Nuffnang saya

Tuesday, January 31, 2017

Keluarga Bota bila berkumpul

Cerita cuti sekolah yang lepas waktu cuti hari krismas... adik beradik semuapun balik kampung kecuali akak.. Dapat kiriman gambar di whatsapp sebagai kenangan. Sedih juga tidak dapat bersama namun apalah daya ada benda yang mengekang kami untuk sama-sama memeriahkan rumah opah...

Kebetulan ada harijadi untuk diraikan, ada kejayaan UPSR dan juga yang seorang berjaya bersunat... Jadi semua kejayaan kita raikan bersama...
Harijadi Mikael yang berkaca mata di bulan Disember...
Tahniah Adief yang telah bersunat dengan jayanya...
Kata dia " Inilah sekali Adief bersunat, tak nak lagi..."
Potong kek juga boleh dimakan bersama-sama...
Abang dia yang berjaya di UPSR tidak mahu bergambar...
Adik dialah yang happy sangat....
Kek batik tetap dapat perhatian walaupun ada kek sedap...
 Berbaris untuk sate Bota yang terkenaltu...
 Hero opah... 
Ini kisah sepupu opah yang berkahwin di masa yang sama adik-adik berkumpul...
Berkahwin untuk kali kedua selepas isterinya meninggal dunia dua tahun lepas...
Berkahwin pula dengan orang kampung walaupun sepupu emak akaktu dah tinggal di Cheras...

Inilah kisah keluarga Bota kalau berkumpul hanya untuk kenangan... 

Monday, January 30, 2017

Tempat Menarik Kuala Lumpur ~ Muzium Negara

Ini kisah ke Muzium Negara kami juga. Ingatkan tiada gambar di ambil, rupanya ada di handphone anak akak. Jadi untuk kenangan inilah gambar yang anak-anak akak ambil.. Memang agak ralat tidak dapat bergambar sakan sebab banyak benda yang menarik di sini.
 Mesti bergambar kalau sampai Muzium Negara...
 Murah.. murah... Hanya RM2 sahaja...
Inilah harga yang di bayar untuk masuk ke Muzium Negara..
 Keretanipun cantik untuk bergambar...
Rasanya di dalam ini tidak boleh bergambar..
Sebab rasa macam bestjer ambil juga gambar...
Sekolah zaman dulu-dulu...
Meja panjang macam di kedai makanjer...
Akak merasa masa di sekolah agama rakyat... 
Syiok weh sebab hubungan rasa akrabjer dengan kawan sebelah menyebelah...

Di Muzium Negara ini ada 4 galeri yang boleh dikunjungi. Galeri A tentang sejarah awal, Galeri B pula tentang Kerajaan-Kerajaan Melayu, Galeri C ialah Era Kolonial dan Galeri D pula Malaysia Kini. Di sini juga terdapat aktiviti yang dianjurkan dari masa ke semasa. Terdapat juga juga pelbagai pameran di luar Muzium Negara yang sesuai untuk kita bergambar. Boleh naik ke Istana Satu yang merupakan sebahagian dari bangunan istana Trengganu yang dibina dari kayu cengal. 

Di perkarangan Muzium Negara ini terdapat Muzium Seni Kraf Orang Asli dan Muzium Etnologi Dunia Melayu. Semasa kita membeli tiket untuk Muzium Negara belilah juga tiket untuk masuk ke kedua-dua muzium yang ada di situ. Akakni ingat semuapun 'all in' rupanya kena beli tiket yang lain. Anak-anak bolehlah masuk sebab kanak-kanak percuma.

Lawatilah laman web :- MUZIUMNEGARA

Muzium Negara, sebuah bangunan indah bercirikan senibina Melayu tradisional berdiri megah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sebagai gedung khazanah sejarah negara. Kini Muzium Negara yang baru selesai dinaiktaraf  pada tahun 2008, tampil lebih menarik dan interaktif dalam membawa pengunjung menerokai sejarah Malaysia bermula dari era prasejarah hingga ke Malaysia kini. 

