Nuffnang saya

Tuesday, May 31, 2016

Lagenda Cinta Terlarang ~ Gaharu TeaValley Gopeng

Hanya untuk ingatan pada akak yang Gopeng juga ada tempat menarik.. Akak belum sampai lagi ke sini.. Boleh singgah sebab Gopeng adalah susur keluar akak nak balik kampung kalau ikut Lebuhraya Utara Selatan...

Berita Harian (15hb Mei 2016)
Bennie Zie Fauzi (bennie@bh.com.my)

Sepasang pokok ara dan merbau yang tingginya dianggarkan hampir menyamai bangunan lima tingkat dilihat seperti sedang berpelukan.

Ia mungkin dianggap sebagai tiada yang luar biasa kepaa pengunjung di Taman Kekasih atau lovers Park di Lembah Teh Gaharu kira-kira tiga kilometer dari pekan Gopeng, Perak sekadar lingkaran akar pokok semata-mata.

Bagaimanapun, posisi pokok itu seolah-olah sedang berpelukan seperti  ada cerita misteri, unik dan pelik.

Perkara ini diakui oleh  Ketua Eksekutif Gaharu Technologies, Nicklaus Ho apbila menyatakan dua pokok yang dilihat 'saling berpelukan' itu ada mitos mengenai kisah cinta terlarang yang berlaku ketika kedatangan Inggeris ke negeri Perak.

Kononnya, pada zaman pemerintahan British, seorang pemuda Orang Asli dilarang meneruskan hubungan cintanya dengan gadis Inggeris yang jelita.

Tak dapat ditebang

Disebabkan halangan daripada keluarga, pasangan itu melarikan diri dan sehingga hari ini tiada khabar berita diketahui oleh mereka.

"Dua pokok itu dikatakan pasangan bercinta yang menjelma menjadi pokok.

"Sebab itu, batang pokok merbau dilihat berwarna putih dan tinggi, manakala pohon ara pula kelihatan lebar, agak gelap dan sedikit rendah," katanya.

Selepas melalui pelbagai kejadian pelik, kedua-dua pokok itu tidak ditebang, malah dipagar dengan elok untuk tatapan pengunjung.

"Ada beberapa kejadian aneh ketika pekerja kami hendak menebang pokok itu. Enjin jentolak mati dengan tiba-tiba dan tidak dapat dihidupkan, pekerja terbabit dalam kerja menebang pokok itu sering ditimpa pelbagai masalah seperti demam dan penyakit lain," kata Nichlaus.

Kaya dengan khasiat

Taman kekasih adalah sebahagian daripada tarikan Lembah Teh Gaharu yang terletak ditengah-tengah Kampung Sungai Itik dan Kampung Pintu Padang.

Pengunjung boleh bersantai di teres menara Hoga yang dikenali sebagai Holistic Gaharu sambil mencuba keenakan teh gaharu yang disediakan oleh kafe di sini.

"Gaharu kaya dengan khasiat. ALadang ini menawarkan 12 sepesies gaharu hasil kacukan yang boleh dimakan, selain memberi manfaat kesihatan,' katanya.

Nicklaus berkata, ladang teh gaharu syarikatnya bermula pada tahun 1992 apabila ayahnya, David Ho membawa 200 pokok itu dari Jepun.

Selepas 15 tahun, 60 pokok saja dapat bertahan. Pokok yang masih hidup menjadi induk untuk membiakkan teh gaharu. Sehingga kini, ladang itu mempunyai 200,000 pokok teh gaharu.

Sebuah binaan konkrit dilengkapi pintu gerbang sepanjang tiga meter seperti Tembok besar China mencipa karaktor tersendiri ladang gaharu in.

Selain sebagai tarikan, ia juga bertujuan melindungi pokok gaharu yang nilai pasarannya mencecah sehingga ratusan ribu ringgit mengikut gred ditetapkan.

