Nuffnang saya

Wednesday, August 24, 2016

Gambar makan-makan

Sekeping gambar menceritakan sejuta kisah...
Itulah kehebatan gambar...
Moh terokai gambar di blog Cho Zila...
 Pinggan makan licin lemuih.. 
Mulut ternganga tengok tv yang terpaksa mendongak..
 Asam pedas kegemaran dik Ya...
Mak saudara dia kalau dik Ya nak datang mesti masakkan untuk dia...
Siap bawak balik lagi...
Ibu dia masak asam pedas jadi asam rebus...ehm...
Melampau mata ko dik Ya...
Ini dia orang guna apps yang mata besotu..
Dah rupa apa jer ibu tengok...
Tidak ketinggalan gelagat opah di kampung...
Oh kome doyan dah berbunga..
Moh kita pinang anak dara...
Anak dara anak dara Bota...
Ha.. mun dah Botatu memang banyak durian...
Asyik makan durianjer dia...

Tuesday, August 23, 2016

Jom tengok gambar

Banyak cerita terbengkalai dek kemalasan akak sekarangni.. jadi kali ini jom kita tengok gambar yang banyak tapi tidak sempat untuk diceritakan... Gambar di ambil di banyak tempat, ada yang di kampung, ada yang di Kinrara dan ada yang di pusat membeli belah...
 Atikah dengan lukisannya...
Diani gemar melukis...
Semoga dia akan terus kreatif di masa-masa akan datang...
 Rindu dengan asam laksa untuk sarapan....
 Nasi lemak dengan penuh kasih sayang...
Mesti ada sambal udang atau sotong..
Atikah hendak telur rebus dan Azalia dengan telur mata kerbau...
Ikan bilis hanya untuk ibunya sahaja... 
 Itu Dj terkenal sedang 'on air'...
Ada peminat tunggu di luar untuk mintak tandatangan...
Azalia sesuai jadi dj sebab mulut dia jenis tak berenti bercakap...
 Tentu tahu anak akak berangan di manakan...
Pertama kali singgah di Ikea Kuala Lumpur masih suka dengan yang Damansara..
Mungkin belum siap sepenuhnya jadi belum boleh buat perbandingan lagi...
Comeljer Azalia pakai baju yang 'girl' sikit...
Selalupun baju dia memang macam budak lelaki...
Baju yang dipilih oleh ayah dia terpaksalah dia terima...
Nasib dia nak pakai... 
Cerita di Restoran Nasi Padang yang femes...
Sebenarnya kedai nasi padang yang biasa-biasatu jauh lebih luar biasa sedapnya...
Siapkanjer duit kalau pergi ke restoran yang pelayannya berpakaian tradisional gini..
Semuanya berbayar bukan hanya cuci mata sahaja....

Wednesday, August 17, 2016

Wordless Wednesday ~ Zarina Zainudin yang awet muda

Sambungan kisah jamuan hari raya bekas pelajar SMDARY Bota Kanan yang berlangsung di rumah Zarina Zainuddin. Mungkin ada yang mengenali Zarina Zainuddin yang juga seorang pelakon dan punyai bisnes jamu juga makanan seperti rendang dan pulut kuning dan banyak lagi...

Serius cakap jumpa dengan kawan-kawan lamani buat akak rasa muda balik. Banyak kenangan masa zaman sekolah di ulang cerita. Cemburu juga melihat ramai kawan yang nampak muda macam tidak berganjak umurnya terutama Zarina Zainuddin. Tokey jamu kot mestilahkan, lagi-lagi artis kenalah nampak kelihatan cantik...
Kelebihan Zarina dia akan berselfie dengan semua rakan yang hadir...

Dari instagram Zarina Zainuddin



Masa jamuan haritu memang banyak makanan...
Dia cakap nanti dia akan bagi kepada gelandangan...
Sayang kita buangjer makanantu, ada yang memerlukan..

