Nuffnang saya

Thursday, September 21, 2017

Mi Tarik Warisan Asli Petaling Jaya SS2

Dah cerita pasal mi celup kita beralih pulak ke mi tarik yang terkenal ini.. Mi Tarik Warisan yang merupakan restoran cina muslim yang terkenal di Malaysia.. Kenapa mi tarik? nanti boleh tau juga yer.. .jadi teruskan membaca... 

Oleh kerana teringin sangat nak makan pergilah akak makan tengahari bersendirian ke restoran Mi tarik Warisan Asli. Adik-adik di pejabatni tidak berapa gemar masakan cina .. yeler kurang pedasnya kot... tapi akak okjer janji mi dan berkuah okjer letaklah cili lebih sikit...
Inilah hidangan tengahari akak.. 
Akak suka teh herbatu... sedap ooo...
Pilihan mi akaktupun sedap juga....
Akak cakap pada dia nak masakan yang pedas...
Dia bagilah akak mi yang berkuahtu pada akak...
Ini bukan di SS2, Pj yang ini di KL Sentral..
Tidak sempat nak buat entri pasal mi tarikpun masatu..
OK nampak tak pekerja lelaki itu dia sedang buat mi...
Memang nampaklah dia tarik mi tersebut...
Gambar dari meetarik.com.. 
Macam itulah rupanya mi tarik di hasilkan... 
Akakpun tidak pasti hidangan yang sama ataupun tidak...
Tapi yangni pun akak suka....
Paling penting akak kalau makan mi yang berkuah suka sangat kalau guna sudu sup yang macam di atas.. 
Barulah rasa nikmatnya...


Wednesday, September 20, 2017

Inilah Kuala Lumpur

Ini gambar masa akak jalan-jalan di Kuala Lumpur.. ha.ha.. tapi bukanlah seluruh KLpun... Sebenarnya akak pergi ke Bursa Malaysia untuk menambah sedikit ilmu... Jadi paling mudah naik LRT dari Bandar Kinrara dan dapatlah menikmati keindahan KL macam pelancong asing... kuang.. kuang. Memang lain tau kalau kita naik kereta berbanding kita jalan kaki... rasa melancong sangat... 
Ada lukisan sebegini comel menceriakan bandaraya ini...
Ada juga kartun sebegini rupanya.... 
Lain kali kita singgah Muzium Telekom yer... 
Ada telefon gergasi di Muzium Telekom....
Teringat telefon sebegini masa akak kecik-kecik dulu...
Kena dail nombor dan pusing... 
Isyh payah sungguh....
Hello is't me you looking for..
Memang orang kayajer yang ada telipon...
Dulu kami berlari kerumah jiran kalau ada panggilan dari tok saudara di Kuala Lumpur...
Antara 'wish list' akak nak naik KL HIP ON HOP OFF...
Ini sessi mencari ilmu...
Bursa Malaysia Bukit Kewangan...
Bangunan Bursa Malaysia memang cantik... 

Monday, September 18, 2017

Mi Celup Siam

Ini cerita makan lagi... kan akak dah cakap akak suka makan.... tara... kali ini kita pergi ke Golok Siam... ha..ha.. tak payah dah Bandar Kinrarani ada dua kedai menyediakan Mi Celup... Akak memang suka mi yang kuahnya sup...

Apa bezanya Mi Celup dengan Mi Sup? Mi Sup sendiri mempunyai versi yang bermacam-macam.. Kalau ikut tekak orang melayu tentulah supnya berempah sedikit dan ikut tekak orang cina mi supnya jernihjer untuk pedas tambahkan cili padi potong.... Kiranya mi celup ini juga adalah mi sup juga. Pendapat akaklah.. Cuma paling ketara pada akak ialah mi celup ini ialah disediakan pelbagai jenis cili untuk menambah perisa.. Yummy... Yummy...
Nampak bekas birutu ada 4 jenis cili untuk ditambahkan ke dalam mi celup...
Mudah membangkitkan selera makan sebegini...