Taman Peluk adalah satu lagi tarikan yang diwujudkan untuk menyemai rasa kasih orang ramai terhadap alam sekitar.

"Bagi masyarakat Cina, memeluk pokok gaharu boleh membawa tuah. Mereka percaya wangian gaharu adalah haruman dari syurga.

"Dalam kalangan muslim, kayu gaharu menjadi sebahagian ramuan penting untuk menghasilkan minyak atar," kata Nicklaus.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Akakpun belum lagi sampai ke sini jadi tidak mampulah nak berkata lebih-lebih... Memang tempat ini ada dalam senarai tempat yang akan dikunjungi kerana tidak jauhpun dari kampung akak... Boleh juga singgah dalam perjalanan pulang ke kampung....
Gambar : WIKIPEDIA... Pintu gerbang masuk ke Gaharu TeaValley Gopeng
Gambar dari :- The Star ... itulah yang dikatakan pokok berpeluk.....
Sumber gambar dari : VISIT PERAK. Tak perlu naik Cameron dah boleh menikmati keindahan ini.. 

This photo of Gaharu Tea Valley is courtesy of TripAdvisor
Lovers Tree... Banyak lagi ukiran gambar yang boleh dipilih...
Gambar dari :- www.ipoh-city.com

Dibuka dari :- 9.00 pagi ke 5.00 petang

Alamat :-
Lot 9840, Mukim Sg Teja
31600 Gopeng

Bayaran : RM10.00 untuk 45 minit 'tour'

Monday, May 30, 2016

Bateriku.com dalam surat khabar

Tahniah untuk adik akak Azarol Faizi untuk perniagaan bateriku.com 
Lipat gandakan usaha agar lebih berjaya di masa akan datang...
Ceritani dah masuk dalam facebook tapi tetap nak masukkan di blog ....
Di dalam surat khabar Berita Harian...
Ini pula di dalam surat khabar bahasa Inggeris...

Tahniah dan teruskan usaha... semoga usaha murni ini akan diberkati oleh Allah..
Kalau ada masalah bateri kong jangan lupa bateriku.com
Kalau nak tahu tentang bateriku.com boleh layari laman web dan facebooknya seperti di bawah..

Laman Web : BATERIKU.COM
Facebook     : FACEBOOK BATERIKU

Sunday, May 29, 2016

Love Vivy Rancangan Realiti di Astro Ria

Ada yang suka tengok "Love Vivy" tak...
Anak-anak akak suka sangat tengok rancangan realiti tv "Love Vivy" di Astro Ria...
Diaorang akan rakam rancangan "Love Vivy" dan akan tengok berulang kali...
Kalau dah di padam diaorang akan rakan ikut On Demand pulak...
Mungkin akak bukan pencinta fesyen dan kurang mengenali Vivy Yusof....
Tapi menerusi rancangan "Love Vivy"ni akakpun ter'admire' dengan kisah kejayaan dia...
Lagipun Vivy memang ada aura orang suka tengok dia...
Senyumnya manis, pakai baju apapun pada mata akak cantikjer....

Sungguh menjadi inspirasi kisah Vivy... 
Macamana dia menjalankan bisnes onlinenya Fashion Valet yang kini meletup-letup...
Walaupun orangnya kecil molekjer tapi semangatnya kental..
Kepada Vivy akak harap awak akan terus berjaya mengegarkan industri fesyen Malaysia..
Semoga awak akan lebih berjaya dari pesaing-pesaing yang ada....
Moga anak akak yang minat awak dari kecil ini akan mempunyai sifat seperti awak...
Seorang yang ceria tapi mempunyai hala tuju, bersemangat, kuat cita-cita dan sentiasa positif..
Paling seronok tengok hubungan dia dengan keluarga dan kawan-kawan juga staf...
Ini dia LOVE, VIVY..... 

Suka tengok kehidupan seharian Vivy.. Kedua2 gambar dari Nasihat Vivy kepada usahawan
Keluarga tetap menjadi keutamaan walaupun sibuk membina bisnes di luar sana...
Gambar dari Instagram... 