Boleh tengok aktiviti di sini jika berminat...

Wednesday, January 25, 2017

Gerai Makan Musim Sekolah

Ini kisah musim cuti sekolah yang lepas. Anak-anak zaman dahulu kalau cuti sekolah akan lepas bebas di luar rumah. Sekarangni masih lepaskan mereka tapi selalunya selepas sembahyang asar sahaja. Yang laintu memang kenalah main di dalam rumah.. 

Anak akak memang pantang nampak kotak, mesti nak buat macam-macam. Untuk cuti sekolah kali ini buat gerai makan yang dinamakan Memory Cafe. Hias sama-sama dengan kawan-kawan yang selalu datang bermain di rumah. Pilihan warna pink anak perempuanlah katakan. Akak yang sekali-sekala tengok diaorang mainpun rasa nak tergelak.. Seorang jadi tukang ambil pesanan, ada juruwang dan pelanggan. Tukang masak tiada dalam ini wayang sebab hanya seorang juruwang sahaja yang muat dalam cafe.... ha.. ha...

Janji diaorang happy biarkan sahaja mereka berfantasi. Mana tahu bila dah besar nanti sama-sama mengusahakan kafe sudah ada pengalaman masa kecil.
Inilah rupanya gerai makan hanya masa cuti sekolah...
Ini pulak peti ais anak-anak masa kecil dahulu...
Toys r us pun tidak menjual mainan sebegini...
Hanya ada di Bandar Kinrara...
Jimat belanja, janji anak happy...

Monday, January 23, 2017

Kafe Coffee Culture pengganti Zawara Coffee

Sekarang di Bandar Kinrara terdapat banyak kedai makan baru di buka. Antaranya ialah Coffee Culture menggantikan Zawara Coffee. Selalu lalu lalang sahaja dan akhirnya tercapai juga hajat untuk minum di situ. Perut masatu agak kenyang tapi terasa ingin minum selepas selesai membayar yuran sekolah agama anak-anak. Kalau di lihat dari segi dekorasi tidak banyak yang berubah dari Zawara Coffee. Di bawah ini adalah komen dari pemilik Coffee Culture di entri akak yang ini ZAWARA COFFEE BANDAR KINRARA
Ronita IsmailOctober 21, 2016 at 9:59 AM
Saya lah owner zawara bandar kinrara dan sekarang coffee culture... saya berharap semua boleh bagi sokongan...makanan pun saya pasti yg halal saja...sekarang kami tambah menu ada nasi lemak...sambal buat sendiri...sweedish meatball..freakshake...spaghetti aglio olio..dll silalah
Gitulah kisahnya, jadi jangan malu-malu pemiliknya orang kita. Semoga Coffee Culture akan menambat hati warga Kinrara. Jom kita tengok gambar yang sedikit kerana malu ramai yang memerhati. Takut pulak dikatakan 'peghak', ordernya sikit tapi nak ambil gambar bagai..
 Gambar dari depan kedai..
Buat masa ini tempat letak kereta memang sangat mudah..
Akak suka botol air gulanya..
Inilah juadah pilihan kami berkongsi suami isteri...
Senangkan persembahan makanannya..
Tetap menarik dan memudahkan...

ALAMAT :-

KAFE COFFEE CULTURE
Jalan Kinrara 5A/1
Bandar Kinrara
Puchong Selangor

Saturday, January 21, 2017

Breeze of Love drama Korea

Akak sekarangni melayan cerita Korea bertajuk 'Breeze of Love'. Inilah akibatnya kalau sudah tertengok mesti hendak diketahui kisahnya sampai sudah. Paling tidak seronok 'Breeze of Love' ada sebanyak 50 episod dan belum habis ditayangkan lagi. Jadinya terpaksalah tertunggu-tunggu episod baru setiap minggu. 