Friday, August 12, 2016

Majlis Hari Raya Ex Smdary Bota Kanan

Cerita hari raya walaupun syawal dah tamatpun. Ini majlis hari raya untuk kawan sekolah yang di adakan di rumah artis Zarina Zainuddin. Konsep port luck jadi makanan memang sangat mewah sekali. Zarina Zainuddinpun memang terer memasak.... 

Seronok sangat dapat jumpa kawan lama. Walaupun tidak ramai yang dapat hadir tapi kemeriahannya tetap terasa.. Ada yang akak tidak berjumpa sejak dari habis Tingkatan lima. Bayangkanlah dah berpuluh tahun tidak berjumpa memang macam-macam cerita.. 

Kawan sekolah akakni memang  rajin buat reunion tapi akak yang selalu tidak dapat menghadirinya. Tetapi kali ini sebab hanya di Subang Jaya memang tanpa berlengah lagilah terus nak join... 
Perjumpaan kawan lama ...
Majlis meriah dengan mengimbau kenangan dulu-dulu...
Ramai kawan terutama yang lelaki tidak mengenali akak...
Berbeza sangatlah gamaknya akakni dari dulu... 


Banyak juga gambar untuk dikongsi di blog akak...
Jadi buat kolaj cam gini untuk kenangan.... 

Semoga hubungan antara kita akan kekal selamanya.
Terima kasih ikatan persahabatan antara kami semua akan kekal selamanya.. 

Thursday, August 11, 2016

Tarikan Baru Kampar Perak

Tidak sah kalau akak tidak bercerita tentang negeri Perak kesayangan akak.. Kali ini kita ke Kampar pula yer dan tengok apa kata Berita Minggu tentang tarikan baru di Kampar Perak..

Sebelum lebuhraya PLUS siap dibina, kalau hendak ke Kuala Lumpur dari utara mesti melalui pekan Kampar. Sekarangni akakpun rasanya sudah lama sangat tidak ke sana. Mesti dah banyak berubah pekan Kampar sekarang semenjak adanya Universiti Tunku Abdul Rahman (UNITAR).

SUMBER : BERITA MINGGU (24 April 2016)
(ruangan Kembara Destinasi Dalam Negeri)
Kesan sejarah dan warisan yang banyak terdapat di Perak berpotensi menjadi tarikan pelancongan baharu di negeri ini. 

Antararanya adalah lokasi dikenali sebagai Pertempuran di Kampar atau Battle of Kampar di Rabung Hijau dan Tanjung Bakung.

Kedua-dua lokasi ini terletak di Gunung Bujang Melaka di Kampar dan Tanjung Bakung di Malim Nawar.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komukasi Perak Datuk Nolee Ashilin Mohammad Radzi berkata kedua-dua tapak berusia 75tahun itu perlu dibaik pulih dan dipelihara kerana amat bernilai bukan sahaja kepada negeri tetapi kepada negara.

"Ini kerana tapak sejarah dunia ini mampu menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara," katanya.

Tapak tesebut mampu menjana pendapatan kepada masyarakat setempat setanding dengan kepesatan di kawasan sekitar tapak sejarah Perang Dunia kedua itu.

Nolee Ashilin berkata Perdana Menteri India Shri Narendra Modi ketika melawat kedua-dua tapak itu tahun lalu mencadangkan kepada, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kerajaan Malaysia membangunakan kawasan Battle of Kampar.

"Modi meminta kerajaan Malaysia mendirikan sebuah tugu peringatan, bagi mengenang jasa tentera India yang pernah berkhidmat dengan British ketika perang berkenaan.

"Malah, penduduk kampung memaklumkan, ada veteran perang serta anak bekas tentera British dan Jepun yang pernah berperang di kawasan itu berkunjung ke kawasan kubu tentera di Gunung Bujang Melaka,"katanya.

Bina laluan pejalan kaki

Sementara itu, Pengarah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan negeri Perak, Mohd Hizaz Mohd Ibrahim berkata pihaknya akan membina laluan penjalan kaki bagi memudahkan pengunjung ke Gunung Bujang Melaka serta tugu peringatan perang.