Semoga kamu akan lebih berjaya menghadapi dunia bisnes  yang mencabar ini... .. Gambar dari WANISTA

Akak rasa rancagan Love Vivypun sudah hampir ke penghujung...
Tapi rancangan tu masih ada di Astro On Demand jadi boleh tengok lagi
Cuma nanti mungkin akan rindu dengan rutin harian Vivy....

Thursday, May 26, 2016

Zawara Coffee kini di Bandar Kinrara

Zawara Coffee kini berada di Bandar Kinrara... Baru sahaja di buka dalam bulan April yang lepas.. Akak dah pergi sebanyak dua kali ... Mula berdua dengan suami sekali lagi bawa anak-anak raikan harijadi ayahnya... Seronok baca kisah kejayaan orang kita yang mana Zawara Coffee bermula dengan perniagaan pakaian..  Semoga mereka akan terus berjaya membina rangkaian perniagaan yang terlaris di Malaysia...

Terima kasih Zawara Coffee kerana memilih Bandar Kinrara sebagai tempat perniagaan mereka. Maalumlah di sini tak banyak kedai yang berkonsep begini.. Yang ada kedai mamak dan kedai makanan Thai selain satu Old Town Coffee... 
Rupa dari luar dan dalam kedai ....
Pertama kali datang terkejut dapat benda hitamtu (tak tahu nak panggil apa(
Rupanya kalau berbnnyi 'bib' 'bib' makanan kita dah siap... 
Kelakarnya kalau orang kampung cam akak masuk kafe canggihni...
Sedap minuman itu kalau tanya pendapat akak...
Kotak makanan... pekerja tidak perlu lagi basuh pinggan bagai yer...
Model burger Zawara Coffee...
Untuk burgerni (tak ingat nama apa)pun akak nak kata sedap juga...
Adik Ya makn spageti dengan penuh semngat...
Mula order satu sekali kakak diapun nak juga, order lagi satu..
Kalau gitu tahulahkan pasti spageti kat sini kena dengan tekak anak akak.....

Kalau anda tinggal sekitar Bandar Kinrara, Puncak Jalil, Puchong bolehlah datang ke Zawara Coffee. Restoran ini terletak berhampiran dengan Giant sahaja... Alamatnya adalah seperti di bawah :- 

ALAMAT :-

ZAWARA COFFE BANDAR KINRARA
Jalan Kinrara 5A/1
Bandar Kinrara
Puchong Selangor
(alamat ni akak tulis sendiri sebab dalam laman webnya belum lagi ada alamat Bandar Kinrara)

Wednesday, May 25, 2016

Wordless Wednesday ~ kenduri kahwin sekarang

Seronok hari rabuni boleh keluarkan gambar yang banyak di galeri..
Ini cerita kenduri kahwin orang sekarang...
Bukan jer restoran sekarang ni konsep pelbagai..
Kenduri kahwinpun macam-macam ragam....
Kenduri kahwin anak kepada pengasuh Azalia masa kecil dulu...
Meriah majlisnya dengan kehadiran ramai sanak saudara dan kenalan juga jiran tetangga...
Memang diakui Mama Maya dan Ayah Ghani memang baik orangnya...
Atikah dengan air kopi yang diambil dari van dibelakangtu..
Sekarangni perkhidmatan jual kopi menggunakan van juga datang ke majlis perkahwinan... 
Menunggu pengantin lelaki... hulubalang melayu dan pemain kompang...
Selamat Pengantin Baru ....
Ini perkahwinan di Seremban pula...
Trend photo booth dan kini siap dapat gambar bawak balik gitu...
Seronoknya majlis di Dewanni kita selesa duduk lama-lama...

