memang kalau tak betul-betul malas sangat nak ke sanakan.. ikutkan seronok pergi situ... dulu masa tinggal di Ipoh kalau pergi KL memang tak sah rasanya kalau rak singgah Jalan TAR... itu dulu sekarang di situndah rasa negara asing sebab ramai orang luar dari rakyat tempatan terutama peniaga... oklah entri akak kali ini mengajak jalan makan angin keluar negara pulak.. bukan akak kata tapi ini fakta dari Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)...

Sumber : Berita Harian 31/1/2016

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menamakan tiga negara Paraguay, Tajikistan dan Iceland sebagai destinasi baharu pelancongan dunia yang paling pesat membangun.

Paraguay menduduki tangga pertama dengan jumlah kemasukan pelancong dari seluruh dunia sehingga 1.28juta pada tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak dua kali ganda pada tahun sebelumnya.

Tahun 2015, menamakan Seychelles, Tajikistan, Sri Lanka, Jepun, Niue dan Colombia sebagai destinasi pelacongan yang paling kerap dikunjungi.

Destinasi pelancongan

Pertubuhan ini juga turut menamakan negara berkenaan sebagai Top 17, iaitu destinasi pelancongan yang mencatat jumlah kehadiran pelancong paling ramai sepanjangtahun 2015.

Pertubuhan Pelancongan Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu menerusi jurnal Travel Barometer, menyenaraikan negara yang mencatat ketibaan pelancongan paling mendadak sepanjang tahun 2015.

Mendahului di tangga pertama ialah Paraguay apabila sektor pelancongan negara berkenaan meningkat sektor pelancongan negara berkenaan meningkat kepada 97 peratus pada tahun lalu, sekali gus dinamakan destinasi yang paling pesat membangun pada tahun 2015. Ia diikuti rapat Tajikistan yang menunjukkan peningkatan kepada 94 peratus lebih tinggi pada tahun sebelumnya.

Pertubuhan ini menyenaraikan 10 negara yang dinamakan sebagai destinasi pelancongan paling kerap dikunjungi dan tinggi jumlah pelancongnya.
(akak hanya ambik 4 sahaja untuk rujukan di sini)

TAJIKISTAN

Sangat luar biasa kunjungan kunjungan pelancong ke negara ini. Tajikistan menjadi lebih popular sejak tahun lalu dengan 414,000 pelancong mengunjungi negara yang terletak di Asia Tengah ini.

Tajikistan didiami lebih 8.2 juta penduduk bersempadan dengan Afghanistan, China, Kyrgyztan dan Uzbekistan. Kemasukan pelancong meningkat sehingga 94 peratus sepanjang tahun.

Terkenal dengan landskap yang menghijau dan gunung-ganang yang berselerak, Tajikistan menjadi igauan kepada pengembara untuk menjayakan ekspedisi pendakian mereka ke negara yang menduduki tempat kedua sebagai destinasi yang paling kerap dikunjungi.
Sumber gambar dari :- flickr

BOSNIA DAN HERZEGOVINA

Bosnia dan Herzegovina terdiri daripada bukit-bukau dan dikelilingi kampung kuno Islam dan Kristian. Ia menjunjukkan peningkatan kepada 28.2 peratus iaitu 687,000 orang pelancong yang bertandang ke negara berkenaan sepanjang tahun.
Sumber gambar dari Google.. cantiknyer kalau buat cross stich memang cantik. Subhanallah... Antara tempat yang menarik untuk dikunjungi sementelah pula Bosnia tu dekat dengan hati kita ...

THAILAND

Seterusnya ialah Thailand, meningkat kepada 22.3 peratus pada tahun lalu menjadikan jumlah pelancong sekitar 30.3 juta orang..
(ini akak pilih sebab dekat dengan negara kita tapi Thailand memang sangat menjaga pelancong. Hanya Thailand ada termasuk dalam senarai PBB ini untuk Asia Tenggara).