Kalau sebelum ini tidak terasa sangat yang drama Korea ini meleret-leret. Sekali yang ini rasa macam tengok telenovela pulak. Harta yang bukan milik menjadi buruan, tamak, dendam, khianat dan paling kelakar siap bapa dia yang kena mati ditembak rupanya hidup tapi hilang ingatan. Orang baik ini tidak sudah-sudah bodohnya ditipu berkali-kali tapi tetap tidak menaruh syak wasangka. Ha.... ha... tapi sudah tertengok kalau tidak tengok sampai sudah rasa tidak seronok. 

Nasiblah ada di internet lebih cepat dari di Astro. Tapi tajuknya 'Blow of Breeze' sekarangni sudah sampai ke episod 41. Kalau menunggu yang Astro punya lagi lambatlah tahu kesudahannya..
Inilah pelakon utama untuk cerita ini...
Suka tengok cerita masa diaorangni kecil...
Masa sebelum mereka kahwinpun seronok tengok... 
Barisan pelakon yang membintangi 'Breeze of Love'
Yang baju biru atas sekalitu, pelakonnya telah ditukar..
Khabarnya pelakon asal telah mengalami kecederaan, tidak boleh menyambung lakonannya...

Tidak sabar rasanya hendak menunggu esok walaupun hanya ada 'raw' tanpa sarikata. Kita paham melalui mimik muka, nada suara, bahasa tubuh sahaja. Akak tidak sabar menunggu episod atuk yang bertemu dengan cucu sebenarnya. Ingin melihat reaksi emak mertuanya yang selama ini sangat menyakitkan hati... 

Sinopsis dari KOREANDRAMA :-

Synopsis
This drama is about the happenings that occur when one day a lonely old man on death’s door discovers that he has a grandchild. The dying old man has assets with a combined worth of 100 million dollars.

The story will surrounding with long-lost grandchildren, a fight for a chaebol’s inheritance and a Romeo-Juliet love story between Kim Mi Poong (Im Ji Yun) who is a North Korean defector and Lee Jang Go (Son Ho Joon) who is a honest South Korean Lawyer.

Friday, January 20, 2017

Muzium Negara ~ Wayang Kulit

Cerita kami kami selepas kenduri kahwin dik Ya berbaju kebaya... Entah macamana kami terlepas ke Kuala Lumpur. Nampak Muzium Negara terus cakap dengan suami 'jom kita lama sangat kita tak melawat Muzium Negara'. Memang rezekilah dapat singgah ke sini, selalu mintak tidak dilayan.. Namun malangnya bateri 'handphone' kami suami isteri telah ke tahap tidak boleh mengambil gambar... 

Jangan ditanyalah mana gambar di sekitar muzium, memang tiada. Gambar di bawahpun menggunakan fungsi kamera whatsapp. Jadi tips kalau hendak juga mengambil gambar walaupun bateri 'handphone' kurang jangan guna fungsi kamera biasa. Kami singgah ke Pameran Wayang Kulit Nusantara, memang puas hati. 
Ratu kebaya sudah menukar bajunya..
Kami cakap pakailah mungkin pelancong asing akan kagum...
Katanya tidak selesa susah nak berjalan...
Boleh melukis gambar wayang kulit...
Ada di sediakan pensil warna juga gunting...
Warna jangan tak warna wahai anak...
Ibu nak berehat sebentar... 
Model meletops... terpaksa ibu berposing ...
Kategori Acara: 
Tarikh Acara: 
Selasa, 15 November, 2016 - 21:00 sehingga Selasa, 28 Februari, 2017 - 18:00
Lokasi: 
Galeri 3, Muzium Negara

SUMBER :- JABATAN MUZIUM MALAYSIA


Ambil peluang ini untuk datang ke Muzium Negara dan perkenalkan pada anak-anak kita. 

