Nuffnang saya

Wednesday, April 19, 2017

Gambar bercampur aduk

Semua gambar dalam folder yang hendak dibuang...Sengaja di kongsikan di sini untuk kenangan maalumlah kurang dah berblog. Semoga gambar ini akan menyerikan lagi blog ini... 
Kami jarang makan nasi malam-malam kecuali Azalia..
Dia dan nasi tidak dapat di pisahkan...
Sarapan pagi dengan pasta yang menjadi kegemaran dik Ya juga...
Akak dengan kopi tidak dapat dipisahkan...
Ingatan dari google images, sudah 2 tahun kenangan terindah ini berlalu...
Kenangan berada di bumi Palestin yang tidak dapat dilupakan... 
Kenangan sepanjang harijadi Atikah...
Sambutan kecil-kecilan hanya untuk ingatan...
Kenangan hadir ke mesyuarat PIBG dan penyampaian kecemerlangan UPKK...
Semoga tahun depan adalah Atikah berjubah begitu... Ameeen... Ameen.. Ameen...
Papan tanda macam ginipun ada yer...
Mungkin kawasan inipun jarang orang melintas...

Tuesday, April 18, 2017

Stesen LRT Bandar Kinrara

Penduduk Kinrara kini sudahpun mempunyai pilihan yang lebih baik untuk pengangkutan awam... Kini terdapat satu stesen LRT iaitu Kinrara BK5 yang terletak di kawasan berdekatan Giant Kinrara... Kini perjalanan untuk ke Bandaraya Kuala Lumpur menjadi semakin mudah. Jom kita tengok kemudahan ini yang menjadi tanda majunya kawasan Kinrara berbanding sepuluh tahun sudah masa mula akak tinggal di sini.
Kinrara BK5
Stesen luas dan selesa
Mesin Tunai untuk membeli tiket...
Waktu malam agak sunyi tapi masih selamat...
Jangan risau ada kemudahan escalator dan lif... 
Akak suka tengok lampu ada bungatu...
Ada kemudahan jejantas pejalan kaki di situ...
Kemudahan untuk meletakkan kenderaan motor juga selesa..
Suasana cerah di tempat letak kereta...
Stesen LRT dari tempat letak kereta di Giant Bandar Kinrara
Pemandangan tempat letak kereta yang luas dari stesen LRT..
Pemandangan Stesen LRT semasa menghantar anak ke sekolah..


Kalau dahulu akak akan pergi stesen LRT di Sri Petaling atau juga di Taman Jaya, Petaling Jaya untuk pergi ke Ampang Park kalau ada kursus di OSK. Kini kalau kami hendak ke Jalan TAR hanya perlu naik LRT, tidak perlu memandu kereta mengharungi jalan jem.. Seronok.. seronok walaupun kalau ingin ke KLCC terpaksa transit di Masjid Jamek. Tapi tetap memudahkan... 

Monday, April 17, 2017

Ikan Masak Taucu

Ikan masak taucu juga antara lauk yang sentiasa ada dalam menu masakan emak masa kami kecil. Boleh kata dalam seminggu mesti ada masak taucu dan gulai tempoyak. Memang stok taucu mesti sentiasa di dapur kalau tidak susah hati emak akak memikir hendak masak apa!

Suami akak kurang gemar dengan ikan masak taucu, tapi akak selalu juga masak sebab anak akak suka. Akak beli taucu di pasar ikan di Parit kerana taucunya secukup rasa. Jadi kalau stok taucu dah habis kenalah balik kampung, alasan... alasan...  
RESIPI IKAN MASAK TAUCU

Bahan-bahan 
  • 2 ekor ikan kembung (goreng terlebih dahulu)
  • 2 biji cili hijau (belah dua)
  • 3 biji cili padi (belah dua)
  • 4 biji bawang (belah empat)
  • 2 biji bawang putih (hiris memanjang)
  • sedikit halia (hiris memanjang)
  • 3 sudu taucu
  • Timun ( dibelah memanjang dan buang biji)
  • sedikit air asam jawa (terpulang)
  • air ikut keperluan
Cara-cara

1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau dan kekuningan.
2. Gorengkan taucu dan masukkan cili hijau dan cili padi.
3. Masukkan sedikit air dan air asam jawa.
4. 
Masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
5. Bila mendidih masukkan timun.
6. Rasa terlebih dahulu barulah di padam api. 

Ehm teringat zaman akak kecil dahulu, lauk memang ringkas tapi sangat berselera. Selalunya makan adalah waktu kita berkumpul adik beradik. Itu yang sedap agaknya bila dapat makan beramai-ramai. 

Untuk menemankan gulai taucu yang tidak pedas kenalah kita makan dengan sambal belacan. Akak nak juga bagi resipi sambal belacan walaupun semua orang dah tahu...

RESIPI SAMBAL BELACAN


Bahan-bahan
  • 2 biji cili merah
  • 3 biji cili padi 
  • Belacan ikut kehendak sendiri
  • sedikit gula
  • sedikit air asam jawa (ni kalau suka)
Cara-cara

1. Tumbuk cili merah dan cili padi bersama belacan sehingga lumat.
2. Masukkan gula sedikit. Bagi rata semua...
3. Masukkan air asam jawa jika suka... Akak jarang bubuh...

Gambar hiasan cuma sebab kalau sambal belacan yang akak buat warnanya lebih merah sebab ada gula...