RESIPI MI CELUP SIAM

Bahan-Bahan:
Mee kuning/bihun/kuew tiew
lobak jeruk cincang
Ikan bilis goreng - sy x letak
Sayur kangkung - di celur
Kacang tanah goreng - di tumbuk
Tauge
Sambal cili/Cili Jeruk/Limau nipis
Bawang putih digoreng
Bahan Sup:
Daging - rebus dulu dan potong nipis2
Perut
Paru
Bebola Daging
Rempah sup - sy guna rempah sup serbuk
Cara: Terlebih dahulu sediakan sup. Rebus perut dan daging hingga empuk. Rebus bersama rempah sup (bunjut).
Kuah Sup tu mcm biasa tumis bhnnya seperti biasa ye...
Cara-cara menyediakan mee celup:
1) Ambik mee kuning dan kangkung celupkan ke dalam kuah sup.
2) Lepas tu masukkan dalam mangkuk dan curahkan kuah sup tadi (panas) serta tambahkan kacang tumbuk, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, lobak jeruk, perasa (garam,gula dan serbuk perasa), daun bawang dan perahkan sedikit limau nipis.
Cadangan Hidangan: Dihidangkan ketika masih panas. Lagi terangkat sekiranya sup menggunakan air rebusan gear box dan lemak dicampur sekali..
Resipi dari facebook

Tiba-tiba hati ini teringatkan mi sup Mat Jasak di Ipoh pula... alahai awatnya teringat-ingat...
Gambar dari pencarian google....
Semasa akak tinggal di Ipoh dahulu selalu singgah ke kedai Daud Mat Jasak di Jalan Datuk Onn Jaafar yang berhampiran Super Kinta. Kiranya semuanya akak suka dari mi kari, mi sup dan mi kicap... Pujaan hatiku... cara disediakan agak berbeza kerana kita boleh memilih seaneka fish ball, fish cake, tauhu (macam nak makan yong tau fu) makan bersama mi pilihan hati kita... alahai bestnya... 


Saturday, September 16, 2017

Coliseum Cafe & Grill Room Sunway Pyramid

Ini cerita lama kami semasa berkunjung ke Sunway Pyramid.. alahai macam jauhjer padahal Sunway Pyramidtu dekat bebeno dengan rumah tapi nak perginya punyalah susah.. entah-entah orang luar lagi selalu singgah sinikan.. Pergipun bertujuan nak membeli hadiah untuk kedua puteri kami... Ingat dah sampai ke Sunway Pyramidni naklah singgah makan di restoran Hello Kity, selalu nKeampakjer tapi tidak pernah singgah.. Tujuan utama hendak bergambar maalumler girlkan sesuailah Hello Kity walaupun hakikatnya anak-anak akak bukan pengemar Hello Kity malah pembenci warna pink... 

Rupanya Restoran Hello Kitty sudahpun ditutup secara rasmi. Kah... kah.. kah.. mencari bagai nak rak kot-kot ada pintu lain rupanya memang baru sangat tutup sebelum kedatangan kami. Tiada rezeki untuk kami bergambar... Oleh itu kamipun bergerak ke satu lagi restoran yang masuk dalam 'wish list' akak berdasarkan kepada reputasinya... Since 1921tu... jadi kalau tidak sedap sudah pastilah tidak mampu bertahan selama itukan... kedai ini tiada tanda HALAL cuma 'pork free'... apa2 tengoklah gambar yang ada...
Akak pakai baju pink sebab ibunya yang pilih...
Nampak klasik jer menunyer...
Nampak klasik peralatankedainya...
Cuba mi hailamnya...
Cuba chicken gril 
Minum air A&W float...
Kami juga memesan roti bakar (tiada dalam gambar) 
Gambar dari facebook Sunway Pyramid SUNWAYPYRAMID
Inilah rupa depan Restoran Coliseum....

KESIMPULAN :- Mungkin harapan terlalu tinggi jadi agak mengecewakan tidaklah seperti yang dibayangkan.. Namun harus diingat kemungkinan besar kami tersilap memilih menu... Cukuplah pernah singgah ke sini... 