BBQ LAMB IPOH ~ Roasted & Grill

Akak belum pernah sampai ke sini tapi gambar dari kiriman whatsapp grup kawan sekolah... Alamak mula ternampak gambar ini terus kata kalau balik Ipoh kena pergi ke kedai ini.. Nampak best sebab kami sekeluarga terutama Atikah dan Azalia sekarangni pengemar kambing panggang. Tempatnya pun nampak macam menarikjer sebab ala-ala kampung sikit . 

Jadi nak cerita panjang tak mampu sebab belum sampai cuma tengoklah kiriman gambar dari kawan akak ... Nama kedai BBQ Lamb Roasted & Grill terletak di Ampang Baru, Ipoh. 
Kaunter memasak konsep terbuka gini...
Yang penting halal....  bukan sahaja ada daging lembu atau kambing malahan ada itik panggang...
Sungguh asli sekali... air minuman yang ada serai bagai... patut mencuba di sini...
Harga Makanan yang agak berpatutan juga...
Gambar yang ni bukan dari kawan akak tapi ambil dari Mr Google... Boleh juga baca kisah kedai ini di SINI.COM

Akak tak mampu nak bercerita lebih jadi biarlah gambar memberi tahu segalanya...

Kalau ada di Ipoh bolehlah datang ke Restoran yang unik ini... Terima kasih untuk kawan yang sudi berkongsi info JJCM ini.. 

ALAMAT;
BBQ Lamb Ipoh ~ Roasted & Grill
Jalan Ampang Baru 6
Ampang Baru
31400 Ipoh


Tuesday, May 24, 2016

Karnival Masjid Al Ehsan

Kisah minggu sudah, ada karnival di Masjid al Ehsan Bandar Kinrara. Tujuan karnival untuk tabung dana wakaf khas pembangunan  kompleks tambahan dan sekolah tahfiz. Sesungguhnya hari minggutu memang sesuatu yang sangat bermanfaat untuk penduduk Bandar Kinrara. Ada pelbagai majlis diatur untuk mengisi atur cara hari itu juga terdapat pelbagai gerai jualan juga gerai dari agensi kerajaan. Program dimulakan seawal pagi sehinggalah ke malam hari.
Inilah Masjid Al Ehsan Bandar Kinrara yang terletak di BK5. Boleh dikatakan antara bangunan yang menjadi tanda kepada sesiapa yang pertama kali datang ke Bandar Kinrara.
Untuk aktiviti pagi hanya Atikah yang sudi menemankan ibunya... Ada pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak disediakan pada hari ini dari pertandingan bercerita, mewarna, hafal, nasyid dan lain-lain..
Gerai makanan, pakaian, buku, pelancongan, pendidikan juga ada di sini. Gerai agensi kerajaan juga ada seperti bomba, polis, perpustakaan negara juga ada...
Seronok dapat mendengar penerangan yang jelas dan terang dari Imam Muda Asyraf dan Ustazah Zawiyah.. Moderatornya pulak si cantik manis Heliza...
Untuk yang ingin menyumbang kepada dana wakaf pembangunan Kompleks tambahan dan sekolah Tahfiz Masjid Al Ehsan, sumbangan boleh dibuat menerusi Bank Islam. No akaun seperti tertera di poster di atas... Semoga usaha murni akan mendapat laluan mudah untuk mencapainya dengan bantuan dari Mu ya Allah...

Masjid Al Ehsan ini sebenarnya banyak aktiviti untuk penduduk setempat cuma kitajer yang sempat atau mempunyai kekuatan untuk menghadirinya... 

Sunday, May 22, 2016

Sg. Dua Char Koay Teow di Puncak Jalil

Sg. Dua Char Koay Teow telah membuka cawangannya di Puncak Jalil...
Untuk peminat char koay teow bolehler datang ke sini...
Puncak Jalil sekarangni akak tengok macam-macam kedai makan ada di sini...
Dari segi kemeriahanpun rasanya dah mengalahkan Bandar Kinrara...
Kalau ingin makan nasi ayam bolehlah datang ke Nasi Ayam Tat..
Kalau di malam hari pulak meriah dengan Restoran masakan tomyam...
Kedai mamakpun tidak kurang banyaknya...
Peniaga kecil-kecilan di tepi jalanpun tidak terbilang...