Thursday, January 19, 2017

Dik Ya berbaju kebaya berkasut rugged

Susah nak tengok dik Ya berbaju ge'girl'.. sekali dia nak pakai baju kebaya pemberian adik ipar akak.. Untuk majlis perkahwinan anak kepada kawan suami akak tiba-tiba sahaja dia terima permintaan ibu dia.. Majlis berlangsung di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya Bangsar.. Syukur senang dapat tempat letak kereta tidak perlulah kami menapak jauh.. Rasanya anak-anak kawan suami ini kecil-kecil belaka kini sudah entah berapa kali dia menerima menantu. Kenduri kahwin sebelum ini kami tidak dapat hadir.
Ayu kan kita!!!!
Baju sudah macam gadis melayu terakhir...
Tengok kasut rugged sangattu.... 
Sekali dia kangkang pulak...
Percubaan untuk nampak ayu berjaya...
Kenapa Atikah tidak berbaju kurung atau jubah?
Rupanya semua baju kurung dia sudah senteng ataupun sempit...
Tengok dagu dia dari gambarnipun dah boleh nampakkan...

Wednesday, January 18, 2017

Saya Suka Makan, Saya Suka Ambil Gambar Makanan

Inilah kisah akak, kalau sebelum ini cerita azam berdiet akak yang tetap terselit untuk 2017. Kali ini tetap setia dengan mood ambil gambar makanan tapi gambarni semuanya tahun lepas yang punya...Moga selepas ini gambar makanan akak yang sihat-sihat belaka sahaja. 
Gambar kami selepas makan di Medan Selera Cyberjaya...
Akak tahupun tempat ini masa berjumpa dengan pelabur...
Maalumler selalunya akak tengok kedai makan di Cyberni banyak yang mahal belaka..
Rupanya ada terselit di belakang stesen bas ini..
Ini menu sihat yer kawan-kawan...
Sarapan di Subway Puncak Jalil...
Bahagianya kalau dapat makan ais krim...
Set Menu Captain America di Mio' Medan Selera Bandar Kinrara..
Tempat kegemaran kami sebab sos lada hitam yang best...
Dik Ya makan mi wantan versi kanak-kanak..
ehm terus teringat nak makan mi wantan..
Roti tisuni macam menara condongjer...
Tengok botol ubat dibelakangtu..
Tengok anak yang menjualnya itu buat akak kasihan...
Waktu malam, anak perempuan pulaktu..
Katanya dari pusat tahfiz di Kedah..
Selepastu keluarlah kisah penipuan di tv..
Tengok di botol ubat memang samalah..
Memang sakit hati bukan sebab duit yang kita bagitu..
Dalam hati cuma kasihan pada anak itu sahaja..

Walaupun rasakan yang itu sindiket atau bukan betul..
Baliktu katanya ubat panas, tapi bila disapu ke tangan memang langsung tiada rasa apa-apa...
Apalah balasan yang sesuai untuk orang yang menggunakan kanak-kanak untuk kemewahan...
Gunakan nama tahfiz yang sudah tentulah dianggap perkara yang baik-baik...
Teringat anak itu seperti memandang pada anak saudara atau anak sendiri...
Janganlah mereka ini dianiaya oleh orang yang hidup senang atas kelemahan orang lain...
Moga Allah melindungi mereka selama-lamanya...
Tahun ini anak-anak sudi membawa bekal ke sekolah..
Jadi emaknya berusaha jugalah menyediakan bekal ...
Mereka juga hendak bersarapan sebelum pergi sekolah...
Moga lebih bersemangat untuk menimba ilmu...
Bekal tidaklah sehebat orang lain, janji boleh kenyang..
Semoga anak-anak dapat mengurangkan belanja sekolah..
Belajar berjimat dan menyimpan untuk masa depan...

Inilah kisah saya yang suka makan, tolak batu dan kayu kata bapak akak dulu.. Kalau akak yang balik kampung bapak mesti beli macam-macam. Balik dua haritu dia akan suruh emak masak macam-macam.. Dia tahu apapun dihidangkan mesti akak makan.. Katanya anak yang lain ini ada makanan kegemaran yang anak sulungnya senang makan semua benda.. Rindu apak... rindu serindu-rindunya...