Thursday, September 14, 2017

Kinrara Oval di Kuala Lumpur 2017

Ini cerita Sukan Sea ke 29 yang lepas... Akak yang sudah menetap di Kinrara selama 10 tahun belum pernah lagi masuk ke Kinrara Oval ini. Dikesempatan Sukan Sea 29 Kuala Lumpur 2017 maka terealisasilah sebuah impian...ha..ha.. impian... betul impian sebabnya selalu nampak cahaya lampu bergemerlapan kalau ada sesuatu permainan.. Hendak pergi rasa malu pulak, bukannya akak pahampun peraturan permainannya... 

Namun disebabkan Sukan Sea tidaklah malu sangat belasahjer masuk sebab siang hari dan ada pasukan perempuan yang main. Tiketpun bukannya berbayar jadi apa nak kira paham tak paham buat-buat paham... Orang tepuk tangan kitapun tepuk tangan... Jadi gambar di bawah hanyalah sekadar gambar untuk suka-suka dan kenangan ... 
Cantik cuaca hari itu... 
Misi menawan Kinrara Oval dengan dik Ya... 
Selalu tengok dari luarjer... 
Kafe tapi macam untuk pemainjer... entahler... 
Baru nak mula...
Singapura lawan Indonesia... 
Boleh mesin kutip sampah rasanya buat kerja masa permainan berjalan...
Masa ini Malaysia lawan Indonesia... 
Malaysia vs Indonesia... 
Pemukulnya Malaysia yang baling Indonesia... 
Tu dia pintu masuk ke stadium...
Ada pemeriksaan oleh Polis dengan menggunakan alat pengesan ... 
Untuk perlawanan ini tidak ramai yang datang... 
Tetapi akak datang masa Malaysia main, syukur ramai yang memberikan sokongan...
Penat juga nak berjalan dari pintu masuk...
Tahniah kerana menyediakan kemudahan surau untuk muslimin dan muslimat..
Selesai misi kami merasai sedikit kehangatan Sukan Sea...

Nasiblah entri ini keluar sebelum 9th Asean Para Games. Rasanya lepasni teringin nak pergi ke Bukit Jalil pula memberikan sokongan terutama untuk acara larian... Insyaallah... 

Zumba ~ gerakkan badanmu...

Jom layan you tube zumba .. gerakkan badanmu.. kelaut kesungai ker apapun ada kau kesah... hanya gerakkan badanmu... lama-lama lembutlah... 



Seronokkan... terasa ralat kalau tak dapat pergi .... Insyaallah kesihatan semakin baik dan dapatlah join lagi malam esok... antara lagu yang diatastu terngiang-ngiang ditelinga... ha.. ha.. gitu... Astaghfirullah jangan dilupa untuk dilontarkan selalu... 

Wednesday, September 13, 2017

Aku suka makan

Maafkan akak kiranya entri ini kurang menyenangkan hati yang memandang.. Oleh sebab akak suka sangat ambil gambar makanan maka rasa sayang kalau tidak dikongsikan di sini... Hanya sebagai kenangan yang terindah...
Kafe baru di Bandar Kinrara...
Cerita nak diet tapi makannya alahai... 
Air nak shake gitu... 
Ini pula di tempat lain... Nak float pulak... 
Insaf sikit minum air buah segar .... 
Sedap juga rupanya bendani... 
Memang kreatif yer, kentang jadi bentuk bunga... 
Mak ooooi sedapnya blended pulak... 
Akhirnya kek keju juga yang paling WIN....

Akak nak diet... esokler mula kot!!! Harap-harap sangkut... 



Tuesday, September 12, 2017

Perbezaan taman tema air Bayou Lagoon vs Gold Coast Melaka

Entri terakhir akak kisah di Melaka membandingkan antara taman tema air dai Bayou Lagoon dan juga Gold Coast Melaka... Hanya seronok-seronok dan entri ini hanya untuk rujukan semata-mata.. mungkin ada antara kita berbeza pendapat  kerana sesungguhnya yang baik datang dariNya dan yang buruk itu adalah kelemahan akak... 
Gambar kenangan ... entah kenapalah akak boleh beli gambarni..
Bukanlah cantik sangatpun tapi sebab kurang gambar bertiga.. belipun belilah... 