Berbalik kepada cerita Sg.Dua CKT, di restoran ini juga ada gerai untuk peminat Nasi Kak Wok..
Jadi akak tidak perlulah ke  Wangsa Maju untuk makan nasi Kak Wok...
Layanlah gambar yang tak berapa nak adani...

Inilah rupa CKT di sini... rasa memang sedap....
Akakni memang susah sikit nak bagi ulasan pasal makanan..
Sebab sedap ditekak akak mungkin kurang sedap di tekak orang dan sebaliknya...
Jadi kalau duduk dekat-dekat Puncak Jalilni bolehlah singgah ke sini...
Harga seperti yang tertera di dinding...
Yang penting telur ayam dibasuh...
Kakak tolong ibu nak ambik gambarni...
Atikah bukan dikisahnya pakai anak tudung warna hijau, tudungnya warna purple...
Berselfie dengan setting mata besar... sabarjerler...

ALAMAT :-
Restoran Sg. Dua Char Koay Teow
No 42, Jalan PJU 3/4
Taman Puncak Jalil
Selangor...

Saturday, May 21, 2016

Jejak Masjid Lama Ipoh

Akak memang pantang tengok artikel dalam surat khabar kalau ada cerita negeri Perak Darul Ridzuan yang akak sayangi. Akak sanggup taip semua ini balik untuk di simpan di sini kerana keratan akhbar selalunya akak akan buang. Mungkin kena buat hobi baru lepas ini hasilkan buku skrap tentang tempat menarik dilawati di negeri Perak... Ok kali ini bahan dari surat khabar Berita Minggu di ruangan Kembara  - Destinasi Dalam Negara.... Moh tengok...

SUMBER : Berita Minggu
PENULIS : Bennie Zie Fauzi (bennie@bh.com.my)

Di luar negara, kuil dan gereja lama sudah lama menjadi sebahagian tarikan pelancongan.

Selain menghidangkan seni bina bekurun usia, sejarah dan latar belakang yang mencipta identiti sesebuah rumah ibadat itu tidak pernah gagal memikat pelancong untuk menyelongkar serta meneroka, seterusnya menghayati tamadun dipersembahkan.

Kempen Jejak Masjid Perak atau Perak Mosque Trail dilancarkan kerajaan negeri Perak menerusi Tourism Perak (TP} dngan kerjasama Persatuan Warisan Perak pada 13 Ogos 2015 membuka peluang pelancong termasuk yang bukan Isalm menyelami keunikan sini bina lapan masjid di sekitar Ipoh dan Kuala Kangsar yang sebahagian besar dibina sejak abad ke -19.

Mempertarukan elemen arkitektur Islam dengan asimilasi Cina, India, Arab, British dan Sepanyol, enam masjid yang disenaraikan ialah Masjid Dato Panglima Kinta dibina pada tahun 1898, Masjid India Muslim (1908), Masjid Kampung Paloh (1912), Masjid Pakistani (1930), Masjid Sultan Idris Shah II (1968) dan Masjid Muhammadiah atau dikenali sebagai Masjid Cina, selain Masjid Ubudiah Kuala Kangsar yang dibina pada tahun 1917 serta Masjid Ihsaniah Iskandariah Kampung Kuala Dal di Padang  Rengas (1938).

Kaya Sejarah

Pengarah TP, Ibrahim Sediqi Talib, menaruh harapan positif, siri lawatan masjid boleh dikategorikan di bawah pakej perlancongan agama secara tidak langsung mampu mencelikkan mata hati generasi muda supaya berbangga dengan agama dianuti, manakal masjid berperanan mengukuhkan jati diri.