PALAU
Menduduki tangga ke 10 ialah Palau. Sebuah negara pulau yang terletak di Lautan Pasifik, kira-kira 800 kilometer ke timur Filipina dan 3200 km ke selatan Tokyo, Jepun. Sebuah pulau kecil yang hanya dihuni sekitar 27,000 orang. Namun, industri pelancongannya meningkat dengan pesat apabila pada tahun lalu, Palau dikunjungi 168,000 orang pengembara, lebih daripada enam kali populasinya dengan kenaikan 19.2 peratus.
Syurga untuk penyelamkan.. alamak teringat pada lesen diver akak yang dah hilang..Cantiknya Palauni kalau ada rezeki dan duit terlebih alangkah seronoknya bercanda di sini..

Sebenarnya negara kita pun banyak tempat menarik untuk dilawati. Banyak pulau yang cantik, gunung-ganang, pantai yang indah, tempat bersejarah  yang terpelihara. Marilah kita menyokong industri pelancongan negara kita tercinta..

Friday, March 4, 2016

Masjid India, Pasar Malam Jalan TAR dan Omar Ali tempah baju

Salam hari Jumaat yang berkat kawan-kawan semua. Seronok nak bercutikan tapi minggu  depan anak-anak nak periksa jadi kena study.. study.. study... Ini cerita lama jug amaalumler lama dah tulis entri jumpa macam-macam gambar tak tahu nak masuk yang mana dulu...

Cerita tempah baju melayu suami di kedai Omar Ali Wisma Yakin Kuala Lumpur. Jadi kami kesan entah berapa kali mulanya nak tempah, kali kedua ambil baju, ketiga hantar baju untuk dibetulkan semula dan akhirnya ambil baju sekali lagi.. Sudahnya tahun ini berkali-kali kami ke kawasan yang menjadi tumpuan di Kuala Lumpur kalau tidak memang payah sangat kami nak jejakkan kaki ke sini. Lagipun sejak ada LRT dari Kinrara ini rasanya semakin panjang kaki ini melangkah. Kalau suruh memandu memang tak berapa gemar dengan tempat yang sesak ini...

Jom tengok gambar kami semasa di sana...
Masjid India ini betul-betul di depan kedai Omar Ali...
Pernah tengok drama yang ditayangkan tidak lama dulu menggunakan masjid India sebagai lokasi..
Keadaan pasar malam di Jalan TAR memang penuh sesak dengan manusia. Lorongpun kecik amat membuatkan kita tidak selesa untuk singgah.. 
Keadaan Jalan TAR pada waktu petang...
Ok kami nak pulang... turun di Masjid Jamek dan jalan cuci mata Jalan TAR dan Sogo bolehlah balik naik LRT di Bandaraya.. Semenjak ada LRT bersambung dari Sri Petaling ke Kinrara ini rasa macam senangjer kalau nak ke Kuala Lumpur...
Yeah... LRT tidak bersambung terus ke Kinrara, di Stesen Seri Petaling kena turun dan ambil LRT ke Kinrara.,, Insyaallah nanti bersambung sehingga ke Putra Height (kalau tak silap_)

Cerita pasal Along Aiman cucu sulung keluarga Zakaria Ansari yang tunggu result dari entri ladang anggurtu... Tahniah untuk Along kerana telah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tahun 2015. Kejayaan Along dapat mendapat memberikan inspirasi kepada sepupu-sepupu dan adik-adik Along. Moga Along akan lebih berjaya di masa hadapan mencapai semua impian yang diidamkan selama ini. 
Along yang pakai baju hitam di belakang Mak Cho dia (akaklertu).. Sebab dia cucu sulung tentulah masa dia kecik dulu dialah anak buah yang terlebih perhatian. Pulaktu setahun lebih dia tinggal dengan akak serumah memang masa mula dulu terasa juga bila dia tak duduk sekali. Tahniah Along sekali lagi moga akan terus berjaya dalam kehidupan ini... Sekarangnipun Mak Cho dah berbangga setiap kali Along menjadi imam kalau kita berkumpul sekeluarga. Moga Along Aiman tidak hilang arah dengan kejayaan kecil ini namun terus istiqamah untuk menjadi yang terbaik dalam semua bidang diceburi. Moga dapat merealisasikan impian moyang Kamarudin menjadi seorang penyampai ajaran agama yang hebat walau apapun bidang diceburi selepas ini...


Nuffnang oh Nuffnang