Selain itu, kedua-dua tapak sejarah tersebut akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri sejajar denga Tahun Melawat Perak 2017.

Rabung Hijau atau Green Ridge di kaki Gunung Bujang Melaka dibina oleh tentera British untuk mempertahankan diri daripada serangan Jepun semasa pertempuran selama empat hari dari 30 Disember 1941 hingga 2 Januari 1941.

Sementara itu, Tanjung Bakung menempatkan pelbagai tinggalan sejarah termasuk serombong sebuah kilang peluru yang dibina oleh tentera Jepun.

BERNAMA
Sumber gambar dari :- BERITA HARIAN
Sumber gambar dari :- THE STAR

Antara cerita dari blog orang tentang tempat menarik di Kampar, Perak :-

1) REFARM LEISURE FARM KAMPAR :- Dari blog 
RAMENPEDAS.COM
Sumber gambar dari :- Google + Yusnima Usof 

2) MUZIUM PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH KINTA :- DKOSONGLAPAN

3) HERITAGE VILLA SAHOM FARM RETREAT :- Dari blog BESTLAHMALAYSIA
Gambar dari :- INAPDESA.COM

4) AIR TERJUN BATU BERANGKAI :- Boleh tengok di THEVOCKET

5) UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN :- Baca di blog  IPOHECHO
SUMBER GAMBAR :-  IPOHECHO

Ikutkan daerah Kampar ini termasuklah Gopeng yang ada Gua Tempurung, Gaharu Valley dan Muzium Gopeng. Banyak juga penggemar aktiviti lasak melakukan 'white water rafting' di Sungai Kampar... Jadi siapa kata Kampar tiada apa-apa, rupanya banyak tempat menarik untuk dilawati...
SUMBER GAMBAR :- RIVERBUG

Tuesday, August 9, 2016

IKON SELANGOR

Mari kita baca tentang Ikon Selangor yang membantu kita mengenali negeri yang menarik ini. Bagi akak kalau di majalah akak susah nak rujuk tapi mudah kalau ada di blog sendiri... 

Sumber : Majalah Santai Travel Mei 2015

Terkenal sebagai negeri yang maju dan moden di Malaysia, Selangor menawarkan kepada anda sebuah pengalaman yang lengkap termasuk aktiviti luar seperti rock climbing dan whitewater rafting. Lihat  juga pemandangan hijau hutan dan air terjun yang indah, rasai keseronokkan dan keghairahan taman tema sehinggalah ke kawasan yang berpasir di sepanjang pantai, tidak lupa keseronokkan membeli-belah tanpa henti disamping warna-warni kepelbagaian kaum, tradisi dan budaya yang ada di Malaysia.

MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini atau lebih dikenali dengan nama Masjid Biru sering menjadi tumpuan para pelancong malah ia juga menjadi mercu tanda badar raya Shah Alam ini. Ia mempuani ciri-ciri senibina yang menarik dengan hiasan dalamannya yang menakjubkan. Masjid Negeri ini melambangkan kebesaran Islam dan kepentingan agama sebagai agama rasmi di Malaysia. Ia boleh memuatkan 16,000 jemaah pada satu masa dengan kemudahan-kemudahan seperti dewan kuliah, dewan seminar, perpustakaan, kelas-kelas bimbingan agama serta sebuah dewan yang luas untuk upacara akad nikah serta ruang mengambil wuduk yang canggih.

 Tel : 03 - 5519 9988                Laman Web : www.mssaas.gov.my
Sumber gambar dari :- masjid.jais
Di masjid ini akak menghadiri kursus perkahwinan...
Memang hebat masjid ini ....

BUKIT MALAWATI

Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian pada  28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyingsing. Di ata Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.

Tel : 03 - 328 91439                Laman Web : www.mdks.gov.my
Sumber gambar :- THATSOFARAH
Akakpun tidak pernah sampai lagi ke sini..
Alangkahkan.... padahal kami selalu pergi ke Kuala Selangor.
Harap sangat dapat naik Bukit Malawati tahun ini... 