"Perak antara negeri kaya sejarah dan masjid adalah entiti istimewa yang bukan saja harus dibanggakan malah diuar-uarkan kepada pelancong domestik mahupun luar negara. Sasara kunjungan tidak terhada kepada pelancong Muslim bahkan semua bangsa dialu-alukan untuk mencungkil pengetahuan mengenai masjid beserta sejarah juga aspek keagamaannya,"katanya.

Merakam foto

Penulis berpeluang menjelajah dan melihat semua masjid yang disenaraikan itu. Ternyata ia memang menjadi tarikan pelancong daripada semua kaum dan agama, malah turut merakam gambar di hadapan bangunan serta perkarangan masjid.

Di Masjid Inda Muslim, di Jalan SP Seenivasagam, seorang pelancong Jepun dilihat asyik mengamati keunggulan seni bina Mughal masjid itu.

Dia berlegar-legar di bangunan bersebelahannya yang turut dijadikan kelas mendalami pengajian Islam. Pelancong Jepun itu kemudian memilih untuk duduk di bangku batu disediakan dihadapan bangunan untuk menatap sepuasnya dua menara putih diselangi warna hijau rumput.

Jadi tumpuan ramai

Masjid Muhammadiah atau dikenali sebagai Masjid Cina dalam kalangan masyarakat tempatan di Taman Tasek Jaya lebih ramai peminatnya. Hampir dikatakan setiap hari, masjid ini yan gdibina di atas tanah seluas 0.4 hektar tidak putus daripada pelawat.

Menurut pemandu pelancong, ABdul Majid Faizal Din, ia satu-satunya masjid mempraktikkan seni bina Cina secara menyeluruh berbanding masjdi menonjolkan seni bin sama yang banyak ditermui di Rantau Panjang.

"Di Rantau Panjang, Kelantan juga ada masjid seperti itu namun ada menyelitkan pengaruh Siam. Sebalikkna Masjid Muhammadiah hampir keseluruhannya memaparkan seni bina Cina melainkan bahagian tertentu yagn cuba disesuaikan dengan budaya tempatan.

"Paling ketara, bumbung dan menara bermotif bunga raya menggantikan elemen bunga peony dan lakaran naga yang cukup sinonim dengan budaya masyarakat Cina,: katanya merujuk masjid yang menggunakan khidmat kepakaran juruteknik dari China malahan bumbungnya juga diimport dari negara itu.

Dinilai secara tersurat, masjid mengemukakan seni bina negara asal mewakili fikiran terbuka masyarakat ketika itu yang  menerima budaya berbilang kaum dengan syarat tidak bercanggah dengan ajaran suci Islam, Malah ajaran agama Islam tidak menghalang pemantapan bahasa ibunda masing-masing.

Pusat penyebaran Islam

Pembinaan masjid adalah manifestasi kewujudan sebuah komuniti, melambangkan keunggulan agama Islam dan penganutya di samping bayangan tamadun masyarakat sekeliling.

Latar belakang enam masjid warisan di Ipoh yang diangkat sebagai produk pelancongan dan diramal diserbu pelancong berbilang bangsa dalam serta luar negara adalah; Masjid Dato' Panglima Kinta terletak di Jalan Mesjid, dibina oleh Datuk Panglima inta Mohamed Yusof pada tahun 1898 ini dahulunya menjadi pusat penyebaran agama Islam kalangan masyarakat setempat.

Ia dibangunkan bagi mengenang isteri beliau yang meninggal pada tahun itu. Gabungan seni bina Mughal dan Neo-klasik berjaya membentuk sebuah bangunan bata yang cukup besar dan cantik. Dilaporkan seorang ustaz dari Mesir, Shaik Tholji pernah tinggal di sini dan menyumbang bakti mengajar penduduk setempat mendalami al-Quran.

Selepas kematiannya, jenazahnya turut disemadikan di makam keluarga Datuk Panglima Kinta yang terletak di halaman belakang masjid berkenaan.