1) HARGA DAN WAKTU OPERASI

TAMAN TEMA AIR BAYOU LAGOON 

Entrance Fee

Weekday

Adult : RM22.00

Children : RM16.00
Senior Citizen:  RM11.00
(55 years old and above)

Weekend, School & Public holiday

Adult :RM28.00

Children : RM20.00
Senior Citizen : RM14.00

Admission is FREE

for children under 3 feet tall


Operation Hours
Weekday9am-7pm
Weekend, Public and School Holiday8am-7pm
Bayou Lagoon Water Park close on every Tuesday except Malacca State holidays, School and Malaysia Public holidays.
Swimming pool remains open daily for in-house guest.
TAMAN TEMA AIR GOLD COAST MELAKA


KESIMPULAN :-    

Harga ada sedikit perbezaan yer... kalau dikirakan harga untuk masuk ke Bayou Lagoon lebih murah dari masuk ke Gold Coast. Mungkin itu memberikan sedikit kelebihan. Namun sudah pastilah harga itu sudah mengambil kira semua faktor dari kedua belah pihak.. Yang pasti juga kalau kita menginap di hotel sudah pastilah ada pas masuk percuma diberikan... 

Kelebihan Gold Coast adalah taman tema airnya di buka di waktu malam... Bolehlah kita sekeluarga berendam sebelum tidur, ada juga aktiviti sebab hotel ini agak jauh dari bandar.. Lagi satu emak-emak bolehlah berjakuzi... MENARIKKAN.... 

2) KOLAM DAN AKTIVITI

TAMAN TEMA AIR BAYOU LAGOON 
Inilah keadaan kolam yang ada di Bayou Lagoon.. Pada akak kawasannya bukanlah sebesar yang akak bayangkan, tapi cukuplah untuk melekakan anak-anak dengan aktiviti main air.... Ehm tidak dinafikan ada juga gelungsur di sini macam agak laju turunnya dan terus jatuh dalam air dalam keadaan tidak bersedia, jenuh air masuk hidung... ha... ha.. akakler tu... rasa macam bahayajer padahal akak biasa juga main di taman tema airni... (susah nak explain camner)

KESIMPULAN : Setkan diminda taman tema air dia bukanlah taman tema sangatpun hanyalah kolam renang tapi ada sedikit tambahan kolam lain yang ada permainan.. bukanlah besar sangatpun tapi cukup untuk menghiburkan hati anak-anak... Namun kalau anak sudah besar sedikit payah untuk gembira kerana tiada permainan ekstrem untuk mereka cuba.. Lagi satu dalam gambar di atas hujung sekalitu ada kereta langgar, kosnya tidak termasuk di dalam tiket tersebut...

TAMAN TEMA AIR GOLD COAST MELAKA

Ini pula gambaran kolam di Gold Coast... Pada akak kawasannya juga kecil namun kolam dia lebih nampak bersemangat... 

KESIMPULAN : - Oleh kerana taman tema ini lebih baharu dari di Bayou Lagoon (akak rasalah) tempat ini lebih cantik dan ada juga aktiviti seperti tembakan buih sabun. Ada juga aktiviti bermain ombak di sini... Anak akak suka sebab ada kolam yang lebih dalam untuk mereka berenang dan juga boleh disewa pelampung untuk bersantai.. 

3) Kemudahan

TAMAN TEMA AIR BAYOU LAGOON 

a) Tuala ~ Tidak boleh bawa tuala dari bilik katanya.. tapi tengok ramaijer yang bawak...
b) Makanan ~ Ada dijual di sini, tapi bukanlah makanan beratpun...
c) Loker ~ Terdapat loker untuk menyimpan barang harga tidak ingat, tapi yang tidak bestnya pakai token kalau dah buka untuk ambil barang habis masa... cam mahaljer...
d) Pelampung ~Entahler akak tak nampakpun masa pergitu, ramai yang bawa pelampung sendiri... 