GALERI DIRAJA SULTAN ABDUL AZIZ

Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz (Galeri Diraja) wujud hasil dari buah fikiran S.P.B. Yang di-Pertuan Agong XI, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Bertempat di dalam kawasan istana, Galeri Diraja dahulunya dikenali sebagai 'Muzium Kenangan'. Pada tahun 1998, Almarhum telah berkenan menukar nama Muzium Kenangan kepada Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz mengambil sempena nama kelahiran Almarhum. Pelancong boleh melawat galeri ini pada hari Selasa hingga Ahad, jam 10 pagi hingga lima petang.

Tel : 03 - 337 36500                 Laman Web : www.galeridiraja.com
Sumber gambar :- CAHAYAMYLIFE
Yang inipun akak tidak pernah pergi... 
Lalu lalang di sini rasanya banyak kali juga..
Entah orang Klangpun tidak pernah masuk ke sinikan..

SUNWAY LAGOON

Sunway Lagoon Water Park merupakan taman tema air pertama air yang terdapat di Malaysia. Banyak sukan dan permainan yang berasakan air terdapat di sana. Anda juga boleh membeli belah di SUnway Pyramid kerana ianya bersebelah dengan Sunway Lagoon. Taman Teman Sunway Lagoon terbahagi kepada lima taman keriangan yang memberi pelbagai pengalaman dan kelainan kepada oranga ramai iaitu Water Park, Amusement Park, Extreme Park, Wildlife Park dan juga Scream Park.

Tel : 03 - 5639 0000               Laman Web : www.sunwaylagoon.com

DONG ZEN MONASTERY

Kuil Dong Zen ini terletak di Jenjarom, Selangor, kira-kira 60 kilometer dari Kuala Lumpur. Kuil tersebut dipercayai antara kuil Buddha terbesar di negara ini. Ia wujud sejak lebih lima tahun dan pernah menerima kunjungan rasmi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Hari Wesak 2011. Diasaskan oleh Master Ching Yuen dari Taiwan sejak dua dekad lalu, ciri pembinaan kuil FGS masih mengekalkan elemen kebudayaan China.

Tel : 03 - 5639 0000               Laman Web : www.fgs.org.my
Sumber gambar :- TOURISMSELANGOR
Yang ini lagilah akak tidak pernah sampai..
Pernah nampak papan tanda masa pergi ke Banting

KELIP-KELIP KAMPUNG KUANTAN

Kampung Kuantan sememangnya terkenal dengan Kelip-kelip. Malah ada pendapat menyatakan keajaiban. Kelip-kelip hanya terdapat di dua tempat sahaja di dunia ini dan salah satunya ada di Kampung Kuantan. Hari ini Kampung KUantan terkenal dengan keajaiban Kelip-kelip bukan sahaja kepada pengunjung tempatan malah di serata dunia. Menarik lagi, Kelip-kelip ini juga dijadikan sebagai maskot kempen Tahun Melawat Selangor pada tahun 2015. Kelip-kelip tersebut yang direka siap memakai topi, kasut dan memegang kamera menunjukkan ciri-ciri seorang pelancong.

Tel : 03 - 32891439               Laman Web : www.mdks.gov.my
Sumber gambar dari :- THE STAR
Akak pernah sampai ke sini ...
Memang kena pergi sekali untuk merasainya..
Boleh baca kisah kami di KELIP-KELIP KAMPUNG KUANTAN

AVANI SEPANG GOLD COAST RESORT

Avani Sepang Gold Coast Resort merupakan projek hartanah mega termasuk rangkaian vila atas air yang membentuk pohon kelapa sawit ia merubah persepsi pelbagai pihak dan landskap Sepang serta sektor pelancongnya. Struktur ikonik dari pandangan udara itu menyaksikan sejumlah 399 vila terapung disusun menyerupai bentuk pohon palma. Difahamkan, ia telah tersenarai dalam Malaysia Book of Records sebagai resort pokok palma terpanjang di negara ini.