Bersebelahan masjid, terletak sebuah sekolah pondok yang didirikan sebelum Perang Dunia kedua. Pada tahun 1950-an, Fakih Ghazali bertindak memulihkan semula Madrasah Kamaliah sebagai sekolah Arab yang juga pusat pengajian Islam pertam di Ipoh dan ia diuruskan oleh jemaah masjid hingga tahun 1970-an.
Gambar dari blog MUHAINA @ uniknya Ipoh Perak

Guna khidmat pekerja dari India

Pemilik kilang ais, Kinta Ice Works merangkap pengurus minuman ringan Lonta Aerated Water di Taiping, Kampar dan Jalan Stesen, Ipoh berketurunan India Muslim, Shaik Adam Ghaus pula, membina Masjid India Muslim pada tahun 1908 berikutan perselisihan faham dengan orang Melayu.

Turut dikenali sebagai Masjid Padang Ipoh, masjid terletak di Jalan SP Seenivasagam mempraktikkan seni bina Mughal mirip kubu perthaanan Diwanikhas di Delhi, India itu menggunakan khidmat pekerja mahir dari India.

Sebelah bahagian masjid dilengkapi enam gerbang yang berukir di kepalanya, manakala bahagian hadapan masjid menawarkan lima gerbang lagi. Dua menara runcing mengapit binaan melengkung sepeara bulat dihiasi ukiran menyerlahkan lagi daya tarikan masjid diselubungi cat putih disulami hijau.

Masjid berkenaan disenaraikan sebagai warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.


Masjid Kampung Paloh

Terletak di Jalan Datoh, Masjid Kampung Paloh dibina pada tahun 1912 ketika pemerintahan Sultan Idris Mursyidul Al-Azam Shah. Pembinaan itu diusahakan oleh Orang Kaya-kaya Datuk Seri Andika Diraja, Wan Muhammad Salleh dan isteri, Toh Puan Sharifah Rodiah, Mahmud Mohd Taib dan Muhammad Kassin Banjar Jagra.

Ia menampilkan bumbung tiga lapis dengan dua tingkap rendah dan menara setinggi empat tingkat, manakala bersebelahannya, didirikan Madrasah Sharifah bersempena nama penaungnya.

Berhampiran kolam mengambil wudhuk dan masih bernaung di bawah bumbung masjid, dihimpunkan makam golongan masyhur dan banyak berjasa antaranya, Datuk Andika sendiri yang meninggal dunia pada tahun 1917 selain Menteri Besar Perak pertama yang juga seorang peguam, Panglima Bukit Gantang, Datuk Abdul Wahab Abdul Aziz.

Masjid ini turut disenaraikan warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2015.
Gambar dari MBI

Masjid Sultan Idris Shah II

Idea pembinaan diusulkan pada tahun 1951, Abdul Wahab, namun masjid yang turut dikenali dengan nama Masjid Negeri ini hanya dirasmikan pada 15 September 1978 oleh Sultan Perak yang ke-33, Sultan Idris Shah II.

Kos pembinaan menelan belanja RM1.8juta menyediakan bangunan dua tingkat berbentuk empat persegi bujur dengan keluasan 84 meter panjang, manakala lebar 42 meter.

Keunikan seni bina diserlahkan menerusi 45 kubah bersusun indah dihiasi cermin pelbagai warna yang tampil bercahaya di bawah sinar matahari. Sebuah menara dengan ketinggian 38 meter lebih menambah keunikan masjid terletak di tengah bandar Ipoh berkenaan.
Gambar akak ambil dari sini :- 6 must visit places in Perak @ aiskacangmerah

Masjid Muhammadiah Masjid Cina

Masjid ini sebenarnya adalah kesinambungan daripada sebuah surau kecil yang didirikan pada tahun 1980. Ia dipelopori oleh Allahyarham Abdul Latif Mohd Kassim dibantu tujuh rakannya bersama penduduk awal Taman Tasek Jaya.