Monday, January 16, 2017

Diet ke Laut badan bagai dipam-pam

Azam akak setiap tahun nak kuruskan badan. Tapi hakikatnya setiap tahun berat badan ini akan bertambah. Terimalah hakikat yang azam itu tidak menjadi langsung. Namun tahun 2017 tetap ada terselit azam untuk kurus dengan harapan berjayalah hendaknya.

Diet memang selalu kelaut, setiap tahun berat badan naik bukannya makin turun. Moh kita tengok agak-agaknya tahun ini berjaya atau tidak Cho Zila mengurangkan berat badannya. 
Obesiti ke aku, yer memang dah obes....
 Langkah pertama ialah kita jogging dulu.. 
Hendak menjadi kena ajak anak-anak sekali
Tang kopi memang akak tidak boleh tinggalkan..
Sehari tidak mengopi, esoknya mesti nak juga...
Kalau dapat meninggalkan air bergula alangkahkah bagusnya.;
Diet sangatkan...kan.. kan...


Ada satu gajet baru beli untuk dapatkan kurangkan berat badan ini. Ini untuk entri yang akan datang. Semoga Allah memberkati usaha kami sekeluarga untuk hidup sihat di tahun 2017..

Friday, January 13, 2017

Belajar rajin-rajin wahai anak

Gambar hari pertama persekolahan 2017. Bukan darjah satu jadi tidaklah nak beria-ia sangat hendak mengambil gambar. Seronok sikit tahun ini Azaliapun bersekolah di sesi pagi, jadi mudahlah sedikit kerja ibunya. 

Belajarlah rajin-rajin wahai anak! Pelajaran adalah harta yang ibu dapat tinggalkan pada kamu semua. Harta benda dunia ibu memang tidak punya. Pelajaran itu bukan bererti punyai A berderet tapi pelajaran itu lebih kepada cara kamu membawa diri. Di sekolah tempat pertama kamu belajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan. 
Cabaran naik bas sekolah, kenalah bangun seawal pagi takut kena tinggal. Ah! itu keciljer cabarannya wahai anak. Perjalanan kamu panjang dengan izin Allah, banyak lagi cabaran yang besar yang kamu kena tempuh. Belajarlah betul-betul sebelum kena menghadapi alam pekerjaan yang lebih tidak seronoknya. Jangan dipersiakan masa muda kerana masa tidak akan berpatah balik. Jaga diri, berdiri diatas kaki sendiri, jaga peribadi, moga Allah akan merestui perjalanan hidup kamu wahai anak... ~ catatan akak di facebook ~
Gembira dapat sekolah sebab cuti panjang kita tidak berjalan kemanapun..
Risaukan dik Ya yang susah bangun pagi..
Syukur Allah permudahkan segalanya ...
Atikah yang tidak suka bergambar..
Tapi kalau berswafoto suka pulak dia...
Ha.. ha.. ibu ambil juga gambar ini untuk blog ibu dia..

Bersekolah bukan hanya untuk pandai dapat A yang banyak tapi tentang jadi insan yang berharga. Adik Ya cakap semalam ibu Dato' Aliftu SPM dia teruk tapi sekarang dia jutawan. Wahai anak Dato' Aliftu mungkin tidak hebat dalam silibus pelajaran untuk peperiksaan tapi dia hebat kerana dia rajin berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam hidup dia. Kalau kitani pemalas orangnya, keputusan peperiksaan kurang baik kita hendak jadi apa? Sekarangni hendak jadi keranipun  perlukan diploma dan keatas. Kalau hendak jadi macam Dato' Aliff terpaksalah kamu lebih rajin, lebih kreatif, lebih berusah dan semuanya kena lebih. Kamu mungkin akan jadi seperti Sulaiman Al Rajhi pengasas Bank Al Rajhi. Segalanya berkemungkinan wahai anak ... Hormatilah ibu bapa dan guru kamu untuk mendapatkan penghormatan yang tinggi.




.

Nuffnang oh Nuffnang