Tel : 03 - 3182 3600             Laman Web : www.avanihotels.com

BATU CAVES

Terletak 15km sebelah utara Kuala Lumpur. Sebuah tarikan pelancongan yang popular, terutama ketika festival Hindu - Thaipusam. Kuil Hindu terletak di Gua Utama yang mempunyai 272 anak tangga. Ramai yang tertarik dengan keindahan flora dan gauna, bentuk muka bumi dan reka dalaman di Batu Caves. Walaupun ia banyak mengalami pengubahsuaian untuk memenuhi keperluan aktiviti di situ, usaha tersebut tidak banyak menganggu struktur alam semula jadinya.
Sumber gambar dari :- SKYETRAVELS
Akak tidak pernah sampai ke sini juga... 
Dulu kawan akak nak training naik Kinabalu selalu pergi sini.

HUTAN REKREASI KANCHING

Destinasi ini amat sesuai untuk anda yang suka akan aktiviti luar seperti berkelah mahupun berkhemah. Menjadikan alam semulajadi sebagai tarikan utamanya. Hutan Rekreasi Kanching kini semakin mendapat perhatian daripada pengunjung dari serata dunia.

Tel : 03 - 5513 2000               Laman Web : www.tourismselangor.my
Sumber gambar TOURISMSELANGOR
Tidak pernah sampai juga akak ke sini...
Selalu juga terasa nak berkelah di air terjun ....

I CITY

Terletak di lokasi yang sangat strategik, iaitu di kawasan PUsat Bandar, Seksyen 7, Shah Alam, pastinya menjadikan I-City lokasi terbaik untuk membawa keluarga anda bersiar-siar dan lupakan semua masalah di tempat kerja. I-City yang dahulunya terkenal dengan jolokan "bandar cahaya" kini telah dinaiktaraf menjadi sebuah kawasan yang dipenuhi pelbagai tarikan yang bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak bahkan juga untuk orang dewasa.

Tel : 03 - 5521 8800              Laman Web : www.i-city.my
Sumber gambar dari :- IKHLAS-ATILIA
Rasanya lebih dari 3 kali kami pergi ke I-City..
Dari mula I-City yang hanya ada lampu-lampu...
Kini I-City memang macam-macam ada...
Akak tidak pernah pergi taman tema air dan snow walk lagi..

FOREST RESEARCH INSTITUTE OF MALAYSIA (FRIM)

FRIM sangat terkenal dengan pelbagai aktiviti berbentuk kekeluargaan seperti mencari harta karun, berkhemah, melihat burung dan pelbagai lagi aktiviti yang akan mendekatkan anda dengan keindahan alam sekitar. 

Tel ; 03 - 62797000               Laman Web : www.frim.gov.my
Sumber gambar :- THE STAR
Akak pernah sampai ke sini sekalijer..
Teringin nak pergi lagi tapi belumlah kesampaian...

Siapa kata kalau melancong kena ke luar negeri... Banyak tempat menarik di negara kita... Jadi jom jalan-jalan .. Dekatjer.. 

Monumen Alaf Baru Putrajaya

Hanya kami berdua menghirup udara di tepi tasik yang tenang. Tujuan ke Putrajaya untuk membuat kad pengenalan baru di JPN. Singgah hanya untuk bergambar dan tiada tujuan yang spesifik. Untuk mereka yang tinggal di Putrajaya tidaklah sakan seperti kami bergambar. Maalumlah hari-hari nampak..