TAMAN TEMA AIR GOLD COAST MELAKA

a) Tuala ~ Tiada sewa tuala jadi mungkin boleh bawa dari luar... 
b) Makanan ~ Akak tidak nampak ada jualan makanan di sini... mungkin kami pergi hari biasa bukan hari minggu... 
c) Loker ~ Akak nampak ada tapi tidak menggunakannya sebab kali ini akak malas terjun sekali... 
d) Pelampung ~ Boleh disewa pelampung di sini.. harga rasanya macam biasa... 

Sebelum lupa nak bagi tau yang di kedua-dua taman tema air ini boleh sahaja tidak memakai pakaian khas untuk berenang. Namun harus diingat kalau pakai seluar biasa misalnya pergerakan di gelungsur tidak selancar yang berpakaian renang.. Lagi satu semasa masuk tidaklah beg kita diperiksa macam di setengah2 tempat rekreasi air yang lain. Mungkin ini menjadi satu kelebihan kepada yang tidak suka berpakaian renang dan lebih seronok menyediakan makanan sendiri untuk keluarga... 

KESIMPULAN :-

Sebagai penghuni hotel rasanya kemudahan ini memang amat membantu kita mengembirakan hati anak-anak. Namun kalau tujuan utama hanya ingin merasai keseronokan ditaman tema air di sini adalah tidak berbaloi untuk kita memandu beratus km.. Ini kerana misalnya taman tema air di Wetland Shah Alam yang harganya lebih kurang sama namun kemudahannya mungkin lebih dari di dua tempat ini. 

Sebaliknya kalau kita pergi ke Melaka dan ingin tinggal jauh dari bandar Melaka bolehlah memilih salah satu hotel tersebut. Hotel di sini juga dekat dengan kawasan Ayer Keroh yang tidak kurang banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Tidak usah takut pasal kedai makan kerana terdapat pelbagai pilihan kedai untuk disinggahi.. Melaka memang best, DON'T MESS WITH MELAKA... Pasti akan aku datang lagi tapi kali ini kami hendak menginap di Bandaraya Bersejarah Melaka... Insyaallah, dengan izin Mu juga... 

Saturday, September 9, 2017

Taman Tema Air Gold Coast Melaka.

Ini kisah Taman Tema Air Gold Coast Melaka pulak.. Suami akak menginap di sini, jadi banyak tiket masuk sebab kawan-kawan dia semuapun pergi mesyuarat.. Jadi dapatlah kami anak beranak masuk ke sini dengan percuma.. Entri ini juga hanya gambar menjadi hiasan sebab akak akan gabungkan kisah kedua2 taman tema air yang bersebelahan ini nanti...

Kami masuk ke taman tema air ini seawal pagi sebab kalau boleh nak pergi ke bandar Melaka pula di sebelah tengahari... Syukur cuacapun  baik jadi anak-anak sahaja yang berjimba2 di dalam air.. Ibunya ke sana kemari ambik gambar.. so kalau semalam di Taman Tema Air Bayou kurang gambar di sini agak banyak gambarnya...
Kapal Laksamana Cheng Ho berlabuh di sini... 
Gelang masuk ke sini.. 
Yang kotak coklattu jakuzi kalau tak silap... 
Ada semburan buih di masa yang ditetapkan... 
Wah rehat habis anak aku...
Maalumler mak bagi ponteng sekolah... 
Tak dilayannyer akak suruh dia pergi main buih di sana nun... 
Baik aku rehat di sini... 
Di sinipun ada gelungsur pusing-pusingni... 
Mungkin di sini sesuai untuk kanak-kanak....
Kami adik beradik... 
Syioknyer berendam yer... 
Untuk kanak-kanak idakler takut sangatkan ...
Airnya tidak dalam sangat... 

Nuffnang oh Nuffnang