Makan pasti bertambah-tambah kiranya makan bersama sambal belacan. Ikan masin juga kalau ada dalam hidangan akak tidak memerlukan lauk yang lain... oh tidak bercerita pasal makan ini pada akak tidaklah memerlukan lauk yang mewah. Sekadar ikan masin bersama nasi kosongpun sudah memadai janji badan sihat. Selama akak tidak sihat seminggu yang lepas air kosongpun terasa payau. Semoga kita semua akan menjaga kesihatan diri. 

Friday, April 14, 2017

Food Truck Perindustrian Kinrara

Dek kemalasan untuk menulis blog akhirnya kisah yang patut ditulis awal dahulu kini telah menjadi tidak berguna lagi. Suatu ketika dahulu tidaklah lama sangat terdapat deretan Food Truck yang menjadi trend masa kini di Kawasan Perindustrian Kinrara. Lama juga bertahannya tapi kebelakangan ini macam tidak terjumpa pulak. Memang sudah tiada lagi atau akak pergi pada hari yang salah.

Pada akaklah kalau mampu berniaga dalam tempoh masa yang lama di Kinrara ini kira beruntunglah. Sebabnya selama akak tinggal di sini entah berapa banyak kedai atau gerai yang buka dan tutup. Ada yang bertahan bertahun, berbulan malah ada yang seminggu duapun sudah tidak mampu lagi. Namun kini mungkin faktor bilangan penduduk semakin bertambah maka banyaklah kedai makanan yang dibuka..
Seronok juga makan di sini... 
Agak ramai juga bilangan pengunjung ke sini..
Seronok melihat anak muda yang berniaga...
Makan sambil keretapi LRT lalu lalang....


Mungkin segerombolan food truck ini berada di lokasi yang lebih strategik. Namun di Bandar Kinrara masih lagi terdapat food truck yang berniaga di hadapan Masjid Al Ehsan. Cuma akak kurang pergi ke sana.. Kalau pergi ke arah sana akak lebih suka singgah ke LiyLin Studio untuk mencari makanan.. Anak-anak suka yogurt di LiyLin Studio... moh cuba... 

Wednesday, April 12, 2017

Jom Shellout Bandar Kinrara

Tidak perlu pergi jauh kini boleh ber'shellout' di Medan Selera BK5, Bandar Kinrara.. Kini waktu malam di Bandar Kinrara semakin meriah dengan pembukaan kedai yang bermacam jenis. Kalau dahulu terasa suramnya malam yang hanya kedai mamak dan masakan Siam kini tidak lagi. 


Kini di Medan Selera terdapat gerai makanan Siam, sate yang sedap, Western Food dan kini Shellout pulak.. Nama kedai yang menyediakan hidangan Shellout ialah Anis's Kitchen. 
Suka hati anak akak dapat meratah lauk pauk...
Kami memilih set hidangan yang untuk dua orang...
Masa kami pergini hanya kami 3 beranak...
Walaupun nampak sedikit tapi cukup...
Inilah rupanya Medan Selera MPSJ Bandar Kinrara BK4

Yang dibawah ini pula semasa kunjungan kali kedua Shellout di Sri Iskandar semasa balik kampung bulan Mac lalu... Kuah antara keduanya tidak sama kerana yang di Kinrara lebih berempah manakala yang Sri Iskandar lebih bersambal.. Namun pada akak keduanya ada keistimewaan tersendiri..


Sebenarnya untuk kepuasan masaklah sendiri di rumahkan.. Belilah kertas plastik dan makanlah beramai-ramai... yeeee ha!! Resipinya telah akak letak dalam entri pasal shellout tapi akakpun tidak mencubanya lagi.. kuang.. kuang.. kuang... 

Monday, April 3, 2017

PNB dan Tabung Haji

Bangunan yang mana orang Melayu simpan duit di sini...
Siapalah yang tidak tahu akaun ASB, ASN, ASW dan lain-lain..
Akaun Tabung Haji pula diperlukan untuk membantu kita pergi ke tanah suci..
Syukur akak punya dua-duanya walaupun kuantiti tidak sebanyak mana...
Kalau kita lalu di Jalan Tun Razak pastilah kita terpandang bangunan yang tersegam indah ini..
Walaupun banyak bangunan yang berdiri di Kuala Lumpur...
Pada akak kedua-dua bangunan ini ada keistimewaan tersendiri...
Terutama bangunan Tabung Haji yang sangat unik...
Kalau ku punya wang berjuta sudah pasti di sini antara tempat kegemaran...
Bangunan PNB yang cantik....
Bangunan Tabung Haji yang unik mercu tanda pembangunan Islam...
Ada ciri-ciri rumah melayukan...
TA dan HA... Tabung Haji.... 
Bangunan kebanggaan kita ini adalah sentuhan rekabentuk oleh arkitek Malaysia Hijjas Kasturi..
Akak datang ke sini kerana kehilangan buku ASB...
Kalau orang jumpa buku ASB kita Insyaallah tidak hilang duit di dalamnya...
Pergi awal tahun dapatlah kalendar 2017
Boleh datang ke seminar percuma anjuran PNB...
Bersediakah kita bersara dan kaya....
Jom melabur!!

Selain dari pelaburan di PNB juga Tabung Haji boleh juga jadi pelabur di Bursa Malay sia...Kalau ingin tahu melabur di Bursa Malaysia menggunakan duit KWSP ... Boleh PM  akak di facebook :- Klik di sini CHOZILA

Nuffnang oh Nuffnang