Kebetulan Monumen Alaf Baru ini berdekatan dengan JPN dan laluan balik ke Puchong. Bergambar di tepi tasik dahulu sebelum memanjat Monumen Alaf Baru atau Tugu Milenium. Kalau banyak masa lagi bolehlah singgah di Umai Cafe yang sedap makanannyatu... 
Info dari WIKIPEDIA >>>> Monumen Alaf Baru atau Tugu Milenium (Millennium Monument) terletak di Presint 2, PutrajayaMalaysia. Ia merupakan monumen negara yang pertama dibina khas untuk Wilayah Persekutuan Putrajaya. Di bawah tugu ini telah ditanam oleh Tun Dr Mahathir, semasa menjadi Perdana Menteri, kapsul masa yang akan dikeluarkan pada tahun 2020 nanti.
Menara Tugu Milenium ini tingginya 68 m. Jalan naiknya berbentuk pelantar tinjau ala beranda yang dibahagikan kepada 4 pecahan yang bersambung iaitu bagi menggambarkan era Malaysia pra kemerdekaan (sebelum tahun 1957), pasca merdeka (1957-1970), Malaysia kini (1971-2020) dan Malaysia akan datang pada tahun 2020 dan ke atas.
Dilihat dari atas, menara ini seakan-akan membentuk bunga kebangsaan Malaysia iaitu bunga raya yang berwarna emas berkemilauan. Di pelantar tertinggi, pengunjung dapat melihat bangunan berhampiran seperti Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Jambatan Seri Wawasan.
Pada waktu malam menara tugu yang diperbuat dari aluminium ini akan memancarkan cahaya terang ibarat rumah api yang membuatkan ia tampak lebih eksklusif dan indah.
Bergambar di tepi tasik dulu...
Ceria untuk memulakan perjalanan
Perjalanan akan bermula di sini...

Menyelusuri sejarah silam negara untuk menanam rasa cinta kepada tanah air kita...
Cantik tau pemandangan dari Tugu Melineum ini...
Di belakang ialah masjid  aka masjid besi ...
Kusyuk kau membacanya yer dik Ya...
Sebelah sini Tuanku Mizan Zainal Abidin atau Masjid Besi..
Sebelah satu lagi nampak Masjid Putrajaya...

Mesti datang sini bergambar... memang berbaloi memanjat tinggi....
Tiangtu ada tertulis Rukun Negara yang menjadi tunjang kekuatan Malaysia negara berdaulat...
Jom baca cerita di Kosmo online :- KOSMO

Gambar dari WIKIMEDIA
Putrajaya memang sangat menarik untuk di lawati..
Banyak tempat untuk dikunjungi...

Friday, August 5, 2016

Madinah yang warna warni

Syawal sudahpun berakhir kini ramai yang memperkatakan tentang musim haji. Seronok dengar ramai kawan dan saudara mara yang dapat menunaikan haji tahun ini. Moga mereka mendapat haji yang mabrur. Semoga akak dan kawan-kawan yang membaca ini juga akan dapat pergi ke sana sebagai jemaah haji. Walaupun akak hanya pergi menunaikan umrah tapi kenangan berada di sana memang sentiasa dalam ingatan.

Ternampak gambar suasana selepas subuh di Madinah membuatkan rindu bertandang lagi. Terasa kemeriahannya sehingga kini dengan gelagat  penjual dan pembeli yang bermacam ragam. 

Sepanjang jalan ke Masjid Nabawi itu memang banyak godaan. Jualan bukan sahaja di tepi jalan tetapi banyak juga kedai yang menjual pelbagai barang. Tapi kena ingat tujuan asal kita datang ke sini. Jangan pulak terleka dengan keseronokan yang ada...
Selautan manusia yang datang dari pelbagai negara datang ke sini.
Bayangkan musim haji namun akak tidak tahu kalau musim hajipun ada penjual seperti ini ataupun tidak... 
Akak yang menyorong emak berkerusi roda memang agak sukar untuk melalui kawasan ini.
Coklat yang berlambak di jual juga di sini, pilih jangan tak pilih.
Penjual tudung yang naik tempat tinggi untuk dapat di lihat oleh pelanggan.. 
Memang teruja juga untuk orang yang pertama kali datang ke sini..
Kalau dulu opah akak selalu bercerita pasal shopping di Mekah dan Madinah kini akak dapat merasainya..
Bayangkanlah opah akak yang tidak pernah keluar rumah untuk bershopping di Malaysia di tanah suci pandai juga dia membeli untuk anak cucunya.. 
Penangan berada di sana macam-macam boleh jadikan.. 
Ya Allah moga kami semua akan dapat menunaikan rukun Islam ke lima ini... Amin.. amin... 

Nuffnang oh Nuffnang