Kos pembinaan semula pada tahun 2013 menelan belanja RM4 juta , namun berbaloi kerana menampilkan struktur bangunan dan keseluruhan binaan termasuk reka bentuk bumbung serta menara bermotif Cina yang disesuaikan dengan budaya tempatan.

Bumbung dan menara masjid menggunakan motif bunga kebangsaan iaitu bunga raya menggantikan elemen bunga poeny yang lazimnya menjadi kegemaran masyarakat Cina. Selain konsep geometri, elemen warna merah, putih dan hijau yang menjadi latar warna bangunan masjdi turut menjelaskan kaitan rapat masjid dengan masyarakat itu.


Antara masjid yang dalam jejak Masjid Lama kat sini akak pernah bergambar... Boleh baca blog akak:- CHO ZILA @ MASJID CINA
Masjid yang laintu masa di Ipoh biasa juga pergi terutama Masjid Negeri. Dua masjid yang lain Masjid Kampung Paloh dan Masjid India Muslim biasa lalu lalang tapi tidak pernah singgah.. Masjid Dato' Panglima Kintatu macam tidak pernah pulak akak nampak... nampak sangatkan... Moga dengan usaha kerajaan Negeri Perak ini kita akan lebih menghargai masjid yang lama seperti ini...

Ada satu entri yang menarik untuk di baca tentang SENIBINA MASJID DI NEGERI PERAK. Banyak masjid di Perak ini yang cantik dan menjadi warisan sejarah untuk dilawati. Dulu kalau bawak atuk akak berjalan mesti dia akan singgah masjid lama-lamani dan akan melakukan solat Tahiyyatul Masjid. Kitani biasa ikut lebuh raya selalunya singgah surau R&R, jadi kalau ada masa ikutlah jalan lama dan kita akan temui banyak masjid yang boleh disinggah...

Friday, May 20, 2016

JJCM Restoran Hj. Sharin Low Grand Ipoh

Habis cerita kenduri kahwin, sambung kisah makan ramai-ramai sekeluarga...
Adik akak bermurah hati untuk belanja kami makan di Restoran Hj. Sharin Low Grand Ipoh..
Katanya hendak makan masakan Cina yang halal, jadi Restoran Hj. Sharin Low menjadi pilihan...
Hotel yang kami tinggal bukanlah jauh sangat dengan Restoran Hj Sharin Low...


Tu dia menu kami malamtu, ini meja dewasa...
Kiranya makan sampai kenyanglah ...
Dari penuh sebelah kiri dah licin sebelah kanan..
Silapnya malamtu kami order cepat jadi makanan macam sejuk sikit...
Maalumler malam minggu takut pulak nanti lambat... 
Silakan menjamu selera anak-anak... 
Suasana dalam kedai rasa macam nak sambut tahun baru cina...
Aksi anak-anak yang menjadi hiburan hati....
Mak Su sentiasa enterprem jadi anak buah... 
WE ARE FAMILY
Air yang dicincang takkan putus...
Moga ikatan yang baik antara kita semua akan berkekalan...
Gambar dari depan kedai Restoran Hj Sharin Low Grand, Ipoh...
Cawangannya di Lembah Klangni pun banyak kalau tidak silap akak... 
Boleh baca artikel tentang Restoran Hj. Sharin Low Grand link di bawah


ALAMAT :
Persiaran Greenhill, Kampung Jawa
Ipoh, Perak

Terima kasih untuk adik akak yang sanggup belanja kami makan malam itu.. Juga untuk adik ipar akak yang order makanan yang sedap-sedap... Semoga rezeki korang sekeluarga akan bertambah lagi banyak dan dapat belanja kami makan sedap-sedap lagi. 

Akak juga ingin berkongsi satu lagi Restoran masakan cina halal di Bandaraya Ipoh ini iaitu Restoran Cater Best Ipoh. Akak ada buat entri kisah makan-makan kami adik beradik boleh klik link ini :- RESTORAN CATER BEST MASAKAN CINA HALAL . 

Nuffnang oh Nuffnang